Berita

Penjual Dakwa Miliki Tisu Messi Guna Untuk Lap Air Mata, Nak Jual Dengan Harga RM4.2 Juta
Baru-baru ini, pemain bola sepak terkenal Lionel Messi mengesahkan bahawa beliau telah meninggalkan kelab Barcelona dan menyertai kelab Paris Saint Germain (PSG). Tidak dinafikan, situasi ini sangat dirasai bukan sahaja pada bekas pemain Kelab Barcelona tetapi peminat tegar dalam sukan bola sepak juga terasa dengan perpisahan tersebut. Seperti mana yang kita tahu, Lionel Messi mengesat […]
Shuib Mohon Tak Menceritakan Kebaikan Arwah Siti Sarah Berlebih-Lebihan
Pemergian penyanyi tersohor tanah air, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, 9 Ogos lalu cukup meninggalkan kesan kepada rakyat Malaysia. Selepas pemergian Allahyarhamah, banyak berita tentang Allahyarhamah beredar di pelbagai platform atas talian, terutamanya media sosial. Kebanyakannya menceritakan pencapaian dan kebaikan Allahyarhamah semasa hidupnya, sebagai tanda penghormatan atas pemergian selebriti berbakat ini. Cakna akan hal itu, suami […]

Sekolah Akan Dibuka Mulai 3 Oktober 2021 Secara Berperingkat – Dr. Radzi
Sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka mulai 3 Oktober ini. Perkara ini disampaikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Radzi Jidin dalam satu rakaman yang dikongsikan menerusi laman Facebook rasminya. Katanya dalam rakaman video tersebut, pihak kementerian sudah mempunyai perancangan yang rapi sebelum mereka memilih plan manakah yang […]
Warga Malaysia Di Hatyai Ditahan Polis Kerana Kurung Diri Bersama Isteri & Anak Hampir Seminggu
HATYAI, Ogos 15 – Seorang lelaki warga Malaysia di Hatyai, selatan Thailand, ditahan polis selepas mengurung diri bersama dua orang anaknya dalam sebuah bilik di kediamannya. Dalam kejadian pada kira-kira 6 petang, polis baru sahaja beredar daripada rumah kedai dua tingkat yang dihuninya selepas si isteri yang merupakan warga Thai meminta bantuan setelah lelaki itu […]
Polis Kedah Tahan 14 Etnik Rohingya Berkait Jenayah Pemerdagangan Manusia
ALOR SETAR, 15 Ogos – Polis melumpuhkan sindiket penyeludupan manusia dari negara jiran susulan penahanan lapan lelaki dan enam wanita etnik Rohingya dalam empat serbuan di sekitar daerah ini, awal pagi semalam. Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata serbuan dilakukan hasil maklumat awam di sekitar Kepala Batas, Langgar dan Simpang Empat dekat sini, dan pihaknya turut merampas […]
“Dulu Lebih 200, Sekarang Sekitar 20 Pesakit Sahaja,” Ikhtiar Ambil Vaksin Dah Mula Nampak ‘Hasil’
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) – Jika semalam seorang pegawai kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkongsi khabar gembira mengenai situasi pesakit COVID-19 di Jabatan Kecemasan yang semakin berkurangan, hari ini pengarahnya mengesahkan perkara itu. Dr Rohana Johan berkata trend penurunan berlaku sejak sebulan lepas dan paling ketara, seminggu kebelakangan ini. “Alhamdulilah, jika kita bandingkan kemasukan pesakit […]

(Video) Ngeri, Dipercayai Hilang Kawalan, Lelaki Maut MPV Rempuh Tembok Plaza Tol Kubang Semang
Seorang lelaki maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya merempuh pondok plaza tol di Kubang Semang, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) hari ini. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 1.02 petang sebelum bergegas ke lokasi kemalangan. Tambahnya lagi, setibanya sepasukan anggota di lokasi tersebut mendapati kemalangan tersebut membabitkan […]

