Berita

TERKINI: 2,500 Kes Baharu Positif Dengan Selangor Catat 637 Kes
Sebanyak 2,500 kes kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 417,512 kes setakat Isnin (3 Mei 2021), jam 12 tengahari. Menurut perkongsian terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tujuh (7) negeri kekal mencatatkan kes tiga angka iaitu Selangor tertinggi dengan 637 kes, Kelantan 401 kes, Sarawak 356 […]
Polis Akan Panggil Neelofa Dan Suami Selepas Video Di Premis Perniagaan Di Nilai 3 Tular
SEREMBAN, 3 Mei – Selebriti Neelofa Mohd Noor dan suaminya Haris Ismail akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai dalam masa terdekat berkaitan penularan video pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata pihak polis telah menjalankan siasatan berhubung penularan […]
Adakah Makruh Menggunakan Air Daripada Water Heater Atau Air Paip Yang Panas? Ini Penjelasan Mufti
Bersuci atau istilah Arabnya, Taharah bermaksud membersihkan sesuatu daripada kekotoran. Dari sudut syara’ pula, bersuci adalah perbuatan yang mengharuskan solat atau seumpamanya dengan menghilangkan najis, berwuduk atau mandi mandi wajib. Ini berdasarkan kitab Fiqh al-Manhaji 1/163. Hukum asal bagi sesuatu perkara ialah HARUS termasuklah bersuci tetapi menjadi kewajipan sekiranya ingin melaksanakan ibadah solat, tawaf serta […]

(Video)”Permudahkan Jemaah Pulang,” Tindakan Budak Ni Tolong Susun Selipar Jemaah Masjid Raih Pujian
Bulan Ramadan merupakan bulan kesabaran, penuh keberkatan dan setiap ibadah mahupun amal yang dilakukan akan mendapat pahala dan ganjaran syurga. Oleh itu, setiap umat Islam akan melipatgandakan amalan dan ibadah mereka melebihi daripada kebiasaan yang dilakukan pada hari biasa. Antara amalan yang akan dilakukan pada bulan ini ialah solat tarawih baik 8 rakaat mahupun 20 […]

India Catat Lebih 360,000 Kes Baharu Covid-19, Keseluruhan Hampir Cecah 20 Juta
NEW DELHI, 3 Mei – India mencatatkan 368,147 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, dengan jumlah keseluruhan 19,925,604 kes, lapor Xinhua, memetik kementerian kesihatan pada Isnin. Selain itu, lebih 3,417 kematian dicatatkan sejak pagi Ahad, menjadikan jumlah korban ialah 218,949. Sejumlah 3,413,642 kes aktif direkodkan peningkatan sebanyak 63,998, manakala 16,293,003 pesakit sembuh. Angka kes harian terus meningkat di […]
i-Sinar: Bayaran Bulan Mei Akan Mula Dibuat Pada 3 Mei Secara Berperingkat Sehingga 11 Mei
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa pembayaran bagi permohonan i-Sinar untuk bulan Mei akan mula dibuat pada 3 Mei 2021 secara berperingkat sehingga 11 Mei 2021. Pemohon disarankan untuk mendapatkan status bayaran terkini melalui i-Akaun (Ahli) atau boleh hubungi talian Hotline Khas i-Sinar di 03-8922-4848. Selain daripada itu juga KWSP turut memaklumkan bahawa pengkreditan […]
KKM Bincang Untuk Wujudkan Hospital Medan Di Sarawak Dan Kelantan – Adham Baba
PUTRAJAYA, 3 Mei (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) sedang berbincang dengan Kementerian Pertananan untuk mewujudkan hospital medan di Kelantan dan Sarawak dalam masa terdekat, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata dengan adanya hospital medan, kes-kes bukan berkaitan COVID-19 boleh diletakkan di hospital itu supaya bebanan di hospital-hospital yang terjejas kerana kes […]
APMM Usir Tiga Kapal Penguat Kuasa Vietnam Cuba Ganggu Tugas
KUALA TERENGGANU, 3 Mei (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu mengusir tiga kapal penguat kuasa Vietnam yang cuba menghalang APMM menahan tiga bot nelayan negara itu yang menceroboh perairan negara, Khamis lepas. Pengarahnya Kepten Maritim Muhammad Suffi Ramli berkata pasukan Pengawasan Sumber Perikanan Vietnam dan Pengawal Pantai Vietnam telah bertindak memasuki perairan negara […]
Maybank Akan Lakukan Penyelenggaran 4 Mei Ini, Beberapa Perkhidmatan Terlibat Termasuk ATM Dan Maybank2u
Malayan Banking Berhad (Maybank) hari ini dalam satu kenyataan di laman Twitter rasmi mereka memaklumkan bahawa penyelenggaraan harian akan dilakukan pada 4 Mei 2021 (Selasa), bermula dari 11.30 pm sehingga 11.59 pm. Menurut pihak Maybank, penyelenggaraan tersebut dibuat untuk memudahkan orang ramai menikmati pembelian secara atas talian pada 5.5 ini tanpa ada gangguan. Antara servis […]
TERKINI: Aktiviti Rentas Negeri Masih Kekal Tidak Dibenarkan Sehingga 17 Mei – Dr Adham
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan bahawa aktiviti rentas negeri masih kekal tidak dibenarkan sehingga 17 Mei 2021. Perkara tersebut dimaklumkan menerusi perkongsian di laman Facebook Bernama sebentar tadi. Pada masa yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa pihak KKM sedang berbincang dengan pihak Kementerian Pertahanan untuk mewujudkan hospital medan di Kelantan dan Sarawak. […]
Wanita Buat Laporan Teman Lelaki Hilang, Polis Beritahu Pasangannya ‘Tak Pernah Wujud’
Tiba-tiba ‘senyap’ daripada menjawab panggilan serta mesejnya, wanita terus laporkan kehilangan kepada pihak polis namun tergamam selepas pihak polis menyatakan bahawa pasangannya itu tidak wujud. Wanita tersebut mendakwa bahawa dia telah berpacaran selama 2 tahun bersama dengan lelaki itu, dan fikir bahawa mereka ada masa depan bersama, termasuk berkahwin dan mempunyai anak, sehinggalah wabak pandemik […]
Hanya Penerbangan Kargo Dari Dan Ke India Dibenarkan Sejak 28 April – Wee
PUTRAJAYA, 3 Mei (Bernama) — Hanya penerbangan kargo dari dan ke India yang dibenarkan memasuki Malaysia sejak 28 April lepas, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Beliau berkata berkuat kuasa tarikh itu, penerbangan pesawat penumpang Malaysia Airlines Berhad (MAB) dari dan ke India tidak dibenarkan memasuki Malaysia susulan keputusan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) […]
“Tiada Sebarang Aktiviti Rentas Negeri Berlaku. Sebaliknya..” Siti Nurhaliza Perjelas Berhubung Isu Tak Patuh SOP PKPB
Berhubung dengan isu yang tular yang dikaitkan dengan penyanyi nombor 1 negara iaitu Dato’ Siti Nurhaliza dan suaminya Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa mengenai majlis tahnik anak lelakinya pada 26 April yang hangat dibincangkan di media sosial, beliau menerusi satu perkongsian di akaun Facebook rasminya telah memuat naik satu penjelasan berkenaan dakwaan tidak mengikuti SOP […]

