Berita

Berita
TERKINI: 20,670 Kes Positif Dilaporkan Hari Ini, Perlis Terus Meningkat Ke Angka 61 Kes
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 20,670 kes Covid-19 positif pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara meningkat kepada 1,384,353 kes setakat Sabtu (14 Ogos). Berdasarkan statistik KKM, Selangor mencatatkan angka harian tertinggi empat angka dengan 6,606 kes, diikuti WP Kuala Lumpur dengan 2,208 kes, Kedah 1,796 kes, Sabah 1,752 kes, […]
Berita
Dua Kes Keracunan Dikesan Akibat Pengambilan Ubat Ivermectin
Pusat Racun Negara dilapor telah mengesan dua kes keracunan melibatkan pengambilan ubat Ivermectin di negara ini. Menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi Pusat Racun Negara, kedua-dua kes itu membabitkan individu berusia 35 tahun dan seorang warga emas. “Kes pertama melibatkan pengguna berumur 35 tahun yang mengambil satu biji Ivermectin. Akibatnya, pengguna tersebut telah mengalami gejala […]
Tidak Puas Hati, Sekumpulan Pekerja Asing Lakukan Provokasi, Rosakkan Harta Benda
MELAKA, 14 Ogos (Bernama) — Sekumpulan pekerja warga Bangladesh dipercayai melakukan provokasi terhadap pengawal keselamatan dan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kejadian di Pantai Puteri, di sini, malam kelmarin. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata dalam kejadian 10.30 malam di asrama pekerja asing itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak […]
Hiburan
Padam Semua Gambar Tak Bertudung Di IG, Izara Muat Naik Gambar ‘Selfie’ Bertudung Labuh
Beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh pelakon terkenal, Izara Aishah di laman Instagram (IG) milikya pada malam tadi, ternyata mencuri perhatian ramai. Menerusi gambar ‘selfie’ yang dirakam, Izara tampil manis mengenakan tudung labuh, di samping memakai busana muslimah berlengan panjang berwarna pastel. Foto yang dimuat naik itu meraih lebih 275,000 tanda ‘Likes’ daripada kalangan peminatnya […]
Berita
Lebih 10 Juta Individu Lengkap Dua Dos Vaksin Setakat Semalam – Dr Adham
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) — Sebanyak 31.1 peratus atau 10,144,199 populasi negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya, beliau memaklumkan seramai 16,707,566 orang telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 […]
Luar Negara
Gempa Bumi Sederhana Melanda Rantau Kepulauan Filipina Pagi Ini
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) — Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 pada skala Richter melanda Rantau Kepulauan Filipina pada 9.27 pagi hari ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 187 km Tenggara dari Davao, Filipina. Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami […]
Berita
Imam Masjid Negara Meninggal Dunia
Imam Masjid Negara, Ustaz Khisamudin Ismail dilaporkan telah meninggal dunia pada 14 Ogos hari ini. Berita kematian itu dilaporkan menerusi laman Facebook rasmi Masjid Negara pagi tadi. “Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Ustaz Khisamudin bin Ismail, imam Masjid Negara yang telah kembali ke Rahmatullah pada 14 Ogos 2021. […]
Politik
Hilang Majoriti Sila Letak Jawatan, Memalukan Satu Dunia Menonton – Mat Sabu
Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu bertegas meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berundur dari kerajaan. Bekas Menteri Pertahanan itu berkata, tindakan tawar-menawar seperti yang dinyatakan Muhyiddin dalam perutusan khas semalam tidak perlu lagi kerana beliau sudah hilang majoriti mentadbir negara. “Hilang majoriti sila letak jawatan. Tidak perlu lagi untuk tawar-menawar menggunakan jawatan […]
Berita
Empat Individu Ditahan, Sewa Ambulans Swasta Untuk Rentas Negeri
Pihak polis berjaya mengesan dan menahan taktik empat individu yang menggunakan khidmat ambulans swasta bagi merentas negeri untuk pulang ke kampung dalam satu Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kampung Tanjung Belenggu pada Rabu lalu. Suspek yang berusia 30 tahun bersama ibunya yang berusia 70 tahun serta dua anaknya yang berusia 10 bulan dan enam tahun […]
Berita
Seakan-akan Mahu Bermegah & Menunjuk-nunjuk, Viral Foto Angsa ‘Belanja’ Skill Terbang Terbalik
Seekor angsa menunjukkan ‘tingkah laku’ pelik apabila dilihat terbang dalam keadaan terbalik. Momen-momen ketika ia terbang dalam keadaan itu telah dirakam oleh jurugambar amatur, Vincent Cornelissen dan dimuatnaik di Instagram miliknya. Menurut Metro UK, gambar angsa itu telah ditangkap di Arnhem, Belanda, pada bulan Mac yang lalu. Gambar itu menjadi tular dan ramai netizen yang […]
Berita
Percaya Anak Ada DNA Ular Kerana Terpengaruh Teori Konspirasi, Ayah Tembak Mati Anak Sendiri Kerana Takut Membesar Jadi Raksasa
Seorang lelaki yang dipengaruhi oleh “teori konspirasi” telah mengakui membunuh dua orang anaknya yang masih kecil menggunakan senjata api kerana mendakwa bahawa mereka “mewarisi DNA ular” dan “akan membesar menjadi raksasa,” lapor portal Daily Star. Lelaki yang berusia 40 tahun itu menyatakan kepada penyiasat bahawa dia percaya yang anak-anaknya itu mewarisi gen ular dari isterinya […]
Berita
Arwah Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Pesan Adik Jangan Lupa Sembahyang
KOTA SAMARAHAN, 13 Ogos (Bernama) — “Jangan lupa sembahyang, ingat Allah setiap masa kerana kita tidak tahu bila masa akan pergi”. Itulah pesanan terakhir Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli, 29, salah seorang mangsa insiden tembakan di Kem TUDM Kota Samarahan pagi tadi kepada adiknya Sharif Mohd Saddam Al-Attas. Arwah menyampaikan pesanan tersebut kepada adiknya […]
Berita
Ambulans Terbabas Dalam Perjalanan Ambil Pesakit COVID-19
IPOH, 13 Ogos (Bernama) — Dua petugas kesihatan berdepan detik mencemaskan apabila ambulans dinaiki terbabas lalu memasuki laluan bertentangan dan terjunam ke dalam longkang di Jalan Tambun di sini malam ini ketika dalam perjalanan untuk mengambil pesakit COVID-19. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak Supt Azizan Hassan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan ambulans […]
Berita
Pakatan Harapan Ambil Pendirian Tolak Tawaran Perdana Menteri- Ketua Pembangkang
Parti Pakatan Harapan (PH) telah mengambil pendirian untuk menolak keras segala tawaran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dibentangkan menerusi ucapan khas pada petang tadi. Perkara tersebut telah dimaklumkan menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan dan dikongsikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Twitter miliknya. “Pakatan Harapan mengambil pendirian […]
Berita
Jurulatih Pasukan PUBG Mobile SEM9.GANK, Hahagus Meninggal Dunia Akibat COVID-19
Jurulatih kepada pasukan PUBG Mobile, SEM9.GANK, iaitu Hahagus atau nama sebenarnya Agusalim Amran dilaporkan telah meninggal dunia. Perkara tersebut telah disahkan sendiri menerusi satu perkongsian yang dikongsi oleh akaun Facebook pasukannya sebentar tadi. Menurut, akaun Twitter berita e-sukan iaitu @wtmtoday, Allahyarham telah meninggal dunia selepas bertarung nyawa dengan virus COVID-19. “Agusalim Amran (Hahagus) […]
Berita
Terkedu Tengok Pingatnya Digigit Datuk Bandar, Penganjur Olimpik Ganti Semula Pingat Emas Atlet Jepun Ini
Aksi menggigit pingat yang dimenangi di temasya sukan Olimpik sememangnya sudah menjadi kebiasaan bagi setiap atlet. Pun begitu, aksi tersebut baru-baru ini telah mendapat kecaman di Jepun. Manakan tidak, yang menggigit pingat emas tersebut adalah Datuk Bandar Nagoya, Takashi Kawamura. Difahamkan, Takashi telah menggigit pingat emas milik atlet sofbol, Miu Goto tanpa kebenaran dalam satu […]
Berita
Perhimpunan Di Dataran Merdeka: Belum Ada Kes COVID-19 Dilaporkan-KP Kesihatan
PUTRAJAYA, 13 Ogos (Bernama) — Setakat ini, tiada laporan mengenai kes jangkitan COVID-19 melibatkan perhimpunan “Keluar dan #Lawan” yang diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Julai lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Merujuk mesej tular mengenai dakwaan jangkitan COVID-19 membabitkan perhimpunan itu, beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) maklum mengenai perkara […]
Berita
Budak Terjumpa Pistol Milik Ayah, Tertembak Kepala Ibunya Tengah “Video Call”
Seorang kanak-kanak dilaporkan telah membunuh ibunya sendiri dengan menembak ke arah kepala ketika ibunya itu sedang melakukan panggilan Zoom berkaitan dengan kerja, menurut polis Florida. Rakan kerja mangsa yang sedang berbual dengan mangsa telah ternampak wanita itu terjatuh ke belakang selepas terdengar satu bunyi letupan yang kuat semasa panggilan video itu berlangsung. Saksi kemudiannya segera […]
Berita
Saya Ada Tanggungjawab Untuk Tidak Membiarkan Kumpulan Kleptokrat Memerintah – PM
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah membentangkan beberapa cadangan berkaitan pelaksanaan Rangka Persefahaman Rentas Parti yang akan dilaksanakan oleh kerajaan jika usul undi percaya di Parlimen bulan depan diluluskan. Menurutnya, tujuan beliau mengemukakan semua cadangan itu ialah untuk membolehkan kerajaan terus berfungsi ketika pandemik dengan sokongan bi-partisan di Parlimen. Beliau juga menegaskan […]
Berita
Ketua Pembangkang Akan Diberi Saraan & Kemudahan Setara Menteri Kanan – PM
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang Menteri Kanan. Menurutnya, perkara itu dibuat sebagai pengiktirafan kepada peranan parti pembangkang yang mempunyai jumlah perwakilan yang hampir seimbang di Dewan Rakyat. Perkara tersebut difahamkan adalah merupakan sebahagian daripada 7 cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan sekiranya […]