Berita

Wanita Ditemukan Rentung Dalam Kebakaran Kereta
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) — Seorang wanita ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah kereta di Bandar Baru Selayang, Gombak, di sini, awal pagi ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata mangsa ditemukan di bahagian tempat duduk pemandu selepas pihak bomba menjalankan operasi memadam api ke atas kenderaan itu pada 4.32 pagi tadi. “Pihak bomba menerima pemakluman berhubung kejadian […]
(Video) Hanya Ditemani Deretan Kubur Lain, Suasana Pilu & Sepi Pemakaman Jenazah Pesakit COVID-19 Di Jakarta Utara
Situasi COVID-19 di Indonesia kini berada dalam keadaan yang genting apabila puluhan ribu kes positif telah dicatatkan setiap hari termasuk semalam iaitu dengan 34,379 kes. Tidak cuma itu, kes kematian juga dilaporkan semakin meningkat. Semalam, tular satu video yang memaparkan suasana pilu proses pemakaman jenazah pesakit COVID-19 di Jakarta Utara. Dimakamkan di Tempat Pemakamam Umum […]
Bolehkah Batal Atau Pinda Amaun i-Citra Selepas Buat Permohonan, Ini Jawapan KWSP
Bermula 15 Julai ini, orang ramai boleh membuat permohonan i-Citra yang membenarkan amaun pengeluaran sehingga RM5,000. Bagaimanapun, jumlah pengeluaran adalah tertakluk kepada baki akaun pemohon di mana minimum baki adalah RM150 bagi akaun tersebut. Selain itu, menurut kemaskini KWSP, pemindaan amaun pengeluaran adalah tidak boleh dibuat selepas permohonan dilakukan. Sebaliknya, pemohon boleh membatalkan permohonan setelah […]
(Video) Detik-Detik Cemas Dipercayai Saat Pemberontak Gempur Rumah & Bunuh Presiden Haiti Dirakam CCTV
Hari ini dunia digemparkan dengan tragedi pembunuhan Presiden Haiti, Jovenel Moise yang ditembak mati di kediaman peribadinya. Apa yang mengejutkan, rumahnya yang terletak di Port-au-Prince itu berjaya digempur oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak pasti datang dari mana. Dalam insiden kira-kira pukul 1 pagi itu, Jovenel telah ditembak manakala isterinya tercedera dan dikejarkan ke hospital. […]
Zahid Senaraikan 7 Kegagalan Kerajaan, Ini Jadi Punca UMNO Tidak Teruskan Sokongan
Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi sebentar tadi secara rasminya mengumumkan penarikan semula sokongan parti tersebut terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkuat kuasa serta-merta. Ini berikutan kerana terdapat banyak kegagalan serta kelompongan yang dikatakan beliau berlaku dalam pemerintahan negara di bawah kerajaan pimpinan Muhyiddin ketika ini. BACA: UMNO Sah Tarik Semula Sokongan Terhadap […]

TERKINI: UMNO Tidak Sokong Anwar Sebagai Perdana Menteri
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO putuskan tidak akan sokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri atau jalin kerjasama dengan DAP/PH. Perkara ini juga disebut dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi oleh Presiden UMNO, Dato Sri Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, mesyuarat malam ini juga mempertegaskan pendirian sebagaimana yang telah diputuskan di Perhimpunan Agong UMNO […]

TERKINI: UMNO Sah Tarik Semula Sokongan Terhadap PM Berkuatkasa Serta-Merta
Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara membuat keputusan untuk menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Perdana Menteri, berkuat kuasa serta-merta. Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, ini berikutan segala garis panduan yang dikemukakan parti itu pada 11 Mac 2020 sebagai syarat meneruskan sokongan kepada kerajaan pimpinan Tan Sri […]

Covid: Trend Kemasukan Kes Ke ICU Masih Tinggi, Petugas KKM Alami Lesu Upaya
KUALA LUMPUR, 7 Julai – Trend kemasukan kes COVID-19 ke unit rawatan rapi (ICU) masih berada di tahap tinggi yang menyaksikan penggunaan katil ICU masih melebihi kadar 90 peratus, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata pada masa sama, petugas barisan hadapan (Perubatan dan Kesihatan) mengalami gejala lesu upaya kerana terpaksa […]
Polis Tahan Penganggur Cuba Seludup Rokok Ke Dalam PKRC
SEPANG, 7 Julai – Polis menahan seorang lelaki yang didapati cuba menyeludup masuk 10 kotak rokok ke dalam Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), hujung minggu lepas. Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 2 petang apabila penganggur berumur 33 tahun […]
TERKINI: Presiden Haiti Ditemui Terbunuh, Kediaman Dipecah Masuk Kumpulan Bersenjata
Presiden Haiti, Jovenel Moise, 53, ditemui terbunuh dalam satu serangan di kediaman peribadinya, lapor kenyataan Perdana Menteri sementara, Claude Joseph. Joseph berkata, kediaman presidennya itu yang terletak di Port-au-Prince dilapor telah dipecah masuk oleh sekumpulan lelaki bersenjata pada pukul 1 pagi. Dalam masa sama, selain terbunuh akibat ditembak, isteri Jovenel pula ditemui tercedera dalam serangan […]

