Berita

Berita
Gempa Bumi 5.9 Magnitud Landa Rantau Sempadan Myanmar-India Pagi Ini
Satu kejadian gempa bumi sederhana dilaporkan telah melanda Rantau Sempadan Myanmar-India pada jam 7.45 pagi tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa 5.9 magnitud itu berpusat di 22.3° U, 93.7° T dengan kedalaman 69 km. Ia berada di 147 km Barat dari Monywa, Myanmar. Bagaimanapun, gempa itu tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia. Gempa bumi sederhana […]
Berita
Seramai 1,817 Penggiat Industri Pelancongan Di Sabah Terima Bantuan Kewangan
KOTA KINABALU, 25 Nov (Bernama) — Seramai 1,817 penggiat industri pelancongan di Sabah menerima bantuan kewangan secara berperingkat tahun ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Datuk Dr Noor Zari Hamat. Beliau berkata RM61 juta diperuntukkan bagi bantuan itu yang telah diberikan secara berperingkat kepada pemandu pelancong, pengusahaan pelancongan, Program Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H), […]
Berita
KPDNHEP Buat Laporan Polis Terhadap Kenyataan Tular Tidak Sensitif
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini membuat laporan polis susulan isu kenyataan serta gambar tular yang mempersenda kesusahan rakyat semalam. Menteri berkenaan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menafikan dakwaan yang tidak sensitif itu dan menyifatkan perkara tersebut sebagai fitnah. “Saya dengan jelas ingin menyatakan di sini bahawa saya tidak pernah membuat kenyataan rakyat perlu […]
Berita
RUU Tanah Kampung Baru Beri Perlindungan Seumur Hidup Kepada Pemilik – Shahidan
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Draf Rang Undang-Undang (RUU) Tanah Kampung Baru yang dijangka dibentang di Parlimen pada awal tahun depan diharap akan memberi jaminan perlindungan seumur hidup kepada pemilik tanah Kampung Baru. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata sejak dahulu tiada undang-undang yang boleh melindungi secara khusus Tanah Rizab Melayu bagi menghalang mana-mana pihak yang mahu […]
Sukan
Terbuka Malaysia: Aifa Azman, Eain Yow Mara Ke Separuh Akhir Dengan Bergaya
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Pemain skuasy wanita sensasi negara Aifa Azman menitiskan air mata kegembiraan selepas menumpaskan lawan ketiganya dari Mesir untuk melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia. Pemain berusia 19 tahun itu berjaya mengatasi cabaran dihadapinya dengan menewaskan pemain nombor 35 dunia dari Mesir Hana Ramadan 11-9, 11-9, 11-5 dalam perlawanan suku akhir […]
Berita
Aspirasi 100 Hari Kementerian Alam Sekitar Dan Air Berjaya Tercapai – Tuan Ibrahim
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Pelaksanaan pelan strategik dengan peruntukan RM50 juta khusus bagi mengelak tragedi kepala air dan banjir lumpur di sekitar kaki Gunung Jerai, Yan, Kedah pada 18 Ogos lepas berulang, merupakan antara penanda aras kejayaan Kementerian Alam Sekitar dan Air. Menterinya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sasaran utama yang dicapai oleh […]
Kes Jenayah Rekod Penurunan 21.4 Peratus Pada 2020 – Mohd Uzir
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Kes jenayah tahun lepas menurun 21.4 peratus kepada 65,623 berbanding 83,456 pada 2019, antaranya disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin. Beliau berkata kes terbabit terdiri daripada jenayah kekerasan dan jenayah harta benda dengan jenayah kekerasan merekodkan penurunan 19.5 peratus kepada 13,279 kes pada 2020 dan […]
Politik
Mohamaddin Ketapi Sah Jadi Ahli Bersatu
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Segama Datuk Mohamaddin Ketapi hari ini secara rasmi menjadi ahli Bersatu yang baharu. Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata permohonan keahlian Mohamaddin diperaku dan diterima dalam Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu malam ini yang dipengerusikan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Bersatu menyambut baik keahlian beliau kerana ia bukan sahaja […]
Berita
Saintis Beri Amaran, Muncul Varian COVID-19 Baharu Dengan Mutasi Lebih Tinggi
Saintis telah mengenal pasti sejenis varian COVID-19 baharu yang dilapor mempunyai kadar mutasi yang lebih tinggi dan ekstrim, lapor The Guardian baru-baru ini. Menurut laporan tersebut, varian itu, B.1.1.529 memiliiki 32 protein spike, iaitu sejenis bahan yang digunakan dalam vaksin sebagai sistem imunisasi melawan COVID-19. Walaupun hanya 10 kes di tiga negara telah disahkan setakat […]
Berita
Lelaki Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap Sembilan Pelajar
KUALA TERENGGANU, 25 Nov (Bernama) — Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas 11 pertuduhan melakukan amang seksual terhadap sembilan pelajar lelaki di asrama sebuah kolej di sini. Suspek, 36, seorang penceramah yang secara sukarela memberi motivasi kepada pelajar di asrama itu, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman. […]
