Berita

TERKINI: Aktiviti ‘Dine-In’ Dibenarkan Untuk Individu Lengkap Vaksin 2 Dos Di Negeri Fasa 2 Dan Seterusnya Sahaja
Kerajaan bersetuju untuk memberi kelonggaran kepada individu yang lengkap dua dos vaksin dibenarkan untuk aktiviti makan dalam premis di negeri dalam dalam Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 dan seterusnya pada 10 Ogos 2021 ini. Tambah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagi ibu bapa yang lengkap dua dos vaksin yang ingin membawa anak-anak ke tempat […]

TERKINI: Pasangan Suami Isteri PJJ Lengkap 2 Dos Boleh Rentas Negeri & Daerah
Kerajaan bersetuju untuk memberi kemudahan kuarantin dan perjalanan kepada pasangan suami isteri jarak jauh yang lengkap dua dos vaksin. Semua kemudahan ini akan berkuatkuasa pada 10 Ogos 2021 ini. Perkara ini disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu pengumuman khas yang bersiaran langsung di saluran Youtube Bernama sebentar tadi. Kemudahan-kemudahan yang dimaksud […]

Pernah Kalahkan Jijoe Dalam Acara Keirin, Kenali Shah Firdaus Shahrom Kebanggaan Malaysia Di Tokyo
Mungkin ramai yang masih belum ‘berkenalan’ dengan seorang lagi jaguh pelumba kebangsaan yang layak ke Olimpik Tokyo 2020 tahun ini. Lain tak bukan, Shah Firdaus Sahrom yang baru sahaja menamatkan perlumbaannya dalam Saringan Dua peringkat suku akhir. Bagaimanapun, beliau terlepas peluang untuk beraksi dalam saingan peringkat seterusnya. Namun, kekalahannya bukanlah memberi kecewaan kepada rakyat di […]

TERKINI: Kes Positif Baharu Catat Penurunan Hari ini 18,688 Kes, Kedah Terus Catat Peningkatan
Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan kes baharu setakat hari ini adalah sebanyak 18,688 kes sedikit penurun berbanding semalam. Bagaimanapun, menerusi kiriman daripada Twitter rasmi Dr Noor Hisham menunjukkan beberapa negeri masih mencatat ribuan kes termasuklah di Selangor yang kekal mencatat kes tertinggi iaitu 6,565 kes diikuti dengan Wilayah Persekutuan dengan jumlah 1,883 kes. Selain itu, negeri […]

“Maafkan Saya Malaysia,” Shah Firdaus Rasa Terkilan Tapi Tetap Semangat Teruskan Perjuangan
Walaupun dalam kesakitan, namun semangat dan kecekalan pelumba basikal Malaysia, Shah Firdaus tetap teruskan perjuangan dalam saringan suku akhir acara keirin lelaki. Bagaimanapun, rezeki kemenangan tidak berpihak kepadanya namun, ia tetap menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia yang menyaksikan perlawanan tersebut dari jauh. Bagi Shah Firdaus, beliau rasa terkilan dengan perlawanan kali ini. Tetapi kegagalan hari […]

Dua Anggota Polis Maut Kemalangan Semasa Kejar Pelumba Haram
KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Dua anggota polis maut dalam kemalangan yang berlaku ketika mereka mengejar pelumba haram di kilometer 24.4 Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK) dari arah Kajang ke Putrajaya, awal hari ini. Sjn Mohd Arifah Md Yasin, 36, dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik dan Konstable Mohd Muradzi Mohd Nawi, 26, dari cawangan Jenayah D4, […]
Ayah Terlantar Akibat Strok, Azizulhasni Sempat Mohon Restu Sebelum Berlumba
DUNGUN, 8 Ogos – Atlet berbasikal negara Datuk Azizulhasni Awang bukan sahaja mempunyai semangat juang tinggi tetapi juga sentiasa menyayangi serta mengutamakan restu keluarga. Ia diakui abang iparnya Mohd Razman Mohamad, 36, yang menyifatkan Azizulhasni sebagai insan yang wajar dicontohi dalam pelbagai perkara, bukan sahaja melibatkan sukan berbasikal. Beliau berkata Azizulhasni yang lebih dikenali sebagai ‘Jijoe’ di […]

“Bukan Sembarangan Orang Tua,” Kenali ‘Pacer’ Aksi Akhir Acara Keirin Tadi, Pernah Menang Gangsa Olimpik 1984
Hari ini, kita menyaksikan kemenangan perak Datuk Azizulhasni Awang dalam acara keirin lelaki di kejohanan Olimpik Tokyo 2020, selepas emas direnggut pelumba Great Britain, Jason Kenny. Korang perasan tak masa final kierin tadi, ada seorang ‘pakcik-pakcik’ baju hitam kat depan pelumba pertama, diikuti pelumba-pelumba lain? ‘Pakcik’ kat depan tu digelar sebagai Pacer atau Derny yang akan menyamakan had laju para […]
Sama-Sama Raikan Kemenangan, Azizulhasni & Lavreysen Julang Kenny Di Podium Olimpik Tokyo 2020
Datuk Azizulhasni Awang sekali lagi menjadi juara di hati rakyat Malaysia apabila berjaya membawa pulang pingat perak untuk negara dalam acara keirin lelaki di kejohanan Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi. Acara di hari terakhir ini menyaksikan pelbagai momen berharga. Salah satunya termasuk hubungan erat yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga atlet berbeza negara yang sama-sama berkongsi pentas […]

