Berita
(Video) Detik Mendebarkan Bomba Selamatkan ‘Rider’ Berpaut Pada Pokok Setelah Hanyut Dibawa Arus Deras
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang penunggang motosikal yang hanyut akibat arus deras dalam kejadian di Bukit Sengit Pogoh, Segamat, lapor Bernama TV. Menurut agensi itu, mangsa telah berpaut pada pokok selepas hanyut ketika cuba merentasi jalan yang sedang dinaiki air. Menerusi video dimuatnaik, kelihatan anggota bomba dibantu orang awam menggunakan tali merentasi arus air bagi […]
TERKINI: Kes Baharu COVID-19 Pada Hari Ini Menurun Berbanding Semalam
Kes baru COVID-19 pada hari ini menunjukkan penurunan dengan 2,690 kes berbanding semalam, iaitu 2,882 kes. Menerusi ciapan rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, angka ini telah menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 pada hari ini sebanyak 2, 767, 044 kes. Dalam masa yang sama, kes baharu yang dicatatkan pada hari ini […]

(Video) Diculik Lebih 30 Tahun Lalu, Lelaki Sebak Bertemu Semula Ibu Kandung Selepas Berjaya Lukis Peta Kampung
Diculik lebih 30 tahun lalu, seorang lelaki di China kembali bersatu bersama ibu kandungnya setelah dia berjaya melukis peta kampung, lapor Daily Mail. Menurut laporan ketika usianya baru berusia empat tahun, Li Jingwei dilapor diculik pada tahun 1989 semasa seorang jiran berkepala botak yang cuba menarik perhatian dia dengan memberikan mainan, kata Jingwei kepada The […]
NOIR pecah tradisi, Taja Program Hiburan Buat Pertama Kali
Syarikat berasaskan kecantikan halal dan premium, Noir Health & Beauty Sdn Bhd buat kali pertamanya telah berjinak-jinak untuk menjadi penaja utama kemuncak Anugerah Juara Lagu edisi ke 36 (AJL 36) selepas empat tahun mengukuhkan jenama dan populariti rangkaian produk yang dipasarkan. Penajaan itu sekali gus akan membawa debaran anugerah yang mengangkat bakat komposisi itu ke […]
TERKINI: Tan Cheng Hoe Lepas Jawatan Ketua Jurulatih Kebangsaan
Ketua Jurulatih Kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah memutuskan untuk meletak jawatannya sebagai ketua jurulatih Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), demikian kenyataan rasmi oleh badan itu sebentar tadi. Menurut Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar, tindakan itu dilakukan susulan kegagalan skuad kendaliannya melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF di Singapura baru-baru ini. Tambahnya, perbincangan terbuka antara […]
Kawasan Di Daerah Besut, Terengganu Dijangka ‘Dibadai’ Banjir Bermula Esok
Dua kawasan di Terengganu dijangka dilanda banjir bermula esok, demikian amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran melalui laman rasmi Public Info Banjir. Menurut badan berkenaan, banjir dijangka melibatkan Sungai Besut dan Sungai Keruak di daerah Besut. Kawasan dijangka terkesan adalah Kampung Keruak dan Kampung Beraoh serta lokasi berhampiran. Lantaran itu, semua penduduk di kawasan tersebut […]
Aras Air 14 Sungai Di Lima Negeri Melebihi Paras Bahaya, 22 Pada Tahap Amaran
Sebanyak 14 sungai dilaporkan berada pada paras bahaya manakala 22 lagi berada pada tahap amaran pada pagi ini. Menurut Laman Web Rasmi Public Info Banjir, sungai-sungai pada paras bahaya melibatkan negeri Pahang, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Di Pahang, sebanyak lima sungai melebihi paras bahaya iaitu di Paya Gintong (Jerantut), Jam. Chegar Perah (Lipis), […]
Bahaya, Tular Foto Cadar Terbakar Dari Wayar Pengecas, Boleh Jadi Punca Kebakaran
Meletakkan telefon yang sedang dicas di atas katil merupakan tindakan yang berbahaya kerana ia berpotensi menyebabkan kebakaran. Berdasarkan perkongsian Daily Star, memetik kiriman daripada laman CPR Kids, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mengikut panduan pengilang ketika mengecas telefon mereka. Dalam beberapa gambar dikongsikan, kelihatan kabel pengecas telefon pintar yang terletak di atas tilam terbakar sehingga […]

Empat Negeri Terus Catat Peningkatan Jumlah Mangsa Banjir Malam Ini
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) — Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Melaka, Johor, Pahang dan Sabah terus mencatat peningkatan malam ini, Terengganu kekal manakala Negeri Sembilan merekodkan penurunan. Di Melaka, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,778 orang daripada 462 keluarga pada 8 malam berbanding 1,661 orang daripada 429 keluarga pada 4 […]

