Berita

Tragedi
Tragedi Pengantin Baharu Lemas Di Tasik Kenyir: Isteri Mimpi Mangsa Minta Tolong
KUALA BERANG, 30 Mac (Bernama) — “Arwah datang dalam mimpi malam tadi dan mahu dirinya dibawa naik ke permukaan,” kata isteri mangsa lemas di Tasik Kenyir hari ini. Syarifah Ramli, 21, berkata menerusi mimpi itu, suaminya Ami Azzizol Abu Bakri, 22, juga sempat menyatakan perasaan rindu dan seolah-olah mahu segera ditemukan. “Meskipun sedih dengan apa […]
Tragedi
Lelaki Hilang Ditemukan Mati Di Atas Bumbung Kedai
SHAH ALAM, 30 Mac (Bernama) — Mayat seorang lelaki yang hilang sejak Jumaat lepas ditemukan di atas bumbung sebuah kedai besi di Kampung Bukit Kapar, Meru semalam, dipercayai terjatuh dari pokok mangga berhampiran kedai itu. Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata pihaknya mendapat panggilan pada 7 malam semalam yang memaklumkan bahawa […]
Gaya hidup
i-Sinar: Ahli KWSP Boleh Buat Permohonan Baru, Pembatalan Pengeluaran, Pindaan Amaun & Maklumat Permohonan Sehingga 30 Jun Ini
Masihkah anda ingat lagi dengan inisiatif kerajaan ‘memberi lampu hijau’ untuk kita ‘merasai’ duit simpanan kita sendiri ketika pandemik COVID-19 ini? Ya, itulah yang dibuat kerajaan sebelum ini apabila Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengizinkan semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membuat pengeluaran wang simpanan melalui inisiatif i-Sinar. Tujuannya […]
Berita
”Saya Tahu Ramai Yang Berdoa Nak Balik Kampung…”, Menteri Jelaskan Kebenaran Rentas Negeri Akan Ditentukan Oleh Penilaian KKM
Dengan kes COVID-19 yang semakin menunjukkan penurunan, ramai yang berharap agar dapat merentas negeri terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Pun begitu, seperti yang diumumkan oleh Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri pada hari ini, rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan. Menjelaskan mengenai perkara itu, Ismail Sabri berkata bahawa setiap keputusan yang dibuat adalah […]
Politik
Khairy Gesa Pemilihan UMNO Disegerakan Bagi Selesai Kemelut Parti
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini menggesa pucuk pimpinan UMNO agar mengadakan pemilihan parti itu dengan segera bagi menyelesaikan kemelut dalamannya. Beliau berkata pemilihan seharusnya dijalankan tahun ini, tanpa perlu menunggu selepas pilihan raya umum yang akan datang. “Hanya satu cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman UMNO… segerakan pemilihan […]
Berita
(Video) “Dah 7 Tahun Dah…”, Wanita Kongsi Kisah Tak Sangka Berjodoh Dengan Jiran Depan Rumah 10 Langkah
Mungkin masih ada di antara anda yang resah kerana jodoh belum kunjung tiba. Bersabarlah, jodoh akan tiba pada waktu yang tepat dan mungkin dalam keadaan yang tidak terjangka. Manalah tahu jodoh anda selama ini rupa-rupanya jiran depan rumah saja. Sama seperti yang dialami oleh Dyha Ishak yang berjodohan dengan jiran depan rumahnya. Menerusi perkongsiannya di […]
Berita
Isu Penguatkuasaan SOP: Tiada “Double Standard” & Siapa Pun Yang Melanggarnya Akan Dikenakan Tindakan Undang-undang
PUTRAJAYA, 30 Mac – Tiada seorang pun rakyat di negara ini yang boleh terlepas daripada tindakan undang-undang, tegas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sebaliknya, semua tindakan rakyat adalah tertakluk kepada undang-undang dan sesiapa sahaja yang didakwa melanggarnya, mereka pasti akan dikenakan tindakan. Bagaimanapun jelasnya, tindakan penguatkuasaan dan undang-undang hanya akan dijalankan […]
Berita
TERKINI: Status PKPB Di Enam Negeri, Wilayah Termasuk Selangor & KL Dilanjutkan
Menerusi sidang media hari ini, Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di enam negeri masih kekal. Negeri-negeri tersebut ialah Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak. Keputusan tersebut dilakukan selepas mempertimbangkan trend kes semasa di semua negeri tersebut. Selain itu, status PKPP di […]
Berita
TERKINI: Rentas Negeri Masih Tidak Dibenarkan – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 30 Mac – Aktiviti merentas negeri di seluruh negara masih belum dibenarkan setakat ini, umum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Bagaimanapun jelas Ismail, kebenaran rentas negeri bersyarat bagi aktiviti pelancongan domestik melibatkan negeri-negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ke negeri PKPP yang lain masih diberikan seperti sebelum ini. BACA: Aktiviti Rentas […]
Luar Negara
Lelaki Ditahan Didakwa Rogol Remaja, Sebelum Penggal & Rebus Kepala Mangsa Atas Dapur Gas
