Berita
Pendaftaran Geran Khas Prihatin 4.0 Dibuka Mulai Hari Ini Hingga 31 Julai- Tengku Zafrul
Pendaftaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 bagi PKS mikro yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini akan dibuka mulai hari ini (15 Julai) hingga 31 Julai 2021 secara dalam talian. Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, proses pendaftaran yang baharu ini akan membolehkan sebahagian daripada kalangan PKS mikro yang tidak […]
PBT Ada Kuasa Tutup Kilang – Zuraida
MARAN, 15 Julai (Bernama) — Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai kuasa untuk menutup kilang yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan COVID-19, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin. Beliau berkata PBT boleh menguatkuasakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bersama Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). […]
Tujuh Kubu Tentera British Di Pantai Bisikan Bayu Akan Dikorek Semula
PASIR PUTEH, 15 Julai – Tujuh kubu dibina tentera British untuk menghalang askar Jepun mendarat dan menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941, yang kini tertimbus akibat hakisan ombak di Pantai Bisikan Bayu, di sini, akan dikorek semula sebelum sambutan Hari Kebangsaan, bulan depan. Ahli Dewan Undangan Negeri Semerak Wan Hassan Wan Ibrahim berkata kesemua tugu […]

TERKINI: Terus Catat Peningkatan, 13,215 Kes Baharu Positif Covid-19 Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa peningkatan kes baharu hari ini adalah 13,215 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 880,782 kes. Menerusi perkongsian di Twitter rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham mendapati negeri Selangor mencatat kes baharu lebih tinggi berbanding semalam iaitu dengan bacaan 6,120 kes diikuti dengan Negeri Sembilan iaitu 1,603 kes […]
Pakar Ramal Pandemik Covid-19 Bakal Bertukar Kepada Endemik, Apa Itu Endemik?
Sehingga sekarang, negara-negara seluruh dunia masih lagi berjuang melawan wabak COVID-19 yang belum kelihatan tanda-tanda akan hilang dari muka bumi. Setelah hampir dua tahun kita hidup dalam keadaan pandemik ini, adakah situasi akan lebih membaik atau sebaliknya? Walaubagaimanapun, menurut laporan CNA, Singapura telah menjangkakan virus COVID-19 ini akan tetap ada dalam komuniti, dan menjadi semacam […]
Mohon Kebenaran Jika Mahu Adakan Majlis Melibatkan Kehadiran Ramai – Polis
KOTA BHARU, 15 Julai – Polis menasihatkan mana-mana pertubuhan atau individu yang ingin mengadakan majlis yang memerlukan kehadiran ramai orang supaya terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah masing-masing. Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Abdullah Muhammad Piah berkata, selain itu pihak terlibat juga perlu memaklumkan kepada polis mengenai acara atau majlis […]
”Sebiji Macam Gambar,” Abang Ni Lukis Wajah Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nampak ‘Real’ Buat Ramai Teruja
Melukis adalah salah satu aktiviti yang amat memerlukan ketelitian, kesabaran, ketepatan serta minat yang mendalam. Bagi sesiapa yang memiliki kemahiran ini, nescaya mereka mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Terdapat banyak jenis lukisan yang wujud di dunia ini. Ada yang suka melukis secara lakaran ‘conteng-conteng’, ada yang gemar melukis landskap, potret wajah seseorang dan sebagainya. Bercerita […]
Video Tular Dakwa Minum Racun, Suami Isteri Ditahan
SEREMBAN, 15 Julai – Polis menahan sepasang suami isteri berusia 29 tahun di sini malam tadi dan awal hari ini berikutan video tular memaparkan dakwaan lelaki berkenaan memberi minum racun kepada anak lelakinya, isteri serta dirinya sendiri, petang semalam. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata lelaki itu ditahan pada 10.20 malam manakala isterinya […]
PM Mahu JKJAV Pertimbang Longgarkan Pergerakan Individu Lengkap 2 Dos Vaksin
Jawatankuasa Khas Jaminan Vaksin COVID-19 (JKJAV) diminta untuk mempertimbangkan kelonggaran sekatan pergerakan bagi individu yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin. Pertimbangan tersebut adalah seperti yang diminta oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, seperti memetik ciapan BERNAMA hari ini. Dalam ciapan lain, Muhyiddin turut menyatakan bahawa rakyat diminta untuk bersabar dan jangan percaya akan […]
Berani Betul Korang Beli Dan Pakai Kanta Lekap Murah, Ini Kesan Buruk & Risiko Kepada Si Pemakai
Jika dahulu pemakaian kanta lekap adalah untuk membantu mengatasi masalah penglihatan seperti rabun. Ini adalah pilihan alternatif buat individu yang tidak menggemari pemakaian kaca mata. Tetapi kini, pemakaian kanta lekap bukan lagi hanya berkaitan dengan masalah penglihatan semata-mata. Oleh sebab itu , ada segelintir individu yang mengambil kesempatan menjual kanta lekap dengan harga yang murah […]
Boleh Uji Di Rumah Lepas Ni, MDA Setuju Beri Kelulusan Bersyarat Edar Kit Ujian Kendiri Covid-19
