Berita
(Video) “Kami Cuba Berikan Terbaik,” Tular Aksi ‘Frontliner’ Menari Lengkap Dengan PPE Untuk Ceriakan Penduduk Di Kawasan PKPD
Umum telah mengetahui bahawa negara kini sedang dilanda dengan wabak pandemik COVID-19. Kesan daripada itu, kerajaan telah mengarahkan semua orang yang tiada urusan penting di luar untuk kekal berada di rumah. Kalau nak kekal berada di rumah untuk tempoh yang panjang siapa sahaja yang tak stress bukan? Lagi-lagi bagi kawasan yang dikenakan PKPD seperti di […]

COVID-19: 19 Kluster Baharu Dilaporkan Hari Ini, 16 Daripadanya Adalah Kluster Tempat Kerja
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 19 kluster baharu COVID-19 yang telah dilaporkan pada hari ini. Menerusi ciapan yang dikongsikan di akaun Twitter rasmi KKM, 16 daripada 19 kluster yang dilaporkan pada hari ini adalah kluster tempat kerja. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti infografik yang dikongsikan oleh KKM seperti berikut: 19 kluster baharu […]
Hikmah Gantung Bendera Putih, Lima Sekeluarga Berpindah Ke Rumah Lebih Selesa
MELAKA, 3 Julai (Bernama) — Hikmah di sebalik mengantung bendera putih berikutan keadaan yang mendesak, akhirnya memberi sinar baharu kepada keluarga Syed Sidiq Abudin Syed Abdul Aziz, 42. Dia dan isteri Erala Ismail, 45, bersama tiga anaknya sebelum ini, terpaksa hidup berhimpit kerana hanya mampu menyewa sebuah bilik di Jalan Munshi Abdullah, dengan kadar RM350 […]
Kibar Bendera Putih Atau Tidak, Yang Susah Wajar Dibantu – Zulkifli
PORT DICKSON, 3 Julai (Bernama) — Sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan sama ada bertindak mengibarkan bendera putih atau tidak, wajar dibantu dengan segera. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata walaupun pelbagai pandangan dikemukakan termasuk oleh mufti-mufti, namun kebanyakannya bermatlamat untuk membantu golongan yang terkesan ekoran pendemik […]
Pemasangan Kawat Berduri Di Tangga PPR Kg Air Panas Dipersetujui Bomba
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) — Pemasangan kawat berduri di laluan tangga Blok C Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, di sini, dipersetujui dalam mesyuarat penyelarasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang turut dihadiri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata terdapat laluan lain yang boleh digunakan oleh penduduk bagi tujuan keluar masuk dari bangunan itu sekiranya berlaku sebarang […]
“Kita Semua Sebuah Keluarga…”, Baru Balik Dari Gaza Semalam, Ustaz Ebit Terus Gerakkan Bantuan Barang Dapur Seluruh Malaysia Pula
Nama Ustaz Ebit Lew sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kepada seluruh Malaysia. Kerja-kerja sukarelawan dan bantuan kemanusian yang digerakkannya cukup masyhur di seluruh tanah air. Kadang-kadang, apabila timbul sahaja isu-isu masyarakat terutamanya melibatkan golongan yang tidak bernasib baik, beliau adalah antara individu terawal yang muncul menghulurkan bantuan. Malah, baru-baru ini, beliau bersama pasukannya terbang ke […]
(Video) Hanya Kerana Miliki Wajah Tampan, Segelintir Warganet Mahu Pesalah Ini Diberi Peluang Kedua
Pernah tular di media sosial sebelum ini berkenaan kisah seorang gadis cantik yang didapati bersalah kerana telah membunuh ibu kandungnya dengan cara menikam sebanyak 151 kali. Kisah berkenaan gadis itu hangat dibualkan di media sosial sebelum ini kerana dia memiliki rupa yang agak cantik. Dan pada baru-baru ini, laman TikTok telah hangat dengan kisah yang […]
(Video) Detik-detik Banjir Lumpur Deras Akibat Tanah Runtuh & Hujan Lebat Hanyutkan Berdozen Rumah Di Jepun, 19 Dikhuatiri Hilang
Sekurang-kurangnya 19 orang dilaporkan hilang, dipercayai terperangkap dalam kejadian banjir lumpur akibat tanah runtuh dahsyat berpunca daripada hujan lebat di wilayah Atami, Barat Tokyo, lapor Sky News. Menurut pihak berkuasa pengurusan bencana tempatan, kejadian banjir lumpur berkenaan berlaku awal pagi waktu tempatan. Laporan yang sama juga menyebut bahawa pihak berkuasa tempatan menganggarkan lebih dari sedozen […]
Selepas 15 Tahun Bersama, Aamir Khan & Isteri Umum Bercerai Hari Ini
Pelakon dan pengarah filem India terkenal, Aamir Khan mengumumkan bahawa dia dan isteri, Kiran Rao disahkan bercerai hari ini. Aamir menerusi sidang media berkata, mereka telah lama merancang untuk berpisah sejak dulu lagi dan kini adalah masa yang tepat untuk berbuat demikian. “Sepanjang 15 tahun yang indah, kami bersama-sama saling berkongsi pengalaman hidup, rasa gembira […]

Awas, Hujan Lebat & Ribut Petir Bakal Membadai Kebanyakan Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca hujan lebat dan ribut petir yang dijangka membadai beberapa negeri hingga 7 malam ini. Data terkini yang dikeluarkan adalah pada 4 petang tadi. Berikut di bawah adalah senarai negeri dan kawasan yang terlibat:- Perlis: seluruh negeri Kedah: seluruh negeri Pulau Pinang: seluruh negeri Perak: Kerian, Larut, Matang, Selama, […]

