Berita
(Video) Misteri ‘Rangka Ular Gergasi’ Terakam Google Earth, Rupanya Memang Wujud & Ini ‘Asal Usulnya’
Pelbagai misteri telah ‘dibongkarkan’ melalui aplikasi Google Earth daripada lokasi jenayah sehinggalah tempat seram yang ditinggalkan seperti di Pripyat, Chernobyl. Dengan teknologi itu, pengguna boleh ‘mengembara’ di seluruh dunia hanya menggunakan peranti di hujung jari. Malah, hampir setiap ceruk terpencil pun boleh diterokai jika lokasi itu pernah dikunjungi kenderaan Google Earth. Salah satu misteri yang […]
Pemandu Lori Bawa 48 Pekerja Positif COVID-19 Disaman, Majikan Disiasat
SUNGAI PETANI, 13 Jun (Bernama) — Polis mengenakan saman serta-merta terhadap seorang pemandu lori selepas didapati membawa sekumpulan pekerja asing yang didapati positif COVID-19 secara terbuka di sekitar bandar ini seperti tular di media sosial petang tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata sebaik menerima maklumat mengenai kejadian itu pada kira-kira […]

Lelaki Melecur Dalam Insiden Kebocoran Gas Oksigen Di HKL
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) — Seorang pemandu lori melecur di sebelah tangan kiri dalam insiden kebocoran gas oksigen di Blok Kejuruteraan, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini petang tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata insiden berlaku pada kira-kira 6 petang dan seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan […]

“Ya Allah Kau Kuatkan Aku..,” Siti Jamumall & Bayi Dimasukkan Ke Wad, Netizen Pakat Doa Agar Cepat Sembuh
Sejak semalam, nama Siti Suriani atau Siti Jamumall menjadi perhatian ramai apabila anak wanita itu dilaporkan tertukar di hospital dengan bayi milik seorang wanita lain. Kekecohan itu selesai apabila kedua-dua mereka akhirnya dipertemukan semula dengan anak masing-masing selepas Siti menghubungi pihak hospital setelah mendapati maklumat pada tag kaki bayi diberikan kepadanya berbeza dengan maklumat sebenar. […]

(Video) 9 Bulan ‘Jaga’ Anak Orang Lain, Kisah Pasangan Diberi Bayi Yang Salah Di Hospital, Naluri Ibu ‘Bongkar’ Segalanya
Selama ini mungkin kita menyangka, kes tertukar bayi ini hanya dalam filem dan drama sahaja. Namun, kejadian terbaru sebelum ini membuktikan ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja di luar sana. Sepertimana yang berlaku kepada sepasang suami isteri di El Salvador yang tertukar bayi mereka pada tahun 2015 yang lalu. Lebih mengejutkan, bayi mereka telahpun tertukar […]
(Video)”Last Lap Potong Sampai Jadi Juara,” Detik Pelumba Negara Muncul Juara Moto3 Junior World Championship
Satu lagi lakaran sejarah telah terukir apabila pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman atau dikenali sebagai Damok muncul Juara Moto3 Junior World Championship di Barcelona petang tadi. Lebih membanggakan, lagu Negaraku turut berkumandang di bumi Sepanyol ketika Damok dinobatkan sebagai juara Moto3 di Catalunya Barcelona. Menerusi video yang dikongsikan oleh Team Malaysia di laman Twitter, detik […]

“Saya Jamin Makanan Ini Selamat,” Kenali ‘Pagpag’, Hidangan Sisa Makanan Dari Tong Sampah Dibersihkan Dan Dimasak Semula
Setiap negara mempunyai makanan tersendiri yang diolah mengikut gaya hidup masyarakat masing-masing. Jika di Malaysia, sebahagian kita terbiasa menjadikan lebihan nasi dan lauk semalam sebagai menu sarapan, nasi goreng. Ia adalah salah satu cara penjimatan yang diamalkan zaman berzaman. Di Filipina pula, cara mereka sedikit berbeza. Keadaannya agak ekstrem di mana sebahagian masyarakat miskin di […]

(Video) Lupa Tarikh Luput Telur? Ini Cara Mudah Nak ‘Check’ Tahap Kesegaran Telur Sebelum Dimasak
Telur yang rosak boleh menyebabkan keracunan, malah mungkin menyebabkan kematian. Oleh itu, sebaiknya, kita digalakkan untuk memeriksa kesegaran telur selain memastikan ia masak sepenuhnya bagi membunuh kuman yang mungkin telah mencemari telur berkenaan. Tapi, macam mana nak tahu jika sebiji telur itu telah dimasuki kuman? Apatah lagi jika bekas telur telahpun dibuang dan tarikh luputnya […]
TERKINI: Tempoh Rayuan Bagi Permohonan BPR Akan Dibuka Mulai 15-30 Jun 2021, Ini Tarikh Bayaran Dan Jumlah BPR 2021
Individu yang ingin membuat rayuan bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) boleh berbuat demikian bermula 15 sehingga 30 Jun ini. Menurut kemaskini Kementerian Kewangan, pemohon boleh mengemukakan rayuan dan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman rasmi BPR LHDNM atau menghantar borang rayuan […]

Kerajaan Nilai Semula SOP Jika Kes Covid Turun Bawah 4,000 – Ismail Sabri
JOHOR BAHRU, 13 Jun – Kerajaan akan menilai semula pelaksanaan ketat prosedur operasi standard (SOP) sekatan penuh pergerakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuat kuasa sejak 1 Jun lepas, jika jumlah jangkitan harian COVID-19 turun bawah 4,000, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Bagaimanapun katanya itu tidak bermakna […]

