Berita

Berita
Sabah Laksana Pemberian Dos Penggalak Kepada Warga Emas Bermula Hari Ini
KOTA KINABALU, 28 Okt (Bernama) — Kerajaan Sabah mula melaksanakan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 kepada warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas bermula hari ini, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat negeri Datuk Shahelmey Yahya. Beliau berkata Sabah sebelum ini telah memulakan pemberian dos penggalak ini kepada petugas barisan hadapan kesihatan dan keselamatan bermula […]
Berita
Warga Asing Pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang Dibenar Masuk Malaysia – Imigresen
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) — Warga asing pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang di Malaysia dibenar masuk ke negara ini tanpa perlu kelulusan imigresen melalui sistem MyTravelPass/MyEntry berkuat kuasa 1 November ini dengan syarat mempunyai pas yang sah. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata perkara berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan […]
Berita
56 Pelanggan Dan Dua Pemilik Premis Hiburan Dikompaun RM130,000
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) — Lima puluh enam pelanggan dan dua pemilik premis hiburan berusia antara 23 hingga 51 tahun dikompaun sebanyak RM130,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara, kata Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar. Dua premis yang beroperasi di Taman Miharja dan Jalan Loke Yew , di […]
Berita
SPA Batalkan Keputusan, Senaraihitamkan Calon Yang Meniru & Kongsi Jawapan Peperiksaan PSEE
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) melalui laman sosial rasmi hari ini mengeluarkan sebuah kenyataan berkait isu salah laku integriti melibatkan calon Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE). SPA dalam kenyataan tersebut memaklumkan, masih terdapat lagi calon yang tidak bertanggungjawab semasa menduduki PSEE, menurut hasil pemantauan dan siasatan yang dilaksanakan pihak mereka. “Terkini, SPA telah mengenal pasti […]
Berita
JAKIM Tidak Pernah Keluarkan Sijil Halal Bagi Produk Kewangan Seperti Wang Kripto, Bitcoin Dan Forex
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengesahkan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan mana-mana Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bagi mana-mana produk kewangan berasaskan wang kripto seperti Bitcoin dan Forex, lapor Utusan Malaysia. Jakim turut mengesahkan bahawa sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan adalah palsu. Pengguna juga dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak terperdaya dengan […]
Berita
Deepavali: Hanya Individu Lengkap Vaksin Boleh Sembahyang Di Rumah Ibadat
Hanya individu yang sudah lengkap divaksin COVID-19 sahaja yang dibenarkan untuk sembahyang di rumah ibadat pada Hari Deepavali kali ini. Makluman tersebut diumumkan oleh Kementerian Perpaduan Negara menerusi laporan ringkas Bernama di Twitter hari ini. Berita penuh menyusul. Deepavali: Hanya individu lengkap vaksin COVID-19 dibenar sembahyang di rumah ibadat – Kementerian Perpaduan Negara@PerpaduanNegara pic.twitter.com/w4Qw2QRaFe — […]
Berita
MarryBrown Membawa Rakyat Malaysia Ke Destinasi Yam-My Thailand
MALAYSIA, 28 OKTOBER 2021 – Sawadee! “Around the World Marrybrown” yang kini tiba di Land of Smiles, Thailand! Dikenali sebagai salah satu destinasi yang paling digemari rakyat Malaysia dengan hidangannya yang menyelerakan, Marrybrown memperkenalkan hidangan pedas, masam dan YAM-my terbaharu mereka, Marrybrown Tom Yam Chicken. Sementara menunggu sempadan negara dibuka semula, Marrybrown sudah bersiap sedia […]
Berita
AXN Asia Mengajak Rakyat Malaysia Sertai Afgansyah Reza & Isyana Sarasvati Meneroka Indonesia Dengan AXN Ultimate Challenge Indonesia
KUALA LUMPUR, 28 OKTOBER 2021 – Dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia (MOTCE), KC Global Media mengumumkan pelancaran siri televisyen dan digital baharu bertajuk AXN Ultimate Challenge, yang akan dilancarkan pada Khamis, 25 November jam 8:30 malam, MYT (7:30 malam, JKT) di saluran hiburan umum bahasa Inggeris terkemuka, AXN Asia dengan penstriman ke […]
Berita
Berkorban Hingga Ke Akhir Hayat, Ibu Sempat Bayar Ikat Jamin Anak Sebelum Meninggal Dunia
Bukan mahkamah namanya jika tidak ‘dihiasi’ kisah-kisah dan isu masyarakat yang terlibat dengan pelbagai kesalahan. Setiap darinya wajar dijadikan sebagai iktibar oleh semua orang dan tidak seharusnya berulang lagi. Namun, di sebalik kes-kes yang dibicarakan, proses ikat jamin yang berjalan di mahkamah juga sebenarnya menyimpan 1001 kisah yang jarang diketahui oleh orang ramai. Ada di […]
Berita
(Video) Detik Cemas Dua Lelaki Tergelincir Dalam Arus Deras Ketika Selamatkan Wanita & Kanak-kanak Terperangkap
Sekumpulan penduduk kampung bertindak berani menyelamatkan seorang wanita dan kanak-kanak yang terperangkap dalam banjir kilat di air terjun Anaivari, Tamil Nadu. Walau bagaimanpun, dua orang daripada mereka tergelincir dalam arus deras ketika cuba naik kembali, memetik laporan India Today. Dalam perkongsian video berdurasi empat minit, wanita itu dapat dilihat bersama-sama seorang kanak-kanak duduk di atas […]
