Berita
Rakyat Malaysia Tidak Perlu Kuarantin Masuk Ke India Mulai Hari Ini
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) – Pengembara dari Malaysia yang lengkap divaksin tidak perlu menjalani kuarantin untuk memasuki India berkuat kuasa Isnin (14 Feb), menurut Suruhanjaya Tinggi India ke Malaysia. Selain itu, Ujian RT-PCR COVID-19 pra penerbangan juga tidak wajib bagi pengembara lengkap divaksin yang tiba di India dari Malaysia. “Sebagai pemacu vaksinasi terbesar di […]
Semua Tujuh Rakyat Malaysia Terkandas Di Lapangan Terbang Manila Dibenar Masuk Ke Filipina
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) — Kesemua tujuh rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino akibat kelayakan vaksin COVID-19 digital mereka tidak diiktiraf pihak berkuasa Filipina sudah dibenarkan memasuki republik itu. “Sukacita Wisma Putra memaklumkan bahawa tujuh rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino telah dibenarkan memasuki Filipina, berikutan […]
Awas, Hampir Seluruh Negara Bakal Dibadai Ribut Petir & Hujan Lebat Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri sehingga pukul 10 malam ini. Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di Twitter, MetMalaysia berkata ribut petir dijangka akan berlaku di seluruh negeri Perlis, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka. Bagi negeri Kedah, antara daerah yang terlibat […]
Mungkin Boleh Berlaku Minggu Ini, Menteri UK Beri Amaran Perang Semakin ‘Hampir’ Di Negara Eropah
Menteri kerajaan United Kingdom (UK) dilaporkan telah memberi amaran bahawa negara-negara Eropah kini lebih hampir kepada peperangan berbanding sepanjang 70 tahun lalu, lapor The Guardian. Kebimbangan itu timbul susulan daripada kemelut yang berlaku di antara Rusia dan Ukraine di mana para pemimpin barat juga telah memberi amaran bahawa pencerobohan mungkin boleh berlaku awal minggu ini. […]
TERKINI: Kes Meningkat, Pesakit Kategori 1 & 2 Kekal Tertinggi
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 21,315 kes positif harian COVID-19 yang telah dilaporkan hari ini iaitu meningkat sedikit berbanding semalam, 21,072 kes. Angka itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 3,061,550 kes. Menurut Noor Hisham, 99.59 peratus dari jumlah kes yang direkodkan hari ini adalah […]
Siap-Sedia, Hampir Seluruh Pantai Barat Semenanjung Dijangka Hujan & Ribut Hingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa buah negeri yang dijangka akan berlaku sehingga jam 6 petang ini. Amaran yang dikeluarkan pada pukul 2:30 petang tadi menunjukkan terdapat 14 buah negeri dan beberapa kawasan yang dijangkakan terlibat. Antara kawasan yang dijangka terlibat di sebelah pantai utara adalah di seluruh […]

Bapa Dua Kanak-Kanak Maut Makan Sisa Makanan Dari Tong Sampah Direman 14 Hari
ALOR SETAR, 14 Feb (Bernama) – Bapa kepada dua beradik warga Myanmar yang maut selepas dipercayai memakan sisa makanan dari tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa dekat Bukit Malut, Langkawi, semalam ditahan reman selama 14 hari untuk siasatan lanjut. Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata polis menahan lelaki yang berumur 36 tahun […]

(Video) Bagai Gergasi Hitam Di Udara, Aksi Ribuan Kawanan Burung Perling Terbang ‘Seragam’ Bikin Seram
Sekumpulan burung perling yang berkumpul berhampiran bandar Patras, Greece pada Rabu lalu mencipta semula babak yang berada dalam filem seram arahan Alfred Hitchcock, iaitu The Birds (1963). Memetik Greek Reporter, ribuan burung perling tersebut terbang melintasi jambatan Rio-Antirrio dalam formasi sfera yang sangat jelas. Jelas kelihatan di udara, ribuan kawanan burung itu seolah-olah mengembang dan mengecut […]
TERKINI: Tak Perlu Letak Jawatan, Langgar SOP Bukan Satu Jenayah – PM
Terkini, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak perlu meletakkan jawatannya walaupun didapati bersalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Hal itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan hari ini. Memetik laporan terkini Awani, Ismail berkata bahawa kesalahan yang dilakukan oleh Hishammuddin itu bukanlah satu jenayah. […]
(Video) Didakwa Langgar SOP, Hishammuddin Mengaku Salah
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein reda dikenakan kompaun kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam program pelancaran Briged MIC Johor semalam. Beliau yang juga merupakan Bendahari Barisan Nasional (BN) menegaskan akan berdepan dan bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukannya itu. “Saya terima dan saya akui sememangnya terdapat kelemahan dalam pematuhan SOP terutama di […]

Kolaborasi Paling Sensasi Downy Untuk Tahun Ini– Karakter Downy X BTS TinyTAN Kini Sudah Berada Di Malaysia
Kuala Lumpur (1 Feb 2022) – Downy, Jenama pelembut fabrik pakaian terbaik telah bekerjasama dengan karakter BTS TinyTAN dengan melancarkan bungkusan TinyTAN rangkaian Parfum Premium Downy Edisi Khas. Kolaborasi khas ini menampilkan 3 jenis variasi iaitu Mystique, Passion dan Adorable. Mystique dan Passion merupakan bauan Downy yang terkenal sejak sekian lama sementara Adorable pula adalah […]

