Berita
Tiada Peruntukan Dalam Akta Benar Pengeluaran Untuk Bencana Alam – KWSP
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) — Tiada peruntukan dalam akta yang membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk bencana alam, menurut KWSP. Dalam satu kenyataan, dana persaraan itu memaklumkan organisasi itu tertakluk di bawah Akta KWSP 1991, yang menetapkan Akaun 1 atau 70 peratus simpanan ditetapkan untuk persaraan, manakala Akaun 2 (30 peratus simpanan) untuk pengeluaran lain-lain […]
(Video) “Sampai, Turun Bot, Terus Jalan”, Abaikan Kecaman, Abang Askar Pesan Ikhlaskan Hati & ‘Just Buat Kerja Kita’
Kejadian banjir yang melanda di beberapa negeri pada minggu lalu menyaksikan pelbagai pihak tanpa mengira bangsa dan agama turun membantu mangsa-mangsa dengan menyalurkan pelbagai bantuan sejak hari pertama bencana itu berlaku. Ini termasuk pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang pantas membantu mangsa-mangsa banjir yang terperangkap di rumah mereka. Malah, difahamkan pihak ATM juga telah diarahkan […]
Sangka Diganggu Makhluk Halus, Rupanya Tangisan Bayi Perempuan Ditinggalkan Di Tepi Jalan
KUALA TERENGGANU, 28 Dis (Bernama) — Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemukan di sebuah wakaf di tepi jalan raya di Kampung Tayor, dekat Sungai Tong di sini, tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Setiu DSP Afandi Hussin berkata bayi tersebut ditemui oleh dua orang pemuda yang sedang memberhentikan kereta untuk menyejukkan enjin di […]
“Tak Isi Borang Pun Dapat Bantuan” – Mangsa Banjir
TEMERLOH, 28 Dis (Bernama) — Pengawal keselamatan, Siti Alama Dollah tidak menyangka dirinya terpilih untuk menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) kerana tidak pernah mengisi apa-apa borang sejak rumahnya dilanda banjir minggu lepas. Siti Alama, 49, yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tualang di sini berkata beliau hanya diminta untuk ke dewan sekolah hari ini […]
Masyarakat Disaran Guna Ciri Bluetooth MySJ Trace Di Tempat Awam
PUTRAJAYA, 28 Dis (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan agar ciri Bluetooth Tenaga Rendah (BLE) MySJ Trace di aplikasi MySejahtera digunakan oleh masyarakat ketika berada di tempat awam, dalam pengangkutan awam, di kedai makan dan pusat membeli-belah. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata MySJ Trace menggunakan teknologi BLE bagi mengesan kontak rapat iaitu individu yang berada dalam […]
“Long Tiger” Ditahan Semula
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) — Seorang lelaki etnik Rohinya dikenali sebagai “Long Tiger” yang dilaporkan melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor baru-baru ini telah ditahan semula hari ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan lelaki berkenaan. “Saya sahkan dia ditahan kira-kira 3 petang tadi di Kedah,” […]

Kenapa Ragu-ragu Nak ‘Bermadu’ Kalau Boleh ‘Bermadu’ Tanpa Rasa Ragu-ragu? Ini Pesanan Untuk Anda
Bila sebut tentang madu ni kan, mungkin ada yang tiba-tiba ‘naik darah’. Yelah, madu ni topik yang sensitif bagi sesetengah orang. Walaupun madu itu ‘manis’, ada juga yang menelan rasa pahit apabila bermadu. Tapi macam mana kalau kami katakan, ada madu yang pasti disukai semua dan madu ini boleh membawa kebahagian dalam rumah tangga? Buat […]
Sela Masa Vaksinasi Dos Penggalak Pfizer Dan AZ Kini Sekurang-kurangnya 3 Bulan Selepas Dos Kedua – Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan bahawa sela masa bagi vaksinasi dos penggalak untuk vaksin Pfizer dan AstraZeneca boleh diberi seawal tiga bulan selepas menerima vaksin primer. Menterinya, YB Khairy Jamaluddin berkata sela masa itu disyorkan oleh badan Regulatori seperti di United Kingdom, Kanada dan Australia serta panel pakar kesihatan selepas melihat hasil kajian […]
KPLB Segerakan Proses Baik Pulih Kerosakan Infrastruktur Akibat Bencana Banjir
JELEBU, 28 Dis. – Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB akan menyegerakan kerja-kerja baik pulih kemudahan infrastruktur di bawah kelolaannya yang terjejas dilanda bencana banjir. Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, antara infrastruktur yang mengalami kerosakan teruk termasuk jalan kampung, jambatan kecil yang menghubungkan antara kampung, surau dan juga longkang kampung yang perlu dibaik pulih secepat mungkin. […]
Amaran Cuaca Waspada Dengan Hujan Lebat Di Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang Dan Johor
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (WASPADA) peringkat kuning akibat luruan monsun yang sedang berlaku dan hujan lebat dijangka berterusan sehingga 3 Jan tahun depan di Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. Menurut kenyataan MetMalaysia hari ini amaran hujan berterusan dikeluarkan untuk kawasan-kawasan di Sabah seperti di […]