TERKINI: Lima Negeri Beralih Ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara Bermula 5 Julai Ini
Lima negeri akan beralih ke Fasa Dua bagi Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa Isnin (5 Julai). Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negeri tersebut adalah Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Beliau mengumumkan perkara itu pada sidang media bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di sini hari ini. Difahamkan, kesemua […]

PKPD: Semua Kerja Pembinaan Perlu Dihentikan – Menteri Kerja Raya
Semua kerja pembinaan dan yang berkaitan dengannya di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur perlu dihentikan, menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof. Menurut beliau, ini bermakna surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang telah diterima, tidak boleh digunakan […]

TERKINI COVID-19: 6,658 Kes Baharu Dicatatkan Hari Ini, Selangor Cecah Lebih 3 Ribu Kes Harian
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 6,658 kes COVID-19 baharu pada hari ini. Berdasarkan statistik KKM, Selangor kekal mencatat angka harian tertinggi dengan 3,047 kes, diikuti Negeri Sembilan dengan 699 kes dan WP Kuala Lumpur 616 kes. Maklumat mengenai kes sembuh dan kematian baharu akan dimaklumkan kemudian. Berita lanjut menyusul. Kelantan : 89 kesPerak […]

Tinjauan Satelit Dapati Berpuluh Bangunan Dipercayai Sedang Dibina Di Tapak Pangkalan Tentera ‘Misteri’ Milik China
China sebelum ini dilaporkan telah membina sebuah pangkalan tentera ‘rahsia’ di sebuah kawasan padang pasir terpencil di Lop Nur, wilayah Xinjiang, beratus-ratus batu dari bandar terdekat. Tapak berkenaan yang dinamakan sebagai Chinese Area-51 itu pada awalnya merupakan kawasan tasik garam yang telah kering. ‘Penemuan’ tapak pangkalan tentera penuh misteri itu pernah terbongkar dan tersebar di […]

Tongkat Khutbah Tulang Ikan Yu Paus Berusia 126 Tahun Di Masjid Terengganu
KUALA TERENGGANU, 3 Julai (Bernama) — Sesiapa sahaja yang melewati Masjid Losong Haji Mohd yang terletak di pinggir bandar raya Kuala Terengganu pasti tidak menyangka di dalamnya terdapat sebatang tongkat khutbah berusia 126 tahun, dipercayai diperbuat daripada tulang ikan yu paus. Ketua Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan […]
Polis Kuala Kangsar Nafi Dakwaan Kompaun Individu Beri Bantuan
IPOH, 3 Julai (Bernama) — Polis Kuala Kangsar tidak pernah mengeluarkan kompaun kepada orang ramai atas alasan menghantar bantuan, sebagaimana dinyatakan oleh video rakaman panggilan pendengar ke stesen radio tempatan yang ditularkan di media sosial. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata hasil semakan mendapati pihaknya hanya mengeluarkan kompaun terhadap kesalahan-kesalahan berkaitan pelanggaran prosedur […]

(Video) Bagai ‘Lautan Api’, Saluran Paip Minyak Bawah Laut Di Teluk Mexico Pecah & Terbakar
Sebahagian perairan di Teluk Mexico bertukar menjadi ‘lautan api’ apabila saluran paip minyak bawah laut terbakar dan meletup dalam satu kejadian semalam. Menurut kenyataan syarikat pengeluar minyak Petroleus Mexicanos (Pemex), ia berpunca daripada kebocoran gas yang berlaku pada saluran paip bawah laut tersebut. Kebakaran berskala besar itu berlaku kira-kira 150 meter dari pelantar minyak Ku […]
Terinspirasi Usaha Ebit Lew, Cikgu Ni Buat Tuisyen ‘Online’ Percuma, Semua Anak Didik Dapat ‘Straight’ A’s SPM
“Ma, lama lagi ke sekolah nak buka? Bila boleh jumpa kawan-kawan semua? Ma, tak boleh ke kita pergi je sekolah belajar ramai-ramai? Adik bosan kat rumah.” Antara rungutan dan rayuan sesetengah daripada anak-anak kita ketika ini yang mungkin sudah mula ‘muak’ di rumah dan tidak begitu mengerti dengan punca dan kesan wabak yang masih ‘berlegar’ […]
PKPD: Pengangkutan Awam Dibenar Beroperasi Dengan Kapasiti 50 Peratus Penumpang
PUTRAJAYA, 2 Julai (Bernama) — Semua pengangkutan awam iaitu perkhidmatan kereta api, komuter, bas dan feri dibenarkan beroperasi sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sebahagian besar Selangor dan Kuala Lumpur, kata Kementerian Pengangkutan (MOT). Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, bagaimanapun perkhidmatan terbabit hanya dibenarkan membawa penumpang pada kapasiti 50 peratus. Surat kebenaran yang diperoleh […]
Ramai Terpikat Sejak Tonton Su Ve Ates, Kenali Ozcan Deniz, Pelakon Penuh Karisma Yang Kini Jadi Kegilaan Ramai
Watak Hasmet yang dilakonkan oleh Ozcan Deniz di dalam filem romantik Turki, Su Ve Ates kini menarik perhatian ramai terutama golongan wanita yang terpesona melihat karisma lelaki itu. Turut menjadi pengarah filem itu, Ozcan juga merupakan seorang penyanyi, komposer dan penulis lagu yang sangat popular di Turki. Beliau telah menerbitkan 11 album sejak tahun 1992 […]