Berita

Berita
MetMalaysia Keluarkan Amaran Cuaca Waspada, Hujan Lebat Dijangka Berlaku Sehingga Jumaat Di Beberapa Negeri
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada iaitu hujan lebat dijangka berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Perak hingga Jumaat. Ketua Pengarah Met Malaysia Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 11 malam ini memaklumkan kawasan terlibat di Kedah adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok […]
Berita
TERKINI: Ahli Parlimen BN, PN Dan GPS Dijadual Menghadap Yang Di-Pertuan Agong Hari Ini
Semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijadualkan menghadap Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis (19 Ogos 2021). Memetik daripada laporan Astro Awani, turut dijangka hadir adalah Ahli Parlimen Bebas. Sumber melaporkan bahawa BN hanya menamakan Ahli parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri […]
Berita
MB Kedah Nafi Banjir Di Gunung Jerai Berpunca Daripada Pembalakan
ALOR SETAR, 18 Ogos – Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan yang tular di laman sosial, mengatakan bahawa banjir melibatkan beberapa kawasan kampung dan taman perumahan di kawasan Gunung Jerai di Yan disebabkan aktiviti pembalakan. Beliau berkata kejadian banjir itu sebaliknya disebabkan oleh fenomena kepala air, yang berlaku di kawasan puncak Gunung Jerai. […]
Politik
Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat Nafi Infografik Berkaitan ‘Jumlah Sokongan’ Ahli Parlimen
Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat menafikan mengenai infografik yang tular di media sosial berkaitan jumlah sokongan Ahli Parlimen Dewan Rakyat kepada calon Perdana Menteri ke-9. Penafian tersebut ditegaskan dalam satu kenyataan ringkas di twitter rasmi Parlimen Malaysia malam ini. “Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat menafikan mengenai infografik yang tular di media sosial berkaitan jumlah sokongan […]
Politik
“Saya Tidak Berminat Menjadi PM Kali Ketiga, Tetapi…” – Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau tiada keinginan untuk kembali menjadi pemimpin negara buat kali ketiga. Bagaimanapun jelasnya, beliau bersedia untuk menggalas tanggungjawab membantu negara dalam mendepani wabak. BACA: Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat Nafi Infografik Berkaitan ‘Jumlah Sokongan’ Ahli Parlimen “Saya tidak berminat menjadi Perdana Menteri kali ke-3, tetapi bersedia memimpin […]
Berita
Thailand Disyor Beri Vaksin Covid-19 Kepada Remaja 12-18 Tahun Yang Alami Masalah Kesihatan
BANGKOK, 18 Ogos – Pihak berkuasa kesihatan Thailand mencadangkan suntikan vaksin COVID-19 diberikan kepada mereka berusia 12 hingga 18 tahun yang mengalami satu daripada tujuh masalah kesihatan yang disenaraikan, disebabkan peningkatan jangkitan terhadap golongan ini. Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Dr. Suwanchai Wattanayingcharoenchai ketika menyuarakan cadangan itu berkata sebanyak 7,787 kes COVID-19 dilaporkan melibatkan kumpulan umur itu pada […]
Berita
Banjir Gunung Jerai: Mayat Lelaki Warga Emas Dijumpai – MB Kedah
Satu mayat lelaki warga emas berusia 60 tahun dijumpai selepas terperangkap dalam kejadian fenomena kepala air di atas Gunung Jerai hari ini. Perkara ini disahkan oleh Menteri Besar Kedah, Haji Muhamad Sanusi Md Nor dalam satu taklimat banjir di Pejabar Daerah Yan sebentar tadi. Kejadian hujan lebat di atas Gunung Jerai tersebut mengakibatkan kawasan sekitarnya […]
Berita
Pendakwah Terkenal Dipanggil Ke Bukit Aman, Bantu Siasatan Kes Gangguan Seksual
Seorang pendakwah terkenal dipanggil ke Ibu Pejabat Bukit Aman untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan melibatkan kes gangguan seksual. Memetik daripada laporan Sinar Harian, polis telah memanggil pendakwah yang berusia lingkungan 30 tahun itu untuk merakam percakapan bagi membantu siasatan kes berkenaan. Bagaimanapun, masih belum mendapat kepastian sama ada pendakwah tersebut hadir atau tidak ke […]
Berita
19,680 Kes Sembuh Covid-19, Angka Harian Tertinggi Pernah Dicatatkan Setakat Ini
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 19,680 kes sembuh daripada jangkitan COVID-19 direkodkan hari ini. Difahamkan, jumlah kes sembuh hari ini merupakan angka sembuh tertinggi yang pernah dicatatkan sejak pandemik bermula di negara ini awal tahun lepas. Dalam pada itu, kes positif baharu juga mencatatkan pertambahan sebanyak 22,424 kes, diikuti dengan 225 kematian. Setakat ini, sebanyak […]
Luar Negara
Pentadbiran Biden Beku Simpanan Afghanistan, Halang Taliban Dapat Akses RM39.7 Bilion
Pihak pentadbiran Biden telah membekukan simpanan Afghanistan dalam bank Amerika Syarikat (AS), Ahad lalu. Tindakan ini dipercayai untuk menyekat Taliban daripada mendapat akses kepada simpanan berbilion dollar tersebut. “Sebarang aset kerajaan Afghanistan dalam simpanan Bank Pusat di AS tak akan diberikan kepada Taliban,” kata jurucakap Jabatan Perbendaharaan AS. Keputusan tersebut dibuat pihak Perbendaharaan AS, bersama […]
