Berita

(Video) Balik Dari Memancing Sorang-Sorang, Lelaki Ini Selisih Dengan ‘Lembaga’ Misteri
Sebuah video yang memaparkan satu entiti seakan-akan ‘orang’ berdiri di tepi jalan menjadi tular di media sosial hari ini. Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Paramistik Utara menunjukkan situasi di mana seorang lelaki yang dipercayai baru pulang dari memancin dan melalui kawasan sunyi pada lewat malam dikatakan terlihat ‘sesuatu’ yang […]

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Adik Aming
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menzahirkan ucapan takziah ke atas pemergian ‘Adik Aming’ yang dilapor telah kembali ke Rahmatullah awal pagi tadi. Menerusi satu kenyataan di Facebook, Ismail turut mengimbau kembali mengenai satu hantaran di media sosial tentang pesanan khidmat nasihat oleh arwah pada Januari awal tahun ini. “Innalillahi wa inna ilaihi raji’iun. Al-Fatihah. […]
Jangan Angkat Jika Terima Panggilan Dari Nombor Ini, Ada ‘Scammer’ Menyamar Sebagai Ketua Polis Johor
JOHOR BAHRU, 26 Ogos – Polis mengesan aktiviti penyamaran sebagai Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, bagi tujuan jenayah penipuan. Ayob Khan berkata, aktiviti itu dikesan pihaknya semenjak kebelakangan ini dengan menggunakan beberapa nombor telefon. Katanya, nombor telefon yang dikesan melakukan aktiviti penipuan itu adalah 016-4818565 dan 010-8368223. “Adalah diingatkan kepada semua masyarakat dan […]

PAS Setuju Kerjasama Rentas Parti, Sambut Baik Penglibatan Pembangkang Bersama Kerajaan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyambut baik kerjasama pihak pembangkang bersama kerajaan persekutuan dalam usaha pemulihan negara kini. Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, kerjasama tersebut diyakini akan mencapai objektif berikutan pendekatan kerjasama politik rentas parti yang dijalankan kerajaan. “PAS yakin dalam masa yang sama kerajaan akan terus berinteraksi dan mewujudkan kerjasama yang lebih konstruktif melibatkan […]

Berita Palsu Tahun 2020 Kembali Tular, Kononnya Jauhi Restoran Yang Mengambil Pekerja India Kerana Covid-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman Facebook rasmi menyeru orang awam berhenti menyebar berita palsu berkait pandemik COVID-19 yang beredar. Berita palsu bertajuk “Peringatan Kod Merah Kepada Seluruh Malaysia” ini pernah tular di pelbagai platform media sosial tahun lalu. Berita tidak sahih itu mengarahkan orang awam untuk menjauhkan diri dari restoran yang mengambil pekerja dari […]

Rakyat Malaysia Diajak Sama-sama Melangkah 1 Juta Batu Demi Kesihatan Jantung
Peneraju kesihatan jantung terkemuka di Malaysia, NESTLÉ OMEGA PLUS bakal memulakan acara ‘walkaton’ tahunannya yang berlangsung selama sebulan menerusi perasmian Walk A Million Miles (WAMM) 2021 pada 29 Ogos 2021 sempena Bulan Jantung Sedunia ini. ‘Walkathon’ maya ini kembali untuk tahun kedua bagi menyebarkan mesej tentang kesihatan jantung di seluruh negara, serta menampilkan isu-isu yang berkaitan termasuk […]

Tauliah Mengajar Individu Berstatus Ahli Politik Tidak Diberikan Di Selangor
SHAH ALAM, 26 Ogos (Bernama) — Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu hari ini bahawa permohonan tauliah mengajar agama Islam tidak akan diberikan kepada individu berstatus ahli politik di negeri ini. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata perkara tersebut telah diperkenankan Ahli Dewan Diraja Selangor dalam Mesyuarat Dewan Diraja Selangor (Mesyuarat Diraja Selangor Bilangan 15) yang […]
Statistik Kecenderungan Perniagaan, Suku Tahun Ketiga 2021
PUTRAJAYA, 26 OGOS 2021 – Statistik kecenderungan perniagaan bagi suku tahun ketiga 2021 yang diterbitkan pada hari ini, memaparkan jangkaan prestasi perniagaan bagi suku tahun dan enam bulan yang akan datang. Statistik ini adalah berdasarkan Survei Kecenderungan Perniagaan yang dijalankan secara suku tahunan. Mengulas berkaitan laporan tersebut, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan […]

Pernah Tular Dengan Video Nasihat Pakai ‘Face Mask’, Adik Aming Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas
Pernah tular menerusi video-video nasihat di media sosial, kanak-kanak yang dikenali sebagai Aming ini menghembuskan nafas terakhir pagi tadi. Muhammad Aming Salleh Abdullah, 8, meninggal dunia pada jam 1.30 pagi tadi di kediamannya di Tawau selepas mengalami sesak nafas. Ibu Aming, Santi Sabri ketika dihubungi Sinar Harian berkata, Aming sebelumnya sihat tanpa sebarang penyakit. Malah […]

