Berita

(Video) Ban Berhampiran Pintu Kunci Air Taman Sri Muda Pecah, Bomba Siap Sedia Sebarang Kemungkinan
Ban berhampiran pintu kunci air Taman Sri Muda, Shah Alam dilaporkan pecah menyebabkan air melimpah ke kawasan perumahan terdekat, lapor Astro Awani. Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, pihaknya bersedia dengan sebarang kemungkinan setelah panggilan kecemasan diterima kira-kira jam 8.15 malam pada Rabu. “Dilaporkan ban berhampiran pintu kunci air telah pecah mengakibatkan […]
Video Lelaki Menangis Teresak-Esak Mengadu Dekat Mak Gara-Gara Putus Cinta Tular Di Media Sosial
Adat bercinta mesti ada pasang surutnya, jika sehari tidak bergaduh memang akan rasa tidak kena. Tetapi bila tibanya saat putus cinta, sesetengah orang mungkin akan mengambil masa yang lama untuk ‘sembuh dari sakit’ yang dirasakan. Sama seperti lelaki di Indonesia ini yang menarik perhatian ramai selepas videonya menangis kerana putus cinta tular di media sosial. […]
Tokoh Seniman Rahman B Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) — Tokoh Seniman Negara Abdul Rahman Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Rahman B meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 4.33 petang tadi. Berita pemergian Rahman B dimaklumkan cucunya Hussein Abdul Salam. Beliau memberitahu Rahman B, 87, meninggal dunia akibat pendarahan beku di paru-paru. “Jenazah akan dibawa dari […]
Banjir: Jenazah Terpaksa Dibawa Dengan Bot Bomba Untuk Dikebumi
TUMPAT, 2 Mac (Bernama) — Jenazah seorang warga emas dari Kampung Kajang Sebidang di sini terpaksa dibawa menggunakan bot hampir dua kilometer dari rumahnya untuk dikebumikan petang tadi, berikutan kawasan penempatan itu dilanda masih dilanda banjir sejak Ahad lepas. Shahril Mohd Othman,19, berkata datuknya Sulong Ahmad,88, meninggal dunia akibat sakit tua kira-kira 10 pagi tadi […]

Mahkamah Rayuan Kenakan Semula Hukuman Penjara 8 Tahun Ke Atas Pelaku Serangan Seksual
PUTRAJAYA, 2 Mac — Seorang pekerja kilang dikenakan hukuman penjara lapan tahun dan lima sebatan kerana melakukan serangan seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak di bawah asuhan ibunya pada 2017. Hukuman itu diputuskan sebulat suara oleh panel tiga hakim di Mahkamah Rayuan hari ini yang diketuai Hakim Datuk Hanipah Farikullah untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan […]

Nampak Sedih Atas Bot, Ibu Dakwa Pelakon Thailand Mati Bukan Kemalangan
Ibu pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida atau Nida Patcharaveerapong tidak percaya kematian anak perempuanya itu berpunca daripada kemalangan setelah dikatakan terjatuh dari sebuah bot laju di Sungai Chao Phraya. BACA: Lima Individu Dalam Bot Bakal Dikenakan Tuduhan Kecuaian Dan Beri Kenyataan Palsu Kepada Polis Pasukan penyelamat menemukan mayat selebriti berusia 37 tahun itu berhampiran jeti […]
Pilu, Lelaki Dilapor Maut Dalam Kemalangan Lepas Hantar Anak Duduki Peperiksaan SPM
Dipercayai baru sahaja menghantar anak lelaki ke sekolah untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), seorang pemandu lori dilaporkan maut dalam satu kemalangan jalan raya di Kilometer 6, Jalan Machang-Pasir Puteh, awal pagi Rabu. Memetik laporan Sinar Harian, mangsa, Zainudin Ab.Samat, 56, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan […]
TERKINI: Gempa Bumi Kuat ‘Gegar’ Perairan New Zealand
Satu gegaran gempa bumi kuat dikesan berlaku di Kepulauan Kermadec, New Zealand pada pukul 8:52 malam tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia. Menurut jabatan itu, pusat gempa bumi bermagnitud 6.2 pada skala Ritcher tersebut terletak di 30.1 darjah Selatan dan 177.0 darjah Barat. Difahamkan, ia berlaku pada jarak 1,048 kilometer Timur Laut dari Tauranga, New Zealand […]
Lelaki Didakwa ‘Cabul’ Gadis Bawah Umur, Sempat Sorokkan Mangsa Dalam Almari Takut ‘Kantoi’ Dengan Isteri
Seorang remaja perempuan di daerah Karawang, Jawa Barat, Indonesia didakwa menjadi mangsa pencabulan oleh jirannya yang sudah berkahwin. Modus operandinya, tertuduh telah meminta mangsa untuk datang ke rumah sewanya. Tertuduh telah menggoda mangsa untuk menjalinkan hubungan seks. Tertuduh yang berusia 25 tahun, merupakan seorang suami dan bekerja sebagai buruh yang tinggal di Mukim Klari, Karawang […]

Macam Beli Rumah Lain, Ramai Kagum Lihat Hasil Anak-Anak Cantikkan Rumah Mak Ayah
Anak mana yang tak gembira sekiranya dapat melakukan sesuatu yang boleh mengukir senyuman di bibir ibu dan ayah mereka. Walau jasa mereka takkan pernah terbalas, tetapi sedikit ‘balasan’ dari anak-anak sudah cukup membahagiakan seperti yang dibuat oleh saudara Hazrin Zairi bersama kembarnya, Hazril. Menerusi satu hantaran di Facebook, Hazrin berkongsi mengenai proses mencantikkan rumah ibu […]

