Berita

Berita
(Video) “Allahuakbar, Depan Rumah Kami…”, Keadaan Cemas Ribut Kuat Landa Kawasan Kuala Terengganu
Rakaman video ribut kuat yang memusnahkan beberapa kediaman di Kampung Padang Nenas, Kuala Terengganu tular hari ini. Menerusi laman Facebook, Muhammad Mat Yasin berkongsi detik cemas apabila berdepan dengan angin kencang yang turut memusnahkan beberapa bahagian di kediamannya. “Allahuakbar, Allahuakbar… depan rumah kami” https://www.facebook.com/100001820295501/videos/pcb.6945004012236873/691796335512533 Sekitar keadaan selepas ribut kuat melanda di kawasan kediamannya. Terdahulu, menerusi […]
Berita
Masuk Hari 3 Serangan Rusia, Ukraine Lapor 198 Orang Awam Terkorban & Lebih 1,000 Cedera
Menteri Kesihatan Ukraine memaklumkan angka kematian akibat serangan dari Rusia terus meningkat kepada 198 dan lebih 1,000 telah cedera pada Sabtu. Memetik daripada laporan tempatan, Menteri Kesihatan, Viktor Lyashko berkata seramai 198 orang awam terbunuh termasuk 3 kanak-kanak setakat ini. Tambahnya lagi, jumlah mangsa yang cedera turut meningkat kepada 1,115 orang termasuklah 33 kanak-kanak di […]
Berita
Maut Dipercayai Selepas Terjatuh Dari Bot Laju, Mayat Pelakon Terkenal Thailand Ditemui
Pelakon Thailand terkenal, Tangmo Nida yang jatuh dari sebuah bot ditemui terapung di Sungai Chao Phraya berhampiran jeti Pibul Songkhram 1 di Nothaburi pada Sabtu. Nama sebenarnya Nida Patcharaveerapong dipercayai terjatuh daripada bot laju pada Khamis lalu. Abang mangsa, Dayos Detjob yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat telah mengesahkan mayat tersebut adalah adiknya. Dia […]
Berita
(Video) Rezeki Pengantin Baru, Bos Bagi Kereta Myvi, Kawan-Kawan Bawa Hadiah Barang Rumah
Bila nak bagi hadiah untuk rakan atau sanak saudara yang baharu mendirikan rumah tangga, mesti pening kepala tak tahu nak bagi apa. Untuk sama-sama meraikan hari bahagia mereka, sudah pasti kita nak hadiahkan barang-barang yang sesuai dan berguna untuk pengantin kelak. Bagi korang yang tak tahu nak bagi apa sebagai hadiah perkahwinan, video yang dimuatnaik […]
Berita
SPRM Lancar Empat Bilik Gerakan Pantau PRN Johor
JOHOR BAHRU, 26 Feb (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan empat bilik gerakan di seluruh Johor, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kesemua bilik gerakan tersebut beroperasi dari 8 pagi […]
Berita
APMM Saran 3,000 Nelayan Di Kelantan Tangguh Aktiviti Perikanan
PASIR PUTEH, 26 Feb (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menyarankan kira-kira 3,000 nelayan di negeri ini supaya menangguhkan semua aktiviti perikanan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu. Pengarah APMM Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata saranan itu dikeluarkan berikutan keadaan laut bergelora, angin kecang, hujan lebat dan fenomena […]
Luar Negara
(Video) Rakyat Ukraine Beratur Dapatkan Senjata Untuk Menentang Rusia
Setelah tentera Rusia menceroboh Kyiv Jumaat lalu, pasukan tentera Ukraine dilaporkan mula membekalkan senjata kepada rakyat untuk sama-sama mempertahankan ibu negara mereka. Para penduduk dilaporkan berbaris di pusat pengedaran senjata di pusat kota Kyiv bagi mengambil senapang selepas presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menyeru sukarelawan untuk mengangkat senjata. Menurut The New York Times, dianggarkan sebanyak 18,000 […]
Luar Negara
Kereta Kebal Rusia Didakwa Langgar Kereta Penduduk Ukraine
Beberapa video yang menunjukkan kereta kebal melanggar kereta warga tempatan dipercayai di Ukraine, tular di media sosial. Kereta kebal yang datang dari arah bertentangan itu didakwa milik Rusia dan dilihat merempuh sebuah kereta jenis sedan berwarna hitam, lapor Daily Mail. Memetik laporan Daily Mail, kereta kebal tersebut berkemungkinan adalah 9K35 Strela-10 milik Rusia yang berfungsi […]
Berita
Semua Bilik Gerakan Banjir Di Kelantan Diaktifkan – Menteri Besar
KOTA BHARU, 26 Feb — Semua bilik gerakan banjir di bawah Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) setiap jajahan di Kelantan telah diaktifkan dan berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi bencana banjir kali ini. Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata ia turut melibatkan kerjasama daripada agensi yang terlibat seperti pasukan keselamatan, wakil-wakil rakyat termasuk sukarelawan. “Jentera […]
Berita
Warga Emas Dikhuatiri Lemas, Dipercayai Terjatuh Ketika Alih Sampan
Seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh di Pengkalan Lan, Sungai Galas, Kampung Kuala Gris, petang semalam, lapor Bernama. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad, pihaknya menerima laporan pada jam 10.10 malam semalam daripada anak lelaki mangsa. Siasatan awal mendapati mangsa, Muhammad Ishak, 70, didakwa pergi ke pengkalan tersebut untuk mengikat […]
Berita
PRN Johor: Saingan Enam Penjuru Di DUN Larkin
