Berita

Berita
Kewujudan Kerajaan Di Alam Melayu: Kegemilangan Pemerintahan Dan Ekonomi
Sejarah Alam Melayu Terdahulu, tanah yang kita duduki ini tidak dibatasi dengan wilayah-wilayah tertentu seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan sebagainya. Semua negeri di Asia Tenggara pada masa itu terhimpun di bawah satu “payung” yang gilang-gemilang, iaitu Nusantara atau Alam Melayu. Siapa sahaja yang tidak mengenali Alam Melayu? Sebut sahaja Alam Melayu atau Nusantara, pasti yang […]
Kesihatan
(Video) Benarkah Haram Paksa Orang Ramai Terima Vaksin? Ini Jawapan Dr Zulkifli Al-Bakri
Umum telah mengetahui bahawa vaksin merupakan salah satu usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19. Dalam perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi laman Twitter pada hari ini, vaksin sama ada Sinovac, Pfizer atau AstaZeneca adalah berkesan untuk mencegah dan mengurangkan penyakit yang teruk. Ianya secara tidak langsung dapat mengurangkan kematian dalam kalangan pesakit COVID-19. Vaksin juga turut […]
Berita
Rosmah Gagal Gugurkan Sri Ram Dan Batalkan Perbicaraan Kes Rasuah
ROSMAH GAGAL GUGURKAN SRI RAM DAN BATALKAN PERBICARAAN KES RASUAH KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid RM1.25 bilion yang dihadapinya dan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwaan dalam kes itu. Hakim Mohamed […]
Berita
Kerajaan Teliti Kenakan Larangan Golongan ‘Transgender’ Memasuki Masjid Di Wilayah Persekutuan
KEMAMAN, 24 Sept (Bernama) — Kerajaan sedang meneliti untuk mengenakan larangan daripada memasuki masjid terhadap golongan ‘mukhannath’ atau ‘transgender’ di Wilayah Persekutuan, sebagaimana yang telah dilaksanakan di Perlis. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata tindakan pihak berkuasa agama di Perlis yang mengenakan larangan tersebut adalah wajar bagi menjaga […]
Berita
(Video) Pekerja Panik, Kejar ‘Bulan Gergasi’ Yang Sedang Bergolek Atas Jalan Raya
Satu rakaman menjadi tular apabila sebuah ‘bulan gergasi’ dilihat bergolek dan sedang dikejar oleh beberapa orang pekerja. Ianya telah menimbulkan ‘kekacauan’ apabila objek berkenaan bergolek di atas jalan raya. Tapi, apa sebenarnya ‘bulan gergasi’ itu? Setiap tahun, negara-negara yang berada di Asia timur pasti akan merayakan festival Mid-Autumn atau lebih dikenali sebagai festival kek bulan, […]
Berita
Siasatan Pendakwah Terkenal Terganggu Berikutan Penyebaran Video, Mesej Lucah – Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) — Proses melengkapkan kertas siasatan seorang pendakwah terkenal terganggu berikutan penularan video dan mesej lucah di aplikasi Telegram didakwa bahan bukti melibatkan individu berkenaan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata tindakan penyebaran itu telah melambatkan proses melengkapkan siasatan terbabit untuk dirujuk kepada pihak Pejabat Timbalan Pendakwa Raya. […]
Berita
Awas, 8 Negeri Dijangka Dilanda Ribut Petir & Hujan Lebat Sehingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 5 petang ini. Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 2.50 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Kedah: (Bandar Baharu) Perak: (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Batang Padang dan […]
Berita
Gempa 5.1 Skala Richter Goncang Utara Laut Maluku
Gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter melanda Utara Laut Maluku sebentar tadi. Berdasarkan laporan awal, gempa tersebut berlaku pada kedalaman 55 km, 170km Utara dari Ternate, Indonesia. Walaupun begitu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Setakat ini juga masih belum ada laporan berkaitan kerosakan akibat gempa berkenaan. Gempa bumi sederhana magnitud 5.1 berlaku di Utara […]
Berita
Pihak Sekolah Dinasihat Kurangkan Penggunaan Penyaman Udara Elak Penularan Covid-19
TANJUNG MALIM – Pihak pengurusan sekolah dinasihatkan supaya mengurangkan penggunaan penyaman udara bagi memastikan sistem pengudaraan dan kualiti udara yang baik sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan penularan COVID-19 apabila sesi persekolahan kembali dibuka kelak. Timbalan Menteri Pendidikan 1 Datuk, Dr Mah Hang Soon berkata, kadar suhu yang dinasihatkan adalah antara 23 hingga 26 darjah Celsius […]
Berita
TERKINI: 14,554 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini, Enam Negeri Catat Ribuan Kes
Kes baharu COVID-19 yang dilaporkan pada hari ini adalah sebanyak 14,554 dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,171,232 kes. Menerusi makluman daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat enam negeri yang mencatatkan ribuan kes iaitu Selangor, Sarawak, Sabah, Johor, Pulau Pinang dan Perak. Pecahan kes baharu bagi setiap negeri adalah seperti berikut: […]
Berita
Langgar SOP PKPB: Neelofa, Suami Pertimbang Kemuka Representasi
