Berita
(Video) Abang Kurier Ni ‘Confuse’, Alamat ‘Parcel’ Yang Nak Kena Hantar Sebenarnya Tanah Perkuburan
Satu video yang memaparkan seorang penghantar barang terpaksa menghantar barang yang beralamat di sebuah tanah perkuburan telah menjadi tular di media sosial. Video tersebut telah dikongsikan oleh sebuah akaun Instagram bernama @penajamterkini_net. Menerusi video tersebut, penghantar barang itu menunjukkan sebuah bungkusan yang perlu dihantarnya. Pun begitu, dia berasa keliru kerana alamat penerima yang terdapat pada […]

TERKINI: Kes COVID-19 Kembali ‘Mencanak’, Lebih 5K Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 5,566 kes COVID-19 yang direkodkan pada hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini kian meningkat kepada 2,876,324 kes setakat ini. Dalam pada itu, jumlah kes hari ini dilapor semakin tinggi berbanding semalam yang hanya mencatatkan 4,774 kes sahaja. Sementara itu, jumlah kes sembuh dan […]

Lelaki Maut Ditembak Lebih 10 Das Di Parkir Kondominium Mewah
BUKIT MERTAJAM, 1 Feb (Bernama) – Seorang lelaki maut selepas ditembak lebih 10 das tembakan dalam kejadian di kawasan tempat letak kenderaan di sebuah kondominium mewah di Jalan Baru, di sini malam tadi. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tembakan membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 31 […]

SEMASA: Trafik Arah Timur Mulai Perlahan, Ini Beberapa Lokasi Sesak Setakat Ini
Menurut laporan semasa Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), difahamkan laluan trafik arah timur mula perlahan sekitar jam 10.31 pagi tadi. Mengikut maklumat daripada LLM lagi, trafik tersebut perlahan sebelum masuk ke Plaza Tol Gombak dan juga sebelum masuk ke Terowong Genting Highlands. Dalam pada itu, menurut LLM, laluan selepas Lukut ke arah Port Dickson juga turut […]

‘Kami TIDAK Sama Sekali Sokong, Benarkan Produk Kami Digunakan Ke Atas Haiwan’ – Samurai Paint Malaysia
Baru-baru ini tular mengenai kisah seorang individu yang didakwa menjalankan aktiviti perniagaan menjual burung merpati ‘pelangi’. ‘Pelangi’ yang dimaksudkan adalah corak bulu pada badan burung tersebut yang diwarnakan dengan penyembur cat beraneka warna. Perniagaan ‘unik’ tersebut turut dilaporkan oleh Bernama beberapa hari lepas, namun terdapat pelbagai maklum balas berbeza timbul daripada kalangan warganet. Difahamkan, ada […]