Berita
IKEA Damansara & Cheras Telah Dibuka Untuk Individu Lengkap 2 Dos Vaksin
Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pembukaan semula 11 sektor ekonomi untuk negeri-negeri Fasa 1 dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap. Dengan itu, cawangan IKEA di Damansara dan Cheras kini telah dibuka untuk individu lengkap vaksinasi, bermula jam 10 pagi hingga 8 malam. Individu yang telah […]
Berita
(Video) Fenomena Kepala Air, Banjir Kilat Landa Kawasan Sekitar Yan Dan Merbok, Kedah
Beberapa kampung dan kawasan perumahan sekitar Yan dan Merbok dilanda banjir kilat akibat fenomena kepala air yang berlaku kira-kira jam 3 petang tadi. Kawasan yang berdekatan dengan sungai paling teruk terjejas malah di Pekan Yan turun dilanda banjir ini kerana lokasinya ditepi sungai. Tidak kurang daripada itu, orang ramai serta penduduk turut berkongsi video dan […]
Berita
Gangguan Bekalan Air Di Lima Daerah Di Negeri Sembilan Mulai 24 Ogos Ini
SEREMBAN, 18 Ogos – Sebahagian kawasan di daerah Kuala Pilah, Jempol, Tampin, Rembau dan Port Dickson akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama 24 jam mulai 8 pagi pada 24 Ogos ini. Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Norzita Ismail dalam kenyataan berkata gangguan bekalan air itu berikutan kerja penyelenggaraan […]
Berita
Proses Tayamum Tidak Perlu Pada Jenazah Covid-19 Jika Berisiko – Mufti Selangor
KLANG, 18 Ogos – Jenazah COVID-19 di Selangor tidak perlu melalui proses tayamum sekiranya memberi risiko jangkitan kepada pihak yang melakukan proses berkenaan, kata Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Ophir. Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam satu mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 7 Ogos lalu, dan telah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada […]
Berita
Pakar Kesan 5 Tanda Pada Kuku, Mungkin Anda Dijangkiti Virus Covid-19 – Kajian
Satu kajian yang dijalankan mendakwa jangkitan Covid-19 boleh dikesan melalui perubahan pada kuku seseorang. Kajian yang dijalankan oleh seorang pakar yang dikenali sebagai Profesor Tim Spector pada Mei lalu mengatakan bahawa terdapat lima variasi tanda pada kuku tangan seseorang sama ada individu tersebut berjaya menewaskan virus tersebut atau tidak. Selain itu, beberapa pendapat daripada pakar […]
Tragedi
Seorang Kakitangan KKM Maut, Tiga Lagi Cedera Dalam Nahas Dengan Lori
Seorang kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dilaporkan maut, manakala tiga lagi cedera selepas van dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Johor Bahru hari ini, memetik Sinar Harian. Nahas yang berlaku di Kilometer 9.7 Lebuhraya Utara Selatan itu mengakibatkan pemandu van tersebut, Shamsul, 49, meninggal dunia di tempat kejadian. Difahamkan, van KKM tersebut sedang […]
Luar Negara
(Video) Sederhana Tapi Bahagia, Suami Setia Hantar & Jemput Isteri Kerja Selama 26 Tahun Tanpa Mengeluh
Pada Ahad lalu, tular sebuah video yang memaparkan kisah romantik pasangan suami isteri dengan jumlah tontonan sehingga 3.1 juta. Rakaman tersebut dimuat naik menerusi akaun Tiktok @jovelynfamily oleh pemiliknya yang dikenali sebagai Inne. Inne yang berasal daripada Purbalingga, Jawa Tenggah itu menyingkap kisah di sebalik video tersebut. Menurutnya, pasangan suami isteri itu terlihat sangat romantik […]
Berita
Tujuh Ditahan, Geng Pecah Rumah Sekitar Kuala Langat Tumpas
SHAH ALAM, 18 Ogos (Bernama) — Polis menahan tujuh lelaki dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah serta mencuri pakaian uniform berserta dengan aksesori seorang pegawai kanan polis di sebuah taman perumahan di kawasan Telok Panglima Garang Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @Saleh berkata semua suspek yang berusia awal […]
Kesihatan
“Covid Akan Datang Ke Sini Juga Nanti,” 20 Tahun Duduk Dalam Gua, ‘Petapa’ Ini Keluar Ambil Vaksin Kerana Takut Dijangkiti
COVID-19 sememangnya pandemik yang sangat menakutkan sehingga membuatkan lelaki yang telah bertapa di dalam gua selama 20 tahun keluar untuk mendapatkan vaksin. Panta Petrovic yang berasal dari Serbia dilaporkan keluar mendapatkan vaksin kerana takut virus tersebut akan merebak ke gua dan menjangkitinya. Memetik laporan India Times, Petrovic telah mendapat tahu mengenai COVID-19 semasa dalam perjalanan […]
Berita
‘Runner’ JPJ Didakwa Terima Rasuah RM9,500
BUTTERWORTH, 18 Ogos (Bernama) — Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM9,500 pada 2017. Mohammad Khairie Marzuki, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Zahari Abdul Hamid. Tertuduh didakwa menerima rasuah daripada tiga individu sebagai dorongan kononnya seorang […]