Berita
Pfizer, Sinovac, AZ Sesuai Untuk Ibu Mengandung – Khairy
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) — Vaksin Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca sesuai diberikan kepada golongan ibu mengandung berdasarkan panduan yang dikemas kini Kementerian Kesihatan (KKM). Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata bagaimanapun Pfizer kekal disyorkan manakala AstraZeneca dan Sinovac kini juga telah diklasifikasikan sebagai bersesuaian. “AstraZeneca tidak lagi dikontraindikasikan kepada kehamilan dan Sinovac […]
TERKINI: 5,803 Kes Positif Baharu COVID-19 Dilaporkan Hari Ini, Selangor Tertinggi Dengan 2,108 Kes
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sehingga 26 Jun 2021, terdapat 5,803 kes positif baharu COVID-19 yang dilaporkan. Menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya, beliau menyatakan bahawa 5,803 kes positif baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 728,462 kes. Sehingga 26 Jun 2021: […]
(Video) “First Time” Tengok, Lelaki Berjaya Rakam ‘Hujung’ Pelangi Depan Rumah
Pelangi sememangnya salah satu daripada fenomena alam yang sangat indah. Ia timbul hasil daripada pembiasan dan pantulan cahaya matahari. Kebiasaannya, kita dapat melihat bentuk pelangi dalam keadaan lingkaran yang separuh sahaja. Disebabkan itu juga, mungkin ramai yang tertanya-tanya dan ingin tahu di manakah hujung ‘kaki’ pelangi tersebut. Ada ke yang pernah tengok hujung pelangi depan-depan […]
(Video) Bukan Saja-saja Letak, Rupanya Setiap Nombor & Perkataan Ini Ada Maksud Tersendiri, Boleh Tahu Tahap ‘Kesihatan’ Tayar
Bila sudah lama duduk di rumah ni, mesti kereta masing-masing terus tersadai dan tidak bergerak kan? Kalau keluar pun hanya untuk beli barang dalam tempoh waktu yang sekejap saja. Pun begitu, ia tidak boleh menjadi alasan untuk korang tidak menjaga dan menyelenggara kereta tersebut. Pelbagai masalah yang boleh berlaku jika kereta sudah lama tidak digunakan. […]
(Video) Baru Pulih Kecederaan Panjang, Marc Marquez Terlibat Kemalangan Lagi, Melambung Tinggi Ke Udara & Terhempas Atas Litar Semalam
Juara dunia MotoGP enam kali, Marc Marquez tercampak dari jenteranya dalam satu kemalangan di peringkat awal sesi latihan bebas di litar Assen, Belanda semalam. Menurut portal motorsport.com, Marquez bernasib baik kerana dilaporkan tidak mengalami kecederaan yang serius susulan daripada insiden tersebut. Pelumba Honda itu menggesa supaya pasukannya mencari solusi dan memperbetulkan masalah yang membabitkan elektronik […]
Kek Dekorasi Sendiri, Aktiviti Baharu Eratkan Hubungan Ibu Bapa Dan Anak
KUANTAN, 26 Jun (Bernama) — Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyaksikan masa dihabiskan di rumah, menuntut ibu bapa, khususnya yang mempunyai anak-anak masih kecil, menjadi kreatif bagi memastikan anak mereka tidak bosan. Kek dekorasi sendiri atau kek DIY antara yang menjadi trend di sini, kerana selain harga berpatutan, si anak dapat menghias kek mengikut […]
1 Maut Ditembak Ketika Sertai Pertandingan Bola Sepak Di Marseille, Perancis
PARIS, 26 Jun (Bernama) — Seorang lelaki terbunuh manakala seorang lagi cedera parah akibat ditembak ketika menyertai kejohanan bola sepak di bandar Marseille, selatan Perancis pada Jumaat, lapor Agensi Berita Xinhua. Mangsa merupakan pemain pasukan bola sepak tempatan yang mengambil bahagian dalam kejohanan peringkat daerah, membabitkan anggota polis kehakiman, memetik akhbar harian La Provence. Sumber: […]
Keputusan Peperiksaan STPM 2020 Akan Diumumkan Pada 1 Julai Ini
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2020 akan diumumkan pada 1 Julai 2021 (Khamis) mulai jam 12 tengah hari. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi. Menurut kenyataan itu, calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing melalui semakan keputusan penuh (slip keputusan) secara dalam talian melalui pautan […]
Sembunyi Dalam Kotak Ikan, Longkang Elak Ditahan Imigresen
SERDANG, 26 Jun (Bernama) — Cubaan sekumpulan warga asing menggunakan pelbagai taktik untuk mengelak daripada dicekup Jabatan Imigresen (JIM) termasuk bersembunyi di dalam kotak ikan dan longkang, tidak berhasil setelah mereka ditahan dalam operasi yang dilakukan di Pasar Borong Selangor, awal pagi tadi. Dalam serbuan bermula pukul 1 pagi itu, seramai 72 warga asing membabitkan 39 pemegang kad […]

