Berita

Berita
Individu Islam Tidak Boleh Jadi Pihak Pertikaian Perkahwinan Bukan Islam – Mahkamah Persekutuan
PUTRAJAYA, 1 Dis (Bernama) — Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1, memutuskan individu beragama Islam tidak boleh dinamakan sebagai pihak dalam pertikaian perkahwinan yang melibatkan pasangan suami isteri bukan Islam di Mahkamah Sivil. Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika menyampaikan keputusan majoriti panel tiga hakim berkata Seksyen 3(3) Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 […]
Berita
Saya Akan Buat Satu Kenyataan Akbar Hari Ini Sempena Kemenangan KL City – Menteri WP
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dijangka akan membuat satu pengumuman untuk warga wilayah pada hari ini sempena kemenangan pasukan KL City FC dalam kempen Piala Malaysia semalam. Kenyataan tersebut telah dikongsikan menerusi akaun Facebook rasminya sebentar tadi. “Kepada warga Wilayah, saya akan buat kenyataan akhbar pada hari ini sempena KL CITY menang piala […]
Berita
Bayaran i-Citra Bulan Disember Sedang Diproses Secara Berperingkat Mulai Hari Ini -KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa bayaran i-Citra bagi bulan Disember sedang diproses secara berperingkat bermula 1 Disember 2021. Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu respon balas daripada komen di posting Facebook KWSP. Menurut KWSP, bayaran bulan Disember sedang diproses secara berperingkat bermula hari ini (1/12/2021) dan tarikh bayaran anda mungkin berbeza daripada bulan sebelum […]
Berita
Brazil Sahkan Kes Pertama Varian Omicron Di Amerika Latin
BUENOS AIRES, 1 Dis (Bernama) — Agensi Kawal Selia Kesihatan Brazil (ANVISA) pada Selasa mengumumkan dua rakyat Brazil disahkan positif varian Omicron COVID-19, menandakan kes pertama yang disahkan di Amerika Latin, lapor Agensi Anadolu. Seorang pengembara yang tiba di Sao Paulo dari Afrika Selatan dan isterinya, yang tidak menyertai perjalanan itu, disahkan positif varian baharu itu, […]
Berita
TERKINI: Harga RON97 Turun Lagi, RON95 & Diesel Kekal
Harga runcit produk petroleum bagi RON97 menunjukkan penurunan lagi sebanyak 3 sen, iaitu daripada RM3.05 seliter kepada RM 3.02 seliter bagi tempoh 2 Disember 2021 hingga 8 Disember 2021. Bagi harga runcit produk petroleum bagi RON95 dan minyak diesel pula, harga masih lagi kekal dan berada pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter. Menerusi Siaran […]
Berita
Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 Diwarta Sebagai Barang Kawalan Mulai Hari Ini
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) — Kerajaan mewartakan Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 (Ujian Sendiri) sebagai barang kawalan berkuat kuasa hari ini, bagi menjamin bekalan kit ujian itu mencukupi di pasaran. Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Adam berkata bagi menjamin keberadaan dan bekalan sentiasa mencukupi di pasaran, kerajaan mengambil langkah […]
Kesihatan
Arab Saudi Sahkan Kes Pertama Varian Omicron
Arab Saudi mengesahkan kes pertama varian Omicron telah dikesan di negara itu yang melibatkan seorang penumpang yang datang dari Afrika, lapor Arab News. Susulan itu, penumpang tersebut bersama beberapa orang lagi rakannya yang lain telah dikuarantin. Arab Saudi sebelum ini dilaporkan telah mengumumkan sekatan penerbangan dari beberapa negara benua Afrika seperti Afrika Selatan, Namibia, Zimbabwe, […]
Berita
Negeri Sembilan Rekod 1,064 Kes Penceraian Pasangan Islam Setakat September
SEREMBAN, 1 Dis – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Mahkamah Syariah negeri merekodkan 1,064 kes penceraian bagi pasangan Islam sejak Januari hingga September lepas, persidangan Dewan Undangan Negeri DUN) diberitahu hari ini. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata angka itu dilihat rendah berbanding jumlah kes bagi keseluruhan tahun […]
Berita
Kenaikan Harga Sayur: KPDNHEP, MAFI Kerjasama Cari Penyelesaian
GEORGE TOWN, 1 Dis (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang dalam usaha mengumpul maklumat daripada pihak pemborong dan pembekal di negeri ini susulan kenaikan harga sayur-sayuran secara mendadak kebelakangan ini. Pengarah KPDNHEP Pulau Pinang, Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata pihaknya akan menyerahkan hasil laporan dan maklumat yang diperoleh […]
Kesihatan
Tiada Keperluan Tutup Parlimen, KKM Ada Kerangka Tangani Covid-19 – Khairy
PUTRAJAYA, 1 Dis (Bernama) — Tiada keperluan untuk menutup sidang mesyuarat Parlimen meskipun terdapat kes positif COVID-19 dilaporkan dalam kalangan warga Parlimen, kerana Kementerian Kesihatan (KKM) mempunyai kerangka dan pengalaman untuk menangani wabak itu. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata antaranya ialah seperti kekerapan ujian pengesanan COVID-19 selain mengasingkan mereka yang dikesan positif virus berkenaan. “Kita […]
