Berita

Penyelia Kilang Muat Naik Video Lucah Didenda RM16,000
KUALA TERENGGANU, 14 Mac (Bernama) – Seorang penyelia kilang didenda RM16,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memuat naik kandungan video dan gambar lucah dengan niat menyakitkan hati orang lain menggunakan aplikasi Google Drive, lima tahun lepas. Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman terhadap Ahmad Tarmizi Mohd, 28, yang […]

Fasa Peralihan Monsun Bermula Hari Ini, Banjir Dijangka Berlaku & Orang Awam Diminta Bersedia
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) dalam satu kenyataan menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk melakukan persedian awal bagi menghadapi fasa peralihan monsun. Menurut JPS, ia dijangka akan berlaku bermula pada 14 Mac hari ini dan akan berterusan hingga pertengahan bulan Mei nanti. “Permulaan fasa ini menandakan akan berakhirnya Monsun Timur Laut (MTL) yang telah […]

Bintang Marvel, William Hurt Meninggal Dunia
Bintang Marvel, William Hurt yang juga merupakan pemenang anugerah Oscar dilaporkan meninggal dunia pada Ahad lalu, lapor keluarganya. Menurut New York Post, beliau yang pernah membintangi filem-filem terkenal seperti The Big Chill, Broadcast News serta Children of a Lesser God itu meninggal dunia pada umurnya 71 tahun. Difahamkan, beliau disahkan menghidap penyakit kanser prostat yang […]

3 Gempa Bumi Berlaku Dalam Tempoh 1 Jam, Tak Jauh Dari Malaysia Pagi Tadi
Sebanyak tiga gegaran gempa bumi berlaku dalam tempoh tidak sampai satu jam, tidak jauh dari Malaysia pagi tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). Menurut MetMalaysia, gempa bumi kuat pertama bermagnitud 6.4 pada skala Richter menggegarkan Luzon, Filipina, pada pukul 5:05 pagi tadi. Difahamkan, gempa bumi tersebut berlaku di 121 kilometer Barat Daya dari Bandar Olongapo, […]

Ribut Solar Gergasi Dijangka Akan Hampiri Bumi Esok – Pakar
Pakar-pakar meramalkan bahawa satu ribut solar ‘gergasi’ didakwa akan tercetus dan ‘menghampiri’ Bumi pada Isnin esok, memetik Daily Star. Menurut laporan, jangkaan tersebut adalah berdasarkan data Pentadbiran Aeronautik & Angkasa Kebangsaan (NASA) serta Pentadbiran Lautan & Atmosfera Kebangsaan (NOAA). “Di bawah ramalan semasa, terdapat 20 peratus kemungkinan ribut itu akan memberi kesan kepada United Kingdom […]
TERKINI: Awas, Hampir Seluruh Negara Bakal ‘Dibadai’ Hujan & Ribut Petir Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemas kini jam 6:15 petang (13 Mac 2022) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa negeri dan kawasan sehingga 9 malam ini. Antara negeri dan kawasan yang dijangka terlibat adalah Perlis. Manakala di Kedah pula, di kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Kulim […]
Didakwa Sukar Dibaca, Logo Baharu ‘Halal Indonesia’ Cetus Pelbagai Komentar Warganet
Kementerian Agama Indonesia melalui Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) menetapkan logo Halal Indonesia baharu yang terpakai di peringkat nasional baru-baru ini, lapor Liputan 6. Logo Halal Indonesia baharu ini tidak lagi berwarna hijau dengan tulisan halal di tengah seperti logo terdahulu yang tertera nama Majlis Ulama Indonesia (MUI). Sebaliknya BPJPH telah mengubah sepenuhnya logo […]

PRU15: Beri Masa Sehingga Kesihatan Awam Stabil – Khairy
SEREMBAN, 13 Mac (Bernama) – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berpandangan keadaan kesihatan awam di negara ini yang terjejas akibat pandemik COVID-19 perlu distabilkan terlebih dahulu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan. Beliau berkata walaupun negara telah masuk ke fasa peralihan ke endemik, tidak bermaksud pandemik berkenaan sudah tamat dan semua pihak masih perlu berhati-hati memandangkan PRU15 […]

Wanita Ukraine Ditembak Mati Ketika Cari Ubat Untuk Ibunya
Seorang wanita yang meninggalkan rumahnya di Kyiv untuk mengambil ubat buat ibunya yang sakit dilapor meninggal dunia selepas keretanya ditembak oleh kereta kebal Rusia. Valeriia Maksetska, wanita warga Ukraine itu terbunuh di sebuah kampung di luar Kyiv, menurut satu kenyataan daripada agensi pembangunan antarabangsa USAID, memetik Daily Star. Pentadbir USAID, Samantha Power berkata, ibunya (Irina) […]

