Berita

Bapa Dilapor Tikam ‘Kekasih’ Anak Berulang Kali Sampai Mati, Dakwa Lelaki Itu Jual Anak Gadisnya Kepada Sindiket Seks
Seorang bapa berusia 60 tahun di Spokane, Washington ditahan selepas bertindak membunuh lelaki yang didakwanya pernah menjual anak gadisnya kepada sindiket pemerdagangan seks (dipercayai pelacuran), lapor New York Post. Bapa tersebut, E (bukan nama sebenar) pada 22 Oktober baru-baru ini ditahan atas tuduhan membunuh lelaki berkenaan, di mana mayatnya dilapor ditemui dalam bonet sebuah kereta […]
Ivermectin Tidak Kurangkan Risiko Penyakit COVID-19-KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) — Hasil dapatan Kajian Keberkesanan Rawatan Ivermectin Untuk Pesakit COVID-19 Berisiko Tinggi (I-TECH) oleh Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) tidak mengesyorkan Ivermectin dimasukkan dalam garis panduan rawatan COVID-19 sedia ada. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata ini kerana Ivermectin tidak mengurangkan risiko penyakit […]
Kononnya Ajak Keluar Jalan-jalan, Ibu Luah Rasa Sedih Ditinggalkan Di Rumah Orang Tua Oleh Anak-anak
Seperti adegan di dalam drama, seorang ibu yang kini berusia 69 tahun terpaksa menelan kenyataan pahit apabila ditinggalkan oleh anak-anaknya di rumah orang tua, lapor Kompas. Kisah mengenainya itu telah menjadi tular di Indonesia sejak beberapa hari yang lalu. Wanita itu kini berada di Rumah Penjagaan Griya Lansia Husnul Khatimah di Kecamatan Wajak, Malang, Jawa […]

Filem ‘Prebet Sapu’ Wakili Malaysia Di Anugerah Oscars
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) — Filem cereka ‘Prebet Sapu’ arahan Muzammer Rahman, telah dipilih oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk mewakili Malaysia ke Anugerah Akademi (Oscars) ke-94 dijangka berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 27 Mac depan. FINAS dalam kenyataan memaklumkan filem terbitan Le Mediator Studio, Kristal Azmir Sdn Bhd dan […]

MetMalaysia Keluarkan Ramalan Cuaca Sempena Hari Deepavali Bagi Seluruh Negara
Perayaan Deepavali atau Diwali bakal diraikan pada tanggal 4 November 2021. Perayaan ini merupakan salah satu perayaan yang turut diraikan di Malaysia. Menerusi perkongsian di akaun Twitter, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan ramalan cuaca bersempena hari Deepavali yang bakal disambut pada hari esok. Pada waktu pagi, kebanyakan negeri dijangka mengalami hujan dan ribut petir kecuali […]
Harga Minyak RON97 Naik Lagi, Sudah Cecah Lebih RM3 Seliter, RON95 & Diesel Kekal
Harga runcit bagi minyak petrol RON97 naik sebanyak sembilan sen seliter dan harga terkini yang ditetapkan adalah RM3.06 seliter, umum Kementerian Kewangan. Bagaimanapun harga runcit bagi minyak petrol RON95 dilapor tiada kenaikan dan harga kekal pada paras RM2.05 seliter. Manakala harga runcit bagi minyak diesel juga turut tiada kenaikan dan harganya masih pada paras RM2.15 […]
TERKINI: YDP Agong Beri Perkenan Supaya Proklamasi Darurat Bagi Negeri Sarawak Ditamatkan – Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak ditamatkan. Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Istana Negara, perkenan itu telah diberikan selepas menimbang permohonan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan memperhalusi sembah nasihat Perdana Menteri serta sembah […]

PM Rasmikan 2,000 Unit ‘Fully Furnished’ Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini telah melancarkan 2,000 unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera Darat (RKMAT) ‘fully furnished‘ di Taman LTAT, Bukit Jalil. Unit perumahan itu mempunyai empat blok pangsapuri 38 tingkat itu menempatkan para pegawai sehingga tempoh bersara kelak. Kesemua 2,000 unit berkenaan mempunyai tiga bilik dengan keluasan 850 kaki […]
Undi 18 Tidak Dilaksanakan Segera Berikutan Banyak Perkara Perlu Diselesaikan, COVID-19
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) — Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun, tidak bermaksud ia akan dilaksanakan segera selepas pindaan itu dilakukan pada 2019, demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini kerana banyak perkara […]

