Berita

Erni Zakri, Kaka Azraff & Jamal Abdillah ‘Kongsi’ Tarikh Sama Timang Cahaya Mata Pada 22.02.22
Tidak dinafikan tarikh hari ini sangat istimewa, 22.2.22 menjadi pilihan ramai melangsungkan hari bahagia mereka bahkan ada yang menyambut kelahiran cahaya mata. Terkini, beberapa selebriti tanah air menimbang cahaya mata mereka pada hari ini antaranya pasangan penyanyi terkenal Erni Zakri yang berkongsi berita gembira di laman Instagramnya tentang kelahiran puteri sulung mereka pada pukul 10.14 […]
(Video) Dikecam Kerana Hantar Kereta Kebal & Askar Ke Timur Ukraine, Rusia Kata Hanya Untuk ‘Misi Pengaman’
Hari ini, media melaporkan bahawa Rusia telah menghantar tentera dan kereta kebal ke dua buah wilayah Ukraine yang mengisytiharkan kemerdekaan, iaitu Donetsk dan Luhansk. Kehadiran pasukan bersenjata Rusia di wilayah berkenaan telah mencetuskan kebimbangan dan dikecam banyak pihak, antaranya negara-negara Eropah, bagaimanapun Rusia mendakwa, ia dihantar untuk tujuan ‘Misi Pengaman’. Keputusan itu dibuat selepas Rusia […]

(Video) Detik Cemas Kren Gondola Terhuyun-hayang Di Udara, Dipercayai ‘Dipukul’ Ribut Di Kuala Lumpur
Beberapa orang pekerja berdepan detik cemas apabila kren gondola yang dinaiki dilihat terhuyun-hayang dibadai angin, dipercayai berlaku di Kuala Lumpur. Detik cemas tersebut tular dikongsikan oleh akaun Tiktok Astro Awani, dipercayai berpunca daripada angin ribut. Menerusi video tersebut, kren gondala yang hilang kestabilan itu dilihat berlanggar dengan dinding bangunan sekaligus mengundang kerisauan mengenai situasi para […]
Disebut Sebagai Palindrom, Ini Fakta Mengenai Tarikh 22/2 Yang Ramai Tak Tahu
Hari ini, 22 Februari 2022 merupakan tarikh yang sangat unik dan dianggap sebagai ‘hari sekali seumur hidup’. Disebabkan itu, ramai yang memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan atau mengadakan majlis istimewa sempena tanggal ‘bersejarah’ ini. Untuk pengetahuan, tarikh 22/2/2022 dipanggil simetri atau palindrom kerana nombor yang dibaca dari belakang dan ke hadapan adalah sama. Menurut News18, walaupun […]

China, Mesir Sumbang 500,000 Dos Vaksin COVID-19 Kepada Gaza
BEIJING, 22 Feb — Penduduk di Semenanjung Gaza bakal menerima sejumlah 500,000 dos vaksin COVID-19 yang disumbang secara bersama oleh China dan Mesir. Majlis penyerahan sumbangan itu diadakan pada Ahad di Kaherah, Mesir. Menurut Duta China ke Mesir, Liao Liqiang, sumbangan itu adalah penting untuk memastikan penduduk di Semenanjung Gaza dapat membendung wabak dan mengatasi […]
Kekurangan Bekalan Jagung Di Brazil Punca Harga Makanan Ayam Tinggi
SABAK BERNAM, 22 Feb (Bernama) — Masalah kekurangan bekalan makanan ayam iaitu jagung di Brazil antara punca harga barangan itu mengalami kenaikan yang tinggi, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Dr Nik Zawawi Salleh. “Saya yakin apabila masalah COVID-19 selesai, harga ayam akan turun, sebab isunya adalah harga makanan (ayam). Makanan ini […]
KKM Di Peringkat Akhir Muktamad SOP Pembukaan Sempadan – Muhyiddin
PUTRAJAYA, 22 Feb (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) kini dalam proses akhir untuk memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan sempadan negara untuk mendapat persetujuan Jemaah Menteri, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata pengumuman mengenai pembukaan sempadan negara bakal dibuat dalam masa terdekat dan bekas perdana menteri itu turut […]

Pertama Seumpamanya, Serangga Batang ‘Khunsa’ Berjaya Ditemui
Seorang pemilik serangga terkejut apabila seekor serangga batang peliharaannya didapati mempunyai dua jantina iaitu separuh jantan dan separuh betina, lapor Daily Mail. Menurut pakar di Muzium Sejarah Semula Jadi, serangga kayu berwarna hijau yang dinamakan sebagai Charlie itu merupakan gynandromorph pertama yang dilaporkan mempunyai dua jantina. Pemilik serangga, Lauren Garfield berkata, Charlie pada mulanya kelihatan seperti […]
(Video) Wartawan Ini Jadi Perhatian, Selamba ‘Tapau’ Enam Bahasa Sewaktu Siaran ‘Live’
Tumpuan dunia kini terarah kepada konflik di antara Rusia dan Ukraine yang semakin membimbangkan, dengan Vladimir Putin dipercayai telah mengarahkan tentera untuk memasuki kawasan yang dikuasai Rusia di tenggara Ukraine. Menerusi tinjauan di Twitter, kebanyakan wartawan atau koresponden juga dilihat terus berkongsikan maklumat terkini kepada warganet. Bagaimanapun, video yang dimuatnaik oleh seorang wartawan, Philip Crowther […]
Pilih Tarikh Unik, 59 Pasangan Kahwin Serentak
IPOH, 22 Feb (Bernama) — Tanggal istimewa 22.02.2022 menjadi momen bersejarah bagi 59 pasangan pengantin apabila disatukan dalam upacara perkahwinan beramai-ramai serba ringkas di Wisma Chin Woo di sini hari ini. Majlis anjuran Ipoh Chin Woo Athletic Association itu mengumpulkan dan meraikan pasangan berumur lingkungan 25 hingga 38 tahun yang diserikan dengan kehadiran ibu bapa […]

