Berita

Isu Vaksin – Polis Akan Rekod Keterangan Ketua Menteri P.Pinang
GEORGE TOWN, 24 Mei (Bernama) — Polis tidak menolak kemungkinan untuk merekodkan keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow bagi membantu siasatan berhubung individu kononnya menawarkan sumbangan vaksin COVID-19 keluaran Sinovac untuk Pulau Pinang. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata setakat ini tujuh individu termasuk lelaki yang menulis surat untuk menawarkan […]

13,036 Individu Terima Bantuan Khas Covid-19 Sebanyak RM100 Sehari – NADMA
PUTRAJAYA, 24 Mei (Bernama) — Seramai 13,036 individu yang hilang pendapatan kerana menjalani kuarantin COVID-19 telah menerima Bantuan Khas COVID-19 sebanyak RM100 sehari, membabitkan peruntukan RM17.693 juta, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma). Jumlah itu adalah daripada 27,919 permohonan yang diterima Nadma sehingga hari ini bagi Bantuan Khas RM100 sehari sehingga maksimum 14 hari tersebut. Agensi di bawah Jabatan […]

Kulit Tembikai Jangan Buang, Wanita Ini Ajar Buat Kulit Tembikai Tumis Udang Yang Korang Tak Pernah Cuba
Bila disebut sahaja tembikai, pasti dah terbayang keenakkannya isinya yang merah. Minum pula air tembikai sejuk pada cuaca panas, memang nikmat! Tetapi setelah dimakan, kulit tembikai jangan pula dibuang, sebab boleh dijadikan hidangan sayur yang lazat. Seperti perkongsian oleh Puan Emma Mikhail di Group Facebook MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL yang berkongsi resipi […]

‘Uninstall’ Dan Muat Turun Semula MySejahtera Jika Hadapi Masalah Akses Laman Vaksinasi
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara. Aplikasi ini membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri, pada masa yang sama membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat secara cepat dan berkesan. Pengguna juga boleh mendaftar, mengemaskini dan memantau status vaksinasi masing-masing melalui laman yang tersedia […]

(Video) Gelagat Penguin Lompat Ke Atas Bot Pelancong Di Antartika Buat Ramai Teruja
Seekor penguin chinstrap telah melompat ke atas kapal tiup pelancong kutub di Laut Ross Antartika telah menarik perhatian warganet. Berdasarkan rakaman video yang dimuat naik di Instagram, pemandu kapal itu mematikan enjin kapal untuk membolehkan penguin bayi itu masuk ke dalam kapal dan bersenang-lenang dengan penumpang yang lain. Menurut sumber, ada penumpang yang cuba menyentuh penguin […]
MySejahtera Pantau Had Dua Jam Pelanggan Di Premis Peruncitan
PUTRAJAYA, 24 Mei (Bernama) — Had masa maksimum dua jam bagi pelanggan di premis peruncitan akan dipantau menerusi aplikasi MySejahtera apabila mereka mendaftar masuk ke premis, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Katanya aplikasi MySejahtera akan menunjukkan rekod masa masuk secara tepat dan ia akan memudahkan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) […]
Wanita 45 Tahun Kematian Terbaharu Rabies Di Sarawak
KUCHING, 24 Mei – Satu lagi kes kematian akibat jangkitan rabies di Sarawak direkodkan di daerah Selangau dekat Sibu yang terletak di bahagian tengah negeri ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini. Menurutnya, mangsa merupakan wanita berusia 45 tahun telah digigit oleh anjing peliharaannya pada tangan kiri semasa meleraikan pergaduhan antara anjing miliknya […]

Waspada, Amaran Ribut Petir Di Enam Buah Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa buah negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 8 malam ini. Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 4.25 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Berikut adalah antara kawasan yang dijangka dilanda ribut petir sehingga pukul 8 […]
Kapasiti Katil ICU COVID-19 Hospital Melaka Di Ambang Amaran
MELAKA, 24 Mei (Bernama) — Kadar penggunaan katil unit rawatan rapi atau ICU COVID-19 di Hospital Melaka menghampiri ambang amaran selepas 51 daripada 72 katil yang diperuntukkan untuk pesakit COVID-19 di hospital berkenaan telah diisi setakat semalam. EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata keadaan tersebut memaksa katil tambahan ICU ditempatkan di wad […]
10,000 Pendaftar Di Kelantan Tidak Hadir Janji Temu Suntikan Vaksin – Exco
KOTA BHARU, 24 Mei (Bernama) — Seramai 10,000 individu yang sudah mendaftar bagi fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat Kelantan tidak menghadiri janji temu yang ditetapkan untuk menerima suntikan vaksin, setakat semalam. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata perkara ini amat mendukacitakan pelbagai pihak terutamanya Jabatan Kesihatan Negeri […]

