Berita

Lelaki ‘Serah Diri’ Kepada Polis Untuk Dipenjara, Lebih Rela ‘Dikurung’ Berbanding Bersama Isteri Di Rumah
Seorang lelaki di Itali terpaksa ‘menyerah diri’ ke balai polis dan meminta untuk dipenjarakan, gara-gara tidak tahan lagi untuk terus tinggal bersama isteri di rumah. Menurut Wion, lelaki warga Albania berusia 30an itu pada asalnya sedang menjalani perintah tahanan di rumah selepas didapati bersalah kerana terlibat jenayah dadah beberapa bulan lalu. Pegawai polis Carabinieri, Francesco […]
Majlis Sosial Termasuk Perkahwinan Bagi Fasa 4 PPN Di Melaka Dibenarkan – KKM
Bagi negeri-negeri Fasa 4 dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) pasti menarik nafas lega berikutan dengan kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan. Antaranya kelonggaran yang dimaksudkan ialah penganjuran majlis sosial seperti kenduri perkahwinan, namun terikat dengan SOP yang telah ditetapkan. Mungkin timbul kekeliruan, KKM menerusi laman Facebook rasmi telah memberikan kenyataan lanjut dengan menjelaskan mengenai kebenaran […]

Hujan Lebat & Ribut Petir Dijangka Membadai 12 Buah Negeri Sehingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir yang dijangka melanda beberapa negeri hingga 5 petang ini. Data terkini yang dikeluarkan adalah pada 2.55 petang tadi. Berikut di bawah adalah senarai negeri dan kawasan yang terlibat:- Perlis: seluruh negeri Kedah: Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, […]

Mahkamah Benar Permohonan Muhammad Shafee Dapatkan Sementara Pasport Untuk Ke New York
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mendapatkan sementara pasport bagi membolehkannya ke New York bagi urusan pengajian anak lelakinya. Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memberikan pelepasan sementara pasport itu mulai hari ini hingga 3 Dis setelah mendengar hujah peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Muhammad Shafee, […]

Rakyat Perlu Diyakinkan Setiap Mereka Ada Tempat Dalam Keluarga Malaysia – Sultan Nazrin
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) — Rakyat perlu diberi keyakinan bahawa setiap mereka mempunyai tempat dalam keluarga besar Keluarga Malaysia, titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah. Justeru baginda bertitah semangat Keluarga Malaysa itu perlu disemarakkan menerusi amalan budaya terbuka, sedia menerima perbezaan pendapat dan kelainan pandangan, selain menghargai perbezaan pendekatan dan perbezaan kaedah. “Suara yang […]
TERKINI: Kes Baharu COVID-19 Hari Ini Catat Penurunan Lagi Di Bawah Angka 5k
Kes baharu COVID-19 sekali lagi mencatatkan penurunan apabila dilaporkan sebanyak 4,782 kes hari ini. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Twitter miliknya. Susulan pertambahan kes baharu pada hari ini, jumlah keseluruhan bagi kes COVID-19 adalah sebanyak 2,436,498 sehingga 25 Oktober. Semalam, dilaporkan bahawa terdapat 5,666 kes […]
40 Kontena Dilapor Jatuh Ke Dalam Lautan Pasifik, Dipercayai Akibat Laut Bergelora
Empat puluh kontena jatuh ke dalam lautan pasifik akibat laut bergelora berdekatan Selat Juan de Fuca, lapor Fox 13. Kapal tersebut sedang melalui laluan di sebelah barat selat Juan De Fuca sebelum kontena-kontena tersebut jatuh berikutan ombak besar yang membadai kapal itu. Kontena-kontena yang dibawa oleh kapal itu telah jatuh pada lewat tengah malam Jumaat […]
COVIDNOW: 94.6 Peratus Populasi Dewasa Malaysia Lengkap Divaksin
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) — Populasi dewasa di negara ini yang sudah lengkap menerima vaksinasi COVID-19 setakat 11.59 malam tadi (24 Okt) adalah sebanyak 94.6 peratus atau seramai 22,143,545 orang. Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi portal COVIDNOW, sebanyak 97.5 peratus atau 22,813,885 individu populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sejumlah 124,530 dos suntikan turut diberikan semalam melibatkan 106,261 suntikan dos […]

(Video) Detik-detik Kereta Dalam ‘Racing Drag’ Hilang Kawalan, Dilapor Rempuh Penonton Hingga 2 Budak Maut
Dua kanak-kanak dilapor maut, selain beberapa penonton cedera gara-gara dirempuh kereta dalam satu perlumbaan ‘drag’ di Kerrville-Kerr County Airport, Texas baru-baru ini. Menurut Jabatan Polis Kerrville, nahas ngeri itu berlaku selepas pemandu kereta berkenaan gagal menurunkan kelajuannya selepas berjaya tiba di garisan penamat. Difahamkan, kereta tersebut berlumba dengan sebuah lagi kereta lain di trek sejauh […]
(Video)“Janganlah Dicemuh,” Kehadiran Anggota Trafik Risikokan Diri Di Tengah Jalan Demi Melancarkan Perjalanan Anda
Sering kali kita lihat anggota trafik yang bertugas pada waktu-waktu puncak seperti waktu orang mula bergerak ke tempat kerja dan juga waktu orang mula pulang dari tempat kerja. Namun, mungkin ada juga yang beranggapan bahawa kehadiran mereka di tengah-tengah kesibukan jalan raya sebagai penghalang untuk meneruskan perjalanan ke destinasi. Tahukah anda bahawa anggota trafik bukanlah […]

