Berita
Anak-anak Yang Bergejala Tidak Perlu Dihantar Ke Sekolah – Dr. Adham
PUTRAJAYA, 26 Apr – Setiap anak-anak yang dikesan mempunyai gejala jangkitan COVID-19, mereka tidak perlu dihantar ke sekolah. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, dalam masa sama jika ibu bapa turut mempunyai gejala sedemikian, mereka juga digalakkan agar tidak menghantar anak ke sekolah. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media mengenai laporan mingguan […]
Jenazah Kru KRI Nanggala 402 Dirancang Akan Dibawa Ke Surabaya
Jenazah kru kapal selam KRI Nanggala 402 dilaporkan akan dibawa ke Surabaya, Jawa Timur. Ketua Tentera Laut Indonesia (TNI), Laksamana Yudo Margono mengatakan bahawa proses evakuasi dan cara untuk mengangkat kesemua jenazah akan diperincikan semula tidak lama lagi, lapor Kompas.com. “Evakuasi nanti kita ke Surabaya atau sesuai mengikut permintaan keluarga kerana ada tiga orang di […]
Kerajaan Jamin Panggil Sidang Parlimen Bila Tiba Masa Sesuai – Takiyuddin
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) — Kerajaan memberi jaminan sidang Parlimen akan segera dipanggil apabila tiba masa yang sesuai sama ada sebelum atau selepas darurat ditamatkan pada 1 Ogos depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Bagaimanapun, Takiyuddin berkata kerajaan akan terlebih dahulu mendapatkan pandangan daripada semua pihak berkaitan terutama […]
Rasuah: Pengarah GLC Bebas Dengan Jaminan SPRM
IPOH, 26 April (Bernama) — Seorang pengarah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang direman bagi membantu siasatan salah guna kuasa sejak 21 April lepas, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Noor Azna Tajul Anuar membenarkan lelaki berusia 50 tahun itu dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dan […]
8 Jenis Pakaian Ini Jangan Masukkan Dalam “Dryer”, Berisiko Untuk Rosak
Mesin pengering memudahkan pengguna untuk mempercepatkan pengeringan pakaian. Fungsinya juga kadang-kala mengeringkan pakaian anda tanpa perlu dijemur. Namun begitu, terdapat beberapa jenis pakaian yang tidak boleh dimasukkan ke dalam mesin pengering. Jenis-jenis pakaian ini tidak boleh ‘terkena’ suhu panas pengering menyebabkan pakaian anda terkoyak. The Spruce, melaporkan beberapa jenis pakaian yang tidak boleh dimasukkan ke […]
Berat Badan Turun 20kg Dalam Tempoh 6 Bulan, Wanita Kongsi Amal Diet Ini & Kini Tampil Lebih Bergaya
Bila berhasrat untuk menurunkan berat badan, anda perlu bersedia untuk ‘melepaskan’ segala amalan pemakanan tidak sihat yang diamalkan sebelum ini. Mungkin boleh saja sesekali makan makanan itu tetapi perlulah dalam kuantiti yang sedikit. SK kali ni akan berkongsikan tips diet dari Anis Suhailah yang telah berjaya menurunkan berat badan dari 63kg kepada 43kg dalam tempoh […]
Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini Makna Mendalam Bila Sesebuah Kapal Selam Diisytihar “On Eternal Patrol”
Kejadian yang menimpa KRI Nanggala 402 dan 53 krunya yang diisytihar terkorban nyata memberi kesan kepada seluruh dunia yang mengikuti tragedi melibatkan kapal selam milik Tentera Nasional Indonesia ini. Walaupun rata-rata daripada kita tidakpun mempunyai hubungan secara peribadi dengan perajurit-perajurit yang terkorban itu, namun apa yang terjadi terasa seakan-akan dekat dengan kita semua. Seperti yang […]
5 Perbezaan Raya Dulu Vs Raya Sekarang, Yang Last Sekali Tu Wajib Kena Buat Tahun Ni
Umum tahu, Ramadhan dan Aidilfitri tahun lalu tak seperti tahun-tahun sebelum ini. Jalan raya tanpa pemandu dan bazar tanpa tetamu.Semuanya berubah kerana yang ‘satu’ ini. Bukan hanya di negara kita malah seluruh dunia. Namun pun begitu, kemeriahan sambutan hari raya tahun-tahun milenial ini sememangnya sudah jauh berbeza dengan raya dulu-dulu, mungkin 10 tahun atau 20 […]
(Video) Ramai Yang Tanya Kenapa Kru KRI Nanggala Tak Keluar Dari Kapal Selam & Berenang Ke Permukaan? Tak Semudah Itu, Ini Penjelasannya
Baru-baru ini kita digemparkan dengan tragedi sadis kapal selam Tentera Nasional Indonesia (TNI), KRI Nanggala 402 yang terputus hubungan dan tenggelam. Benar, malang itu memang tidak berbau. Gara-gara kapal tersebut mengalami gangguan bekalan elektrik, kewujudannya ‘hilang’ dari radar. Akibatnya, ia mulai tenggelam perlahan-lahan..tanpa isyarat, tanpa panggilan kecemasan. Bekalan oksigen yang ada hanyalah mampu bertahan selama […]
(Video) Hospital Hampir Penuh & Tak Mampu Tampung Pesakit, Kes COVID-19 Di India Meningkat Melebihi 300,000 Sehari
Keadaan di India kini semakin gawat setelah kes COVID-19 nampaknya terus meningkat dengan mendadak. Lebih menyedihkan, ‘tsunami virus’ itu juga memperlihatkan ramai pesakit yang meninggal dunia kerana kekurangan alat oksigen dan tidak diberikan rawatan yang sepatutnya. Dengan lebih 300,000 kes sehari, kebanyakan hospital di negara itu sudah penuh dan tidak lagi mampu menampung pesakit-pesakit yang […]
Rumah Pusaka Usang Menanti Rebah, 33 Tahun Berteman Dinding Lusuh
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tidak cukup sumber pendapatan yang terhad, diuji pula dengan dugaan yang mendatang tanpa diduga. Ditambah lagi dengan igauan pandemik COVID-19, ianya membuatkan hidupnya terbungkam sepi. Hilang punca pencarian, sambil terduduk melihat siang dan malam bersilih ganti di sebalik teratak usang yang menanti rebah. Itulah yang dirasai oleh Mohd Iskandar […]
Gempa Bumi Kuat Melanda Kepulauan Fiji
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) — Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda wilayah Kepulauan Fiji awal pagi ini. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu yang berpusat di 616 kilometer tenggara dari Laucala, Fiji, berlaku pada 6.28 pagi. Bagaimanapun gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. Sumber: BERNAMA
Gugurnya 53 Awak KRI Nanggala: Baju Keselamatan, Sauh Antara Bahan Bukti Yang Ditemukan
Ketua Tentera Laut Indonesia (TNI), Laksamana Yudo Margono menyatakan kapal selam KRI Nanggala 402 yang terputus hubungan sejak Rabu, (21/4) di perairan Bali kini sudah dikenal pasti di kedalaman 838 meter di bawah permukaan laut. Sidang media hari ini daripada Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto turut memberitahu kesemua 53 anak kapal KRI […]

