Berita

Kesihatan
Lebih 700,000 Kanak-kanak Di Malaysia Telah Divaksin COVID-19
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) — Sebanyak 708,187 individu atau 19.9 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 mereka melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam. Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 14,365,114 individu atau 61.1 peratus populasi dewasa di negara ini telah […]
Berita
Sekali Lagi Gempa Bumi Landa Utara Sumatera, Lembah Klang Pula Rasai Gegaran
Gempa bumi lemah berukuran 4.9 pada skala Richter menggegarkan Utara Sumatera, Indonesia, pada pukul 12:02 tengah hari tadi, gegaran kedua yang berlaku selepas jam 9:39 pagi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi tersebut berlaku 324 kilometer (km) Barat Daya dari Port Dickson, Negeri Sembilan. MetMalaysia turut memaklumkan bahawa gegaran daripada gempa tersebut turut dirasai oleh […]
Berita
Sungai Di Tanah Merah Dan Kemaman Sudah Di Tahap Bahaya
Sebanyak 13 sungai dilaporkan berada pada paras bahaya manakala 10 lagi berada pada tahap amaran setakat pagi tadi. Menurut Laman Web Rasmi Public Info Banjir, terdapat beberapa sungai yang berada pada paras bahaya, amaran dan waspada yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu dan Sarawak. Sungai yang melebihi paras bahaya di Kelantan adalah di Sungai Golok di KG […]
Berita
Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Libatkan 42 Kawasan Termasuk Shah Alam
Air Selangor pada hari ini memaklumkan bahawa terdapat kerosakan sistem elektrikal di Rumah Pam Jelutong U8, Shah Alam pada 25 Februari 2022. Menerusi kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook, sebanyak 42 kawasan di wilayah Shah Alam/Klang dan Petaling dijangka akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. Air Selangor akan memaklumkan status bekalan air dari semasa […]
Berita
Kelantan Diramal Banjir Secara Berperingkat Hari Ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan ramalan berlakunya banjir di beberapa kawasan di Kelantan bermula hari ini. JPS dalam kenyataan sebentar tadi memaklumkan kemungkinan tersebut dikeluarkan susulan amaran hujan berterusan (tahap bahaya) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi tarikh 25 Februari. Menurut kenyataan itu, beberapa lokasi di dua jajahan tersebut yang dikenalpasti bakal berlakunya banjir jika […]
Berita
Awas, Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di Tiga Negeri Sehingga Esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat bahaya, buruk dan waspada di beberapa negeri di Malaysia sehingga esok. MetMalaysia memaklumkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka melibatkan seluruh Kelantan, Terengganu, dan Pahang di kawasan Jerantut, Kuantan dan Pekan. Selain itu, Pahang di kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Temerloh, Maran dan […]
Berita
Awas, Amaran Hujan Lebat Berterusan Tahap Buruk & Waspada Di Beberapa Negeri Sehingga Esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan kategori buruk dan waspada di beberapa negeri dan wilayah bermula hari ini hingga esok. Menerusi kenyataan, kawasan yang terlibat meliputi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka. Kawasan yang dijangka akan mengalami hujan lebat berterusan tahap […]
Berita
FELCRA Berhad Catat Peningkatan Keuntungan Hampir 200% Tahun 2021
KLUANG, 24 Feb. – FELCRA Berhad mengisytiharkan Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P) tahun 2021 kepada pesertanya berjumlah RM272.75 juta. Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, jumlah itu menjadikan keseluruhan keuntungan Boleh Agih FELCRA bagi tahun 2021 berjumlah RM475.2 juta. Ia merupakan peningkatan 199 peratus atau RM316.12 juta berbanding […]
Berita
(Video) Suasana Panik, Orang Ramai Turun Selamatkan Diri Sejurus Rasai Gegaran Kuat
Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia merasai gegaran daripada kejadian gempa bumi dengan magnitud 6.1 pada skala Richter yang melanda Sumatera Barat, pada jam 9.39 pagi tadi. Antara negeri yang dilaporkan merasa gegaran gempa iaitu Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Berdasarkan foto dan video yang dikongsikan di media sosial, kakitangan di beberapa bangunan kerajaan […]
Berita
Gempa Bumi 6.1 Skala Richter Goncang Utara Sumatera, Gegaran Dirasai Di Semenanjung
Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan Utara Sumatera, Indonesia, pada pukul 9:39 pagi tadi, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa itu berlaku 76 kilometer (km) dari barat laut Payakumbuh dengan kedalalaman 10 km di dasar laut. Menurut MetMalaysia, gegaran daripada gempa tersebut turut dirasai oleh rakyat negara ini […]
Berita
TERKINI: 137 Rakyat Ukraine Terbunuh Pada Hari Pertama Serangan – Presiden
