Berita
Perenang Dilaporkan Maut Dipercayai Dibaham Jerung Besar
Seorang perenang dilaporkan maut selepas diserang seekor jerung putih besar sepanjang 13 kaki di pantai Buchan Point, Sydney, pada Rabu. Memetik laporan Mirror, nelayan tempatan dan pengunjung pantai tersebut hanya mampu melihat detik ngeri itu dan tidak berdaya membantu mangsa. Perenang yang belum dikenal pasti itu meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan […]
BATC: Skuad Lelaki Benam Singapura 5-0, Wanita Tempah Tiket Piala Uber
SHAH ALAM, 16 Feb (Bernama) — Memenangi perlawanan dalam kumpulan lelaki dan wanita pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 hari ini, pastinya satu kegembiraan buat kem Malaysia. Skuad lelaki memulakan kempen Kumpulan B di Pusat Konvensyen Setia City di sini dengan kemenangan 5-0 menentang negara jiran Singapura manakala pasukan wanita meneruskan momentum kemenangan mereka […]
Gelaran ‘Premier’ Diguna Hanya Selepas Diwarta
KUCHING, 16 Feb (Bernama) — Pertukaran gelaran jawatan ‘Ketua Menteri’ kepada ‘Premier’ perlu diwartakan terlebih dahulu sebelum digunakan walaupun telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semalam. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata proses itu juga selari dengan proses perundangan biasa dalam pembentukan atau penggubalan […]
Pemilik Kedai Emas Disamun Lima Lelaki Bersenjatakan Parang
SEREMBAN, 16 Feb (Bernama) — Seorang pemilik kedai emas berdepan detik cemas apabila disamun lima lelaki bersenjatakan parang ketika berhenti untuk mengisi minyak kereta di sebuah stesen minyak di Lukut, Port Dickson, dekat sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu, lelaki berusia 50 […]
(Video) Penduduk Dakwa Pokok Mangga Keluarkan Suara ‘Misteri’, Ini Jawapan Pihak Polis
Satu video yang didakwa memaparkan pokok mangga mengeluarkan suara misteri tular di Indonesia beberapa hari lalu, lapor Detik News. Dalam kejadian yang berlaku di Kabupaten Minahasa Tenggara, Sulawesi Utara itu, penduduk di situ mendakwa bahawa pokok mangga itu mengeluarkan suara seperti orang bernafas. Menerusi video itu, dapat dilihat beberapa orang penduduk menghampiri pokok mangga itu […]
16 Kali Cuba Kemuka Bukti, Lelaki Akhirnya Dibebaskan Selepas 44 Tahun Dipenjara
Seorang lelaki di Louisiana telah dibebaskan selepas 44 tahun dipenjarakan apabila dia dituduh cuba merogol dua wanita kembar pada ketika itu. Memetik laporan Daily Mail, hakim pada Isnin lalu memutuskan bahawa dia menghadapi perbicaraan yang tidak adil pada tahun 1977. Vincents Simmons yang kini berusia 70 tahun telah berjuang untuk membersihkan namanya sekurang-kurangnya 16 kali […]
Pemilik Premis Pelantar Ikan Maut Dalam Kebakaran
IPOH, 16 Feb (Bernama) — Seorang lelaki ditemukan maut dalam kebakaran di pelantar ikan miliknya di Jalan Tepi Sungai, Hutan Melintang di Bagan Datuk, hari ini. Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata lelaki berusia 43 tahun itu ditemukan dalam pejabatnya di atas pelantar ikan berkenaan dalam keadaan duduk di kerusi. Beliau […]
“Gunakan Font Cambria, Calibri & Helvetica Sahaja,” Ini 5 Ciri ‘Resume’ Bagus Yang Perlu Ada
Resume menjadi salah satu daripada perkara penting yang perlu dimiliki oleh setiap orang ketika ingin memohon pekerjaan. Tanpanya, majikan atau penemuduga akan menjadi kurang berminat untuk menawarkan sebarang jawatan kepada pemohon kerja. Manakan tidak, ia menunjukkan sama ada anda betul-betul bersedia atau tidak untuk bekerja di situ. Resume juga penting untuk mereka memeriksa dan menilai […]
(Video) Tak Tahan Bunyi Bising Masa ‘Zoom Meeting’, Lelaki Nekad Acu Pistol Pada Pekerja Binaan
Aksi lelaki yang seakan koboi kerana mengacukan pistol ke arah pekerja binaan selepas tidak tahan terganggu semasa ‘Zoom Meeting’ jadi tular di media sosial. Seperti yang diketahui, suspek lelaki berumur 54 tahun yang berlagak seperti ‘koboi’ itu telah mengacukan pistol ke arah pekerja binaan di Pondok Indah, Jakarta Selatan. Lelaki itu kini berjaya ditahan. Ketua […]
(Video) Mampu Sebabkan Kemusnahan, Ini Bagaimana ‘Grenade’ Berfungsi
Bom tangan atau biasa kita dengar sebagai grenade merupakan bom kecil yang mengandungi bahan letupan atau bahan kimia seperti gas pemedih mata, pengeluar api, atau pengeluar asap yang dilemparkan menggunakan tangan. Pada asasnya, bentuknya adalah kecil tetapi jika fius dinyalakan, ia akan terbakar sehingga boleh menyebabkan sesuatu itu meletup berkecai. Umum mengetahui, bom tangan atau […]
(Video) “Hanya Allah Tahu Apa Yang Saya Rasa,” Aaron Aziz Dedah Hidap Tumor Yang Makin Membesar
Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz mendedahkan bahawa dirinya kini sedang menghidapi penyakit tumor yang dipercayai semakin membesar. Menerusi kirimannya di Facebook dan Instagram, pelakon berusia 46 tahun itu memuatnaik satu video yang menyaksikannya dimasukkan ke dalam mesin MRI. Menurutnya, dia juga sebenarnya perlu menjalani pembedahan dan berehat selama dua bulan tetapi terpaksa menangguhkannya kerana masih […]
Misteri Kanak-Kanak Hilang Dua Tahun Terungkai, Ditemui Selamat Bawah Tangga
Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang telah dilaporkan hilang sejak dua tahun lalu akhirnya ditemukan selamat setelah disembunyikan di sebuah bilik rahsia yang terletak di bawah tangga. Menurut Mirror, kanak-kanak berkenaan ‘diculik’ oleh ibu bapanya ketika dia berumur empat tahun, selepas mereka kehilangan hak penjagaan terhadap anak mereka sendiri. Kanak-kanak itu dilaporkan hilang dari […]
(Video) Padah Tak Menyabar Nak Lintas, Motosikal Lelaki Ini Hancur Dirempuh Kereta Api
Mengerikan, seorang penunggang motosikal nyaris digilis kereta api dalam kejadian yang dirakam pada Sabtu lalu. Memetik laporan Suara.com, video tular itu memperlihatkan keadaan ‘lalu lintas’ di bahagian jalan persimpangan kereta api. Beberapa orang pengguna jalan itu dilihat memberhentikan kenderaan mereka di belakang palang kereta api. Pun begitu, seorang lelaki yang menaiki motosikal terus meluru ke […]
Dipercayai Mengandungi Bahan Berbahaya, Malaysia Airlines Larang Bawa Hidangan Dengan Pek Pemanas Sendiri
Berkuat kuasa serta merta, Malaysia Airlines dilaporkan telah melarang sebarang bentuk makanan siap saji atau hidangan pemanasan sendiri dalam semua penerbangan mereka. Memetik laporan Astro Awani, Malaysia Airlines dalam satu kenyataan berkata larangan tersebut turut dikenakan sama ada dalam bagasi berdaftar atau kabin oleh penumpang atau anak kapal atas faktor keselamatan. “Hidangan Pemanasan Sendiri atau […]

Berkuatkuasa Serta-Merta, Perjalanan VTL Malaysia-Singapura Dibuka Semula Sepenuhnya
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memaklumkan bahawa penjualan tiket bas dan penerbangan bagi inisiatif Vaccinated Travel Lane (VTL) antara Malaysia dengan Singapura (laluan udara dan darat) kini dibuka semula sepenuhnya dengan kapasiti 100 peratus, berkuatkuasa serta-merta. Menurut Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong dalam satu kenyataan berkata, keputusan ini dibuat setelah menilai […]
TERKINI: Kes COVID-19 Terus Meningkat, Malaysia Catat 27,831 Kes Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 27, 831 kes baharu COVID-19 yang telah direkodkan hari ini. Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 3,111,514 kes. Oleh itu, 16 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 27,831 kes menjadikan […]
“Taktik Tidak Tunjuk Jarum Sangat Berkesan & Bantu Tenangkan Anak Saya” – Khairy
Seperti yang kita tahu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang giat menjalankan Program Imunisasi COVID-19 untuk Kanak-kanak (PICKids) bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun. Turut mendapatkan suntikan berkenaan adalah anak lelaki kepada Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin yang kini berusia enam tahun. Dalam sebuah hantaran di laman Twitter hari ini, Khairy sebagai seorang bapa […]
Jika Rusia Menyerang Ukraine, Perang Terbesar Selepas Perang Dunia Kedua Boleh Berlaku
Lebih 70 tahun berlalu sejak Perang Dunia Kedua berlaku. Namun, sekiranya Rusia menyerang Ukraine, ia dikatakan akan menjadi perang terbesar di Eropah selepas tahun 1945. Untuk pengetahuan, Ukraine dan Rusia telah mengalami konflik sejak tahun 2014 dan ia sedikit demi sedikit menambahkan ketegangan antara kedua negara itu. Menurut Profesor dalam bidang Sains Politik Universiti California, […]
“Pernah Nampak Sosok Dua Wanita Berdiri,” Rumah Terbengkalai Ini Didakwa Dipenuhi Misteri
Kisah-kisah seram sememangnya tidak asing dalam kalangan masyarakat di nusantara sejak berabad lamanya. Walaupun ada sesetengah kisah yang direka semata-mata namun kita sebagai umat Islam juga perlu percaya bahawa makhluk ghaib seperti jin dan syaitan itu wujud di dunia ini. Kebiasaannya, rumah-rumah atau bangunan lama yang mempunyai pelbagai sejarah sering dikaitkan dengan penemuan misteri dan […]
Kanak-Kanak Bawah Lima Tahun Tak Penuhi Had Masa Dihadapan Skrin – Kajian
Satu kajian mendapati majoriti kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah tidak memenuhi had masa skrin yang ditetapkan terhadap mereka. Menurut Daily Mail, kajian yang diterbitkan dalam jurnal Jama Paediatrics itu mendapati hanya satu perempat kanak-kanak di bawah dua tahun dan satu daripada tiga yang berumur dua hingga lima tahun memenuhi garis panduan global berkaitan tempoh […]