Kereta Langgar Lembu Sebelum Dirempuh Lori, Bayi 14 Hari Dilaporkan Maut Di Tempat Kejadian
Sebuah kereta Perodua Kancil dilaporkan bertembung dengan lori membawa muatan tanah selepas melanggar dua ekor lembu di Kampung Gelung Gajah, Manjung. Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar, Suhaimi Nijar, dalam kejadian kira-kira jam 6.24 pagi itu, seorang bayi lelaki berusia 14 hari dilaporkan maut di tempat kejadian. Bapa bayi berkenaan dan tiga […]
Kontraktor Rugi Lebih RM300,00 Diperdaya Pelaburan Dalam Talian
SEREMBAN, 3 Nov (Bernama) — Seorang kontraktor di sini mendakwa kerugian RM303,084 selepas diperdaya tawaran skim pelaburan dalam talian tidak wujud yang diperkenalkan rakan media sosial, dikenalinya dua bulan lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Supt Aibee Abd Ghani berkata lelaki berusia 54 tahun itu mendakwa berurusan dengan seorang wanita dikenali sebagai ‘Lilina […]
TERKINI: 5,291 Kes Positif COVID-19 Dilaporkan Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 5,291 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,486,630 kes. Catatan kes positif harian hari ini walaubagaimanapun menunjukkan peningkatan berbanding 5,071 kes semalam. Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, […]
Berita Baik Untuk Penggemar Buku, POPULAR Ada Buat ‘Sale’, Tawar Diskaun Sehingga 60%
Dah nak masuk hujung-hujung tahun ni, mesti ramai kaki shopping yang automatik akan cuba cari barangan yang menawarkan potongan diskaun yang tak masuk akal. Sebab apa, time hujung tahun ni lah biasanya banyak jenama akan tawarkan harga yang rendah. Kepada penggemar buku, ada berita baik untuk anda. Kedai buku terkenal di Malaysia yang dikenali sebagai […]

(Video) Peguam Ini Jawab ‘Ringkas’ Kenapa Semua Pelaku Kes Bunuh Zulfarhan Terlepas Hukuman Mati 302
Seperti yang kita tahu, kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, telah selesai semalam setelah empat tahun nasib 18 pelaku menjadi tanda tanya. Kesemua 18 penuntut UPNM yang terlibat membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Allahyarham telah dijatuhkan hukuman mengikut keputusan yang dibaca Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah […]
Fenomena Air Pasang Besar Bermula Esok, 11 Lokaliti Di Klang Berisiko Banjir
Susulan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula esok hingga 7 November nanti, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Klang mengenal pasti 11 kawasan yang berisiko dilanda banjir. Memetik laporan Bernama, 11 lokaliti di Klang yang dijangka terlibat banjir adalah: Kampung Tok Muda Kampung Sungai Pinang di Pulau Indah Pandamaran Taman Selat Damai di Pelabuhan […]
Gempa Bumi Berkekuatan 5.9 Magnitud Dilapor Landa Laut Banda
Satu gempa bumi sederhana dilaporkan telah berlaku di Laut Banda pada jam 12.34 pagi tadi dengan magnitud 5.9 skala Richter. Menerusi ciapan Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian itu berlaku di koordinat 6.96° S dan 130.51° T dengan jarak 444km Tenggara dari Ambon,Indonesia. Bagaimanapun, gempa dengan kedalaman 108km itu tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia. Gempa bumi […]
Diplomat, Ekspatriat Dibenarkan Masuk Ke Sabah Mulai Esok
KOTA KINABALU, 2 Nov (Bernama) — Diplomat dan ekspatriat termasuk tanggungan mereka yang sedang bermastautin di Semenanjung, Sarawak dan Labuan, dibenarkan masuk ke Sabah bagi tujuan lawatan sosial tanpa memerlukan kelulusan khas kerajaan negeri, berkuat kuasa esok (3 Nov). Bagaimanapun Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata kumpulan berkenaan, wajib memiliki pas Imigresen […]
(Video) Tular Hanya Sebuah Kereta Dibasahi Hujan Tapi Yang Lain Tidak, Ini Penjelasan Badan Meteorologi
Fenomena hujan yang hanya membasahi satu kawasan kecil saja sememangnya sering berlaku. Namun, hujan yang melanda di Indonesia ini membuatkan orang ramai bingung kerana ia hanya membasahi sebuah kereta di parkir. Video mengenai kejadian itu telah tular di negara tersebut sejak minggu lalu. Mendedahkan mengenai punca kejadian itu, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisia (BMKG) telah […]

(Video) Khaby Lame Tunjuk Cara Selamat Lintas Jambatan Kaca ‘Squid Game’, Sekali ‘Surrender’ Bila Jumpa Zlatan
Siapa yang tak tahu filem ‘Squid Game’ kan? Drama aksi Korea itu telah tular dan menjadi fenemona sejak September lalu. Drama siri tersebut menceritakan seramai 456 orang peserta yang bermain untuk mendapatkan ganjaran berbentuk wang pada akhir permainan. Manakala bagi mereka yang terkeluar akan ditembak sehingga mati. Berdasarkan drama tersebut, seorang selebriti TikTok @khaby.lame menggunakan […]
Tiga Maut Dalam Kemalangan Di Gerik
IPOH, 2 Nov (Bernama) — Dua wanita antara tiga yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan yang bertembung di Kilometer 64, Lebuhraya Timur Barat berhampiran hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa di Gerik, hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Perak berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada […]