Berita
(Video) “Meremang Tengok…” Wanita Dakwa Rakam ‘Roh’ Keluar Dari Jasad Lelaki Lemas
Seorang wanita mendakwa bahawa dia telah melihat ‘roh’ keluar dari jasad seorang lelaki yang ditemui lemas di dalam sungai di Filipina. Menurut The Sun, detik-detik kejadian yang berlaku di wilayah Davao del Norte itu telah dirakam oleh wanita tersebut pada 21 November lalu. Dakwanya, roh tersebut berjalan di atas air selepas ia keluar dari jasad. […]
(Video) Viral Aksi Lelaki ‘Selamba’ Hulur Kaki, Buatkan Perompak Tengah Kelam-kabut Lari Tersadung Atas Lantai
Tindakan pantas lelaki ini berjaya menumpaskan seorang perompak yang cuba melarikan diri dari sebuah pusat beli-belah di Nonthaburi, Thailand. Lelaki itu sedang duduk di sebuah kerusi ketika dia melihat seorang wanita yang baru sahaja bergegas keluar daripada sebuah kedai emas di Nonthaburi pada 12 September lalu. Perompak tersebut tersadung dan terjatuh sebelum pengawal keselamatan berjaya […]

(Video) Lelaki Terkejut, Terserempak Dengan Buaya Atas Jalan Berkeliaran Ketika Hujan Di Sabah
Penduduk di salah sebuah kampung di Papar, Sabah heboh selepas seekor buaya dilihat berada di atas jalan, malam semalam. Menurut laporan Sinar Harian, kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada jam 11.30 malam di Kampung Ngapas dan sempat dirakam oleh seorang lelaki. Rakaman pendek berdurasi 15 saat itu sempat beredar di media sosial, menunjukkan seekor buaya sepanjang […]
Lelaki Mengamuk Acu Dua Sabit Ditahan
GEORGE TOWN, 16 Sept (Bernama) — Polis hari ini menahan seorang lelaki yang melarikan diri ke dalam kawasan hutan simpan rekreasi selepas mengamuk dan mengganggu pengguna lalu lintas dengan mengacukan dua bilah sabit di Jalan Bukit Gambir, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata dalam kejadian semalam sepasukan anggota polis […]
Wanita Maut Tertimbus Dalam Insiden Tanah Runtuh Di Cameron Highlands
CAMERON HIGHLANDS, 16 Sept (Bernama) — Seorang wanita tempatan maut akibat tertimbus dalam insiden tanah runtuh yang melanda rumahnya di Sungai Palas di sini hari ini. Ketua Zon 3, Penguasa Bomba Shahrul Nizam Nasir berkata, wanita berusia 59 tahun itu ditemui anggota pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands pada 5.41 petang. “Semasa […]
Semua Institusi Pendidikan Kerajaan Dan Swasta Perlu Daftar Di Portal Vaksin-Anak-Ku – KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia, melalui laman sosial rasmi menyeru agar semua sekolah, institusi pendidikan, perlindungan dan pemulihan kerajaan dan swasta dimohon mendaftarkan institusi masing-masing di Portal Vaksin-Anak-Ku. Portal Vaksin-Anak-Ku merupakan sebuah portal yang dibangunkan KKM sebagai langkah awal dalam pemberian vaksin kepada remaja. KKM memberi keutamaan program ini untuk remaja berumur 16 dan 17 tahun yang […]

5 Individu Dikesan Positif COVID-19 Sebelum Berlepas Ke Langkawi – DG Hisham
Setakat jam 12 tengah hari tadi, lima individu didapati positif COVID-19 selepas menjalani saringan sebelum berlepas melalui jalan udara dan laut ke Pulau Langkawi. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham melalui ciapan di laman Twitternya, seramai 1,250 orang disaring di empat pintu masuk lapangan terbang dan 1,296 orang melalui terminal feri di […]
500 Jemaah Solat Jumaat Di Masjid Wilayah Persekutuan Bermula Esok, Ini Ketetapan Baharu Dari JAWI
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu kenyataan hari ini mengeluarkan ketetapan terkini had jemaah solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti keagamaan di masjid dan surau di wilayah persekutuan (WP) berkuatkuasa esok. Ketetapan terkini untuk WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah seperti berikut: Kawasan Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 (Kuala Lumpur dan Putrajaya) […]
94 Peratus Pelajar Tingkatan 4 Dan 5 Terima Dos Pertama Vaksin Di Labuan
LABUAN, 16 Sept (Bernama) — Seramai 2,446 pelajar Tingkatan Empat dan Lima di sini telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat semalam, menjelang pembukaan semula sekolah pada 4 Oktober ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Labuan Rithuan Ismail Katanya angka itu mewakili 94.33 peratus daripada 2,593 pelajar yang disenaraikan untuk janji […]
Kawasan Parkir Green Zone Untuk Penghantar Makanan Dan Barangan Di KL
JELEBU, 16 Sept (Bernama) — Kementerian Wilayah Persekutuan akan mewujudkan kawasan khas Green Zone yang dikhususkan sebagai tempat letak motosikal bagi penghantar makanan atau barangan di 10 lokasi di sekitar Kuala Lumpur. Timbalan Menteri Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata inisiatif ini dapat memudahkan serta mempercepatkan urusan golongan rider atau penghantar dalam urusan penghantaran makanan atau barangan. “Kita sudah ada […]