45 Hari Bertarung Nyawa, Isteri Badrol Shah Meninggal Dunia Akibat Covid-19 Pagi Tadi
Pelakon kerdil, Badrol Shah melalui akaun Instagramnya hari ini memberi khabar duka tentang pemergian isterinya pagi ini. Isteri Badrol, Allahyarhamah Farah Sheila menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada jam 8.15 pagi tadi. Allahyarhamah disahkan positif COVID-19 varian Delta awal Julai lalu dan meninggal dunia setelah 45 hari bertarung nyawa. Sebelumnya, pernah berlaku kekeliruan […]
Bayaran i-Citra Bagi Bulan September Akan Mula Dibayar Mulai 1 September Ini
Ramai yang menanti pembayaran i-Citra pada bulan Setember ini selepas membuat semakan status dan lulus permohonan bagi bulan pertama dan seterusnya. Namun, ada yang masih tertanya-tanya bilakah tarikh pembayaran i-Citra untuk bulan keduanya. Jadi, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa untuk pembayaran bulan September akan dibayar mulai 1 September ini. Pengkreditan amaun ke akaun […]

TERKINI: PM Tiba Di Pahang, Dijangka Akan Persembah Senarai Anggota Kabinet Kepada YDP Agong
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan mempersembahkan senarai jawatan jemaah Kabinet yang baharu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini. Dalam satu laporan daripada Bernama hari ini mengatakan bahawa Perdana Menteri akan menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Abdulaziz di Indera Mahkota di sini bagi mendapat […]

Gara-gara Selalu Bagi Burung Makan Sampai Jiran ‘Rimas’, Wanita Didenda RM17,000
Seorang wanita didenda sebanyak RM17,000 baru-baru ini gara-gara sering memberi makanan kepada burung hingga menimbulkan rasa kurang senang oleh jirannya. Tindakan wanita tersebut, Irene Webber telah menyebabkan kawasan perumahan mereka di Minehead Avenue, Sully di Bandar Penarth, UK itu telah dicemari dengan kehadiran tikus serta najis burung merpati. Tidak cukup dengan itu, sesetengah warga kejiranan […]

Pfizer Mohon Kelulusan FDA Untuk Suntikan Dos Ketiga, Mampu Tingkatkan Imunisasi 3 Kali Ganda
Syarikat farmaseutikal Pfizer memohon kelulusan daripada pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat untuk memberi suntikan ketiga atau dikenali sebagai ‘booster shot’ vaksin Covid-19. Pihak Pfizer menjelaskan bahawa suntikan ketika ini mampu meningkatkan imunisasi tiga kali ganda terhadap virus ini. Ia menyasarkan untuk selesaikan penyerahan dokumen permohonan kelulusan menggunakan suntikan ketiga pada individu yang […]
Trauma Covid-19: Apa Peranan Pekerja, Majikan?
KUALA LUMPUR, 26 Ogos – “Hingga hari ini saya masih ada rasa takut dan bimbang apabila nampak ramai orang. Saya juga tidak keluar ke mana-mana selain ke tempat kerja dan selepas itu terus pulang ke rumah.” Demikian luahan bekas pesakit COVID-19 Noraznida Daud, 48. Menurut Eksekutif Insurans dan Takaful di sebuah syarikat insurans terkemuka di ibu kota […]
ATM Terima Lebih 3,600 Insiden Ancaman Keselamatan Siber Sehingga April – Affendi Buang
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) — Lebih 3,600 insiden ancaman keselamatan siber dilaporkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang. Beliau berkata angka yang tinggi itu membimbangkan perancang dan pengamal pertahanan. “Berikutan kewujudan dan kemunculan bahaya tersebut, pihak kerajaan dan ATM […]
Harga Telur Ayam Stabil Di Pasaran
PUTRAJAYA, 25 Ogos (Bernama) — Harga purata runcit telur ayam berada pada kedudukan stabil dengan harga semasa bagi gred A adalah 44 sen, gred B (40 sen) dan gred C (36 sen). Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam kenyataan hari ini berkata harga runcit telur ayam yang dijual dalam kuantiti 30 […]

(Video) Ngeri, Wanita Panik Bertukar Kagum Tengok Ular Sawa Sedang Telan Kelawar ‘Gergasi’,
Seorang wanita di Queensland, Australia sempat merakam kelibat seekor ular sawa sedang menelan seekor kelawar yang besar di belakang rumahnya, lapor The Science Times. Menurut portal itu, Toya Ferris telah memuatnaik video berkenaan ke laman Facebook mliliknya pada Mac lalu. Rakaman tersebut menunjukkan seekor ular sawa yang bergantungan pada dahan pokok sedang berusaha menelan mangsanya. […]
(Video) Baru Nak Tunjuk Hebat ‘Skill’ Pusing Kayu, Gelagat Beruang ‘Terciduk’ Kayu Terpelanting Kena Kepala Sendiri
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memperlihatkan aksi lucu seekor beruang bermain kayu di sebuah zoo. Dalam video tersebut, kelihatan beruang itu sedang duduk dan memusing-musingkan sebatang kayu sama seperti seorang manusia yang mempelajari seni mempertahankan diri dengan menggunakan senjata. Baru nak tunjuk hebat, sekali kayu yang dipusingkan itu terpelanting, terkena kepala sendiri. Dia pantas […]
Seramai 866 Remaja, Kanak-kanak Dijangkiti COVID-19 Di Sabah
KOTA KINABALU, 25 Ogos (Bernama) — Seramai 866 orang daripada keseluruhan 3,224 kes positif COVID-19 direkodkan di Sabah hari ini merupakan remaja serta kanak-kanak berusia 17 tahun dan ke bawah, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun. Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata daripada jumlah itu, seramai 565 orang berumur enam hingga 17 […]