Kos Ibadah Umrah Dijangka Meningkat Susulan SOP Baharu Arab Saudi
KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Kos menunaikan ibadah umrah dijangka meningkat sedikit susulan pelaksanaan peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) baharu diperkenalkan kerajaan Arab Saudi berikutan pandemik COVID-19. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata sebahagian besar peningkatan kos itu berkait dengan penjarakan sosial seperti had muatan bilik […]
Polis Melaka Selamatkan Kanak-kanak Perempuan Mangsa Dera
MELAKA, 15 Ogos (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan polis daripada menjadi mangsa dera oleh ibu kandung dan teman lelakinya di rumahnya di Banda Hilir di sini malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka ACP Mohd Sukri Kaman berkata kanak-kanak berkenaan disyaki didera menggunakan tangan dan tali pinggang sebelum diselamatkan pada […]
Penemuan Mayat Di Pasir Puteh: Polis Tahan Empat Lelaki, Buru Seorang Lagi
KOTA BHARU, 15 Ogos (Bernama) — Polis menahan empat individu dan sedang memburu seorang lagi bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki di halaman sebuah rumah di Kampung Chengal Batu, Pasir Puteh pada 1 Ogos lepas. Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat dalam kenyataan hari ini memaklumkan lelaki yang diburu bernama Tuan Mohd Ridzwan […]
(Video) Bukan Tenggelam ‘Dibadai’ Banjir, Rupanya Ini Cerita Di Sebalik Rumah Condong Di Tengah Sungai Ini
Sekali pandang, rumah agam tiga tingkat ini kelihatan seperti tenggelam dalam banjir. Namun begitu, ia sebenarnya sebuah rumah yang dibina di tengah-tengah sungai Loire, kongsi Oddity Central. Dinamakan the House in the Loire, struktur ini merupakan idea anak seni Perancis, Jean-Luc Courcoult yang membinanya pada 2007 sebagai salah satu pameran seni, dengan kerjasama sebuah syarikat […]
TERKINI: 20,546 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini, Lapan Negeri Catat Ribuan Kes
Kes baharu COVID-19 yang dilaporkan pada hari ini adalah sebanyak 20,546 dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,404,899 kes. Maklumat yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaparkan terdapat lapan negeri yang mencatatkan ribuan kes. Selangor terus mencatatkan kes tertinggi dengan 7,307, diikuti Sabah dengan 1,665 dan Kedah dengan 1,596. Pecahan […]
MYDIN Aman Central, Kedah Akan Tamatkan Operasi Pada 15 Ogos
MYDIN Aman Central, Kedah bakal menghentikan operasi pada 15 Ogos, hari ini. Berita itu dimaklumkan sendiri di laman rasmi MYDIN Malaysia beberapa jam lalu. “Kepada pelanggan yang dihargai, MYDIN Aman Central, Kedah akan menamatkan operasinya pada 15 Ogos 2021. Terima kasih atas sokongan anda kepada kami selama ini,” tulis laman itu. Untuk maklumat lanjut, anda […]
Awas, Seluruh Negara Dijangka Dilanda Ribut Petir & Hujan Lebat Sehingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di seluruh negara sehingga jam 5 petang ini. Maklumat yang dikeluarkan pada 1.25 petang tadi menunjukkan terdapat beberapa kawasan yang bakal dilanda amaran ribut petir dan hujan lebat. Ekoran daripada itu, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati terutamanya di kawasan yang dijangka terlibat. Berikut […]
PM Muhyiddin Dijangka Buat Pengumuman Esok – Ahli MPT Bersatu
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat satu pengumuman khas esok, demikian menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof. “Insya-Allah ada pengumuman (oleh Muhyiddin)… apa pun kita tunggulah esok,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) itu ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat khas Bersatu […]

(Video) Berani, Penyelam Jumpa ‘Anaconda’ Gergasi Di Dasar Sungai, Ini Yang Haiwan Itu Buat Bila Didekati
Dua penyelam di Brazil berjaya mendekati seekor anakonda gergasi berukuran sekitar 7 meter pada jarak dekat, lapor The Info. Menurut portal itu, Bartolomeo dan Juca Yagarape sedang menyelam di sungai Formoso di Amazon, Brazil sebelum menemui reptilia seberat 90 kg berwarna oren itu. Menerusi video dikongsikan, kelihatan ular itu sedang berada di dasar sungai. Ia […]
TERKINI: Senarai 11 Aktiviti Ekonomi Tambahan Dibenar Beroperasi Semula Bagi Fasa Dua Bermula 16 Ogos
Berkuatkuasa 16 Ogos, kerajaan bersetuju membenarkan beberapa lagi aktiviti ekonomi beroperasi dalam negeri-negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Perdana Menteri. Tambah kenyataan itu, pemilik perlu memastikan pelanggan menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 sebelum memasuki premis. Kedai barang fotografi dan perkhidmatan fotografi Kedai barangan terpakai Kedai bunga dan nurseri Kedai kraftangan dan cenderahati Kedai […]
TERKINI: 11 Aktiviti Ekonomi Termasuk Kedai Gunting Rambut Dibenar Beroperasi Kembali Dalam Fasa 1 Mulai 16 Ogos – PM
Perdana Menteri mengumumkan kemudahan terbaru dalam sektor ekonomi bagi kumpulan yang telah mendapatkan vaksinasi lengkap hari ini. Menurut kenyataan rasmi PM, kemudahan itu terpakai kepada semua fasa PPN dengan syarat tertentu, iaitu kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di negeri terlibat perlulah mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus. Sementara itu, individu yang ingin memanfaatkan kemudahan itu juga perlu […]
TERKINI: Taman Rekreasi Awam Di Negeri-negeri Fasa Satu Dibenar Dibuka Bermula 16 Ogos Untuk Riadah – PM
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Kenyataan Media yang dikeluarkan memaklumkan bahawa taman rekreasi awam di negeri-negeri fasa satu dibenarkan untuk tujuan riadah bermula 16 Ogos ini. Perkara itu adalah untuk memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya bagi mengurangkan tekanan terhadap kesihatan mental. Taman rekreasi awam di negeri-negeri fasa satu dibenar dibuka bermula 16 Ogos untuk […]
Disyaki Ada Unsur Cemburu, Mayat Wanita Tanpa Pakaian Dengan 50 Kesan Tikaman ‘Screwdriver’ Ditemui Dalam Peti Sejuk
Mayat seorang ibu muda berusia 19 tahun ditemukan dalam keadaan terikat tanpa pakaian dengan lebih 50 kesan tikaman dipercayai menggunakan pemutar skru, lapor Daily Mail. Menurut portal itu, wanita tersebut dilaporkan hilang lima bulan lalu di Venezuela sebelum ditemui dalam peti sejuk rumahnya sendiri pada 19 Julai. Mayat mangsa dijumpai di ruangan sejuk beku dalam […]