Vietnam Sekat Filem ‘Uncharted’, Didakwa Papar Lokasi Panas ‘Garisan Sembilan Sempang’ Di Laut China Selatan
Vietnam dilapor telah menyekat tayangan filem aksi dari Sony, Uncharted daripada edaran domestik berikutan satu babak yang memaparkan ‘garisan sembilan sempang’ di Laut China Selatan. Menurut Asia Financial, garisan kawasan itu ‘wujud’ di kawasan Laut China Selatan dan pernah dituntut serta diisytihar oleh China sebagai wilayah mereka. Difahamkan, sekatan tayangan tersebut adalah disebabkan China yang […]
Waspada, Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Landa 9 Negeri Hingga 6 Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemas kini jam 3:30 petang (13 Mac 2022) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa negeri dan kawasan sehingga 6:00 petang ini. Antara kawasan yang terlibat adalah negeri Kedah, di kawasan Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Di negeri Perak pula, kawasan dijangka terlibat adalah di Kerian, […]
COVID-19: Perancis Bakal Mulakan Suntikan Dos Keempat
PARIS, 13 Mac (Bernama) – Perancis akan mula menawarkan suntikan dos keempat vaksin COVID-19 kepada mereka berumur lebih 80 tahun selepas menerima dos penggalak, kata Perdana Menteri Perancis Jean Castex. Kempen vaksinasi juga akan diperluaskan kepada mereka yang menghadapi masalah sistem ‘immunocompromised’, lapor agensi berita Xinhua. Beliau berkata daripada 4.1 juta penduduk Perancis yang berumur […]

Tiada Lagi Yang Lama, Logo ‘Halal Indonesia’ Versi Baharu Dilancarkan
Kementerian Agama Indonesia melalui Agensi Jaminan Produk Halal (BPJPH) telah menetapkan logo Halal Indonesia baharu berkuat kuasa 1 Mac baru-baru ini. Menurut Setiausaha BPJPH, Muhammad Arfi Hatim, logo baharu tersebut digunakan secara rasmi bagi menggantikan logo Halal Indonesia terdahulu yang tertera nama Majlis Ulama Indonesia (MUI). Jelas Arfi memetik Banten Raya, logo halal itu juga […]

Polis Buka Kertas Siasatan Pegawai APM Ceroboh Lokasi Bencana
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) – Polis membuka kertas siasatan terhadap penularan sebuah video di Facebook mengenai seorang pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) memasuki kawasan tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, di sini, tanpa kebenaran, Khamis lepas. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata selain pegawai APM itu, pemilik laman […]
Foto Papar Timbunan Beg Mayat Sebelah Katil Pesakit Tular, Pihak Hospital Akhirnya ‘Buka Mulut’
Baru-baru ini tular foto timbunan beg mayat yang diletakkan di sebelah katil pesakit di wad kemalangan dan kecemasan Hospital Queen Elizabeth di Hong Kong. Ketua pengurus pihak berkuasa hospital, Sara Ho, keberadaan beg-beg mayat di sebelah katil pesakit di wad itu hanyalah buat sementara waktu ekoran bilik mayat di hospital tersebut telah penuh. “Situasi itu […]

Iran Didakwa Lepas 12 Peluru Berpandu Bedil Konsulat AS Di Iraq
Iran dilaporkan telah melepaskan tembakan 12 butir peluru berpandu ke bangunan konsulat AS di bandar Irbil, utara Iraq awal pagi tadi, lapor Bahagian Keselamatan Rasmi Iraq, memetik Arab News. Menurut Bahagian Pertahanan AS, peluru berpandu tersebut didakwa dilepaskan dari negara jiran selaku seteru Iraq, iaitu Iran. “Namun beberapa peluru telah terkena pada konsulat AS, bangunan […]

Pengguna Boleh Bayar Kemudian, Ini Fakta Menarik Mengenai Sistem Tol Tanpa Palang Di Thailand
Thailand telah memperkenalkan sistem tol tanpa palang yang dikenali sebagai M-Flow sebagai langkah menghapuskan pondok tol di negara itu menjelang tahun 2024. M-Flow merupakan sistem tol automatik yang menggunakan teknologi artificial intelligence (AI) termasuk kamera video di pintu tol. Teknologi ini berfungsi untuk mengesan nombor plat kenderaan secara automatik dengan ketepatan 99 peratus. Menurut Jabatan […]
Saya Sedia Lepaskan Jawatan Sekiranya Itu Kepimpinan & Ahli PN Mahukan – Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) susulan kekalahan PN pada Pilihan Raya Johor ke-15 ini. Dalam sidang media sebentar tadi, Ahli Parlimen Pagoh berkata kekalahan PN pada PRN Johor adalah tanggungjawabnya. “Saya sedia lepaskan jawatan sekiranya itu yang kepimpinan dan ahli PN mahukan. Namun, ia memerlukan persetujuan daripada rakan […]
Keputusan Rasmi: BN Menang 40 Daripada 56 Kerusi PRN Johor
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Barisan Nasional memenangi 40 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditawarkan pada Pilihan Raya Johor ke-15 kali ini. Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata dengan keputusan itu, BN berjaya memperoleh majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertanding atau majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri. […]
Sekurang-kurangnya 6 Maut, Lebih 20 Cedera Dalam Nahas Bas Di Thailand
BANGKOK, 12 Mac (Bernama) – Sekurang-kurangnya enam penumpang terbunuh manakala 24 lagi cedera termasuk 10 dilaporkan kritikal selepas terbabit dalam nahas jalan raya melibatkan sebuah bas persiaran dua tingkat. Nahas berlaku kira-kira 2.40 petang, di wilayah Saraburi kira-kira 110 kilometer dari Bangkok pada Sabtu dan kejadian dipercayai berpunca apabila bas itu hilang kawalan sebelum melanggar […]