Dituduh Memalukan Keluarga Kerana Sering Keluar Dengan Lelaki, Abang Nekad ‘Tetak’ Adik Sendiri Sehingga Mati
Seorang wanita berusia 40 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dibunuh oleh abang kandungnya sendiri. Mayat mangsa ditemui mati dalam karung guni di sebuah paya di Bungo, Jambi. Wanita yang berusia 40 tahun itu difahamkan merupakan seorang janda. Ketua Polis Bungo, AKBP Guntur Saputro berkata, motif tertuduh membunuh adiknya adalah kerana mangsa dianggap telah mengaibkan keluarga. […]

Bantuan Bernilai Hampir RM10,000 Bakal Diterima Mangsa Banjir Kelantan & Terengganu – Perdana Menteri
Penduduk terjejas banjir di Kelantan dan Terengganu akan menerima bantuan sehingga RM10,000, sepertimana diumumkan kerajaan sebelum ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memetik Astro Awani. Perkara itu diumumkan beliau semasa melakukan lawatan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Batu 23, Hulu Terengganu pada Rabu. “Apa yang kita beri kepada mangsa […]
Kerajaan Malaysia Tidak Iktiraf Tuntutan Mereka Didakwa Pewaris Sultan Sulu
PUTRAJAYA, 2 Mac (Bernama) — Kerajaan Malaysia menolak sepenuhnya tuntutan pampasan berjumlah US$14.92 bilion (RM62.6 bilion) yang diputuskan menerusi prosiding timbang tara di Paris kepada pihak yang mendakwa sebagai keturunan Sultan Sulu terakhir, Sultan Jamalul Kiram II . Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar dan Jabatan Peguam Negara pada Rabu, kerajaan Malaysia tidak […]
Lelaki Rogol Kanak-Kanak Ditemukan Mati Dalam Lokap, Dipercayai Kena ‘Belasah’ Beramai-Ramai
Seorang suspek kes rogol kanak-kanak dilaporkan maut selepas dipukul beramai-ramai oleh banduan di dalam lokap, lapor Tribun News. Kejadian tersebut dikatakan berlaku beberapa jam selepas dia dimasukkan ke dalam lokap di Kabupaten Mamuju Tengah, Sulawesi Barat. Memetik laporan Tribun News, lelaki yang berusia 40 tahun itu disahkan meninggal dunia di hospital, dengan beberapa kesan lebam […]
Bulan Mac Setiap Tahun Diisytiharkan Sebagai Bulan Pengguna Kebangsaan
PUTRAJAYA, 1 Mac 2022 – Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 11 Disember 2020 telah bersetuju menetapkan (mengisytiharkan) bahawa Bulan Mac setiap tahun sebagai Bulan Pengguna Kebangsaan (BPK). Oleh kerana Covid19 yang sedang memuncak, sambutan pada tahun 2021 telah ditangguhkan. Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan sambutan BPK buat […]

Seramai 39 Pelajar SPM Di Pekan Positif COVID-19
Sejumlah 39 orang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di empat sekolah di Pekan disahkan positif COVID-19 dan tidak dapat menduduki peperiksaan tersebut yang bermula hari ini, lapor Sinar Harian. Pegawai Pendidikan Daerah Pekan, Mohd Razali Mustafar berkata, jumlah tersebut diharap tidak terus bertambah dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh semua pihak. “Di daerah […]
Klook Mempamerkan Wajah Baru, Bersedia Untuk Masa Depan Pelancongan
Kuala Lumpur, Mac1, 2022—Klook, platform e-dagang kegiatan dan aktiviti pelancongan terkemuka,pada hari ini mempamerkan wajah baru yang tampil lebih berani. Penjenamaan semula syarikat ini tiba pada saat perubahan penting dalam industri pelancongan di mana Klook bersiap sedia untuk menerajui masa depan dunia pelancongan pada tahun 2022 dan seterusnya. Ia juga merupakan penjenamaan semula hujung-ke-hujung pertama […]
TERKINI: Harga RON97 Naik 16 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal
Kementerian Kewangan Malaysia hari ini telah memaklumkan mengenai harga runcit produk petroleum bagi tempoh 3 Mac 2022 hingga 9 Mac 2022. Menurut kementerian itu, harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 16 sen seliter iaitu daripada RM3.29 kepada RM3.45 seliter. Manakala, harga runcit petrol RON95 dan diesel pula kekal pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter. […]
TERKINI: Awas, 9 Negeri & 3 Wilayah Dibadai Hujan Lebat & Ribut Petir Hingga 8 Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa buah negeri sehingga jam 7 dan 8 malam ini. Amaran yang dikeluarkan pada jam 4:45 petang tadi menunjukkan terdapat sembilan negeri dan tiga wilayah yang dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir. Antara kawasan yang dijangka terlibat sehingga jam […]
Tanah Runtuh: Operasi Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud Di Hulu Terengganu Dihentikan Sementara – TNB
KUALA TERENGGANU, 2 Mac (Bernama) — Operasi Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM) di Kenyir dekat Hulu Terengganu ditutup sementara bermula Ahad lepas berikutan menara penghantaran voltan tinggi yang menyalurkan bekalan elektrik dari SJSM kepada Grid Nasional tumbang akibat kejadian tanah runtuh. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Ir Baharin Din berkata […]