Mengambil kira kepentingan kesihatan dan keselamatan awam, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) sedar tentang keperluan penggunaan kit ujian kendiri COVID-19 oleh orang awam dalam membantu memudahkan proses pengesanan dan pengawalan jangkitan COVID-19, sekaligus membantu mengurangkan bebanan petugas kesihatan. Penggunaan kit ujian ini tidak menggantikan fungsi diagnostik Reverse transcription polymerase chain reaction (RT-PCR). Tetapi orang awam […]
Nak Jumpa Kawan Tapi Gagal Dapat Kebenaran Rentas Daerah, Lelaki Tekad Berenang Rentas Selat Pulau Pinang
Gara-gara mahu berjumpa kawan, seorang lelaki sanggup ‘bertarung nyawa’ terjun ke laut dan berenang merentas Selat Pulau Pinang dari Daerah Timur Laut ke Seberang Perai, Pulau Pinang kelmarin. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong berkata, lelaki tersebut tekad berbuat demikian kerana gagal mendapatkan kelulusan permit rentas daerah daripada polis ekoran alasannya tidak munasabah. […]
”Rindunya Pada Bapak, Apa Bapak Buat Sekarang Ni?” Ebit Lew Sebak Terkenangkan Arwah Ayah
Pendakwah dermawan, Ustaz Ebit Lew baru sahaja kehilangan ayahnya baru-baru ini. Pemergian sosok tubuh tersebut begitu menggamit duka, meluluhkan lagi jiwanya yang pernah derita meratapi kehilangan ibunya sebelum itu. Kini, beliau perlu mengharungi dunia ini dengan langkahnya sendiri. Tiada lagi sumber semangat daripada sang ayah. Hari ini, Ustaz Ebit Lew meluahkan perasaan ‘sepinya’ dunia ini […]

(Video) Buaya 4.5 Meter ‘Bersiar-Siar’ Dengan Tenang Di Padang, Pengunjung ‘Resort’ Cuak Ketika Kereta Golf Semakin Hampir
Tular sebuah video rakaman mengenai seekor buaya bersaiz 15 kaki (4.5 meter) yang sedang ‘bersiar-siar’ melintasi padang golf. Menurut Daily Mail, peristiwa tersebut berlaku di tempat peranginan golf Dreams Playa Mujeres di Mexico apabila pengunjung ‘resort‘ terlihat haiwan besar itu. Ia dikatakan sedang tenang ‘berjalan’ melintasi lubang golf di kawasan itu. Sewaktu kejadian, Stacie yang […]
“Pernah Terima Email Sebegini?” Semak Status ‘Parcel’ Dulu, Jangan Mudah Kongsi Maklumat Perbankan Pada Orang Lain
Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police menerusi Facebook menasihati orang ramai agar berwaspada dalam memberikan maklumat akaun perbankan masing-masing. Menerusi perkongsian foto mengenai emel palsu oleh Pos Malaysia itu, pihak Cyber Crime memohon kepada mereka yang menerima emel sedemikian agar menyemak dahulu status bungkusan. Hal ini agar anda tidak menjadi mangsa ‘phishing‘. Oleh itu, sekiranya […]
Bayaran Bulanan i-Citra Akan Terhenti Sekiranya Ada 3 Perkara Ini
Sejak 12 Julai lalu, orang ramai sudahpun boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra melalui akaun KWSP mereka secara atas talian sehingga 30 September akan datang. Menurut kemaskini portal Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat 11 Julai, pembayaran i-Citra akan dibuat bermula Ogos bagi permohonan yang dilakukan pada bulan ini. Bagaimanapun, tiga situasi di bawah akan menghentikan […]
Tiada Kompromi Terhadap Pelaku Kes Dera Kanak-kanak – Ras Adiba
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) — Kerajaan disaran menubuhkan pasukan petugas khas membabitkan agensi penguatkuasa bagi membanteras jenayah penderaan kanak-kanak di negara ini. Selain itu, Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 harus dipinda dengan segera bagi membolehkan pelaku dikenakan hukuman yang lebih berat dan setimpal. Ahli Dewan Negara mewakili Orang Kurang Upaya (OKU) Senator Datuk Ras […]
“Boleh Buatkan Anak Rasa Dihargai..,” Ibu Bapa Boleh Cuba Guna ‘Bebelan Sayang’ Ni Pada Anak, Ganti Ayat Marah
Bukan senang nak jadi ibu bapa yang mampu mendidik anak dengan baik. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Ada hari mood terganggu, terlepas juga kemarahan kepada si anak sekaligus menjejaskan pula emosi mereka. Bila kerap dengar perkataan negatif, pastinya anak-anak akan menjadi sedih dan boleh jauh hati. “Ibu/ayah tak sayang saya lagi dah ke?” Mungkin itu […]
Lelaki Dilapor Maut, Dibaham Ikan Jerung Ketika Turun Ke Laut Dipercayai Untuk Kencing
Seorang lelaki di pantai Brazil yang dilaporkan dalam keadaan mabuk, maut selepas diserang ikan jerung ketika dia menuju ke dalam laut untuk membuang air kecil, lapor Daily Mail. Tangan dan kaki lelaki berusia 51 tahun itu dilaporkan telah digigit oleh ikan tersebut di Pantai Piedade di Jaboatao dos Guararapes pada Sabtu. Setelah dibawa ke pantai, […]
296 Rakyat Malaysia Di Arab Saudi Tunai Haji Tahun Ini – Zulkifli
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) — Seramai 296 rakyat Malaysia di Arab Saudi layak menunaikan haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Tahun lepas hanya lapan orang rakyat Malaysia di negara itu yang dapat menunaikan haji. Beliau berkata Tabung Haji (TH) akan memberikan kursus […]