Berita

(Video) Tak Payah Sental Berkali-kali, Ini Antara Cara Nak Bersihkan Bekas Makanan Berminyak
Musim raya korban ni, banyak menu berasaskan daging yang korang boleh cuba. Tak kisahlah rendang, kari mahupun sup tulang, kesemuanya boleh buatkan korang tersandar kekenyangan. Tapi lepas sedap makan, satu cabarannya adalah untuk hilangkan kesan minyak degil pada bekas makanan yang korang gunakan. Jenuh disental berkali-kali untuk pastikan kesan minyak hilang. Rasa membazir pula kan […]
(Video) Seakan Puting Beliung, Rakaman Fenomena ‘Misteri’ Jutaan Nyamuk ‘Penuhi’ Ruang Udara Di Rusia Cetus Rasa Cemas
Detik mengerikan ‘puting beliung’ jutaan nyamuk berterbangan di Rusia berjaya dirakam kamera. Jutaan nyamuk yang berterbangan itu telah dikesan di pantai timur Kamchatka sehingga menimbulkan kekacauan dalam kalangan penduduk. Dari jauh, gambar-gambar di wilayah itu seperti menunjukkan beberapa puting beliung berpusing-pusing mengeluarkan debu dan kotoran ke udara. Tetapi apabila rakaman menunjukkan sudut daripada dalam awan, […]

(Video)”Pastikan Tidak Ketat Atau Jem,” Mekanik Tunjuk Cara Nak Tahu Sistem Penyejukan Kereta Dalam Keadaan Baik
Salah satu komponen penting dalam sesebuah kenderaan ialah penyejuk atau coolant yang menyejukkan enjin anda agar tidak panas terlampau (overheating). Sebaiknya menurut Cars.com, bendalir coolant ini ditukar setiap 50,000 kilometer atau bergantung kepada manual kenderaan serta jenis penyejuk yang digunakan. Coolant yang baik penting bagi memastikan bendalir ini tidak beku ketika cuaca sejuk atau mendidih pada suhu panas […]
Dipercayai Kerana Cuaca Makin Panas, 1000 Tasik Baharu Dikesan Akibat Pencairan Glasier Di Pergunungan Alps
Perubahan iklim telah mengubah glasier di Pergunungan Alps menjadi 1000 tasik sejak tahun 1850. Gabungan gambar-gambar yang diambil oleh para saintis dari Institut Sains dan Teknologi Akuatik Persekutuan Switzerland dari pergunungan itu dan data bertahun-tahun mengenai glasier menentukan jumlah tasik tersebut. Analisis tersebut juga menunjukkan bahawa 180 tasik yang sedia ada hanya tercipta dari tahun […]
Aliran Trafik Lengang Di Beberapa Lebuh Raya Utama
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di sekitar Lembah Klang dilaporkan lancar dan terkawal pada pagi sambutan Hari Raya Aidiladha hari ini. Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat 11 pagi tadi, aliran trafik di kedua-dua arah Lebuhraya Utara Selatan juga lancar berikutan aliran […]
Jangkitan COVID-19 Di Dewan Bedah Hospital Canselor Tuanku Muhriz Terkawal
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menegaskan bahawa kes COVID-19 melibatkan Dewan Bedah hospital berkenaan ketika ini adalah terkawal. Pengurusan HCTM UKM dalam kenyataan memaklumkan semua kakitangan mereka terutamanya petugas kesihatan sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sama ada […]
Pemandu Di UK Boleh Disaman Sehingga RM 28k Jika Pakai Selipar Ketika Memandu Hingga Terjejas Pemanduan Ketika Musim Panas
Pemandu di Britain bakal berdepan dengan denda maksimum £5,000 (RM28,999) jika didapati bersalah memandu secara cuai disebabkan oleh pemakaian selipar, lapor akhbar The Sun. Perkara tersebut ditegaskan selepas negara itu mencatatkan paras suhu terpanas dalam tahun ini kelmarin. Di bawah Undang-Undang 97 Kod Lebuh Raya, pemandu dinasihatkan bahawa mereka mesti mempunyai ‘kasut dan pakaian yang […]
(Video)”Ini Pok Wea, Ini Pok Ye,”, Dipuji Cantik Dan Nama ‘Comei’, Lembu-lembu Dr Zulkifli Untuk Dikorbankan Tarik Perhatian Warganet
Pagi tadi, bergema suara orang ramai bertakbir di corong-corong pembesar suara masjid dan surau menyambut Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada hari ini. Walaupun terpaksa disambut dengan penuh kesederhanaan dan pematuhan SOP yang ditetapkan, perayaan Aidiladha pada tahun ini cukup memberi makna ‘pengorbanan’ kepada ramai orang. Pelbagai kisah dan coretan yang dapat dilihat seperti yang […]
Tolak Hak Paten Vaksin Supaya Boleh Dijual Lebih Murah & Cepat Diagih, Kenali Sarah Gilbert, Pencipta AstraZeneca Yang Tak Mahu Kaut Untung
Seiring dengan pertambahan kes COVID-19, kebanyakan negara juga kini sedang giat mendapatkan vaksin bagi mencapai imuniti kelompok dengan secepat mungkin agar dapat membendung penularan jangkitan dalam kalangan masyarakat. Salah satu vaksin yang digunakan dengan meluas adalah vaksin Oxford-AstraZeneca yang dikatakan mempunyai tahap keberkesanan sehingga 90%. Pun begitu, mungkin ramai yang masih belum mengenali Sarah Gilbert […]