Duduk Rumah Pun Ada ‘Interaction’, Doktor Ini Jelaskan Sebabnya Dan Fungsi ‘MySejahtera Trace’
Ramai pengguna MySejahtera yang telah mengaktifkan ciri ‘Mysejahtera Trace’ mendapat notifikasi ‘interaction’ walaupun belum ke luar ke mana-mana. Seperti seorang pengguna laman Twitter telah berkongsi berkenaan MySejahtera orang tuanya mendapat notifikasi pengesanan ‘kontak rapat’ walaupun belum ke mana-mana. Sehubungan dengan itu, Ketua Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisi Kebangsaan (CPRC), Dr Mahesh Appanan telah […]
Risiko Tanah Runtuh, Jalan Dangi-Ulu Rokan Ditutup
TAMPIN – Laluan di Jalan Dangi – Ulu Rokan, Gemencheh ditutup sejak 3 petang tadi ekoran berisiko berlaku tanah runtuh serta mengundang bahaya. Kejadian kira-kira pukul 2:54 petang itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh dikejarkan ke lokasi selepas menerima aduan terdapat pokok tumbang yang merintangi laluan tersebut. Menurut Ketuanya, Norfaizal Ahmad […]

Kerajaan Negeri Melaka Tidak Buat Sebarang Keputusan Lepaskan Air Dari Empangan Durian Tunggal dan Jus
Susulan berita tular berkait pelepasan air dari Empangan Durian Tunggal, Melaka, Kerajaan Negeri Melaka melalui Badan Kawal Selia Air dalam satu kenyataan hari ini menafikan khabar angin tersebut. Menurut kenyataan Pengarah Sumber Air Negeri Melaka, berita itu tidak tepat kerana setakat ini kerajaan negeri tidak membuat apa-apa keputusan untuk melepaskan air dari dua empangan di […]
47 Individu Dikompaun RM1,000 Langgar SOP Dalam Pusat Hiburan, 39 Daripadanya Positif Dadah
KUALA LUMPUR – Oleh kerana mempedulikan prosedur operasi standard (SOP) di dalam sebuah pusat hiburan di sini tengah malam tadi, 47 individu telah menerima akibatnya apabila dikompaun RM1,000. Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, majoriti daripada mereka bukan hanya mabuk sahaja tetapi juga telah menghisap dadah di kelab malam itu. […]
Polis, Tentera Indonesia Siasat Sindiket Seludup Pati Ke Malaysia
JAKARTA, Jan 2 – Polis dan tentera Indonesia telah membuka kertas siasatan berhubung sindiket membawa pendatang tanpa izin (PATI) warganya ke Malaysia melalui perairan Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor termasuk pembabitan dua anggota tentera. Menurut portal rasmi berita Polis Sumut, beberapa orang daripada 18 orang yang ditahan telah dituduh berperanan sebagai ejen perjalanan termasuk menguruskan […]
Lionel Messi Disahkan Positif Covid-19
Pemain bola sepak terkenal, Lionel Messi adalah salah seorang daripada empat pemain Paris Saint-Germain (PSG) yang telah diuji positif Covid-19, kata kelab itu dalam satu kenyataan pada Ahad. Tiga pemain lain ialah Juan Bernat, Sergio Rico dan Nathan Bitumazala. “Semua pemain telah diasingkan dan tertakluk kepada protokol kesihatan yang sesuai,” kata pasukan itu. PSG dijadualkan […]
BANJIR: 9 Kes Baharu Positif Covid-19 Melibatkan Mangsa
KUALA LUMPUR – Sembilan kes baharu positif Covid-19 telah direkodkan pada hari ini melibatkan mangsa banjir. Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan kes positif dalam kalangan mangsa berjumlah 460 kes. Namun begitu, tiada kes baharu direkodkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan menjadikan jumlah keseluruhan kes di PPS kekal hanya 15 kes sahaja. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, […]

Awas, MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat Berterusan Tahap Bahaya Di Pahang Dan Johor
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya (merah) terhadap dua negeri di Semenanjung Malaysia, sehingga esok. Menurut kemaskini MetMalaysia setakat jam 6.20 petangi tadi, kawasan-kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat berterusan kategori merah (bahaya) hingga 3 Januari 2022 ialah daerah Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang serta seluruh […]

“Dah Tak Tergantung Lagi Dah,” Ini Keadaan Terkini Jambatan Gantung Di Gemas Yang Tenggelam Akibat Banjir
Susulan hujan lebat berterusan yang berlaku di beberapa negeri seluruh Malaysia sejak kebelakangan ini, beberapa daerah di negeri terlibat dilaporkan telah dinaiki air. Hari ini, tular video rakaman warga net yang menunjukkan keadaan terkini sebuah jambatan gantung di Negeri Sembilan, tepatnya di Kampung Pasir Besar, Gemas yang runtuh akibat kenaikan paras air di kawasan berkenaan. […]
7,527 Anggota dan 438 Aset Bomba Dikerah Ke Enam Buah Negeri Bagi Membantu Mangsa Banjir
KUALA LUMPUR – Seramai 7,527 anggota dan 438 aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah digerakkan ke enam negeri yang terjejas teruk akibat banjir setakat pukul 8 pagi tadi. Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, sebanyak 4,878 operasi telah dilakukan sebagai kesiapsiagaan JBPM sepanjang musim Monsun Timur Laut […]

(Video) Kg Morten ‘Tenggelam’, Aras Sungai Melaka Membimbangkan
Kampung tradisi Melayu, Kg Morten terancam banjir apabila paras Sungai Melaka semakin meningkat. Berdasarkan perkongsian orang ramai di media sosial, kelihatan air semakin menghampiri tebing dan nyaris melimpah. Malah, kawasan perumahan berhampiran juga dilihat sudahpun digenangi air. Difahamkan menurut Bernama, jumlah mangsa banjir di Melaka semakin meningkat pada hari ini, menjadikan jumlah 1,225 mangsa daripada 313 […]