KPLB peruntuk RM10 juta bagi Program Peningkatan Pendapatan Warga Luar Bandar
PADANG TERAP, 13 Feb. – Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB, menyediakan peruntukan RM10 juta bagi Program Peningkatan Pendapatan (PPP) tahun ini. Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, antara programnya termasuk Bantuan Warung Desa@KPLB yang dilaksanakan di Padang Terap, Kedah. “Program tersebut merupakan pemberian bantuan peralatan dan latihan kepada kumpulan B40 di luar bandar bagi meningkatkan […]

Valentine’s Day Bawa Budaya Maksiat, Dr. Zulkifli Perjelas ‘Hukum’ Zina Dari Perspektif Islam, Kristian & Buddha
Tarikh 14 Februari merupakan satu tarikh yang sangat dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih. Sebut sahaja Hari Kekasih sudah pasti ramai pasangan-pasangan kekasih yang mengetahuinya. Hari Kekasih ini kebanyakannya disambut oleh mereka yang mempunyai pasangan kekasih masing-masing dan masih belum berkahwin. Dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai Valentine’s Day dan apabila hari ini tiba, banyak hubungan yang tidak […]

Anak Bongsu Khairy Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19
KUALA LUMPUR (Bernama) — Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin meluahkan rasa lega selepas anak bongsunya menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 untuk Kanak-Kanak (PICKids) hari ini (semalam). Menerusi akaun Twitter rasminya, beliau memaklumkan anaknya Raif selesai menerima suntikan vaksin dos pertama di pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). “Alhamdulillah selesai vaksinasi […]

Dua Kanak-kanak Maut Selepas Makan Sisa Makanan Dari Tong Sampah
ALOR SETAR, 13 Feb (Bernama) — Dua beradik warga Myanmar maut selepas dipercayai memakan sisa makanan dari tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa dekat Bukit Malut, Langkawi petang ini. Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata polis menerima laporan berhubung kematian dua kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Nizambudin Jamaludin, 4, dan Ngei, 2, kira-kira […]
(Video) “Tinggal Kenangan..”, Banyak Kedai ‘Gulung Tikar’, Malaysian Street Di Ho Chi Minh Sunyi Sepi Tanpa Pengunjung
Sejak dilanda pandemik COVID-19 lebih dua tahun yang lalu, kita dapat menyaksikan pelbagai perubahan yang berlaku di seluruh dunia termasuk pada sektor ekonomi. Kini, sesetengah negara telah memberikan kelonggaran penuh kepada rakyatnya untuk menjalani kehidupan dalam keadaan norma baharu dan sektor ekonomi kembali rancak. Bagaimanapun, ada syarikat atau kedai yang tidak mampu untuk bangkit semula […]
11 Mati Lemas Dihanyutkan Ombak Besar Di Laut Indonesia
JAKARTA, 13 Feb (Bernama) — Sebelas orang maut selepas dihanyutkan ombak besar ke laut dari pantai selatan wilayah Jawa Timur Indonesia pada Ahad, lapor Agensi Berita Xinhua memetik seorang pegawai pengurusan bencana tempatan. Kemalangan berlaku kira-kira 12:25 pagi waktu tempatan, Ahad, ketika 23 individu sedang melakukan upacara adat di pantai Payangan di daerah Jember, kata […]

(Video) TERKINI: Didakwa Langgar SOP Dalam Himpunan Politik, Khairy Arah KKM Kompaun Hishammuddin
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengarahkan pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengeluarkan kompaun kepada seorang menteri dan beberapa ahli politik yang didakwa terlibat dalam sebuah himpunan politik. Tegas Khairy, kompaun yang dikeluarkan itu dipercayai adalah disebabkan pelanggaran pematuhan prosedur operasi standard (SOP). Katanya, antara individu terpenting yang dikompaun tersebut adalah Menteri Kanan Pertahanan yang […]
(Video) Kecewa Ditinggal Kekasih, Pemuda Tekad Kurus & Terus Handsome Bak ‘Oppa’ Korea
Kekecewaan kadang kala membawa sinar baharu dalam hidup yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini dan menjadi permulaan kepada perubahan yang lebih besar. Itulah yang dialami oleh seorang pemuda dari Indonesia ini yang dipercayai pernah dikecewakan kerana berat badan yang berlebihan dan penampilannya. Namun, dia kini tampil lebih bergaya dan yakin selepas berjaya menurunkan berat badannya […]
Dianggap Berperangai Teruk & Tak Jaga Anak, Ini Kebenaran Tentang Burung Cuckoo
Setiap jenis burung mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan dikurniakan dengan keunikan yang membantu mereka untuk terus hidup di dalam habitat hidupan liar. Bagaimanapun, sesetengah burung juga mempunyai tingkah laku yang digambarkan sebagai ‘mengerikan’ dan tidak pernah dijangka oleh manusia. Seperti burung Cuculus Canorus atau dikenali sebagai cuckoo ini yang dinilai sebagai burung yang sangat teruk. […]