Nanggala 402 Terbelah Tiga – Ketua Angkatan Laut Indonesia
Ketua Angkatan Laut (KSAL) Laksamana TNI Yudo Margono memaklumkan keadaan kapal Nanggala-402 terbelah menjadi tiga bahagian. “Ini terdapat bagian-bagian dari KRI Nanggala. Di sana KRI Nanggala terbelah jadi tiga bagian,” kata Yudo dalam satu sesi temubual. Yudo memberitahu bahawa keadaan kapal tersebut didapati berdasarkan pantauan Kapal Bantu Angkatan Laut Indonesia (KRI Rigel). “Kontak ditemui dalam keadalaman […]

TERKINI: 2,690 Kes Direkodkan Hari Ini Dengan 7 Negeri Catat Kes Harian 3 Angka
Sebanyak 2,690 kes kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 392,942 kes setakat Ahad (25 April 2021), jam 12 tengahari. Menurut perkongsian terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), enam (6) negeri kekal mencatatkan kes tiga angka iatu Sarawak tertinggi dengan 960 kes diikuti Selangor 590 kes, Kuala Lumpur […]

(Video) Abang Antara 53 Kru Kapal Selam Yang Hilang, Adik Menangis Tonton Video Anak Kapal Nyanyi Lagu Sedih
Hari ini genap empat hari kehilangan kapal selama KRI Nanggala-402, namun nasib semua anak kapal masih menjadi tanda tanya. Walaupun beberapa barang dan serpihan milik kapal selam tersebut sudah dijumpainamun bagi anggota keluarga tiada istilah berhenti berharap, apatah lagi berhenti menunggu insan tersayang daripada menjelma di depan mata. Selain keluarga yang lain, Ur Vienna adik […]

Polis Nafi Pukul Individu Terlibat Demonstrasi PKPD Di Tawau
KOTA KINABALU, 25 April (Bernama) — Polis Sabah hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan anggotanya memukul bahu dan dada seorang individu yang ditahan ketika melakukan demonstrasi berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Muhibbah Raya, Tawau, semalam. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata pihaknya memandang serius dakwaan itu yang disiar sebuah portal hari ini dan beliau telah mengarahkan […]
‘Pakar Penyelamat’ Kapal Selam, Ini Fakta Tentang Kapal MV Mega Bakti Malaysia Yang Ramai Tak Tahu
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Malaysia juga mempunyai sebuah kapal yang hebat khusus untuk menyelamatkan kapal selam sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Menerusi laman Twitter RMN Subforce, kapal MV Mega Bakti ini telah selamat tiba ke Bali untuk sertai SAR kapal selam KRI Nanggala-402 yang dilaporkan tenggelam di perairan Bali. Hari ini SK nak kongsikan […]

Isu Gari: Lelaki Didakwa Pukul Pengawal Peribadi Bukan Dalam Tahanan Polis
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) — Polis menyeru orang ramai agar tidak memanipulasi isu seorang lelaki yang dibawa ke Mahkamah Jalan Duta tanpa bergari dan tidak berpakaian lokap bagi menghadapi pertuduhan kes mencederakan dua pengawal peribadinya, Jumaat lepas. Sebelum itu lelaki berkenaan pada Khamis lepas didakwa di Mahkamah Majistret Klang atas beberapa pertuduhan antaranya memukul dan mengugut mangsa sama. Ketua Polis Daerah Dang Wangi […]

“Pasti Ada Keretakan Besar,” Operasi Mengangkat KRI Nanggala Di Kedalaman 850 Meter Sangat Sukar
Posisi kapal selam KRI Nanggala-402 yang berada pada kedalaman kira-kira 850 meter menyukarkan usaha pasukan mencari dan menyelamat untuk mengangkat kapal berkenaan ke permukaan. Ketua Angkatan Laut (KSAL) Laksamana Yudo Margono berkata, kedudukan kapal pada kedalaman tersebut sukar untuk diangkat menggunakan kapal selam atau ROV (kenderaan bawah air yang dikendalikan dari jarak jauh) selain keadaan […]