Berita
Pengeluar Arak Mohon Tempoh Seminggu Untuk Tukar Nama ‘Timah’
PUTRAJAYA, 28 Okt (Bernama) — Syarikat pengeluar minuman beralkohol tempatan jenama ‘Timah’ mempertimbangkan untuk menukar nama dan imej pada label produk arak keluaran mereka, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Perkara itu dinyatakan dalam satu mesyuarat yang dipengerusikannya secara hibrid semalam melibatkan beberapa menteri dan wakil syarikat […]
Kesihatan
Penjawat Awam Digesa Lengkapkan Vaksinasi COVID-19 Sebelum 1 Nov
PUTRAJAYA, 28 Okt (Bernama) — Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman hari ini mengingatkan semua penjawat awam supaya melengkapkan vaksinasi COVID-19 masing-masing sebelum 1 Nov ini. Berucap pada majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara maya hari ini, Mohd Khairul Adib berkata ketika ini, kelompok penjawat awam di seluruh […]
Berita
Petani Gempar, Dapat Anak Lembu Berkepala Dua & Berbadan Seperti Babi
Seorang petani di Rusia digemparkan dengan kelahiran seekor anak lembu yang berkepala dua dan mempunyai badan seakan babi. Walau bagaimanapun, anak lembu itu dilaporkan mati selepas dilahirkan. Ibu lembu berkenaan juga turut mati beberapa hari kemudiannya. Ekoran daripada itu, pasukan veterinar terus mengkaji haiwan yang dilahirkan di Markechik, Khakassia, Rusia pada awal bulan ini selepas […]
Berita
Bekas Hakim, Timbalan Pendakwa Raya, Peguam Bebas Tuduhan Terima Rasuah
SHAH ALAM, 28 Okt (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan tiga pengamal undang-undang termasuk seorang bekas hakim atas pertuduhan menerima rasuah wang tunai RM17,500, dua tahun lepas. Hakim Rihaida Rafie membebaskan Azmil Muntapha Abas, 47, bekas hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu; Khairul Azhwa Yusri Mohamad, 34, bekas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) di mahkamah sama dan seorang peguam Noor Amirul […]
Berita
Kadar Kematian Akibat TB Meningkat Kesan Kemunculan COVID-19
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) — Kadar kematian akibat Tuberkulosis (TB – penyakit batuk kering) di Malaysia meningkat lima peratus dan pengesanan kes menurun sebanyak 10 peratus tahun lepas berbanding 2019, berikutan kesan kemunculan pandemik COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata disebabkan persamaan tertentu dalam sifat kedua-dua penyakit berjangkit ini, ia membawa kepada […]
Berita
SOP PRN Ubah Cara Berkempen, Tampil Norma Baharu Pilihan Raya
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) — Prosedur Operasi Standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketat yang perlu dipatuhi parti-parti politik bertanding dilihat akan mengubah corak berkempen, dan pada masa sama menyemarakkan penggunaan media massa serta media sosial sebagai kaedah penting meraih undi. Walaupun SOP sepenuhnya belum diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) namun pendedahan […]
Berita
‘Laluan Perjalanan Divaksin’ Malaysia-Singapura Dirancang – Nancy
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) — Malaysia sedang merancang untuk mewujudkan ‘laluan perjalanan yang divaksin’ bagi pengembara antara Malaysia dan Singapura dalam usaha memudahkan perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua negara. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata perkara itu kini dalam proses perbincangan, yang melibatkan beberapa kementerian dari kedua-dua negara, antaranya Kementerian Kesihatan, Kementerian […]
Berita
Syarikat Pengeluar Arak Jenama ‘Timah’ Setuju Pertimbang Tukar Nama & Imej Pada Label Produk Mereka
Syarikat pengeluar arak yang menggunakan jenama ‘Timah’ bersetuju pertimbangkan untuk menukar nama dan imej yang tertera pada label produk seperti yang dilancarkan awal bulan ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi berkata, perkara tersebut adalah setelah satu mesyuarat bersama syarikat tersebut, Winepark Corporation (M) Sdn. Bhd. diadakan baru-baru […]
Berita
Waspada, 12 Negeri Dijangka Dilanda Ribut Petir & Hujan Lebat Sehingga 6 Petang Ini
Seluruh Kuala Lumpur dan Labuan dijangka akan dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 6 petang ini. Menurut kenyataan yang dimuatnaik Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) di Twitter sebentar tadi, beberapa kawasan di 10 negeri lain turut mengalami keadaan cuaca yang sama. “Di Kedah, ia melibatkan kawasan Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di […]
Berita
PM Ismail Sabri Terima Kunjungan Hormat Prabowo
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto di sebuah hotel di sini. Perdana Menteri dilihat meluangkan kira-kira 45 minit semasa menerima kunjungan itu. Selesai kunjungan hormat, Prabowo berserta delegasi dijadual mengadakan perbincangan dua hala dengan rakan sejawatannya, Menteri Kanan […]