Tahap Kesedaran Rendah Punca Kezaliman Terhadap Haiwan Masih Berleluasa – JPV
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) — Di sebalik penguatkuasaan Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang antara lain mengenakan hukuman keras termasuk penjara kepada mereka yang didapati bersalah menzalimi haiwan, perbuatan itu dilihat masih berleluasa dengan sebahagiannya dilakukan secara terbuka. Kezaliman yang dilakukan bukan sahaja terhadap haiwan belaan dan jalanan seperti anjing dan kucing, tetapi juga kepada […]

“Kadang-kadang Keputusan Bukanlah Satu-satunya Yang Kami Perjuangkan” – CR7
Penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo dalam satu perkongsian di Facebook pada pagi tadi mengatakan bahawa kadang-kadang keputusan bukanlah satu-satunya yang mereka perjuangkan. Tambahnya dalam perkongsian itu, bintang bola sepak terkenal itu juga sangat kagum dengan sokongan berterusan daripada peminat dan mengakui bahawa mereka berhak mendapat yang lebih baik. “Kadang-kadang keputusan itu bukanlah satu-satunya yang kami […]
Adakah Masih Boleh Anjur Majlis Sosial Seperti Majlis Nikah, Kahwin Di Negeri Fasa 4? Ini Jawapan Menteri
Peralihan ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara bagi beberapa negeri yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Yaakob sekaligus dapat menikmati kelonggaran yang telah ditetapkan. Antara kelonggaran yang dimaksudkan adalah penganjuran majlis sosial yang dibenarkan pada negeri di Fasa 4 PPN. Pun begitu, mungkin timbul kekeliruan berkaitan perkara berkenaan pada hari ini. Menteri Pertahanan, […]
Pengguna Diingatkan Jangan Klik Pautan Pada Emel Guna Logo #PosMalaysia Yang Mengelirukan
Isu penipuan atau scam semakin tular dari hari demi hari. Banyak penipuan yang telah dilakukan sehinggakan habis lesap semua harta yang dikumpulkan untuk kegunaan hari tua nanti. Terbaru, satu lagi penipuan telah dikesan oleh pijak Pos Laju Malaysia melalui emel yang menggunakan logo pos laju bertujuan untuk mengelirukan orang ramai. Menerusi akaun Facebook Pos Malaysia […]

Wanita Berpakaian Seperti Hantu Dipercayai Untuk ‘Prank’ Takutkan Jiran Dilapor Maut Ditembak
Seorang wanita dilaporkan maut ditembak selepas didapati melakukan ‘prank‘ berpakaian hantu untuk menakutkan jiran-jirannya, lapor New York Post. Menurut portal berkenaan, wanita Mexico berusia dalam lingkungan 20-an itu dikatakan ‘menyamar’ sebagai hantu dengan mengenakan gaun putih dan veil. Wanita tersebut dipercayai berpakaian seperti sosok urban legend Amerika Latin, La Llorona, hantu wanita menangis kerana kematian […]

Berjaya Bongkar Tempat Sembunyi 126.4gram Heroin, ‘Black’ Anjing Pengesan ‘Terima’ Sijil Penghargaan
Berjaya membongkarkan tempat penyembunyian dadah, seekor anjing baka Labrador dari Unit K9 Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi bernama Black, telah menerima sijil penghargaan daripada Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat. Anjing tersebut telah berjaya mengesan dadah jenis Heroin dalam satu operasi yang diadakan pada awal Februari lalu. Sebanyak 126.4 […]

Maritim Kesan Bot Menyamar Nelayan Cuba Seludup Keluar Dadah
ALOR GAJAH, 24 Okt (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) mengesan sebuah bot disyaki menyamar sebagai nelayan tradisional yang cuba menyeludup dadah keluar negara di perairan Tanjung Kling malam tadi. Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan Kepten Maritim Haris Fadzilah Abdullah berkata dalam kejadian malam tadi bot berkenaan ditemukan dalam keadaan mencurigakan oleh pasukan […]
Operasi Sekolah Di Johor, Terengganu Ikut Ketetapan Fasa 4 Bermula 7 Nov
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) — Pengoperasian institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi negeri Johor dan Terengganu akan bermula dengan mengikut ketetapan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 7 Nov ini. KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengoperasian itu akan melibatkan kemasukan bagi murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) sekolah rendah serta murid […]
Awas, Hujan Lebat Dan Ribut Petir Dijangka Melanda 11 Buah Negeri Sehingga Malam Ini
Menurut kemaskini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat jam 6 petang tadi, beberapa negeri di Malaysia dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir sehingga jam 9 malam ini. Negeri-negeri yang terlibat adalah: Perlis Kedah: Langkawi, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu Pulau Pinang: Seberang Perai Utara, […]
Wanita Dilapor Lahirkan 9 Bayi Dedah Yang Dia Menukarkan 100 Lampin Sehari
Seorang wanita Malian yang memecahkan rekod dunia untuk melahirkan 9 bayi pada masa yang sama telah menyatakan bahawa dia menukar 100 lampin sehari, lapor India Times. Halima Cisse dari Mali, telah mencatat rekod dunianya lima bulan lalu di mana beliau telah berjaya melahirkan 9 orang bayi dan anak-anaknya “dalam keadaan baik”. Pada awal kehamilan Cisse, […]