Polis Yang Didakwa Bunuh George Floyd Didapati Bersalah, Bakal Meringkuk 22 Tahun Dalam Penjara
Polis yang telah didapati bersalah membunuh George Floyd pada Mei tahun lalu dilaporkan telah dijatuhkan hukuman penjara selama 22 tahun setengah. Menerusi perbicaraan yang diadakan pada Jumaat, juri mendapati bahawa Derek Chauvin melakukan kesalahan pembunuhan tahap kedua dan ketiga, lapor Reuters. Hukuman ke atas Chauvin adalah yang tempoh yang terpanjang dikenakan kepada bekas pegawai polis […]
Jadi Pencetus Kluster Terbanyak, Thailand Tutup Operasi Ratusan Tapak Pembinaan Sebulan
Thailand dilaporkan akan menutup ratusan tapak pembinaan dan melarang pekerja meninggalkan kem yang menjadi tempat tinggal mereka selama sebulan, kata Perdana Menterinya pada Jumaat, sebagai langkah untuk membendung penularan wabak COVID-19 yang terburuk di negara itu setakat ini. Arahan tersebut dikuatkuasakan selepas kluster baru dikesan di 575 tapak pembinaan di Bangkok yang menempatkan sekitar 81,000 […]
Sayu, 3 Lelaki Terpaksa Memancing Ikan Di Sungai Sebab Tak Ada Duit Nak Makan
Ketika waktu pandemik COVID-19 ini, tidak dinafikan begitu ramai orang terkesan ‘poketnya’. Sebilangan besar kehilangan pekerjaan sehingga terpaksa memerah kudrat mencari rezeki dari sumber-sumber lain. Antaranya seperti kes yang berlaku baru-baru ini melibatkan seorang individu yang nekad terjun bangunan sehingga meninggal dunia akibat kemurungan kerana perniagaan yang diusahakannya tidak berjaya. Ianya mengejutkan ramai, entah siapa […]
Dua Lelaki Lemas Dihanyut Arus Longkang
JOHOR BAHRU, 25 Jun (Bernama) — Dua lelaki ditemukan lemas dipercayai dihanyutkan oleh arus deras selepas terjatuh ke dalam sebuah longkang berhampiran Masjid Taman Cendana, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata menurut saksi kejadian pada 4.14 petang itu, terdapat dua individu terjatuh ke dalam longkang sedalam dua […]

Majlis Akad Nikah Di Selangor Dibenar Mulai 1 Julai – JAIS
SHAH ALAM, 25 Jun (Bernama) — Pelaksanaan majlis akad nikah di Selangor dibenarkan mulai 1 Julai, kata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). JAIS menerusi hantaran di Facebook @Jabatan Agama Islam Selangor hari ini berkata majlis akad nikah perlu dilakukan dengan kehadiran fizikal pasangan di pejabat JAIS serta Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) sahaja. Menurutnya pasangan yang dibenarkan melangsungkan […]

Parlimen: Agong Bertindak Ikut Nasihat Jemaah Menteri – Peguam Negara
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) — Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun hari ini berkata kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil Parlimen bersidang hendaklah mengikut nasihat Jemaah Menteri berdasarkan Perkara 40 (1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan. Idrus berkata Perkara 40(1) dan (1A) memperuntukkan antara lain, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima serta bertindak mengikut nasihat Jemaah […]
13 Jemaah Dikompaun Langgar SOP Solat Jumaat Di Kuala Kedah
ALOR SETAR, 25 Jun (Bernama) — Seramai 13 individu yang menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Kuala Kedah dekat sini hari ini dikompaun keseluruhan berjumlah RM19,500 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata bertindak atas maklumat awam, tiga pasukan pemantauan Op […]
UK Haramkan Tayangan Iklan Makanan Segera Di Kaca TV Selepas Jam 9 Malam
Iklan makanan segera di United Kingdom (UK) dilapor akan diharamkan siarannya di kaca televisyen selepas jam 9 malam. Menteri kesihatan awam, Jo Churcill berkata, itu adalah usaha pihak kerajaan untuk menangani masalah obesiti dan menyeru pengamalan gaya hidup lebih sihat. “Isi kandungan iklan (makanan segera) yang ditayang akan memberi kesan kepada pemilihan pemakanan dan tabiat […]
Kini Semua Vaksin COVID-19 Di Malaysia Sesuai Untuk Ibu Mengandung & Menyusu
Semua jenis vaksin COVID-19 yang digunakan di negara ini kini sesuai diberikan kepada golongan ibu mengandung dan menyusu. Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) mengemas kini panduan terkini mengenai pengambilan vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac bagi golongan tersebut di laman Twitter hari ini. Bagi golongan ibu hamil, mereka sesuai menerima ketiga-tiga vaksin tersebut ketika […]
Awas, Hujan Lebat & Ribut Petir Dijangka Membadai Beberapa Negeri Hingga 7 Malam Ini
Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir yang dijangka melanda beberapa negeri sehingga 7 malam ini. Data terkini yang dikeluarkan adalah pada 5 petang ini. Berikut di bawah adalah negeri dan kawasan yang terlibat:- Kedah: Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim & Bandar Baharu Perak: Larut, Matang, Selama, Hulu […]
Kecewa Bekas Isteri Dah Ada Pengganti, Lelaki Dilapor Bunuh & Campak Anak Dalam Laut
Seorang lelaki di Sepanyol kini menjadi buruan polis setelah didakwa membunuh dan mencampakkan mayat anak perempuannya ke dalam laut. Menurut New York Post, Tomas Gimeno dilaporkan bertindak sedemikian setelah berang melihat bekas isterinya yang seakan-akan telah move on dari perhubungan mereka. Mayat anak perempuannya, Olivia, 6, yang dibungkus di dalam beg telah ditemui oleh robot […]