Berita

Bekas Presiden ABIM Siddiq Fadzil Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) — Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Datuk Dr Siddiq Fadzil, meninggal dunia di Hospital Pakar An-nur, Bangi, Selangor petang tadi. Presiden ABIM Muhammad Faisal Abdul Aziz ketika dihubungi berkata Allahyarham Siddiq, 74, yang juga Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi 2018 menghembuskan nafas terakhir pada 6.32 petang akibat jangkitan paru-paru. Dalam […]
PKPD Di Empat Lokaliti Di Pahang, Sabah Mulai Khamis Ini – MKN
KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) — Empat lokaliti, masing-masing dua di Pahang dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 2 hingga 15 Sept ini, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad. Beliau berkata lokaliti di Pahang melibatkan Kampung Badong Dalam dan Kampung Permatang Durian di mukim Bebar […]
Individu Ditemukan Rentung Dalam Kemalangan
KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) — Seorang individu ditemukan rentung dalam kereta dipandunya yang terbabas lalu merempuh lori dan penghadang jalan sebelum terbakar di Kilometer 407, Lembah Beringin – Tanjung Malim, Lebuhraya PLUS (arah utara) dekat sini, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.14 petang tadi […]
Palestin Namakan Lokasi Di Barat Gaza Sebagai “Jalan Malaysia”
KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) — Majlis Perbandaran Gaza menamakan sebatang jalan di barat bandar raya itu sebagai ‘Jalan Malaysia’ sempena Hari Kebangsaan negara ke-64, pada Selasa. Berkongsi pengumuman itu menerusi kemas kini Twitter, Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Muslim Imran menyatakan, papan tanda jalan berkenaan terletak di bulatan Ansar, ke barat Bandar Raya […]
SPRM Pandang Serius Kegiatan Rasuah Doktor Untuk Sijil Vaksin
PUTRAJAYA, 31 Ogos (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius dakwaan berlakunya kegiatan merasuah doktor bagi mendapatkan sijil vaksinasi tanpa menerima suntikan vaksin COVID-19. Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata siasatan berhubung perkara itu sedang dilakukan dan jika ia benar-benar berlaku, perbuatan tersebut bukan saja menjejaskan reputasi profesion pengamal perubatan malah […]
Kedutaan Terus Kerjasama Pastikan Rakyat Malaysia Di Thailand Dapat Suntikan Vaksin
BANGKOK, 31 Ogos (Bernama) — Kedutaan Malaysia di Bangkok, Thailand akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan Thailand untuk memastikan rakyat Malaysia yang bermastautin di negara itu mendapat suntikan vaksin COVID-19. Dutanya, Datuk Jojie Samuel berkata sejak beberapa bulan lepas pihak kedutaan telah berkongsi dan mengemas kini maklumat program imunisasi yang ditawarkan kepada warga asing yang […]

”Ini Adalah Keputusan Yang Memalukan, Pingat Emas & Rekod Dunia Dicuri” – Khairy Jamaluddin
Penarikan semula pingat emas yang dimenangi atlet lontar peluru negara, Ziyad Zolkafli sebentar tadi telah mencetus kemarahan rakyat Malaysia. BACA: Emas Ziyad Ditarik: ”Tiga Negara Sedang Counter Protes, Doakan” – Menteri KBS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tidak terkecuali dalam membantah keputusan penganjur tersebut, malah tegasnya ia adalah perkara yang memalukan. “Ini adalah keputusan yang memalukan. […]

Emas Ziyad Ditarik: ”Tiga Negara Sedang Counter Protes, Doakan” – Menteri KBS
Isu pembatalan pingat emas ke atas Ziyad Zolkefli dalam perlawanan sebentar tadi kini dalam proses perbincangan, umum Menteri Belia dan Sukan, Faizal Azumu. Faizal menerusi satu ciapan di Twitter berkata, perbincangan tersebut melibatkan tiga negara yang terlibat dalam bantahan yang dikemukakan. “Update Tokyo – masih dalam perbincangan antara Technical Delegate dengan tiga negara yang counter […]
Dua Individu Ditahan Tipu Jual Beli Barangan Elektronik Di Instagram – Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) — Dua individu ditahan di Pulau Pinang pada 8 Ogos lepas kerana disyaki menjadi dalang utama sindiket penipuan jual beli barangan elektronik melalui platform media sosial Instagram melibatkan nilai kerugian sebanyak RM153,759. Tanpa mendedahkan butiran lanjut tempat suspek ditahan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md […]
RASMI: Pingat Emas Ziyad Ditarik Balik, Sekretariat Malaysia Pula Buat Bantahan Rasmi
Pihak Paralimpik Tokyo 2020 mengesahkan pingat Emas yang diraih oleh Ziyad Zolkefli telah ditarik semula dan diberikan kepada atlet Ukrain, Maksym Koval selepas diprotes. Penyertaan Ziyad dibatalkan dalam acara lontar peluru lelaki F20 sebentar tadi dan dikategorikan sebagai Did Not Start (DNS). Ziyad diprotes atlet Ukrain yang mengatakan jaguh lontar peluru negara itu lambat memasuki […]