SEREMBAN – Pihak pembelaan dalam kes selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail akan mempertimbangkan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara berhubung pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet, di Nilai, awal Mei lepas. Perkara itu dimaklumkan peguam yang mewakili pasangan itu, Tan Sri Muhammad Shafee […]
Berita
Pemakluman Pengoperasian Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merujuk kepada pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia pada 22 September 2021 berkaitan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi negeri Johor, Pahang dan Negeri Sembilan berkuat kuasa pada 24 September 2021. KPM telah menetapkan bahawa jika sesebuah negeri beralih ke fasa seterusnya, pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM mengikut ketetapan fasa baharu […]
Berita
Apakah Hukum Sengaja Lewat Ke Masjid Untuk Solat Jumaat? Ini Jawapan Dr Zulkifli Al-Bakri
Solat Jumaat merupakan ibadah wajib untuk kaum lelaki yang beragama Islam. Pada waktu berkenaan juga, pelbagai pekerjaan akan dihentikan seketika supaya kaum lelaki yang beragama Islam dapat menunaikan ibadah tersebut. Pun begitu, timbul persoalan bagaimanakah hukumnya jika seseorang itu sengaja lewat hadir ke masjid untuk mendirikan solat jumaat? Terpanggil dengan soalan berkenaan, Dr Zulkifli Al-Bakri […]
Berita
Pemandu Lori Terbabas Dalam Video Tular Positif Methaphetamine, Dipercayai Tertidur Lalu Gagal Kawal Kenderaan
Sejak semalam, tular satu rakaman video yang memaparkan sebuah lori yang hilang kawalan dan terbalik yang berlaku di lokasi KM10.9 Lebuhraya NKVE (arah ke Subang). Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis (IPD) Shah Alam, kemalangan yang berlaku lebih kurang jam 8:30 pagi. Siasatan awal mendapati bahawa lori jenis Hino yang dipandu seorang lelaki berumur 33 […]
Berita
“Dulu Sebelum Peluk Islam, Seperti..” Stacy Kongsi Detik Sebelum Berhijrah
Sedar tak sedar, sudah genap enam tahun penyanyi terkenal tanah air iaitu Stacy memilih untuk memeluk ajaran Islam. Stacy atau nama Islamnya kini, Ummu Shaikhah Stacy Anam yang mengimbau kembali detik bermakna itu akui bahawa suami tercinta iaitu Akim Ahmad adalah merupakan antara insan yang banyak membuka hatinya untuk menerima ajaran agama Islam. Ibu kepada […]
Berita
Penutupan Lorong Sementara Dan Pengaktifan Aliran Di MRR2 Bagi Pembinaan Lebuhraya SUKE
Kuala Lumpur, 23 September 2021 – Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd., syarikat konsesi bagi pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) akan melaksanakan penutupan lorong dan pengaktifan laluan kontra sepanjang dua kilometer; bermula KM 37.2 hingga KM39, di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) iaitu di antara Persimpangan Persiaran Mewah dengan Pekan Sungai Besi. […]
Kesihatan
Lebih 19 Juta Populasi Dewasa Lengkap Vaksinasi Covid-19
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) — Seramai 19,156,694 individu atau 81.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam. Berdasarkan perincian yang dikongsi menerusi portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan setakat semalam juga, sebanyak 93.3 peratus atau 21,847,551 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Selain itu, seramai 23,703 individu atau […]
Berita
Rakaman Ibu Tarik Rambut Anak Masa Makan Tular, Polis ‘Turun Padang’ Cari Pelaku Tunjuk Video Depan Muka
Rakaman Ibu Tarik Rambut Anak Masa Makan Tular, Polis ‘Turun Padang’ Cari Pelaku Tunjuk Video Depan Muka Video seorang ibu di Gresik, Indonesia menarik rambut seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anaknya di sebuah warung tular dia media sosial. Menerusi rakaman video tersebut, seorang kanak-kanak itu masih mengenakan pakaian seragam sekolah tampak pasrah dan tidak melawan ketika […]
Berita
Lelaki Malaysia Dipenjara 15 Tahun Terbabit Aktiviti Kumpulan Al-Shabaab
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) — Rakyat Malaysia Ahmad Mustakim Abdul Hamid dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh mahkamah tentera Somalia kerana terbabit dengan aktiviti kumpulan Al-Shabaab. Atase Akhbar Kedutaan Somalia di Malaysia Abdimajit M. Osman ketika dihubungi Bernama berkata hukuman itu dibaca oleh Ketua Mahkamah Angkatan Tentera, Kolonel Hassan Ali Nur Shuuto. “Namun, di bawah sistem kehakiman […]
Kesihatan
Enggan Beri Kebenaran Untuk Cucuk Vaksin, Budak 12 Tahun Menang Kes Mahkamah Lawan Ayah Sendiri
Seorang budak lelaki berusia 12 tahun dari Belanda dilaporkan telah memenangi satu kes mahkamah terhadap bapanya sendiri yang antivax gara-gara enggan membenarkannya untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. Budak tersebut difahamkan mahu mendapatkan suntikan vaksin tersebut kerana ingin menziarahi neneknya yang sedang tenat. Dalam kes yang dilaporkan pertama kali terjadi di Belanda, mahkamah telah memutuskan bahawa […]