Mungkin Elak Wajahnya Terdedah, Rakun Malu-malu Setelah Diselamatkan Oleh Bomba, Siap Tutup Muka Guna Tangan
Beberapa hari lepas, tular foto anggota bomba yang memegang seekor rakun yang kelihatan malu-malu. Foto tersebut diambil sejurus selepas pasukan bomba menyelamatkan mamalia ini dari dalam rumah seorang penduduk, lapor Newsweek. Menurut portal, foto yang dikongsikan di Facebook jabatan bomba itu ditulis dengan kapsyen: ‘Anda tidak akan tahu apa yang akan berlaku pada hari itu […]
Usaha NGO Untuk Vaksinasi COVID-19 Di Luar Bandar Dan Pedalaman
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Cuaca pagi Selasa 6 Julai agak panas sebaik sahaja van yang membawa pasukan petugas kesihatan dan beberapa orang sukarelawan berhenti di sebuah lorong sempit di sebuah kampung di Beranang, Selangor. “Syukur, sekurang-kurangnya hujan sudah berhenti, ” kedengaran suara seorang sukarelawan. Beliau adalah antara enam orang dalam pasukan petugas berkenaan. […]
“Jika Engkau Tentera Allah Yang Dikirimkan Untuk Membanteras Kesombongan Manusia,..” Teks Khutbah Aidiladha Buat Jemaah Tersentuh, Mengalirkan Air Mata
Di kala pandemik, kita semua meraikan Aidiladha dalam keadaan serba sederhana. Ramai yang terpaksa berkorban rindu mengenangkan keluarga dan ibu bapa yang jauh di mata dek kerana virus halus bernama Corona ini. Malah, kehidupan umat manusia di serata dunia berubah 360 darjah selepas COVID-19 menjangkiti ratusan juta orang sepertimana wabak-wabak yang pernah menjangkiti dunia suatu […]
(Video) Dipercayai Baru Keguguran & Kemurungan, Wanita Menyamar Jadi Jururawat & Bawa Lari Bayi Dari Hospital
Seorang wanita yang dilaporkan baru sahaja keguguran bertindak nekad berpakaian sebagai jururawat untuk mencuri seorang bayi daripada sebuah hospital, lapor portal The Sun. Wanita yang berusia 23 tahun daru Curtiba, Brazil itu difahamkan takut untuk memberitahu suaminya berita tragis berkenaan kegugurannya. Disebabkan itu, dia telah bertindak nekad merancang untuk mencuri seorang bayi dan membesarkan sebagai […]
Wabak Norovirus Dilapor Menular Di Britain, Jangkitan 3 Kali Lebih Tinggi Berbanding 5 Tahun Lepas
Norovirus dilaporkan menyerang Britain tiga kali ganda lebih teruk berbanding serangan sebelum ini dalam tempoh lima tahun. Menurut The Sun UK, virus yang menyebabkan pesakit mengalami muntah-muntah itu boleh tersebar dengan pantas. Virus yang lazimnya menyerang pada musim sejuk ini merekodkan lebih 150 penularan sejak Mei, kira-kira tiga kali ganda lebih tinggi berbanding tempoh sama […]
Takut Kantoi Dengan Bakal Suami, Wanita Sumbat Kertas Dalam Mulut Bayi Baru Lahir ‘Hasil’ Cinta Terlarang Dengan Rakan Pejabat Hingga Mati Lemas
Tidak mahu rahsia hubungan gelapnya dengan rakan sekerja terbongkar, seorang wanita dilaporkan telah membunuh bayinya yang baru dilahirkan dengan memasukkan gumpalan kertas ke dalam mulut anak kecil itu. Menurut Kompas.com, perkara tersebut diketahui selepas penemuan bayi tersebut yang berbungkus plastik di Desa Lajer, Kabupaten Kebumen pada minggu lalu. Wakil polis Kebumen, Edi Wibowo mengatakan bahawa […]