TERKINI: 5,304 Kes Baharu Positif Covid-19 Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa hari ini terdapat lagi 5,304 kes baharu dilaporkan di Malaysia. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah 657, 508 kes. Daripada jumlah tersebut, negeri Selangor masih mencatat kes tertinggi hari ini iaitu dengan 1,973 kes. Selain itu, Sarawak juga mencatat kes tinggi iaitu 544 kes diikuti dengan Kuala Lumpur iaitu […]
“Saya Dimalukan Di Seluruh Malaysia..,” Tajuddin Bercadang Akan Ambil Tindakan Kepada Pihak Yang Memalukannya
Memetik daripada laporan berita Sinar Harian, bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Tajuddin Abdul Rahman bercadang untuk mengambil tindakan kepada pihak yang telah memalukan dan menjatuhkan reputasinya susulan daripada insiden melibatkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) Mei lalu. Katanya, laporan-laporan yang dibuat daripada insiden tersebut terutamanya di portal berita telah mencalarkan […]

Kenali Hypertrophic Cardiomyopathy, Antara Masalah Jantung Yang Boleh Terjadi Kepada Individu Walaupun Aktif Bersukan
Pernah tak dengar tentang kes lelaki muda rebah di gelanggang futsal dan bola sepak ketika sedang bermain dan meninggal dunia akibat masalah jantung? Ya, kes ini bukan kali pertama berlaku di Malaysia malah di dunia. Bahkan ia menjadi satu mimpi ngeri buat pemuda yang aktif bersukan kerana ia sekaligus meleyapkan mitos bahawa masalah jantung hanya […]

Walau Hanya Sehelai Daun, Cara Pejabat Pos Jepun Hantar Daun Ni Ke Rumah Dengan Cermat Amat Mengagumkan
Rasanya semua sudah maklum, Jepun merupakan antara negara yang sangat ‘kemas’ serba-serbi, teratur dan berdisiplin rakyatnya. Salah satu rutin yang harus dipuji adalah sektor perkhidmatan kurier dan penghantaran barang yang sudah tentu menjalankan tugas dengan amanah. Inilah yang dialami sendiri oleh penyelidik di Fakulti Pengajian Informasi dan Alam Sekitar Universiti Keio, Hajime Ishikawa baru-baru ini. […]
Polis Siasat Kutipan Derma Ikat Jamin Penghantar Makanan Pukul Pelanggan
KUALA LUMPUR, 13 Jun – Polis sedang mengesan pemilik akaun Facebook ‘Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam’ yang disyaki melancarkan tabung kutipan derma kononnya untuk membayar jaminan lima penghantar makanan yang ditahan, selepas dipercayai bergaduh dengan pelanggan di Sungai Way, Petaling Jaya, Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata antara lain, penganjur kutipan wang menggunakan nama ‘Tabung Kilat Ikat Jamin […]
Tindakan Pantas Boleh Bantu Selamatkan Nyawa, Ini Cara Yang Betul Buat CPR Penting Untuk Anda Belajar
Malam tadi kita digemparkan dengan satu kejadian di mana salah seorang pemain bola sepak Denmark rebah ketika bermain dan kapten pasukan tersebut telah memberi bantuan pernafasan segera sementara menunggu pasukan paramedik datang. Walaupun kita tidak pernah mengalami kejadian seperti ini tetapi sekurang-kurangnya kita perlu tahu asas pertolongan cemas Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR) dengan kaedah penggunaan Automated […]

Boleh Main Dengan Anak-Anak, Ini 144 Teka-Teki Orang Dulu-Dulu Siap Dengan Jawapan
Masyarakat zaman kini sangat bertuah kerana negara ini dipenuhi dengan pelbagai elemen sastera seperti puisi, sajak serta teka-teki. Ia bukan hanya terhad untuk orang Melayu sahaja bahkan dalam masyarakat Cina dan India juga terselit elemen ini. Tidak dinafikan, pada zaman kecil dahulu, teka-teki sering digunapakai untuk mengisi masa lapang bersama keluarga dan rakan-rakan. Namun, sekarang […]
Pelitup Muka ‘Cabaran’ Guru Bantu Pelajar Masalah Pendengaran
KUANTAN, 13 Jun – Mengajar seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 berkeperluan khas yang mengalami masalah pendengaran tatkala pemakaian pelitup muka diwajibkan bagi membendung penularan wabak COVID-19, sememangnya suatu cabaran dan pengalaman berharga buat seorang guru Zainurah Muhamad. Pelajarnya Hanees Daliela Hasbullah, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajjah Kalsom di sini, mengalami masalah […]

Simon Kjær Diangkat Sebagai ‘Wira’, Beri Rawatan Kecemasan Segera Dan Tenangkan Isteri Eriksen
Kapten pasukan Kebangsaan Denmark, Simon Kjaer menjadi ‘penyelamat’ dalam satu perlawanan pembukaan Kumpulan B EURO 2020 malam tadi. Menurut laporan, pada minit pertama perlawanan, kelihatan Kjaer bertungkus lumus melakukan rawatan kecemasan kepada salah seorang rakan sepasukannya Chritian Eriksen yang tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri semasa perlawanan. Sejurus paramedik datang menolong dan memberi bantuan, kelihatan […]
(Video) Seram, Kelibat Seakan ‘Makcik Tua’ Melintas Jalan Terakam Dalam ‘Dashcam’
Korang pernah tak berdepan situasi ‘meremang bulu roma’ apabila sedang memandu di jalan yang sunyi pada waktu tengah malam? Atau bahasa mudahnya, kena ‘kacau’? Antara pengalaman seram yang pernah berlaku dalam masyarakat kita adalah ada ‘benda’ yang mengikut di belakang kenderaan, ada ‘peneman’ di sebelah, kereta tiba-tiba rasa berat dan macam-macam lagi. Tapi ada juga […]