“Kami Hanya Menumpangkan Beliau.., Jarak Sekitar 50 Meter,” Neelofa Jawab Isu Dakwaan Empat Orang Dalam Satu Kereta
Selebriti, Neelofa tampil menjelaskan dakwaan dirinya menaiki kenderaan melebihi had penumpang dibenarkan mengikut SOP Perintah Kawalan Pergerakan terkini. Jelasnya, beliau dan suami hanya menumpangkan peguam mereka ketika menghadiri sesi memberi keterangan berhubung dakwaan tidak memakai pelitup muka di IPD Seremban hari ini. “Kami hanya menumpangkan beliau daripada balai polis ke mahkamah bersebelahan dengan jarak sekitar […]
Selangor Pertimbang Ujian Saringan COVID-19 Dari Rumah Ke Rumah – MB
SHAH ALAM, 24 Mei (Bernama) — Kerajaan negeri Selangor akan mempertimbangkan cadangan pelaksanaan ujian saringan COVID-19 dari rumah ke rumah, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari. Beliau berkata bagaimanapun perkara itu bergantung kepada jumlah anggota sukarelawan kerana ia memerlukan jumlah pasukan yang ramai. “Jika mahu lakukan ujian dari rumah ke rumah kita memerlukan pasukan […]
Adakah Wajib Solat Taubat Jika Tidak Hadir Solat Jumaat Sebanyak 3 Kali Kerana Mematuhi SOP? Ini Penjelasan Mufti WP
Wabak COVID-19 yang melanda dunia pada hari ini telah menyebabkan pelbagai sekatan terpaksa dilakukan untuk memastikan rantaian virus ini dapat diputuskan. Kesannya turut meliputi aktiviti di masjid dan surau termasuklah ibadah berjemaah. Seperti solat Jumaat, timbul persoalan adakah perlu menunaikan solat taubat sekiranya tidak hadir berjemaah kerana patuh SOP yang telah ditetapkan. Justeru daripada itu, […]
Kapasiti Katil ICU COVID-19 Hospital Melaka Di Ambang Amaran
MELAKA, 24 Mei (Bernama) — Kadar penggunaan katil unit rawatan rapi atau ICU COVID-19 di Hospital Melaka menghampiri ambang amaran selepas 51 daripada 72 katil yang diperuntukkan untuk pesakit COVID-19 di hospital berkenaan telah diisi setakat semalam. EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata keadaan tersebut memaksa katil tambahan ICU ditempatkan di wad biasa memandangkan secara keseluruhan terdapat 145 pesakit termasuk pesakit biasa […]

“Kerap Sangat Minggu Ni Munculkan Diri,” Kelibat Putih Misteri ‘Bertenggek’ Atas Lori Bikin Seram
Bagi mereka yang bekerja sebagai pemandu lori atau pengawal keselamatan, mungkin banyak pengalaman bertemu dengan makhluk misteri kerana lumrah jadual kerja pada awal pagi atau malam. Hal yang serupa juga berlaku kepada sekumpulan petugas pembersihan dipercayai di Kedah yang mengutip sampah di kawasan perumahan pada awal pagi 22 Mei lalu. Kongsi salah seorang daripada mereka, […]
TERKINI: 6,509 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini, Selangor Masih Lagi Catat Kes Baharu Lebih 2,000
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 6,509 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menurut perkongsian di akaun Facebook rasminya, negeri Selangor sekali lagi mencatatkan kes COVID-19 baharu yang paling tinggi pada hari ini iaitu sebanyak 2,049 kes. Sarawak pula dalah negeri kedua tertinggi dengan 530 kes […]
‘Dine-in’ Dalam Kenderaan Tidak Dibenarkan, Tiada SOP Mengenainya Dibuat
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, menegaskan bahawa ‘dine-in’ dalam kenderaan tidak dibenarkan. Menerusi perkongsian di Facebook rasmi Bernama, beliau menyatakan bahawa SOP berkenaan ‘dine-in’ dalam kereta itu tidak pernah dibuat. Dalam kenyataan yang sama, beliau juga turut memaklumkan bahawa had masa 2 jam di dalam premis peruncitan […]
Fenomena Gerhana Bulan Penuh Pada 26 Mei Ini, Bulan Berada Di Kedudukan Paling Hampir Dengan Bumi
Fenomena gerhana bulan penuh dikatakan akan berlaku pada 26 Mei 2021 bersamaan 14 Syawal 1442H di seluruh Malaysia, ciap Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di laman Twitter. Orang ramai berpeluang untuk menyaksikan fenomena ini dan semestinya ingin tahu serba sedikit mengenai fenomena gerhana bulan penuh ini. Jadi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada berkongsikan nota ringkas berkenaan […]

“Ni Betul Tanah Kubur?” Jumpa Bungkusan Putih Dalam Dompet, Gadis Dakwa Diri ‘Dikawal’, Tiba-tiba Jadi Taat Pada Kekasih
Mengesyaki dirinya telah diguna-guna, seorang wanita mendakwa telah menemui sebungkus tanah di dalam salah satu ruangan dompetnya, lapor Hits.suara.com. Menurut portal itu, tanah di dalam bungkusan berkenaan dipercayai diambil dari kubur yang dibalut di dalam cebisan kain kafan. Musykil dengan kandungan bungkusan tersebut, wanita berkenaan telah bertanya di media sosial bagi mendapatkan jawapan. “Nak tanya, […]

Selebriti Neelofa Selesai Beri Keterangan Berhubung Dakwaan Langgar SOP Tidak Pakai Pelitup Muka
Baru-baru ini, selebriti Neelofa telah dikenakan siasatan oleh polis berikutan dakwaan dirinya yang didakwa mengenakan hijab tanpa memakai pelitup muka. Kejadian tersebut berlaku ketika Neelofa dan suami yang hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban bagi memberi keterangan pada 20 Mei lepas, lapor Bernama TV. Berikutan itu, berdasarkan perkembangan terkini, Neelofa dikatakan telah selesai memberi keterangan berhubung […]