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy memaklumkan sebanyak 137 rakyatnya telah terkorban manakala lebih 300 orang cedera selepas Russia melancarkan serangan berskala penuh ke atas negara itu melalui udara, laut dan darat. Menurut beliau, jumlah kematian tersebut merangkami bilangan tentera dan orang awam hanya dalam hari pertama pencerobohan Russia ke atas negara mereka. ”Mereka membunuh orang dan […]
Berita
Ukraine Dakwa Satu Platun Tentera Rusia Menyerah Diri, Tak Tahu Dihantar Untuk Menyerang Ukraine
Sepasukan tentera Rusia didakwa menyerah diri dan mengakui mereka tidak tahu bahawa mereka dikerah untuk menyerang Ukraine. Kedutaan Ukraine di Amerika Syarikat mendakwa sekumpulan tentera Rusia dari Briged Rifel Bermotor ke-74 telah menyerah diri di Chernigov, Ukraine pada Khamis. Berdasarkan laporan soal siasat, tentera Rusia ini menyerah diri kerana mereka mendakwa mereka menyangka dihantar ke […]
Berita
Pilu, Foto-foto Kemusnahan & Menyayat Hati Rakyat Ukraine Selepas Beberapa Serangan
Seperti yang diketahui umum krisis pergolakan antara Russia dan Ukraine dilihat masih tiada jalan penyelesaiannya. Serangan demi serangan saling dilakukan oleh kedua-dua pihak. Malah beberapa siri letupan dilapor berlaku di Ukraine hari ini setelah presiden Russia iaitu Vladimir Putin mengistiharkan perang terhadap negara tersebut. Susulan serangan itu, Ukraine dilapor mengalami beberapa kemusnahan. Pilunya, ia bukanlah […]
Berita
(Video) Menakjubkan, Suar Suria Gergasi ‘Menari-Nari’ Berjaya Dirakam Oleh Satelit
Menakjubkan, Pentadbiran Aeronatik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) melalui satelit berjaya merakam pancaran suar suria gergasi yang kelihatan seperti ‘menari’ di luar permukaan matahari. Video tersebut dimuat naik oleh Wonder of Science melalui akaun Twitternya. Menurut NASA, suar suria ialah letupan sinaran yang kuat datang daripada pembebasan tenaga magnet yang dikaitkan dengan bintik matahari. Percikan solar […]
Berita
Dua Pekerja Kilang Melecur, Seorang Patah Kaki Dalam Insiden Kilang Terbakar
JOHOR BAHRU, 24 Feb (Bernama) – Dua pekerja kilang memproses getah tiruan (mesin plastik) melecur, manakala seorang lagi patah kaki dipercayai terlibat dalam satu kejadian kebakaran di kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, petang tadi. Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata kebakaran di kilang Lotte Ube Synthetic Rubber Sdn Bhd kira-kira 5.16 petang […]
Berita
Dua Lelaki Ditahan Tawar Gelaran ‘Datuk’ Dari Istana Negara
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) – Polis menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki terlibat sindiket menawarkan bantuan mendapatkan gelaran ‘Datuk’ dari Istana Negara dengan mengenakan bayaran sebanyak RM150,000. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki iaitu pengarah di sebuah syarikat swasta berkenaan perkara itu. “Mangsa telah diperkenalkan […]
Luar Negara
TERKINI: Tentera Russia Sudah Masuk Chernobyl, Pihak Ukraine Bagi Amaran Pertempuran Mungkin Boleh Musnahkan Fasiliti Simpanan Nuklear
Tentera Russia dilapor sudah memasuki kawasan berdekatan loji jana kuasa nuklear Chernobyl sebentar tadi, umum Penasihat Kementerian Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko. Merujuk laporan Mirror, Anton Gerashchenko berkata, penceroboh-penceroboh Russia dari wilayah Belarus telah bergerak masuk ke dalam kawasan zon AES Chernobyl. Dalam masa sama, pertempuran yang berlaku antara Russia dan Ukraine di kawasan berdekatan […]
Berita
TERKINI: (Video) Asap Berkepul, Detik-detik Lapangan Terbang Di Ukraine Saat ‘Dibedil’ Helikopter Dipercayai Mi-8 Rusia
Lapangan Terbang Kyiv Hostomel yang merupakan tapak dimana syarikat penerbangan Antonov beroperasi dilapor diserang hari ini. Menerusi satu rakaman video di Youtube menunjukkan serangan daripada helikopter yang dipercayai Mi-8 dari Rusia itu telah menyebabkan sebuah pesawat tentera Ukraine, Antonov An-225 terhempas. Berdasarkan laporan lepas, pesawat tentera Ukraine Antonov An-26 telah terhempas berhampiran ibu kota, Kyiv […]
Berita
TERKINI: Ukraine Belum Reda, Ruang Udara Taiwan Pula Diceroboh 9 Pesawat China
Keadaan krisis yang semakin hangat antara Russia dan Ukraine masih lagi tidak menemukan jalan pengakhiran. Kini, timbul pula isu ruang udara Taiwan yang didakwa telah dicerobohi oleh China. Menurut Kementerian Pertahanan Nasional Taiwan, beberapa buah pesawat udara dipercayai milik China dilapor telah memasuki ruang udara negara tersebut. “Sembilan pesawat PLA (Y-8 RECCE dan J-16*8) telah […]
Berita
Kenapa Rusia Serang Ukraine?
Presiden Rusia, Vladimir Putin menggariskan dua alasan utama kenapa Rusia serang Ukraine dengan memasuki Donbas, wilayah yang dikawal oleh kumpulan pemisah pro-Moscow. Dakwaan Ukraine akan menyerang wilayah Donbas Memetik daripada laporan media tempatan, alasan pertama kenapa Rusia serang Ukraine adalah kerana pemimpin pemisah pro-Moscow telah meminta bantuan selepas mendakwa Ukraine akan menyerang wilayah mereka. Jelasnya […]