TERKINI: PKPD Di Seluruh Daerah Seremban Mulai 9 Hingga 22 Julai – Ismail Sabri
Terkini, kerajaan hari ini telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh daerah Seremban, Negeri Sembilan mulai 9 hingga 22 Julai. Perkara tersebut diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sebentar tadi, ia susulan daripada laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung situasi kes Covid-19 di daerah berkenaan. PKPD daerah Seremban ini terdiri […]
“Jimat Habis Macam Ni”, Lelaki Kongsi Cara Jimat Tenaga Masa Kat Rumah Time PKP Ni
Sedar tak sedar, dah makin lama kita semua rakyat Malaysia ni duduk kat rumah. Kerja dari rumah, belajar dari rumah, mengajar dari rumah. Senang cerita semua la dari rumah. Kalau tak betul-betul jaga, penggunaan elektrik boleh meningkat ni sebab pakai banyak peralatan elektrik. Sebenarnya ada je cara nak jimat. Sama macam perkongsian sorang lelaki ni […]

Bekas Pelajar Universiti Malaya, Ini Kisah Perjalanan Karier Timbalan Perdana Menteri Malaysia
KUALA LUMPUR, 7 Julai – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah seorang tokoh berpengalaman luas dalam politik dan pentadbiran kerajaan, dengan pernah menjawat beberapa jawatan Menteri termasuk sebagai Menteri Kanan. Beliau hari ini dilantik untuk menduduki kerusi nombor dua pentadbiran kerajaan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selain […]
“InsyaAllah Saya Akan Galas Tanggungjawab Ini Sebaiknya..” – Hishammuddin
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menzahirkan rasa terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikannya selaku Menteri Kanan Luar Negeri. Menerusi satu kenyataan di Facebook rasminya, Hishammuddin mengumumkan akan mengetuai Kluster Keselamatan selain membantu Muhyiddin dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara. “Saya sedar dan saya insaf, dalam berdepan pandemik COVID-19, tanggungjawab […]

TERKINI: Permohonan Kini Dibuka Bagi Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara ‘one-off’ hari ini bagi 47 opsyen. SPP menerusi satu kenyataan memaklumkan, hebahan sudah dibuka dan pemohon boleh melayari laman sesawang https://myspp.spp.gov.my/ untuk membuat permohonan. Difahamkan, permohonan boleh dibuat sepanjang tempoh bermula 7 Julai hari ini sehingga 21 Julai nanti sebelum pukul […]

Ini Antara Senarai Jenis Ular Yang Suka Masuk Dalam Rumah, No. 1 & 2 Paling Berbahaya
Haiwan ini sememangnya menjadi mimpi ngeri sesetengah manusia. Tambah-tambah lagi, fenomena ular masuk ke dalam rumah bukanlah sesuatu perkara yang biasa. Lebih-lebih lagi sekarang musim panas dan hujan yang tidak menentu. Kalau ada yang nampak ‘confirm’ cabut lari. Mungkin ada yang terpaksa memanggil anggota Bomba dan JPAM untuk menangkapnya. Jadi, sebelum itu korang harus dan […]
TERKINI: Ismail Sabri Dilantik Sebagai Timbalan Perdana Menteri – Pejabat PM
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melantik Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan. Perkara itu diumumkan menerusi Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri bertarikh 7 Julai yang dikongsikan oleh Perdana Menteri di laman Facebook miliknya. Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal […]
Dunia Perlu Pendekatan Baharu Tangani COVID-19 – Hishammuddin
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) — Dunia memerlukan pendekatan baharu dalam menangani COVID-19 susulan kemunculan varian-varian baharu yang menyebabkan peningkatan kes di seluruh dunia, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Melalui hantaran di laman Facebook rasminya, beliau berkata perkara itu disampaikannya semasa Mesyuarat Khas Menteri-menteri Luar ASEAN-Rusia yang diadakan secara maya petang hari […]
Selepas Phuket, Thailand Rancang Buka Tiga Lagi Pulau Peranginan Pada 15 Julai
BANGKOK, 7 Julai (Bernama) — Tiga pulau peranginan di Surat Thani, selatan Thailand – Koh Samui, Koh Phangan dan Koh Tao – kini sibuk membuat persiapan untuk menyambut pelancong asing yang lengkap divaksin bermula 15 Julai, dalam usaha menghidupkan kembali industri pelancongan yang terjejas teruk. Seminggu selepas pelancaran “Phuket Sandbox” pada 1 Julai, Thailand kini beralih tumpuan kepada inisiatif […]
Sekiranya Anda Dijangkiti COVID-19 Selepas Dos Pertama, Anda Masih Perlu Menerima Dos Kedua Vaksin – KKM
Individu yang dijangkiti COVID-19 selepas dos pertama masih perlu menerima dos kedua vaksin, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi perkongsian di Facebook. Walau bagaimanapun, aktiviti itu akan dilakukan setelah individu terbabit telah sembuh daripada jangkitan COVID-19 selepas terima vaksinasi dos pertama. Menurut infografik yang bersumberkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) itu, vaksinasi akan […]