Dakwaan Petunjuk Baharu MH370, M’sia Tidak Boleh Bertindak Secara Unilateral – Wee
KUALA LUMPUR, 22 Feb — Malaysia tidak boleh bertindak secara unilateral dalam usaha pencarian pesawat hilang MH370 walaupun terdapat dakwaan petunjuk baharu mengenai lokasi pesawat itu berdasarkan dokumen kajian Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB). Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata Malaysia sebaliknya perlu berbincang dengan kerajaan China dan Australia seperti perjanjian dan persefahaman yang dibuat […]
Wanita Kongsi Cara Bayar Zakat Paling Selamat Supaya Tidak Tertipu
Dalam hidup serba moden sekarang ni, banyak je cara untuk kita sebenarnya bayar zakat tau. Bukan sekadar jumpa tukang kutip zakat secara fizikal je sebab dah macam-macam teknologi baru yang boleh digunakan ramai untuk pembayaran zakat. Salah satu cara yang paling terkenal sekarang ni ialah kalau nak bayar secara online. Semuanya di hujung jari. Tapi, […]
Gadis Cuba Nasib Cari Ayah Di Twitter, Tak Sangka Boleh Jumpa Kurang 24 Jam
Media sosial kini menjadi medium atau platform utama untuk menyebarkan maklumat dengan kadar segera. Maka tak hairanlah, jika ada sesetengah pihak menggunakan media sosial seperti Twitter untuk mencari mereka yang telah lama terputus hubungan atau hilang. Seperti tindakan seorang gadis dikenali sebagai Cinta yang mencuba nasib di Twitter untuk mencari bapanya yang telah terputus hubungan. […]
Majlis Aspirasi Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti 2022
PUTRAJAYA, 21 Februari – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) hari ini telah menganjurkan Majlis Aspirasi Ketua Pengarah JPPKK 2022 yang disampaikan oleh YBrs. Ts. Zainab Ahmad, bertemakan ‘Melestari Ekosistem, Mengadaptasi Pendigitalan’ yang diadakan secara hibrid. Majlis turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi JPPKK serta pengarah-pengarah politeknik dan kolej komuniti. JPPKK bersama-sama politeknik dan kolej […]
Arab Saudi Kini Benarkan Lelaki Pakai Seluar Pendek Di Khalayak Ramai
Arab Saudi dilaporkan telah meminda peraturan baharu yang membenarkan golongan lelaki di negara itu untuk memakai seluar pendek di khalayak ramai dan tidak akan dianggap melanggar kesopanan awam kecuali di masjid dan pejabat kerajaan. Memetik laporan Saudi Gazette, keputusan itu dibuat selepas Menteri Dalam Negeri, Putera Abdulaziz Bin Saud Bin Naif menyeru pindaan pada peraturan […]
Penularan Virus Omicron, Ramai Batal Tempahan Hotel
Seperti yang kita tahu, penularan virus COVID-19 varian Omicron di Malaysia kini semakin meningkat dan sedikit sebanyak mendatangkan kebimbangan kepada masyarakat. Oleh itu, ramai yang mula membatalkan tempahan bilik sepanjang musim cuti penggal persekolahan selama tiga minggu bermula Sabtu ini, lapor Kosmo. Menurut Kosmo, pemilik rumah penginapan, pengusaha hotel serta peniaga berkemungkinan mengalami penyusutan dari […]
Siap Boleh Main Ping Pong, Lelaki Ini Kongsi Suasana Masjid Di AS Buat Ramai Kagum
Masjid dianggap sebagai rumah Allah SWT yang perlu dipelihara dan dijaga dengan sebaiknya. Ia memiliki peranan penting dalam sejarah perkembangan umat Islam. Selain menjadi tempat untuk menunaikan solat, masjid juga sering dimanfaatkan untuk proses mengajar Al-quran dan berfungsi untuk mewujudkan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat. Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular mengenai perkongsian seorang pengguna Facebook, Saif Suhairi […]
(Video) 45 Buah Kereta Kebal Rusia Didakwa Bergerak Ke Wilayah Timur Ukraine
Beberapa buah kereta kebal milik tentera Rusia kini didakwa telah bergerak ke Donetsk, kawasan timur Ukraine. Menerusi rakaman yang dimuatnaik oleh koresponden The National News, Joyce Karam di Twitter, beberapa buah kereta kebal dilihat menuju ke arah bandar di timur Ukraine itu sekitar jam 1.59 pagi waktu tempatan. Menurut Karam, ia berikutan daripada arahan Presiden […]

Hishammuddin Hussein Positif COVID-19
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein disahkan positif COVID-19, hari ini. Dalam kenyataan menerusi Facebook pagi ini, Hishammuddin dikatakan sebelum itu telah menjalani ujian pengesanan jenis RT-PCR pada Jumaat dan mendapat keputusan negatif. “Beliau sememangnya menjalani ujian pengesanan COVID-19 jenis RT-PCR secara berkala selain turut kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri (self-test) melalui […]

COVID-19: 43 Kematian Baharu Termasuk 13 Kes BID Direkodkan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 43 pertambahan kes kematian akibat COVID-19 di Malaysia setakat tengah malam tadi. Angka tersebut sekaligus menjadikan kes kematian akibat COVID-19 secara keseluruhan di negara ini bertambah kepada 32,390 kes. Melalui kemaskini data KKM di portal COVIDNOW, 13 daripada 43 kes kematian adalah brought in-dead (BID) iaitu berlaku di luar […]