Wanita Dakwa Diperdaya Bayar RM109,200 Untuk Komputer Riba Tak Wujud
KUANTAN, 1 Feb (Bernama) — Hasrat seorang wanita mahu membeli tiga komputer riba bukan sahaja tidak kesampaian, malah dia turut mendakwa kerugian RM109,200 yang dibayar kepada penjual melalui urusan secara dalam talian. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 32 tahun mendakwa telah berurusan dengan seorang lelaki […]
Seram, Kelibat Berwajah Pucat Tengah ‘Intai’ Yang Muncul Dalam Pesawat Berjaya Dirakam
Satu video yang memaparkan kelibat sedang mengintai daripada kerusi di dalam sebuah pesawat komersial telah menjadi tular di media sosial. Video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @erylutfia. Video berkenaan dimulai dengan si perakam melangkah masuk ke dalam pesawat tersebut. Ketika memasuki pintu pesawat itu, kelihatan terdapat dua orang pramugari yang menyapanya. […]
PKRC MAEPS 2.0 Ditutup Secara Rasmi 8 Feb Ini
SERDANG, 31 Jan (Bernama) — Setelah 14 bulan memberikan khidmatnya, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0 di sini, akan ditutup secara rasmi pada 8 Feb ini. Difahamkan kumpulan pesakit COVID-19 terakhir yang menerima rawatan di PKRC itu sudah dibenarkan keluar semalam. Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr Aminuddin […]
Indonesia Buka Semula Bali Kepada Pelancong Asing Mulai 4 Feb
JAKARTA, 31 Jan (Bernama) — Indonesia akan membuka semula Bali secara berperingkat kepada pelancong antarabangsa mulai 4 Februari, satu langkah yang sangat diperlukan untuk memulihkan ekonomi pulau peranginan itu yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Kerajaan juga memendekkan tempoh kuarantin mandatori kepada lima hari berbanding tujuh hari kepada pengembara yang sudah lengkap divaksin, walaupun terdapat peningkatan […]
Liu Ying Bentuk Gandingan Baharu Bersama Ong Yew Sin
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) — Teka-teki mengenai pasangan baharu pemain beregu campuran negara, Goh Liu Ying akhirnya terjawab apabila pemain beregu lelaki profesional, Ong Yew Sin sah menjadi gandingannya. Liu Ying membuat pengumuman berkenaan dalam sebuah video dimuat naik di laman Facebook bekas pemain beregu lelaki kebangsaan, Tan Boon Heong malam ini. “It’s Ong Yew […]
COVID: Pelajar Kolej Cetus Kluster Institusi Pendidikan Terbaru Di Sabah
KOTA KINABALU, 31 Jan (Bernama) — Sabah mencatatkan satu lagi kluster institusi pendidikan hari ini iaitu Kluster Lorong Api-Api dengan kes indeks melibatkan pelajar lelaki di Almacrest International College Kota Kinabalu. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata pelajar berusia 18 tahun itu tinggal di asrama kediaman Api-Api Center mula bergejala pada […]
PKPD Di Felda Tersang, Raub, Pahang Mulai 2 Feb – MKN
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) — Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Tersang 1, 2, dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang mulai 2 hingga 15 Feb. Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad dalam kenyataan hari ini memaklumkan PKPD di Kampung Batu Talam, mukim sama akan ditamatkan esok seperti dijadualkan. Beliau […]
Khas Untuk Kaum Adam, Portal Ni Sedia Khidmat Nasihat Pakar Untuk Masalah Kesihatan Lelaki
Masalah kesihatan dalaman yang melibatkan golongan lelaki khususnya kaum suami mungkin masih lagi dianggap sebagai ‘taboo’ hingga kini kerana ramai yang memilih untuk memendamnya kerana malu. Pun begitu, masalah ini sebenarnya perlu untuk diberikan perhatian bagi memastikan keharmonian dalam sesebuah rumah tangga itu berkekalan. Perasaan malu serta ego yang ada pada golongan terbabit seharusnya diketepikan. […]
“Isteri Akan Kepenatan Yang Amat,” Doktor Ni Kongsi 5 Perkara Suami Perlu Tahu Tentang Isteri Selepas Bersalin
Pasti ramai di luar sana yang baru pertama kali bergelar ibu bapa selepas dianugerahkan dengan cahaya mata yang pertama. Kepada kaum suami yang akan melalui situasi untuk menjaga isteri selepas bersalin, terdapat beberapa perkara yang perlu anda ambil tahu. Seorang doktor bernama @DrRedzaZainol ada berkongsikan tentang 5 perkara yang perlu kaum suami tahu mengenai isteri […]
Lepas Jadi Bilionair Hasil Daripada Jual Gambar ‘Selfie’, Pemuda Akui Ramai Wanita Cuba Dekatinya
Seorang pemuda bernama Ghozali, pemilik akaun OpenSea Ghozali Everyday, telah menarik perhatian ramai apabila gambar swafotonya berjaya dijual dengan harga 1.5 bilion Rupiah atau kira-kira RM438 ribu. Ghozali dilaporkan telah menjual koleksi swafotonya dari tahun 2017 hingga 2021 sebagai produk Non Fungible Token (NFT) di OpenSea. Selain secara tiba-tiba bergelar bilionair pada usia muda, kisah […]
Tak Pernah Terfikir, Ini Sebenarnya Penjelasan Dari Mana Air Dalam Buah Kelapa Datang
Pasti ramai diantara kita yang amat menggemari air kelapa. Mana tidaknya, kalau minum diwaktu panas terik, tekak boleh jadi lega. Walaupun ramai yang menyukai air tersebut, tapi mesti ada segelintir daripada kita yang pastinya pernah timbul persoalan di minda berkenaan bagaimana air kelapa itu boleh ada di dalam buah tersebut. Pelik kan? Dari mana air […]
Alami Keriangan Trend Korea Bersama Perisa Baharu Jack ‘n Jill Roller Coaster Spicy Seaweed
Shah Alam, 28 Februari 2022 – Ucapkan annyeonghaseyo kepada perisa terbaru edisi terhad JACK ‘n JILL Roller Coaster, Spicy Seaweed! Perisa yang unik ini, hasil inspirasi gelombang Korea yang sudah popular di Malaysia, JACK ‘n JILL Roller Coaster Spicy Seaweed bakal memberikan rasa pedas menyengat bersama dengan rasa rumpai laut enak dalam gegelang ubi kentang rangup JACK ‘n JILL […]
Program Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2022
31 JANUARI 2022 (ISNIN)– Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menganjurkan beberapa program sempena Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2022 yang turut melibatkan penyertaan masjid dan surau serta institusi pendidikan Islam di bawah seliaan JAWI seperti berikut : Program dan aktiviti melibatkan pelajar-pelajar di institusi pendidikan Islam di bawah seliaan JAWI seperti bacaan […]
Jurupendawaian Mengaku Tidak Bersalah Samun, Cederakan Pemandu E-Hailing
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) — Seorang jurupendawaian berumur 24 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyamun dan sengaja mencederakan seorang pemandu e-hailing pada 24 Jan lalu. Fadlan Ahmad Fahimi mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahyon Talib atas pertuduhan melakukan samun dan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap P. Kesavan, 45, dalam kejadian yang […]
Negeri Di Pantai Semenanjung Antara Lokasi Diramal Berlaku Puting Beliung
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) — Beberapa lokasi di negeri Pantai Barat Semenanjung serta Sabah dan Sarawak adalah diramalkan untuk terjadinya fenomena puting beliung seperti yang berlaku di Perak semalam. Pengarah Kanan Pusat Instrumentasi Meteorologi dan Sains Atmosfera Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Ambun Dindang berkata negeri tersebut turut melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka […]