Berita

(Video) Cara Mudah Tebuk Dinding, Tak Perlu Penat Mop Lantai Nak Cuci Habuk Simen
Setiap kali menebuk dinding, satu masalah utama adalah apabila debu berterbangan di segenap ruang. Bukan sahaja lantai, malah almari, meja dan segala perabot berhampiran akan terkena tempiasnya. Justeru, kerja membersih akan menjadi lebih rumit. Pun begitu, dengan lifehack mudah ini, anda dah tak perlu bersusah payah memvakum lantai dan mengelap perabot. Bahan yang diperlukan juga mudah didapati. […]
Mayat Lelaki Ditemukan 300 Meteri Daripada Jambatan Sungai Belat
KUANTAN, 30 Dis (Bernama) — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menemukan mayat seorang lelaki di Sungai Belat di Taman Desa Bistari di sini, pada 8.10 malam tadi. Ketua Zon Satu JBPM Pahang Mohd Shahrom Laji berkata mayat yang berseluar pendek dan tidak berbaju itu ditemukan tersangkut pada pokok berhampiran sungai itu. “Bomba dimaklumkan […]

McDonald’s Di China Gantikan Kerusi Dengan ‘Basikal’, Galak Pelanggan Berkayuh Bakar Kalori Sambil Makan
Rangkaian restoran McDonald’s di China kini menggantikan kerusi dengan basikal bagi menggalakkan pengguna bersenam, kongsi Oddity Central. Menurut laman itu, basikal diperbuat daripada plastik kitar semula itu bukan sahaja untuk membantu pelanggan membakar kalori, malah ia boleh menjana elektrik untuk mengecas telefon pintar. Memetik kenyataan McDonald’s China, setakat ini terdapat 10 “Green Charging Bikes” di […]
Gempa Bumi Dilapor Gegar Selatan Laut Maluku Sebentar Tadi
Satu gempa bumi bermagnitud 5.5 dilaporkan telah berlaku di Selatan Laut Maluku pada jam 9.13 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gempa bumi itu terletak 0.2° Selatan dan 125.3° Timur dengan kedalaman 61 km. 173km Selatan dari Tomohon,Indonesia. Bagaimanapun, gempa itu tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia. Gempa bumi sederhana M5.5 berlaku di […]
Terengganu Kembali Dilanda Banjir, Jumlah Mangsa Di Kelantan Meningkat
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) — Hujan lebat berterusan mengakibatkan Terengganu kembali dilanda banjir manakala Kelantan menunjukkan pertambahan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS), petang tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca peringkat bahaya iaitu hujan sangat lebat berterusan yang dijangka dialami 11 kawasan di tiga negeri pantai timur Semenanjung iaitu Kelantan, […]
Hiba, Kanak-kanak Tiba Tertunduk Menangis Depan Sukarelawan, Mungkin Sayu Teringat Rumah Dibadai Banjir
Bencana banjir yang melanda di negara ini minggu lalu menyaksikan ribuan penduduk yang kehilangan tempat tinggal serta barang-barang berharga. Lebih membimbangkan, kejadian ini juga sebenarnya turut memberi kesan kepada emosi mangsa banjir. Manakan tidak, dalam tempoh beberapa jam saja, keadaan rumah mangsa-mangsa sudah lagi tidak sama seperti sebelum ini. Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan mereka […]
JBPM Kenal Pasti 272 Lokasi Berpotensi Menyumbang Kepada Banjir – KP Bomba
PUTRAJAYA, 30 Dis (Bernama) — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenal pasti sejumlah 272 lokasi dengan paras air yang mudah meningkat dan berpotensi menyumbang kepada banjir di seluruh negara. Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata 272 lokasi berkenaan melibatkan sungai, persisiran pantai, air terjun dan tali air. Beliau berkata kesemua […]
“Potong Que, Akan Diburu…”, Abang Bezza Dapat Amaran & Saman, Selepas Viral Video Potong ‘Barisan’
Semalam, tular satu video berkenaan sebuah kereta Perodua Bezza yang telah memotong secara berbahaya dari sebelah kiri dipercayai dekat simpang Lebuh Puncak Jelapang, Perak. Susulan itu, pemandu kenderaan tersebut telah diberikan amaran dan dikenakan saman atas kesalahan memotong barisan. Menerusi kenyataan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM di Facebook, amaran dan saman itu diberikan […]

Sambutan Tahun Baharu Dibatalkan, Ganti Dengan Solat Hajat & Doa Selamat -PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan pembatalan sambutan Tahun Baru pada esok hari, lapor Bernama Radio. Sebaliknya, sambutan akan diganti dengan solat hajat dan doa selamat bagi menghormati nasib mangsa-mangsa banjir yang melanda negara baru-baru ini. Program tersebut akan diadakan pada jam 7 malam esok di Masjid Putra, Putrajaya. Lantaran itu, tiada sebarang permit […]
Penduduk Tawau Dikejutkan Gegaran Akibat Gempa Bumi Di Tarakan, Indonesia
TAWAU, 30 Dis (Bernama) — Beberapa kawasan di sini dikejutkan dengan gegaran akibat gempa bumi lemah bermagnitud 4.3 pada skala Richter yang melanda Tarakan, Indonesia, pada 2.09 pagi ini. Penduduk Kampung Titingan Blok 5, Yusri Yahya, 49, berkata seluruh keluarganya seramai 10 orang terjaga dari tidur selepas rumahnya tiba-tiba bergegar beberapa saat. “Kami sekeluarga terus […]
Empat Mayat Ditemukan Terapung Di Pulau Buloh, Kepulauan Sembilan
IPOH, 30 Dis (Bernama) — Tiga mayat wanita dan satu mayat lelaki ditemukan terapung pada kedudukan 14.2 batu nautika barat Pulau Buloh, Kepulauan Sembilan, Pulau Pangkor, Lumut pagi tadi. Pengarah Maritim Negeri Perak Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata Pusat Operasi Maritim Negeri Perak (PUSOP) menerima maklumat awal berhubung penemuan empat mayat itu oleh komuniti maritim […]
Demi ‘Garuda’, Persatuan Dukun Indonesia Buat Ritual Khas Minta Thailand Kalah
Persatuan bomoh Indonesia atau dikenali sebagai Persatuan Dukun Nusantara (Perdunu) dilaporkan mengadakan ritual istimewa untuk mendoakan kemenangan pasukan Indonesia dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2020 menentang Thailand. Memetik laporan Detik News, ritual yang dipanggil sebagai Samar Wulu itu dianggap sebagai salah satu bentuk sokongan sebagai rakyat Indonesia. Pengerusi Perdunu, Abdul Fatah Hasan berkata pihaknya […]
(Video) Ombak Besar Dirakam Hempas Benteng, 3 Negeri Termasuk Kelantan Dijangka Dibadai Hujan Sangat Lebat Berterusan Hingga Esok
Cuaca peringkat bahaya iaitu hujan lebat yang berterusan dijangka akan melanda negeri-negeri Pantai Timur sehingga esok (Jumaat). Menerusi tinjauan Bernama di Kampung Pantai Dasar, Sabak, Kota Bharu, angin dilihat sangat kencang sehingga menyebabkan ombak besar menghempas benteng penahan ombak di situ. Susulan cuaca buruk itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir secara […]
Bisnes Online Pun Kena Tunaikan Zakat Perniagaan, Tapi Kena Cukup Syarat Syarat Wajib Dulu
Zaman sekarang ramai yang buat perniagaan online. Bila kita dah mula berniaga memang kadang-kala pada awalnya susah untuk kita cari pelanggan. Banyak cabaran nak kena tempuh. Tapi bila kita dah stabil dan ramai orang membeli dengan kita. Mesti kita rasa seronok kan, nak terus jual dan jual lagi. Tapi dalam seronok tu jangan kita lupa […]

(Video) Dah Macam Besi Buruk, Keadaan Kereta ‘Hancur’ Lepas 11 Hari Banjir Di Bentong
Seperti yang kita tahu, beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada minggu lalu dikejutkan dengan banjir yang teruk berpunca daripada luruan monsun yang membawa taburan hujan yang sangat tinggi. Air yang naik dengan begitu pantas menyebabkan sebahagian besar mangsa banjir ini tidak dapat menyelamatkan harta benda mereka termasuk kenderaan. Lebih parah, ada yang tinggai sehelai sepinggang […]
Lima Jalan Di Negeri Sembilan Masih Ditutup Susulan Tanah Runtuh
SEREMBAN, 30 Dis (Bernama) — Lima jalan di negeri ini yang terjejas akibat tanah runtuh susulan hujan lebat dan banjir baru-baru ini masih ditutup untuk semua kenderaan. Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan Ir Wan Hasnan Wan Musa berkata ia melibatkan Jalan Felda Titi, Jalan Kampung Renal, Pocket Road FT086 di Jeram Toi, Jalan […]

Banjir: ATM Atur Gerak Anggota, Aset Ke 86 Lokasi Hadapi Gelombang Kedua – Hishammuddin
KOTA BHARU, 30 Dis (Bernama) — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengatur gerak anggota dan aset ke 86 lokasi di seluruh negara bagi membantu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta agensi-agensi berkaitan bagi menghadapi gelombang kedua banjir. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata langkah itu diambil berikutan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia mengenai […]
Arab Saudi Laksanakan Semula Penjarakan Fizikal Di Masjidil Haram & Masjid Nabawi Mulai Hari Ini
Kerajaan Arab Saudi kini melaksanakan semula peraturan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi setelah hampir dua bulan memberi kelonggaran, sejak Oktober lalu. Memetik laporan Saudi Gazette, Presidensi Umum yang menguruskan hal ehwal dua masjid suci berkenaan memutuskan untuk melaksanakan semula prosedur penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka mandatori berkuatkuasa […]
Masalah Laptop Slow? Rupanya Kena Buat Empat Rutin Ini Agar Laptop Sentiasa Laju
Komputer riba atau laptop sudah menjadi perkara wajib yang perlu dimiliki semua pelajar terutamanya bagi mereka yang melanjutkan pengajian di kolej atau universiti. Namun begitu, antara masalah yang sering dihadapi oleh pengguna laptop ialah masalah laptop slow atau lembap disebabkan hang, lag atau berat. Situasi ini sudah tentu membuatkan ramai yang rasa stress kan! Sebenarnya, […]
Terus Meningkat Berbanding Semalam, Sebanyak 3,997 Kes COVID-19 Dilaporkan Hari ini
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 3,997 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Jumlah itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,754,513 kes. Kes positif harian COVID-19 di Malaysia menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini. Malah jumlah kes yang dicatakan hari ini lebih tinggi […]