Suspek ‘Terjaga’ Selepas Pura-pura Pengsan Selama 3 Hari, Terliur Bau Kari Buatnya ‘Menyerah Kalah’
Seorang suspek dilapor telah berpura-pura pengsan selama tiga hari setelah ditangkap dan akhirnya terpaksa ‘menyerah kalah’ setelah bau masakan ‘menangkap’ hidungnya dan membuatkan dia terjaga dari ‘pengsan’. Menurut Global Times, suspek dari Hubei China itu terjaga dari ‘pengsan’ yang dibuatnya apabila terbau kari ketika seorang pegawai polis sedang makan nasi daging kari di sisinya. Malah, […]

Remaja Ini Tak Boleh Jalan Berbulan-bulan Akibat Menghidap ‘Covid Toes’, Tapi Negatif Covid-19
Seeorang remja berkongsi pengalamannya tidak boleh berjalan berbulan-bulan akibat menderita penyakit ‘Covid Toes’. Bagaimanapun, remaja berusia 13 tahun ini bukan pesakit positif Covid-19 walaupun dia mengalami kesakitan pada kakinya sejak Oktober tahun lalu. Sekumpulan doktor memberi amaran bahawa rasang dingin atau frostbite kemungkinan tanda-tanda baharu jangkitan wabak Covid-19 ini. Penyakit ini berpotensi seseorang boleh terkorban, […]

Tiada Kompromi, PDRM Akan Buat Pemeriksaan Di Kawasan Perumahan Dalam Tempoh Perayaan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat pemeriksaan mengejut rumah ke rumah esok bagi memastikan tiada aktiviti ziarah sempena Hari Raya Aidiladha mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan. Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Dato Sri Acryl Sani berkata pematuhan SOP yang ketat merupakan kunci kepada usaha melandaikan lengkuk jangkitan wabak […]

“Rasa Lemak Manis & Smokey,” Lelaki Ini Tak Menyesal Cuba Bakar Durian Guna ‘Air Fryer’
Durian merupakan buah tempatan yang menjadi kegemaran ramai bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia. Durian yang juga dikenali sebagai ‘the king of fruit’. Apabila tiba sahaja musimnya, membuatkan orang ramai menjadi ‘hantu durian’ apabila merasai keenakan rasa dan bau yang sangat menyelerakan. Namun, tidak semua suka dengan raja buah ini, ada sesetengah orang […]

Kapal Korek Terbakar, Kesemua 11 Kru Selamat
SHAH ALAM, 19 Julai – Sebuah kapal korek MV SHI XIAN 156 telah mengalami kebakaran di kedudukan lebih kurang 0.3 batu nautika Sungai Chondong Besar, Pulau Indah pada jam lebih kurang 12.48 tengah hari tadi, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Pengarah Maritim Negeri Selangor Kepten Maritim Mohd Rosli Kassim berkata sebaik menerima aduan, bot Maritim […]