Berita

Berita
Peniaga Bazar Ramadan, Aidilfitri Diingat Patuh Etika
ROMPIN, 8 April (Bernama) — Peniaga bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri diingatkan untuk mematuhi etika perniagaan yang baik termasuk tidak mengambil kesempatan menaikkan harga, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata KPDNHEP juga akan melaksanakan pemantauan di bazar berkenaan bagi memastikan harga jualan tidak membebankan pembeli […]
Berita
Malaysia Salur 50,000 Dos Vaksin Kepada Bosnia-Herzegovina – Mohd Redzuan
ALOR GAJAH, 8 April (Bernama) — Malaysia akan menyalurkan 50,000 dos vaksin COVID-19 kepada Bosnia-Herzegovina yang tidak mendapat keutamaan memperoleh vaksin itu melalui fasiliti COVID-19 Vaccine Global Access (COVAX), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof. Beliau berkata bantuan itu yang dipersetujui pada mesyuarat kabinet semalam, disalurkan atas nama kemanusiaan. […]
15 Warga Myanmar Ditahan Rentas Negeri Tanpa Kebenaran, Guna Surat Palsu
GUA MUSANG, 8 April (Bernama) — Polis menahan 15 warga Myanmar kerana cuba merentas negeri tanpa kebenaran dan menggunakan surat kebenaran palsu dalam sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Tanah Puteh, di sini, Isnin lepas. Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kesemua warga Myanmar termasuk dua wanita itu ditahan ketika menaiki […]
Berita
Lelaki Maut Tercampak Dari Kereta Selepas Rempuh Belakang Lori Di Sungai Choh
KUALA LUMPUR, 8 April – Seorang lelaki maut selepas tercampak dari kereta yang dipandunya akibat merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 32 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Sungai Choh, dekat Rawang, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 6.40 pagi, mangsa S. Rajkumar, 25, yang memandu kereta jenis Perodua Kancil dipercayai melanggar tayar belakang sebuah lori lain yang datang dari arah bertentangan. Timbalan […]
Berita
TERKINI COVID-19: 1,285 Lagi Kes Baharu, Selangor Catat Kes Tertinggi
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 1,285 kes baharu COVID-19 yang dicatatkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 355,753 kes. Menerusi ciapan yang dimuatnaik di Twitter, Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa Selangor mencatatkan kes yang tertinggi hari ini dengan […]
Berita
Sebuah Kenderaan Dicuri Setiap 1 Jam 15 Minit Di Malaysia – VTREC
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) — Sebuah kenderaan dicuri setiap satu jam 15 minit di negara ini, kata Koordinator Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC) Mas Tina Abdul Hamid hari ini. Beliau berkata menurut kajian pihaknya tahun lalu berdasarkan dapatan itu, sejumlah 20 kenderaan telah dicuri setiap hari pada tahun 2020. “Namun jumlah kecurian kenderaan itu […]
Berita
(Video) “1st Day Sekolah Buat Hal”, Abang Rakam Aksi Adik Gelabah Tak Boleh Buka Helmet Bikin Terhibur
Adik-beradik biasanya ada ragamannya yang tersendiri. Kalau kita perasan, biasanya abang-abang ni lebih suka menyakat adik-adik perempuan mereka, kan? Memang fitrah lelaki agaknya, suka buat hal dan ‘cari gaduh’. Tapi bukannya dengan orang luar pun. Adik-beradik sendiri je. Satu lagi kalau gaduh adik-beradik ni, tak lama mana pun. Macam satu video yang dikongsikan pengguna Twitter […]
Berita
Senarai Terkini Lokasi Bazar Ramadan Di Sekitar Selangor & KL Tahun 2021 Setakat Ini
Beberapa hari sahaja dari sekarang semua umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan yang paling dinantikan. Gembira bercampur teruja, terbayang kemeriahan Ramadan yang paling dirindui. Antaranya, bazar Ramadan yang beroperasi dengan norma baharu berikutan wabak Covid-19. Kelonggaran yang diberikan kerajaan kepada orang ramai ini perlu dipatuhi dengan SOP yang ketat supaya tidak berlaku jangkitan. Bagi […]
Berita
(Video) ”Asal Jumpa Je Nak Bawa Balik”, Sampai Nangis-nangis, Adik Nazril Cepat Kesian Bila Tengok Kucing Jalanan
Tak perlu disangkal lagi bahawa kehadiran kucing sememangnya akan menceriakan kehidupan. Dengan telatahnya yang sentiasa nakal dan comel, ia boleh menjadi salah satu terapi untuk menghilangkan tekanan. Pun begitu, jarang sekali kita mendengar mengenai kanak-kanak yang terlalu ‘obses’ dengan kucing sehingga sanggup menjaga dan memberi makan kepada berpuluh ekor kucing walaupun mereka masih lagi kecil. […]
Berita
Mekah Sedia Terima Jemaah Umrah Yang Sudah Divaksin Sempena Ramadan
JEDDAH, 8 April (Bernama) — Mekah bersedia untuk menerima jemaah umrah yang sudah menerima suntikan vaksin sempena Ramadan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA). Perkara itu diumumkan pihak berkuasa berkaitan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Haji yang dipengerusikan Penasihat kepada Penjaga Dua Masjid Suci, selaku Gabenor Mekah Putera Khaled Al-Faisal, pada Rabu. Putera Khaled yang juga […]
Berita
Isu Selipar ‘Muslim Friendly’, Fipper Tampil Mohon Maaf & Jelaskan Kekeliruan
Tular mengenai selipar baharu keluarannya sejak semalam, jenama selipar terkenal, Fipper, membuat permohonan maaf kepada orang ramai. Menerusi kenyataannya di Instagram, Fipper menjelaskan bahawa selipar yang dikatakan ‘Muslim Friendly’ itu sesuai untuk kegunaan muslimah yang memakai stokin. “Kerana produk kami sebelum ini kurang bersesuai dengan imej muslimah yang berstokin seperti yang dinyatakan di dalam kenyataan […]
Berita
(Video)“Sumbat Selagi Boleh” Jenuh Korek ‘Handbag’ Kat Kaunter Nak Buat ‘Payment’, Wanita Cuak Duit ‘Lesap’
Sekiranya korang pernah berurusan di mana-mana kaunter kerajaan atau mana-mana tempat awam, sudah pasti berpengalaman melihat pelbagai ragam manusia. Apa tidaknya, setiap orang memiliki sifat atau keperibadian yang berbeza membuatkan pelbagai karenah yang ditonjolkan. Seperti di kaunter pembayaran khususnya, pelbagai ragam yang korang boleh tengok terutamanya ketika hendak membuat pembayaran. Sebenarnya boleh je bersedia daripada […]
Berita
Pengorbanan Bapa, Hantar Anak Naik Motor Dengan Beg Di Bakul Ke MRSM Undang Sebak Netizen
Kesusahan bukan penghalang untuk berjaya. Demikian apa yang boleh digambarkan mengenai secebis kisah seorang ayah yang gigih menaiki motosikal demi menghantar anaknya pada hari pertama di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Perkongsian oleh timbalan pengetua MRSM Muar, cikgu Musa Muhamad Ali di Facebook, ternyata menyentuh hati ramai warganet sehingga menjadi tular di media sosial. Tatkala kawan-kawan lain […]
Berita
66 Peratus Kawasan Di KL, Gombak Terima Bekalan Air Sepenuhnya-Air Selangor
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) — Sejumlah 66 peratus atau 38 daripada 58 kawasan yang terjejas bekalan air di Kuala Lumpur dan Gombak telah menerima bekalan sepenuhnya sehingga pukul 6 pagi tadi. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemulihan di kawasan Gombak adalah sebanyak […]
Gaya hidup
Jangan ‘Gangjeong’, Marrybrown Akan Membawa Anda Keliling Dunia, Bermuda Dengan Korea
Annyeonghaseyo Malaysia! Nikmati Ayam Gangjeong, dari sentuhan inspirasi Korea dari Marrybrown pada 8 April 2021 ini! Seiring dengan tagline something different selama 40 tahun, sekali lagi MB ingin membawa rakyat Malaysia alami dunia fenomena Korea dengan penangan makanannya yang pasti memenuhi citarasa anda. Sejak penubuhannya, Marrybrown bertekad akan memastikan untuk terus menyajikan makanan lazat dan […]
Gaya hidup
Ikrar Systema untuk ‘Gumbatte Towards Healthy Gums & Teeth’ Bersama Rakyat Malaysia
Anda mungkin antara 94 peratus golongan dewasa Malaysia yang mengalami penyakit gusi berdasarkan data National Oral Health Survey of Adults 2010. Punca utama penyakit gusi adalah plak, satu lapisan lembut dan melekit yang mengandungi berbilion-bilion bakteria. Apabila plak terkumpul di antara gigi, di sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi, toksin dari bakteria akan […]
Misteri Bau Tak ‘Sedap’ Terjawab, Mayat Bayi Dipercayai Dibuang Tepi Jalan Ditemui Dalam Kotak Milo
Apakah perasaan anda sebagai ibu jika ada orang lain menyakiti anak anda sendiri? Secara fitrahnya, ibu manalah yang tidak sayangkan anak kan? Jangankan kata panas, hatta digigit semut pun dah buat si ibu risau. Mana-mana anak kecil atau bayi pun, pasti akan memerlukan keberadaan si ibu di samping mereka setiap masa. Tapi apa yang berlaku […]
Luar Negara
Dipercayai Jatuh Dalam Tasik Setahun Lalu, iPhone Ini Ditemui Kembali & Masih Berfungsi
Seorang pengguna Facebook menceritakan detik pertemuannya dengan iPhone 11 miliknya yang sudah lebih setahun “menghilang”. Lelaki bernama Chen Yj kehilangan telefon pintarnya pada Mac tahun lalu ketika sibuk mendayung. Pemilik iPhone menceritakan detik luar biasa itu bagaimana telefon tersebut dapat “bertahan” selama lebih setahun “tinggal” di dasar tasik. Chen menyatakan dia kehilangan telefonnya pada 11 […]
Berita
Awas, Taktik Baru ‘Scammer’, Tawar Gaji RM8,000 Kerja Sebagai Ejen Pembelian Lazada & Shopee
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati daripada menjadi mangsa ‘scammer’ menerusi taktik terbaharu mereka yang menawarkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan. Menerusi perkongsian Facebook ‘Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police’ milik PDRM, suspek menggunakan platform pembelian dalam talian seperti Lazada dan Shopee dengan menyamar sebagai ejen untuk mencari pekerja. Mangsa yang diperdaya […]
Luar Negara
(Video) “Bapak, Ada Jurus Antitusuk Ke?,” Banyak Kali Cuba, Tular Jarum Tak ‘Tembus’ Kulit Warga Emas Saat Disuntik Vaksin
Ketika ini, kebanyakan negara sudah menjalankan program vaksinasi COVID-19 termasuk di Indonesia. Sehingga 4 April yang lalu, Indonesia telah merekodkan sebanyak 12.7 juta vaksinasi di seluruh negara, lapor Detik Health. Dalam pada itu, ada insiden yang tak terjangka berlaku ketika seorang warga emas disuntik vaksin itu, jarum suntikan dipercayai tidak menembusi kulitnya. Menurut Suara Jogja, […]