Berita

Bomoh ‘Ayah Su’ Mengaku Tidak Bersalah Rogol Pesakit
PASIR MAS, 27 Okt (Bernama) — Seorang bomoh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang wanita yang mendapatkan rawatannya, dua minggu lepas. Jusoh Jaafar, 67, yang digelar ‘Ayah Su’ membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Rozaidi Yaacob. Warga emas itu didakwa merogol mangsa […]
Cuai Jaga Anak Lelaki, Ibu Tunggal Didenda RM9,000
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Gara-gara cuai menjaga anak lelakinya sehingga mengalami kesan melecur pada bahagian lengan dan bawah ketiak kanak-kanak itu, seorang ibu tunggal didenda RM9,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Hakim Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman itu ke atas peniaga barangan kosmetik dalam talian selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan kes tersebut hari […]
Anak Mat Sabu Bebas Tuduhan Penyalahgunaan Dadah
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan anak bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam atas tuduhan penyalahgunaan dadah, dua tahun lepas. Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan rayuan Ahmad Saiful Islam, 33, untuk membatalkan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret di sini pada […]
Berita
(Video) 11 Bulan Kenal Dalam PUBG, Gadis Teruja Dapat Jumpa BF Depan-depan Kali Pertama
Seiring dengan perkembangan teknologi telefon pintar, permainan mudah alih juga terus mendapat perhatian ramai dan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Memang tak dinafikan bahawa kualiti kebanyakan permainan tersebut sangat baik sehingga membuatkan pemain obses dengannya. Dalam pada itu, fungsi sembang yang diperkenalkan di dalam permainan itu juga memperlihatkan pemain boleh berhubung dengan rakan-rakan atau orang […]
Politik
PRN Melaka: Parti MUDA Hasrat Tanding, Akan Runding Dengan PH – Syed Saddiq
MELAKA, 27 Okt (Bernama) — Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) hari ini menyatakan hasrat akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini. Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata untuk itu, pihaknya kini berunding dengan Pakatan Harapan (PH) bagi meletakkan calon MUDA pada PRN berkenaan. “MUDA telah pun membuat pendirian tetap untuk bertanding pada PRN negeri (Melaka) ini. Kita akan […]
Berita
(Gambar) Kilang Fucuk Kotor, Penuh Najis Tikus Diarah Tutup
NIBONG TEBAL, 27 Okt (Bernama) — Sebuah kilang memproses fucuk dekat sini, diarah tutup selama dua minggu berikutan keadaan premis yang kotor, meloyakan dan menjijikkan selain terdapat najis tikus di ruang pemprosesan makanan. Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Mohd Wazir Khalid berkata keadaan kilang tersebut disifatkan sebagai […]
Berita
Pelawat Lengkap Divaksin Dibenarkan Untuk Buat Perjumpaan Dan Lawatan Di Penjara Berkuat Kuasa Serta-merta
Jabatan Penjara Malaysia memaklumkan bahawa pelawat yang sudah lengkap divaksin dibenarkan untuk membuat perjumpaan dan lawatan di penjara berkuat kuasa serta-merta. Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi, pelawat perlu mematuhi syarat dan garis panduan ketat yang wajib dipatuhi seperti mana yang telah ditetapkan bagi pengawalan dan pencegahan COVID-19 dalam PPN Fasa 4 yang dikeluarkan […]
Kebajikan
Lima Beradik Yatim Piatu Akibat COVID-19 Terus Dibantu PERKESO
SERI KEMBANGAN, SELANGOR – Kementerian Sumber Manusia (KSM) hari ini telah menyantuni lima beradik yang menjadi yatim piatu selepas kehilangan ibu bapa mereka dengan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Bapa kepada lima beradik malang itu, Hasil Tahal, 46 tahun, pemilik syarikat kontraktor pembinaan telah meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 Kategori 5 pada 11 Ogos 2021. […]
Kesihatan
Khairy Dilantik Naib Presiden Persidangan Kesihatan Sedunia Ke-75
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Naib Presiden Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 yang akan diadakan di Geneva, Switzerland pada 22 hingga 28 Mei 2022. Khairy menerusi ciapan Twitter beliau yang menzahirkan ucapan terima kasih atas pemilihannya itu berkata suara Pasifik Barat akan dibawa ke persidangan dunia itu nanti. “Terima […]
Gaya hidup
Bosan Asik Terperap Lama Je Kat Rumah, Guna Cara Mudah Ni Nak Buat ‘Picnic’ Dengan Keluarga Dan Kawan-Kawan
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kita dah lama rasanya terperap je kat rumah tak dapat buat apa. Tapi, untuk kebaikan kita juga. Kadang-kadang tu sampai terdetik lah rasa rindu dengan kawan-kawan dan keluarga yang dah lama tak bersua muka. Lepas dah dapat kelonggaran PKP sikit, elok lah kita nak catch up dan spend masa […]
Berita
12 Masjid Sebagai Pusat Aduan, Khidmat Kaunseling Mangsa Keganasan Rumah Tangga
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Sebanyak 12 masjid di Wilayah Persekutuan dipilih sebagai pusat aduan dan khidmat kaunseling bagi membantu mangsa keganasan rumah tangga, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff. Selain itu, beliau berkata dua masjid iaitu Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Masjid Al-Ghufran di pinggiran […]
Kesihatan
TERKINI COVID-19: Kes Baharu Hari Ini Lebih Tinggi Berbanding Semalam
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sehingga 27 Oktober 2021, terdapat sebanyak 6,148 kes COVID-19 yang dilaporkan. Kes yang dilaporkan pada hari ini meningkat berbanding semalam iaitu 5,726 kes. 6,148 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia bertambah menjadi 2,448,372 kes. Bagi […]
Berita
(Video) Ditonton 5.3 Juta Kali, Gelagat Lelaki Selamba Terjun Dalam Salji Pakai Kain Pelikat Bikin Ramai Terhibur
Menjelang akhir tahun, negara-negara empat musim tidak lama lagi akan mula memasuki musim sejuk dan dapat menikmati salji. Bagi kita yang tidak pernah dapat merasai musim sejuk, mesti ramai yang akan teruja apabila pertama kali merasai turunnya salji. Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini yang memaparkan seorang lelaki dengan girangnya terjun ke […]
Anggota Tentera, Peniaga Didakwa Bunuh Pesara Tentera
TAIPING, 27 Okt (Bernama) — Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pesara tentera dua minggu lepas. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh anggota tentera berpangkat Pegawai Waran, Mohd Hafidz Ibrahim, 34, dan peniaga, Muhammad Ahmad Md Yusoff, 31, sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Farah Syahidah Mohd Noh […]
Berita
(Video)’Kelibat Putih’ Didakwa Pontianak Di Kawasan Hotel Terbengkalai Bikin Seram
Baru-baru ini tular rakaman video pendek beberapa saat yang memaparkan satu entiti berwarna putih yang dipercayai seakan pontianak pada siang hari. Menurut Suara, kejadian misteri itu dikatakan berlaku di satu kawasan hotel usang yang sudah terbengkalai di Balikpapan, Kalimantan Timur di Indonesia. Kata laporan itu, video tersebut dirakam dan dimuat naik di laman Instagram @balikpapanpo […]
Berita
RUU Perbekalan 2022 Dijangka Dibaca Kali Pertama Di Dewan Rakyat Hari Ini
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 bagi bacaan kali pertama dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, rang undang-undang itu akan dikemukakan oleh Menteri Kewangan. Selain itu, Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2021 turut dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Dalam Negeri hari […]
Berita
18 Jemaah Masjid Dibunuh Ketika Solat Subuh, Tujuh Lagi Diculik Kumpulan Bersenjata Di Nigeria
Seramai 18 orang jemaah dilaporkan terbunuh manakala beberapa yang lain tercedera selepas satu kumpulan bersenjata menyerang sebuah masjid di utara Nigeria pada Isnin lalu. Kejadian itu dilaporkan berlaku di kampung Mazakuka di wilayah Mashegu, Nigeria. Menurut portal Suara.com, kumpulan bersenjata itu telah menyerbu kampung tersebut dan terus meluru ke masjid serta menyerang para jemaah ketika […]
Berita
Stesen Minyak Seluruh Iran Dilapor Lumpuh, Dipercayai Jadi Mangsa Serangan Siber
Iran telah mendakwa bahawa stesen minyak di negara itu tidak dapat beroperasi seperti biasa disebabkan oleh serangan siber. Menurut Forbes, serangan siber itu menyasarkan pam di bandar-bandar di seluruh negara. Laporan media tempatan juga menunjukkan bahawa sistem yang terjejas itu terpaksa ditutup dan dimulakan semula untuk beroperasi seperti biasa. Difahamkan, National Iranian Oil Products Distribution […]
Berita
Guru Tadika Rugi RM69,030 Ditipu Pembelian Kucing Menerusi Facebook
SEREMBAN, 27 Okt (Bernama) — Seorang guru tadika mendakwa kerugian RM69,030 gara-gara ingin membeli seekor kucing berharga RM900 menerusi media sosial, Sabtu lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Supt Aibee Abd Ghani berkata wanita berusia 25 tahun itu berminat untuk membeli kucing jenis ‘scottish’ dari Indonesia yang diiklankan menerusi Facebook pada 23 Okt […]
Berita
COVIDNOW: 94.8 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Divaksinasi
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Sebanyak 22,191,734 atau 94.8 peratus kadar populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam tadi (26 Okt), menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW. Sejumlah 97.5 peratus atau 22,830,806 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sejumlah 181,160 dos suntikan […]