Berita
KKM Senarai Lapan Negara Dalam Sekatan Perjalanan
PUTRAJAYA, 1 Dis (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) menyenaraikan lapan negara dalam sekatan perjalanan sementara, dengan Malawi menjadi yang terkini dalam senarai tersebut susulan penularan varian baharu COVID-19 yang dikenali sebagai Omicron. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pada 26 Nov lepas, KKM menyenaraikan Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe dalam senarai sekatan […]
Berita
(Video) Dapat Tangan ‘Baharu’, Reaksi Anak Kecil Ini Buat Ramai Tersentuh Hati
Wajah yang pernah bermuram durja satu masa dahulu gara-gara kehilangan salah satu anggota badan kini bertukar dengan riak syukur kegembiraan. Begitulah seperti yang dirakam dalam video yang dimuat naik di laman Twitter Nuristani365 baru-baru ini, memaparkan gelagat seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU). Dalam video berdurasi 55 saat itu, kanak-kanak tersebut memiliki tangan kudung di […]
Berita
9,551 Kematian Covid-19 Di Selangor Tahun Ini
SHAH ALAM, 1 Dis – Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini dimaklumkan bahawa sejumlah 9,551 kematian akibat COVID-19 direkodkan di Selangor dari Januari hingga 2 Nov lepas berbanding 66 kematian akibat COVID-19 dicatatkan sepanjang tahun lepas. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud berkata Jabatan Kesihatan […]
Berita
Hujan Berterusan Dijangka Landa Terengganu, Kelantan Mulai Esok
KUALA LUMPUR, 1 Dis – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada atau kuning dengan hujan berterusan dijangka melanda Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan selama dua hari bermula esok. MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat di Kelantan adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh […]
Luar Negara
Korea Selatan Laporkan Rekod Harian Baharu Jangkitan COVID-19 Melebihi 5,000 Kes
SEOUL, 1 Dis (Reuters) – Korea Selatan melaporkan rekod harian baharu sebanyak 5,123 kes Koronavirus. Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA), pada ketika ini negara tersebut sedang berjuang untuk membendung peningkatan mendadak pesakit yang mengalami simptom teruk dan menghalang varian Omicron daripada terus merebak. Pada hari Isnin lepas, kerajaan di sana telah menangguhkan […]
Kesihatan
215 Kes Positif Varian Omicron Dicatatkan Seluruh Dunia, KKM Kenakan Sekatan Perjalanan Bagi Negara-Negara Ini
Seperti yang kita tahu, sebuah varian baharu COVID-19 yang dikenali sebagai Omicron telah dikesan dan kini dikategorikan sebagai variant of consent (VOC). Setakat semalam, sebanyak 215 kes positif varian Omicron dilaporkan di sleuruh dunia membabitkan 20 buah negara. Antara negara yang merekodkan kes positif varian Omicron tertinggi ialah Afrika Selatan dengan jumlah kumulatif 128 kes. […]
Berita
Malaysia Harap Omicron Tidak Jejas Jemaah Tunai Haji Musim Depan
JOHOR BAHRU, 1 Dis (Bernama) — Malaysia berharap jangkitan varian baharu COVID-19 iaitu B.1.1.529 yang dikenali sebagai Omicron, tidak akan menjejaskan bakal jemaah dari negara ini untuk menunaikan ibadah haji pada musim depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad turut berharap agar jangkitan varian baharu itu tidak melibatkan rakyat negara ini memandangkan […]
Berita
TERKINI: Kes COVID-19 Terus Meningkat, Melebihi Angka 5,000
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 5,439 kes COVID-19 baharu pada hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah kes kumulatif kes COVID-19 negara kini kian meningkat kepada 2,638,221 kes setakat ini. Difahamkan, kes dilaporkan hari ini didapati lebih tinggi berbanding semalam yang hanya mencatatkan 4,879 kes. Dalam pada itu, jumlah kes sembuh dan kematian terkini […]
Berita
Tiada Alasan Naikkan Harga Ais – PM Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 1 Dis – Syarikat pengeluar ais tidak mempunyai alasan kukuh untuk menaikkan harga di pasaran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Mengulas laporan mengenai peningkatan harga sebungkus ais sebanyak RM0.50 bermula hari ini, Ismail Sabri berkata kenaikan tidak sepatutnya berlaku memandangkan kerajaan masih mengekalkan tarif air dan elektrik ketika ini. “Harga ais tidak sepatutnya […]
Berita
Langgar SOP PKPB: Neelofa, Suami Lepas Tanpa Bebas
SEREMBAN, 1 Dis – Selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini daripada pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Mei lepas. Majistret Mohd Firdaus Saleh mengeluarkan perintah itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Aling […]