Azizulhasni Sebaya Dengan Jason Kenny, Lee Chong Wei Tanya Apa Rahsia Jijoe Nampak Muda
Rakyat Malaysia tak henti-henti mengucapkan tahniah kepada pelumba basikal nombor satu negara, Datuk Azizulhasni Awang, yang berjaya meraih perak di pentas Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi. Bukan itu sahaja, lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, melalui sebuah hantaran di laman Facebooknya turut tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah secara peribadi kepada jaguh lumba basikal kebanggan […]

Misi Emas Pertama Olimpik Tertangguh, Tutup Buku Tokyo 2020 Dan Buka ‘Langkah’ Paris 2024
Selepas selesai acara akhir Keirin sebentar tadi yang menyaksikan Datuk Azizulhasni Awang berjaya membawa pulang pingat perak untuk Malaysia, maka berakhirlah perjuangan atlet Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo yang penuh cerita suka dan duka ini. Pingat Gangsa dari Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dalam acara badminton dan Perak dari acara Keirin dari Datuk Azizulhasni […]

Azizulhasni Sujud Syukur, Dapat Berita Isteri Mengandung Anak Ketiga
Jaguh trek Datuk Azizulhasni Awang, hari ini telah membawa khabar gembira kepada rakyat Malaysia apabila berjaya menghadiahkan perak untuk negara dalam acara keirin lelaki di Kejohanan Olimpik Tokyo 2020. Azizulhasni dalam satu sesi temubual bersama Astro Arena tak dapat membendung air mata ketika menceritakan dugaan dan tekanan yang dihadapinya sepanjang saingan Olimpik Tokyo 2020 ini. […]
TERKINI: Azizulhasni Hadiahkan Pingat Perak Olimpik Tokyo Buat Rakyat Malaysia
Satu lagi kejutan buat Malaysia apabila jaguh pelumba Kebangsaan, Datuk Azizulhasni Awang berjaya merangkul pingat perak pertama untuk Malaysia dalam acara Keirin Lelaki di Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi. Atlet kelahiran Terengganu ini akhirnya membawa pulang dari temasya berprestij itu, mendapat kedudukan pingat perak selepas Jason Kenny (Britain) merangkul pingat emas dan Harrie Lavresyen […]
“Tak Perlu Nak Kurus Sampai Kena Potong Usus,” Man Raja Lawak Dedah Rahsia Berjaya Turun 20kg
Siapa sahaja yang tidak mengenali pelawak terkenal yang dikenali dengan nama Man Raja Lawak ini. Dia pada baru-baru ini telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen kerana penampilan terbaharunya. Ada yang memuji dan ada juga netizen yang bertindak mengecamnya kerana menyamakan dirinya seperti Remy Ishak, Syamel serta pelajar lepasan SPM. Pelawak yang berusia 44 tahun itu […]
Azizulhasni Teruskan Misi Emas, Layak Ke Final Acara Keirin
Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang berjaya melayakkan diri ke saingan akhir acara keirin lelaki di pentas Olimpik Tokyo 2020. Dalam aksi mendebarkan sebentar tadi, Azizulhasni berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan pertama, diikuti pelumba Jerman, Maximilian Levy, sementara pelumba Netherlands, Harrie Lavresyen di tempat ketiga. Azizulhasni sekali lagi bergelar finalis di kejohanan Olimpik dan […]
Tidak Cergas Sepenuhnya, Shah Firdaus Tak Berjaya Layakkan Diri Ke Separuh Akhir
Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom tidak berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh acara Keirin lelaki apabila menduduki tempat terakhir di peringkat suku akhir Olimpik 2020 sebentar tadi. Pelumba pertama yang berjaya sampai ke garis penamat adalah pelumba Trinidad and Tobago, Nicholas Paul, diikuti Jack Carlin (Great Britain) dan Jair Tjon En Fa […]
TERKINI: Azizulhasni Layak Ke Peringkat Separuh Akhir
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang berjaya ke peringkat separuh akhir di Sukan Olimpik 2020 selepas melepasi pusingan suku akhir di saringan ketiga sebentar tadi. Beliau mengatasi empat pelumba lain di mana beliau berada di kedudukan kedua di belakang Yuta Wakimoto dari Jepun. Dalam perlumbaan itu Azizulhasni menggunakan segala pengalaman untuk memintas Kwesi Browne […]
Tiada Lagi Pusingan Repechage, Ini Yang Akan Berlaku Dari Suku Akhir Hingga ‘Final’ Acara Keirin Hari Ini
Kurang satu jam dari sekarang akan berlangsungnya aksi suku akhir acara Keirin untuk berbasikan trek yang melibatkan atlet Malaysia di hari terakhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini. Semalam telah berlangsung pusingan saringan yang penuh aksi dan kontroversi. Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Shahrom berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir dengan cabaran masing-masing. […]

Harimau Malaya Jantan Ditangkap Di Felda Kerteh 4, Terengganu
DUNGUN, 7 Ogos (Bernama) — Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya menangkap seekor Harimau Malaya jantan, di ladang sawit Felda Kerteh 4 di sini hari ini. Ketua Pengarah Perhilitan Semenanjung Malaysia Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata harimau yang dianggarkan berusia setahun setengah itu, ditemui di dalam perangkap yang dipasang Perhilitan di […]

Azizulhasni, Shah Firdaus Harapan Terakhir Malaysia Di Sukan Olimpik
TOKYO, 7 Ogos (Bernama) — Hari terakhir, peluang terakhir. Setelah hanya meraih satu pingat gangsa ketika Sukan Olimpik Tokyo 2020 bakal melabuhkan tirai pada Ahad (8 Ogos), kontinjen Malaysia mengharapkan kayuhan menakjubkan daripada jaguh lumba basikal negara Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom untuk menghadirkan pingat, esok. Aksi kedua-dua pelumba negara itu pastinya mendebarkan jutaan peminat […]