Berita
Polis Buka Siasatan Kes Bunuh Kucing Di Besut
KUALA TERENGGANU, 7 Mac (Bernama) – Polis membuka kertas siasatan susulan penemuan kira-kira 20 ekor kucing jalanan yang mati bergelimpangan dipercayai akibat perbuatan khianat di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang di Besut, pada Ahad. Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Mohammad berkata pihaknya menerima aduan berhubung perkara itu daripada seorang individu yang telah menerima […]
Kesan Krisis Rusia-Ukraine, Harga Emas Dilapor Naik RM8,359 Satu Auns
Harga emas dilaporkan telah melonjak melebihi $2,000 (RM8,359) satu auns berikutan permintaan yang semakin meningkat untuk aset komoditi selamat apabila pelabur mempertimbangkan kesan geopolitik dan ekonomi yang akan berlaku daripada krisis Ukraine dan Rusia. Memetik laporan Bloomberg, bullion (kebiasaannya dalam bentuk jongkong emas dan syiling) melonjakkan keuntungan selepas mencatatkan pendahuluan mingguan terbesarnya sejak Julai 2020. […]
COVID-19: 27,435 Kes Dicatatkan Semalam, 379 Kes Dimasukkan Ke ICU
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 27,435 kes baharu COVID-19 yang dicatatkan semalam (6 Mac). Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 3,622,607 kes. Daripada 27,435 kes, sebanyak 27,181 kes adalah kes tempatan dan 254 kes lagi adalah kes import. Sementara itu, […]

Wanita Tawar Khidmat Uji Kesetiaan Teman Lelaki, Akan Pulangkan Wang Semula Kalau Lelaki Itu Setia
Seorang wanita menawarkan perkhidmatan untuk menguji kesetiaan pasangan kepada para wanita lain dengan mengenakan bayaran sebanyak £1,400 (RM7,737), lapor Mirror UK. Carolina Lekker, yang pernah muncul di muka depan majalah Playboy Africa mengatakan bahawa perkhidmatannya merupakan satu bentuk bantuan buat wanita yang berasa sangsi terhadap pasangan mereka. Modus operandinya adalah dia akan berfoya-foya dengan lelaki […]
Helikopter Rusia Dibedil Peluru Berpandu Dirakam
Sebuah helikopter Rusia dilaporkan telah diletupkan dari langit oleh tentera Ukraine sebelum meletup dan terhempas menjadi seperti ‘bola api’ di padang, lapor Mirror. Rakaman luar biasa yang tular di media sosial itu menunjukkan helikopter rusia tersebut sedang terbang melintasi sebuah kawasan sebelum peluru berpandu dilihat bergerak ke arahnya. Ia kemudian meletup dan terhempas ke padang. […]
Anggota NATO Dapat ‘Lampu Hijau’ Hantar Jet Pejuang Ke Ukraine – Setiausaha AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken memaklumkan bahawa anggota NATO telah mendapat kebenaran untuk menghantar jet pejuang ke Ukraine dalam usaha untuk membantu negara itu mempertahankan diri daripada pencerobohan Rusia, lapor CBS News. Menurutnya dalam satu temu bual, langkah itu telah mendapat ‘lampu hijau’. “Malah, kami sedang bercakap dengan Poland mengenai apa yang kami boleh […]

20 Ekor Kucing Ditemukan Mati Bergelimpangan Di Pantai Bukit Keluang, Besut
BESUT, 6 Mac (Bernama) – Sebanyak 20 ekor kucing jalanan ditemukan mati bergelimpangan dipercayai akibat diracun di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang di sini hari ini. Video penemuan bangkai kucing itu, yang dikongsi oleh kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Badrul Hafeezy Ali, 35, menjadi tular di laman Facebook sejak tengah hari tadi serta mendapat […]

Lelaki Dilapor Maut Bunuh Diri Secara ‘Live’ Di Instagram
Seorang lelaki warga Palembang, Indonesia didakwa bunuh diri secara ‘live’ di akaun Instagram miliknya baru-baru ini, dipercayai dengan cara menggantung diri hingga maut. Meninjau artikel terbitan Indo Zone, pegawai polis Sukarami, Ipda Herman menerima laporan kejadian tersebut daripada rakan kerja mangsa pada 5 Mac semalam. “Rakan kerja mangsa melaporkan hal tersebut pada pihak polis setelah […]

Isu Tayangan ‘The Batman’: TGV Mohon Maaf, Tawar Tiket Percuma Untuk Pelanggan Terjejas
Syarikat pawagam terkenal, TGV Malaysia memohon maaf kepada pelanggan-pelanggan yang terkesan dengan isu sesi tayangan filem baharu, The Batman seperti yang tular di media sosial hari ini. TGV menerusi satu kenyataan berkata, kesilapan waktu tayangan yang berlaku tersebut adalah tidak selari dengan prosedur operasi standard (SOP) tayangan seperti yang ditetapkan. “Kami memohon maaf kepada semua […]