Berita
Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh Perjalanan Tidak Penting Ke Ethiopia
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan sementara perjalanan tidak penting ke Ethiopia susulan konflik antara Angkatan Tentera Ethiopia dan Gerakan Pembebasan Rakyat Tigray (TPLF). Menurut kenyataan kementerian hari ini, Kedutaan Malaysia di Khartoum, Sudan, memaklumkan empat rakyat Malaysia di Ethiopia yang berdaftar dengan kedutaan berada dalam keadaan selamat. “Pegawai […]
Berita
Tak Sampai Beberapa Jam Dilantik, PM Wanita Pertama Sweden Letak Jawatan
Perdana Menteri wanita pertama dalam sejarah Sweden, Magdalena Andersson dilapor meletak jawatan hanya dalam tempoh beberapa jam selepas menggalas jawatan tersebut, lapor BBC baru-baru ini. Menurut laporan itu, Magdalena yang juga dari Parti Demokrat Sosial tekad meletak jawatan selepas parti gabungan, Greens Party menarik diri daripada gabungan kerajaan campuran. Malah dalam masa yang sama, belanjawan […]
Luar Negara
Tragedi Hari Guru, Pelajar Serang Sekolah Bawa Parang, Anak Panah & Batu
Makassar, CNN Indonesia – Sejumlah pelajar merosakkan sebuah sekolah menengah (SMA) di Kota Makassar, Sulawesi Selatan, hari ini. Serangan itu berlaku ketika sekolah itu menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bertepatan dengan sambutan Hari Guru Kebangsaan. Kumpulan pelajar ini menyerang sekolah berkenaan menggunakan senjata tajam seperti parang, panah dan batu selainmenyerang pos keselamatan sekolah sehingga rosak. […]
Pelajar Perempuan Berjaya Lepaskan Diri Selepas Dilarikan Di Hadapan Sekolah
JOHOR BAHRU, 25 Nov (Bernama) — Seorang pelajar perempuan berjaya melepaskan diri selepas dipercayai dilarikan seorang lelaki menaiki Perodua Kancil di hadapan sekolahnya di Taman Molek, Johor Jaya di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak yang mengesahkan polis menerima laporan mengenai kejadian melarikan orang yang tular di media sosial itu […]
Berita
Harga Sayur Naik 200 Peratus Tidak Berlaku – KPDNHEP
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Hasil siasatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati harga sayur dikatakan meningkat hingga 200 peratus tidak berlaku seperti didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Selasa lepas. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata hasil siasatan pegawai penguat kuasa kementerian […]
Berita
Cat Kenderaan Warna Kuning ‘Taktik’ Pengusaha Van Sekolah Tanpa Lesen – JPJ
SEREMBAN, 25 Nov – Mengecat van berwana kuning antara taktik pengusaha van sekolah tanpa lesen dalam melakukan perkhidmatan penghantaran pelajar ke sekolah di Negeri Sembilan. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf berkata susulan itu, ibu bapa berperanan memastikan hanya menggunakan perkhidmatan van sekolah berlesen serta mempunyai permit daripada Agensi Pengangkutan Awam […]
Luar Negara
Kemunculan Awan Aneh Di Langit Gemparkan Warga Kota Di Jakarta
Warga penduduk di sekitar Jakarta, Indonesia gempar dengan keadaan langit yang agak janggal dilihat pada petang tadi, lapor laman berita Detik hari ini. Foto yang sempat dirakam seorang penduduk, Lailani itu menunjukkan pemandangan unik segumpal awan di langit yang menutupi cahaya matahari. Difahamkan, pemandangan tersebut dirakam dari pejabatnya di Plaza Mutiara, Mega Kuningan di Jakarta […]
Berita
Lapan Lokasi Di Kelantan Berisiko Berlaku Kepala Air, Tanah Runtuh – Polis
TUMPAT, 25 Nov (Bernama) — Lapan lokasi di Kelantan dikenal pasti berisiko berlakunya kejadian kepala air, tanah runtuh dan mendapan tanah berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat. Beliau berkata lokasi berisiko berlaku kepala air adalah Air Terjun Lata Rek, Gunung Stong dan Chuchuh Puteri di Kuala Krai […]
Berita
“Akhirnya, Saya Akan Pulang,” Tiket Bas VTL-Land Malaysia-Singapura Habis Dijual Dalam Masa 30 Minit
SINGAPURA, 25 Nov – “Akhirnya, saya akan pulang”, pastinya ungkapan itu bermain di minda kebanyakan rakyat Malaysia di Singapura termasuk Wan Muhammad Fazlan Nordin, 28, selepas berjaya mendapatkan tiket bas di bawah skim Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin-Laluan Darat (VTL-Land) yang diumumkan pada Rabu. Skim VTL-Land yang bermula Isnin depan (29 Nov) membolehkan orang ramai yang […]
Berita
Roti ‘Classic Original’ RM2.80, Roti Gardenia Naik Harga Mulai 1 Disember Ini
Setelah sekian waktu mengekalkan harga, syarikat pengeluar produk berasaskan roti, Gardenia akan menaikkan harga rangkaian produk mereka mulai 1 Disember ini. Menurut Pegawai Eksekutif Gardenia Bakeries Kuala Lumpur, Koh Chin Huat, peningkatan harga produk yang dikenakan kepada pelanggan Gardenia di Semenanjung Malaysia itu mengambil kira faktor kenaikan kos akibat penularan COVID-19. “Peningkatan besar dalam pembuatan […]