(Video)”Macam Mana Awak Taip Mesej?” Azmi Saat Kongsikan Cara Dirinya Menaip Guna Telefon
Dengan kecanggihan teknologi hari ini, hampir semua orang boleh mendapat akses kepada peranti pintar tanpa mengira kemampuan fizikal seseorang. Bagi anda yang tertanya-tanya bagaimana individu kelainan upaya (OKU) penglihatan ini boleh menggunakan telefon pintar dan menaip mesej tanpa braille, vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat tunjukkan caranya. Menerusi video dikongsikan Danial Zaini di laman Instagramnya, Azmi […]
“Bersiap Sedia Untuk Aidilfitri,” Pos Malaysia Umum Tarikh Akhir Pengeposan Untuk Penghantaran Sebelum Raya
Menjelang hari raya yang bakal tiba, Pos Malaysia Berhad mengingatkan orang ramai agar bersedia awal sekiranya ingin menghantar kiriman atau bungkusan melalui perkhidmatan mereka. “Kami menasihati para pelanggan agar menghantar awal bungkusan Pos Laju, mel dan kad ucapan sebelum atau pada tarikh akhir pengeposan di bawah, untuk penghantaran sebelum Hari Raya Aidilfitri,” tulis Pos Malaysia. […]

Hanya Setinggi 15cm, Pokok Ini Dijual Dengan Harga RM9,029 Dalam Tempoh 30 Minit Sahaja
Tak dapat dinafikan, kewujudan pokok-pokok hiasan di dalam rumah membuatkan kediaman kita lebih hidup dan tampak segar. Bagi penggemar pokok, tak sedikit antara mereka yang sanggup berbelanja lebih demi hobi yang satu itu. Malah, ada juga yang sanggup mengeluarkan wang ribuan ringgit demi pokok kecil yang mungkin tampak biasa pada pandangan orang lain. Di sebuah […]
COVID: UK Akan Hantar 1,000 Lagi Ventilator Ke India
LONDON, 3 Mei (Bernama) — United Kingdom (UK) merancang menghantar 1,000 lagi ventilator ke India untuk membantu negara itu yang kini bergelut peningkatan jumlah pesakit COVID-19, menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri pada Ahad, lapor Sputnik. “Kerajaan UK akan membantu India melawan lonjakan kes dengan menghantar 1,000 mesin bantuan pernafasan,” kata kenyataan itu. Sebelum ini UK […]
“Saya Minta Maaf Tak Kenal Tya” – Fauziah Nawi
Baru-baru ini kecoh apabila salah faham diantara seorang pelakon veteran, Fauziah Nawai dan menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tya Ariffin tular di media sosial, Twitter. “Saya sudah mohon maaf dengan ibu masa shooting lagi,” Tya Ariffin memaklumkan. Kontroversi ini dikatakan berlaku semasa pengambaran drama pendek sempena hari raya, ‘Sesudu Kebahagian’ milik Tya pada 29 […]
(Video) Mungkin Berebut Makanan, Oyen Pasrah Kena Tekan Kepala Dalam Bekas, Siap Kena Gigit Telinga
Bagi pencinta kucing, mesti ramai yang sudah tahu dengan gelagat si Oyen yang selalunya membuat pelbagai masalah sama ada sesama kucing ataupun manusia. Walaupun begitu, ianya tetap memberikan senyuman kepada orang yang melihat karenah kucing nakal itu. Namun, lain pula yang terjadi dalam satu video ini apabila si Oyen dibuli kucing lain ketika menikmati makanan. […]
(Video) Tular Rakaman 3 Individu Disyaki Perompak Disembur Petrol, Ini Sebenarnya Yang Terjadi
Tindakan pantas seorang lelaki yang sedang mengisi minyak kereta dipercayai berjaya menyelamatkan dirinya daripada dirompak atau diserang sekumpulan lelaki. Menurut Daily Mail, dalam kejadian dipercayai di Chile itu, seorang pelanggan sedang mengisi minyak kereta di sebuah stesen sebelum dihampiri sebuah van putih. Menerusi rakaman CCTV, van itu kemudiannya berhenti di sebelah kereta pelanggan itu sebelum […]