JOHOR BAHRU, 26 Feb (Bernama) — Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin menyaksikan saingan sengit enam penjuru dengan lima daripadanya merupakan muka baharu, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Mereka ialah calon Barisan Nasional (BN) yang diwakili Ketua Pemuda UMNO Johor Mohd Hairi Mad Shah, Mohamad Riadz Mohamad Hashim daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), […]
Berita
(Video) Aksi Berani Wanita Ukraine, Selamba Tempelak Tentera Rusia Bersenjata
Seorang wanita Ukraine dengan berani bersemuka dengan tentera Rusia yang lengkap bersenjata setelah tentera pimpinan Presiden Vladimir Putin itu menceroboh negara mereka. Rakaman video aksi berani wanita berkenaan sempat beredar di media sosial, dipercayai berlaku di wilayah Kherson, tepatnya di daerah Henychesk, timur Ukraine. Dalam video itu, dapat dilihat seorang wanita berdiri di tepi jalan […]
Berita
Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di Kelantan, Terengganu – METMalaysia
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) — Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya hari ini di seluruh Kelantan dan Terengganu. MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan di Terengganu ia melibatkan kawasan sekitar Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun. MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di seluruh Perlis, Kedah […]
Berita
Lima Sungai Di Kelantan, 11 Sungai Di Terengganu Lepasi Tahap Bahaya
Stesen bacaan lima sungai di Kelantan dan 11 sungai di Terengganu dilaporkan telah melepasi paras bahaya setakat pukul 11 pagi tadi, berikutan hujan lebat yang berterusan sejak Jumaat. Jabatan Pengairan dan Saliran melalui laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan lima sungai melepasi paras bahaya di Kelantan ialah Kampung Temangan di Machang setinggi 21.92 meter (m) berbanding 17.5 […]
Kesihatan
Kes Harian COVID-19 Kekal Melebihi Angka 30 Ribu Dengan 332 Individu Di ICU
Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah melalui kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi melaporkan, kes harian COVID-19 di Malaysia yang dicatatkan pada 25 Februari 2022 adalah sebanyak 30,644 kes. Jumlah itu menjadikan angka kes kumulatif kes COVID-19 di Malaysia bertambah kepada 3,367,871 kes. Bagi perincian kes, 30,488 kes (99.49 peratus) […]
Berita
Banjir di Terengganu, Kelantan Semakin Buruk, Penduduk Dipindahkan Meningkat Mendadak
KUALA TERENGGANU, 26 Feb (Bernama) — Hari kedua banjir di Terengganu menyaksikan peningkatan mendadak jumlah penduduk terjejas kepada 2,525 orang daripada 712 keluarga pagi ini berbanding 1,237 orang daripada 339 keluarga malam tadi. Peningkatan itu susulan penambahan 29 lagi pusat pemindahan sementara (PPS) menjadikan jumlah keseluruhan PPS yang beroperasi ketika ini ialah sebanyak 51 buah […]
Luar Negara
Presiden Ukraine ‘Turun Padang’ Bersama Tentera, “Ini Mungkin Kali Terakhir Anda Melihat Saya Hidup”
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dipercayai ‘turun padang’ bersama pasukan pertahanan dan rakyat Ukraine untuk menentang Rusia, setelah negara itu bertindak melancarkan serangan sejak beberapa hari lalu. Zelenskyy juga sempat merakam dirinya bersama barisan pimpinan Ukraine yang lain di luar bangunan presiden di Kyiv dan kini dikatakan berada di bunker rahsia. “Kami semua di sini. Tentera kita […]
Berita
Kena Buat Empat Perkara Ini Jika Rasai Gegaran Gempa Dalam Bangunan
Apabila berlakunya bencana gempa bumi, semua orang dikehendaki berkumpul di sesuatu tempat yang luas dan lapang iaitu di assembling point bagi tujuan keselamatan. Namun begitu, bagaimana pula bagi orang yang berada di dalam bangunan? Adakah mereka perlu lari keluar semasa gempa bumi itu sedang berlaku? Atau mereka perlu berada di dalam bangunan itu sahaja sehingga […]
Berita
Laluan Dinaiki Air, Dua Jalan Di Kemaman Ditutup Kepada Semua Kenderaan
Dua jalan di Kemaman, Terengganu dilaporkan ditutup setelah kedua-dua laluan tersebut dinaiki air dari kedua arah akibat banjir yang melanda Pantai Timur. Menurut maklumat terkini dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Kemaman, Jalan Air Putih dan jalan ke bandar Cukai (FT237) selepas susur keluar Plaza Tol Cukai ditutup kepada semua kenderaan. Sehingga jam 8.46 pagi tadi, […]
Luar Negara
(Video) “Saya Tampil Bukan Sebagai Presiden..,” Ucapan ‘Menyentuh Hati’ Presiden Ukraine Untuk Rakyat Rusia
Sejak serangan demi serangan dilancarkan oleh Rusia, presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy melakukan seribu satu cara untuk menghentikan serangan tersebut. Selain cuba menghubungi kerajaan Rusia untuk menarik semula arahan serangan, Zelenskyy turut memberi ucapan ‘menyentuh hati’ buat rakyat Rusia sebagai usaha pendamaian. Dalam ucapan tersebut, Zelenskyy menyeru rakyat Rusia menggunakan kuasa mereka bagi menghentikan tindakan pemerintah […]