“Ampun Dan Maaf, Kami Terpaksa Berhenti Di Sini” – Azhan Rani
“Kami berhenti sampai sini dulu. Mohon jangan sumbangkan apa-apa wang dan barang-barang lagi pada kami.” Demikian kenyataan pelakon dan selebriti, Azhan Rani di laman Instagram miliknya. Dalam hantaran tersebut, Azhan Rani memohon maaf kerana terpaksa berhenti memberi bantuan kepada mangsa banjir berikutan beberapa faktor yang perlu diambil kira. “Maaf kami terpaksa berhenti di sini. Warehouse […]
Bekalan Elektrik Di 831 Kawasan Banjir Telah Pulih – TNB
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) — Bekalan elektrik di 831 kawasan yang terjejas banjir di Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur telah dipulihkan setakat pukul 12 tengah hari ini. Tenaga Nasional Bhd (TNB) Careline menerusi hantaran di Facebook memaklumkan ia meliputi 510 kawasan di Pahang, 178 kawasan di Selangor, 118 kawasan di Kuala Lumpur dan 25 […]

Tular Waktu Solat Maghrib Didakwa Lebih Awal Dari Sepatutnya, Jabatan Mufti Selangor Tampil Beri Penjelasan
Solat lima waktu adalah ibadah yang wajib dilaksanakan umat Islam mengikut waktu-waktu yang ditetapkan. Di zaman yang serba moden ini, cara penentuan batas waktu solat fardhu adalah lebih mudah dan tepat. Namun begitu, timbul perdebatan dalam kalangan orang ramai tentang waktu solat fardhu Maghrib yang didakwa lebih awal dari waktu sebenar terbenamnya matahari selain suasana […]
Hujan Berterusan Dijangka Landa 5 Negeri Melibatkan Beberapa Kawasan Hingga 2 Januari Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca tahap Waspada (kuning) iaitu hujan lebat berterusan di beberapa negeri dan kawasan sekitarnya dalam minggu ini, bagi tempoh 30 Disember sehingga 2 Januari. MetMalaysia dalam kenyataan ringkas memaklumkan, kawasan yang dijangka terlibat ialah Johor (Mersing), Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin), Terengganu, Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, […]
TERKINI: 2,897 Kes Positif Covid-19 Dilaporkan Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 2,897 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,746,833 kes. Kes positif harian dicatatkan setakat petang 28 Disember 2021 menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 2,757 kes semalam. Menurut rumusan sepintas lalu di COVIDNOW, setakat […]
Hampir 3,000 Penerbangan Dibatalkan, Lebih 12,000 Tertunda Di Seluruh Dunia Pada Isnin
WASHINGTON, 28 Dis (Bernama) — Kira-kira 3,000 penerbangan dibatalkan dan lebih 12,000 mengalami kelewatan di seluruh dunia pada Isnin berikutan kebimbangan syarikat penerbangan terhadap varian coronavirus Omicron, menurut laman web penjejakan penerbangan Flightradar24, lapor Sputnik. Meskipun dunia sedang berada di tengah musim cuti musim sejuk, sejumlah 12,528 penerbangan tertunda dan 2,959 pembatalan penerbangan dilaporkan pada […]

Banjir: Operasi Sedut Lumpur Dan Sampah Di Kajang Giat Dijalankan
Beberapa kawasan di sekitar Kajang dilanda banjir akibat hujan lebat pada petang Isnin. Antara kawasan yang terjejas ialah di kawasan Apartmen Glen Court, Bandar Sungai Long dan di Jalan Semenyih, Rumah Murah Taman Lembah Mewah, Kajang. Situasi sewaktu kejadian dikongsikan menerusi beberapa rakaman video yang tular di media sosial. Terdapat kenderaan yang dilihat terkandas dalam […]
”Ya, Memang Itu Trak Milik ATM, Siang Malam Redah Banjir” – Hishammuddin
Bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri di Semenanjung tanah air baru-baru ini, cukup mendatangkan kesan mendalam kepada rakyat Malaysia. Banyak pihak tanpa mengira siapa, sama-sama berganding bahu meringankan beban mangsa-mangsa terjejas baik dari segi kewangan, barang keperluan mahupun tenaga. Pelbagai aset kerajaan turut dikerahkan untuk misi bantuan banjir kali ini termasuk daripada barisan pertahanan […]

Tular Video Majlis Kahwin Selebriti Didakwa Tak Patuh SOP, Polis Akan Kesan Individu Yang Hadir
Pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung satu video tular di Facebook bedurasi 41 saat yang memaparkan majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4, Pelan Pemulihan Negara (PPN). Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai majlis perkahwinan terbabit yang berlangsung di sebuah […]
(Video) Ramai Ingat Ular Hanya Bertelur, Rakaman Ini Tunjuk Proses Ular ‘Lahirkan’ Anak
Semasa di bangku sekolah, pasti anda semua ada belajar berkaitan pembiakan haiwan sama ada melalui cara bertelur mahupun beranak. Kebiasaannya, ramai yang mengetahui bahawa ular merupakan haiwan yang membiak dengan cara bertelur. Namun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa terdapat juga spesis ular yang tidak bertelur tetapi ‘melahirkan’ anak seperti perkongsian sebuah video tular di […]