Agong Berkenan Sertai Operasi SAR Anggota Tentera Hilang Di Sungai Pahang
BERA, 31 Ogos (Bernama) — Sikap prihatin dan berjiwa rakyat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini terserlah apabila baginda berkenan mencemar duli menaiki bot meskipun dalam keadaan hujan bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang anggota tentera yang dilaporkan hilang di Sungai Pahang semasa mengikuti Eksesais PARA Predator siri […]

”Bagai Mimpi Jadi Kenyataan..” Ronaldo Luah Rasa Teruja Dapat Kembali Ke Manchester United
Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo akhirnya ‘melepaskan’ rasa terujanya apabila telah kembali ke pangkuan kelab legendanya, Manchester United. Menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini, Ronaldo yang turut dikenali sebagai CR7 itu berkata, rasa cintanya terhadap Manchester United tidak pernah pudar selama ini. “Semua yang kenal saya, tahu tentang rasa cinta saya yang […]

Kedah Harap Langkawi Dibuka Untuk Gelembung Pelancongan 16 Sept Ini
YAN, 31 Ogos (Bernama) — Kerajaan negeri Kedah berharap Pulau Langkawi akan dibuka untuk gelembung pelancongan bermula 16 Sept ini bersempena sambutan Hari Malaysia. Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata perkara itu sudah dibincang dengan Lembaga Pembangunan Langkawi, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Majlis Keselamatan Negara. Bagaimanapun, beliau berkata pembukaan Langkawi tertakluk kepada penilaian Jabatan […]
Lontaran Emas, Ziyad Zolkefli Pecah Rekod Dunia Pertahan Pingat Emas Di Paralimpik Tokyo 2020
Emas kedua buat Malaysia. Ziyad Zolkefli pecah rekod dunia lagi di pentas Paralimpik Tokyo 2020 dengan mencatat balingan 17.94 meter dalam acara lontar peluru dan mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Rio 2016. Ziyad bukan sahaja memecahkan rekod dunia tetapi telah memecahkan rekod kebangsaan atlet normal dan memecah rekod Sukan Sea. Ketinggalan jauh di belakang […]

Selepas 22 Tahun Beroperasi, Rasa Food Arena KLCC Akhirnya Ditutup Esok
Setelah hampir 22 tahun ‘berjasa’ kepada rakyat Malaysia, medan selera Rasa Food Arena di pusat beli-belah Suria Kuala Lumpur (KLCC) mengumumkan penutupan premisnya bermula esok. Pengumuman itu dibuat menerusi satu notis kecil yang diletakkan di pintu masuk premis seperti yang dikongsikan oleh beberapa pengguna laman media sosial. “Dengan dukacitanya, kami mengumumkan penutupan kekal Rasa Food […]

Beberapa Negeri Dijangka Dilanda Hujan Lebat & Ribut Petir Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa negeri hingga 8 malam ini. Data terkini yang dikeluarkan adalah pada 5 petang tadi. Berikut di bawah adalah senarai negeri dan kawasan yang terlibat:- Perak: Hulu Perak Kelantan: Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh […]

Pekerja Kilang Cedera Parah Diserang Enam Lelaki
NIBONG TEBAL, 31 Ogos (Bernama) — Seorang pekerja kilang mengalami kecederaan parah selepas mangsa diserang sekumpulan lelaki, dalam satu kejadian ketika lelaki itu sedang membeli makanan di sebuah gerai di pasar malam Taman Merak, Simpang Ampat di sini semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Lee Chong Chern berkata, polis menerima panggilan berhubung […]

Lengkap Vaksin: Jangan Terlalu Leka, Varian Delta Masih Ganas – Pakar Kesihatan
KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) — Rakyat Malaysia khususnya mereka yang lengkap divaksinasi tidak harus terlalu selesa dan leka sehingga mengabaikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) serta kawalan kendiri bagi mengekang penularan COVID-19. Ini berikutan, wabak itu masih merebak malah muncul dengan pelbagai mutasi lebih ganas terutama varian Delta yang diklasifikasikan oleh Pertubahan Kesihatan Dunia […]
Syarikat Ini Beri Cuti Kepada Pekerja Pada 3 September Untuk ‘Chill’ Layan Money Heist
Sebuah syarikat yang berpusat di Jaipur tiba-tiba menjadi perhatian ramai untuk bekerja di sana dan meraih pujian atas satu sebab yang tidak disangka-sangka. Perkara ini kerana pekerja di syarikat ini akan diberikan cuti bagi memberi ruang kepada pekerja untuk ‘chill’ sambil menonton Netflix, lapor India Times. Ketua Eksekutif syarikat berkenaan, Abhishek Jain telah berkongsikan satu […]
(Video) Pelakon Indonesia Hamil 6 Bulan ‘Mengidam’ Nak VC Dengan ‘Oppa’ Song Joong Ki, Suami Usahakan Sampai Dapat
Aktres Indonesia, Felicya Angelista meluahkan kegembiraan ke atas suaminya, Caesar Hito kerana menunaikan impiannya untuk berbual dengan aktor Korea, Song Joong Ki. Kegembiraan Felicya itu dapat dilihat dalam video yang dikonsikan melalui akaun media sosialnya @felicyangelista_. Impian Felicya untuk bertemu dengan bintang drama Vincenzo itu menjadi kenyataan hasil daripada bantuan rakan Hito, Raymond yang dalam […]