Tidak Sempat Tunai Solat Terakhir, Kanak-Kanak Maut Dihempap Tembok Ketika Wuduk
Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun tidak sempat tunai solat terakhir apabila maut akibat dihempap tembok dinding tangki air ketika sedang mengambil wuduk, memetik Kompas.com. Peristiwa tragis tersebut berlaku di Masjid Riyatus Shohibin, Desa Sawentar, Indonesia pada Sabtu lalu ketika mangsa sedang mengambil wuduk untuk menunaikan solat Maghrib bersama jemaah lain. Ketua Bahagian Perhubungan Awam […]
Covid: Individu Positif Tidak Perlu Ujian Ulangan Selepas Selesai Kuarantin – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) – Kementerian Kesihatan (KKM) menekankan ujian ulangan tidak perlu bagi individu positif COVID-19 yang selesai menjalani kuarantin. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ujian yang sangat sensitif seperti Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) masih dapat mengesan kehadiran bahan genetik virus pada sampel saluran pernafasan sehingga […]

Bilakah Ujian Pantas RTK-Ag & RT-PCR Tunjuk Keputusan Positif? Ramai Keliru, Ini Jawab KKM
Bagi mereka yang mengalami simptom Covid-19 atau menjadi kontak rapat, tidak lagi perlu bersusah payah ke klinik atau pusat rawatan untuk melakukan ujian swab kerana ia kini boleh dilakukan secara kendiri. Namun, kadang-kadang timbul juga tanda tanya, sebenarnya berapa lamakah ujian RTK-Ag dan RT-PCR ini menunjukkan keputusan positif jika seseorang itu dijangkiti Covid-19? Bagi merungkai […]

Keputusan Tutup PPV Mega Memandangkan Kos Sewa Tinggi – Khairy
PONTIAN, 6 Mac (Bernama) — Keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menutup semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega mulai 16 Mac ini memandangkan penyewaan lokasi pusat itu membabitkan kos yang tinggi. Menterinya Khairy Jamaluddin berkata pihaknya mendapati bahawa penyewaan lokasi PPV Mega tidak lagi ‘cost-effective’ memandangkan ia melibatkan dewan-dewan persidangan yang besar. “Apabila kita menyewa dewan persidangan ini kita […]
Gegelang Sotong Tular Disyaki Guna Logo Pengesahan Halal Tak Diiktiraf Jakim – Timbalan KPDNHEP
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid memaklumkan bahawa produk gegelang sotong yang tular baru-baru ini disyaki menggunakan logo pengesahan halal yang tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), lapor Kosmo. Menurutnya, logo pengesahan halal yang digunakan dalam pembungkusan gegelang sotong tersebut boleh diragukan. “Saya mengesyaki ia bukan logo pengesahan […]
Penceramah Tak Perlu Pakai Pelitup Muka Jika Ada Penjarakan Yang Sesuai – Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) agar penceramah tidak perlu memakai pelitup muka ketika memberi ucapan namun perlu ada penjarakan fizikal yang sesuai. Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata beliau telah berbincang mengenai perkara tersebut dengan Bahagian Kawalan Penyakit dan memaklumkan kepada pegawai KKM. “Ceramah sekarang ini yang berucap saja boleh buka […]
Saintis Kelahiran Malaysia Di Universiti Oxford Dilapor Maut Dalam Nahas Jalan Raya
Seorang saintis kelahiran Malaysia, Dr Ling Felce dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan ketika menunggang basikal di persimpangan bulatan St Clement’s Street dan The Plain di Oxford pada Selasa lalu. Mendiang dilaporkan maut di tempat kejadian selepas berlanggar dengan sebuah lori pada jam 2.35 petang waktu tempatan, lapor OxfordshireLive. Memetik laporan BBC, seorang pemandu […]
Waspada, Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Landa Hampir Seluruh Negeri Di Malaysia Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemaskini jam 3:00 petang, 6 Mac 2022 mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda beberapa kawasan di Malaysia sehingga 7 malam ini. Antara kawasan yang dijangka terlibat adalah di negeri Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, […]
Berang Balik Kerja Tak Ada Makanan, Wanita Dilapor Tikam Zakar Suami Guna Lembing
Seorang isteri dilaporkan telah menikam zakar suami dengan menggunakan lembing kerana berang mangsa tidak memasak untuk makan malam dan sebaliknya keluar minum bersama rakan-rakan dalam kejadian pada 3 Mac. Memetik laporan Newsflare, wanita berusia 43 tahun itu baru pulang dari kerja di ladang sebagai pemungut tebu dan mengharapkan ada nasi di atas meja rumahnya di […]
Polis Siasat Video Tular, Kenal Pasti Individu Berhibur Di Konsert Di Ayer Hitam
JOHOR BAHRU, 6 Mac (Bernama) — Polis akan menjalankan siasatan susulan video tular menerusi media sosial yang memaparkan sekumpulan individu berhibur di sebuah konsert di Ayer Hitam dekat Batu Pahat baru-baru ini. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata siasatan itu bagi mengenal pasti penganjur dan individu yang terlibat dalam konsert berkenaan. Beliau bagaimanapun […]
Hampir 40 Rumah Di Jelebu Terjejas Banjir Kilat
SEREMBAN, 6 Mac (Bernama) — Hampir 40 rumah di Kampung Simpang Durian, Kampung Mentaus dan Kampung Jerang di Jelebu dekat sini terjejas banjir kilat berikutan hujan lebat kira-kira pukul 7.20 malam tadi. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Syukri Md Nor berkata hujan lebat selama dua jam menyebabkan air […]