(Video) Menakjubkan, Rakaman Pandangan ‘Bird Eyes’ Rentasi Pulau Raih Hampir 10 Juta Tontonan
Bila tengok burung sedang terbang di udara, sudah pasti ada terfikir bagaimanakah pemandangan yang dilihat oleh burung tersebut. Apa tidaknya, dapat terbang bebas di udara, lebih luas sudut pandangan yang boleh dilihat. Seperti burung helang, haiwan ini dapat berada di udara dalam tempoh yang agak lama. Lebih menarik, ianya biasanya seakan melayangkan badannya di udara […]
1,520 Penumpang Berlepas Menerusi Lapan Penerbangan Ke Langkawi – Wee
PUTRAJAYA, 16 Sept (Bernama) — Seramai 1,520 penumpang berlepas menerusi lapan penerbangan ke Langkawi sempena bermulanya projek rintis gelembung pelancongan domestik Langkawi hari ini. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata kesemua penerbangan itu melibatkan empat penerbangan Malaysia Airlines (MAS), satu penerbangan Malindo Air dan tiga AirAsia. “Saya mendapati ada penumpang telah membawa […]
Pelancong Ke Langkawi Rasa Lebih Selamat Dengan SOP Ujian Saringan COVID-19
SEPANG, 16 Sept (Bernama) — Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kembali meriah apabila ia dipenuhi dengan para penumpang yang mengambil kesempatan untuk melancong ke Pulau Langkawi susulan pembukaan semula pusat pelancongan itu di bawah projek rintis gelembung pelancongan bermula hari ini. Tinjauan Bernama di KLIA mendapati seawal 5 pagi, Aras 5 di […]
TERKINI: 18,815 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini, Masih 8 Negeri Catat Ribuan kes
Kes baharu COVID-19 yang dilaporkan pada hari ini adalah sebanyak 18,815 dan menjadikan bilangan kes kumulatif sebanyak 2,049,750. Menurut makluman Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat lapan negeri yang mencatatkan ribuan kes baharu termasuklah Sarawak dengan rekod tertinggi iaitu 3,660. Selangor mencatatkan pertambahan 2,718 kes manakala Johor merekodkan 2,206 kes baharu. […]
(Video) Meriah, Situasi Sekitar Langkawi Mula Terima Pelancong, Sekitar 3,200 Dijangka Tiba
Pulau peranginan Langkawi kini dilaporkan meriah dengan kedatangan para pelancong yang mula membanjiri pulau tersebut pada hari ini. Menurut laporan Bernama, sempena hari pertama Projek Rintis Gelembung Pelancongan, terdapat sekitar 3,200 pelancong dijangka tiba di Langkawi. Difahamkan, pelancong akan tiba di Langkawi menerusi tiga trip perjalanan feri dari Kuala Perlis, Perlis dan 18 penerbangan dari […]
Kerajaan Naikkan Kadar Bantuan Wang Ihsan Kepada RM1,000
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) — Kerajaan bersetuju menaikkan kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) daripada RM500 kepada RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah yang terjejas ketika Monsun Timur Laut (MTL) atau lain-lain bencana yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP). Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat JPBP […]
Kerajaan Sentiasa Pastikan Kebajikan Warga ATM Terbela – PM
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) — Kerajaan sentiasa memastikan kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbela dan disanjung atas khidmat bakti yang besar kepada negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menerusi hantaran di laman Facebook beliau bersempena Hari ATM ke-88 hari ini, Ismail Sabri berkata pengorbanan warga ATM selama ini amat besar […]
12 Individu Ke Genting Highlands Dikompaun RM5,000
KUANTAN, 16 Sept (Bernama) — Hasrat 12 individu termasuk dua wanita untuk ke Genting Highlands bukan sahaja tidak kesampaian namun mereka juga terpaksa membayar kompaun RM5,000 setiap seorang kerana merentas negeri tanpa kebenaran polis. Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata mereka yang berusia 20 hingga 58 tahun itu ditahan di sekatan jalan […]
MFL Impi Piala Malaysia Diserikan Kehadiran Penonton Di Stadium
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) — Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menaruh harapan saingan Piala Malaysia yang akan bermula 25 Sept ini akan diserikan dengan kehadiran penonton di stadium. Presidennya Datuk Ab Ghani Hassan berharap permohonan MFL untuk mendapat kebenaran kehadiran penyokong ke stadium diberi pertimbangan sebaiknya selepas pengumuman kelonggaran baharu oleh kerajaan bagi sektor sosial dan sukan. Sempena […]
(Video) Macam Mana Nak Tahu Kucing Sedang Demam? Lihat 4 Tanda Ini Pada Kucing Anda
Kucing adalah haiwan peliharaan yang suka bermain dan sangat aktif. Ada juga kucing yang suka tidur serta pemalas dan ada juga yang kuat makan. Walaupun ada kucing yang nakal, rata-rata pemilik kucing sangat menyayangi haiwan peliharaannya itu. Pun begitu, kucin ini juga tidak terkecuali daripada jatuh sakit. Antara sakit yang sering berlaku kepada kucing adalah […]