Seorang lelaki ditahan selepas pihak polis dilapor menjumpai kepala seorang jurusolek wanita yang diletakkan di atas dapur gas. Selain kepala, bahagian lain tubuh mangsa yang berusia 19 tahun itu juga didakwa turut ditemui di tong sampah di sekitar rumah kediaman suspek (lelaki) tersebut. Difahamkan, gigi dan kukunya telah dicabut, selain kepalanya turut dipenggal dan direbus […]
Berita
PDRM Berjaya Tumpaskan Geng Nicky Yang Diketuai Seorang Lelaki 33 Tahun Bergelar Datuk Seri
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam satu sidang media khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa PDRM telah melancarkan Ops Pelican dan berjaya menumpaskan Geng Nicky dengan nilai rampasan pelbagai jenis aset berjumlah lebih jutaan ringgit. Tan Sri Hamid juga menjelaskan bahawa Geng Nicky ini diketuai oleh seorang lelaki berusia 33 tahun […]
Berita
TERKINI: Naik Semula Ke Empat Angka, 1,133 Kes Baharu Covid-19 Dicatatkan Hari Ini
Sebanyak 1,133 kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 344,018 kes setakat Selasa (30 Mac 2021), jam 12 tengahari. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga (3) negeri kekal mencatatkan kes tiga angka iatu Selangor dengan 401 kes diikuti Pulau Pinang 194 […]
Berita
Ini Penjelasan Bagaimana ‘Full Moon’ Bantu Alihkan Kapal ‘Gergasi’ Yang Tersadai Di Terusan Suez
Setiap ciptaan tuhan mempunyai tujuannya yang tersendiri. Bukan sekadar hiasan, bulan mempunyai peranannya untuk kehidupan di Bumi. Salah satunya adalah dengan membantu proses membebaskan kapal bersaiz 400 meter yang tersadai di terusan Suez baru-baru ini. Dipercayai kerana ditiup angin, kapal kargo sebesar 1,300 kaki itu telah membuatkan trafik di terusan berkenaan tersekat selama hampir seminggu. […]
Berita
Menteri Akan Ke Arab Saudi, Dapatkan Perincian SOP Ibadah Haji
ALOR SETAR, 30 Mac (Bernama) — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan ke Arab Saudi dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan perincian berhubung prosedur operasi standard (SOP) ibadah haji musim ini. Katanya kerajaan dijangka membuat ketetapan berhubung penghantaran jemaah haji negara ke tanah suci selepas perincian SOP tersebut diselesaikan. […]
Berita
Dua Lelaki Hilang Di Perairan Kerian, Operasi Mencari Digerakkan
PARIT BUNTAR, 30 Mac (Bernama) — Dua lelaki termasuk seorang warga Indonesia, dilaporkan hilang di perairan Kerian, selepas masing-masing terjatuh dari bot dalam dua kejadian berasingan pada malam tadi dan awal hari ini. Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kuala Kurau Lt. Maritim Mohd Faiz Sujari berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pertama pada 9.40 malam, membabitkan […]
Berita
Hidap ‘Cataplexy’, Wanita Mengaku Boleh Pengsan Kalau Lihat Lelaki Kacak, Dengar Bunyi Kuat
Seorang wanita berkongsi pengalamannya mengalami gangguan jarang jumpa yang boleh menyebabkan dia pengsan ketika melihat seseorang yang kacak pada pandangannya. Menurut The Sun, Kirsty Brown, 32 mengalami cataplexy, sejenis narkolepsi yang menyebabkan otot wanita itu menjadi rileks ketika dia berhadapan emosi yang kuat, termasuk ketika ketawa, takut atau terangsang. “Saya boleh diserang ketika berada di […]
Berita
KPDNHEP Serbu Dua Kilang Cetak Logo Jenama Tiruan Didalangi Warga Asing
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — Dua premis kilang disyaki didalangi warga Bangladesh yang mencetak logo jenama tiruan pada pakaian diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur, semalam. Pengarah KPDNHEP Kuala Lumpur Ariffin Samsudin berkata dalam serbuan kira-kira 10 pagi itu, pihaknya merampas 121 acuan bagi mencetak logo jenama terkenal, […]
Berita
Inisiatif Pengecualian Kompaun Dilanjutkan Sehingga 31 Dis
PUTRAJAYA, 30 Mac (Bernama) — Pengecualian kompaun atas kelewatan memperbaharui pendaftaran perniagaan dan kelewatan mendaftarkan perniagaan baharu di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dilanjutkan sehingga 31 Dis ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pelanjutan inisiatif pengecualian kompaun itu dijangka memberi penjimatan sebanyak RM13.7 juta yang dapat […]
Berita
Petronas Sahkan Penemuan Minyak Dan Gas Baharu Di Miri, Sarawak
Lapangan minyak dan gas baharu berjaya ditemui oleh Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) di telaga cari gali Sirung-1, Blok SK405B PSC, wilayah Balingian, Miri, Sarawak, memetik laporan ringkas Bernama. Ianya sekaligus dikatakan bakal membuka peluang baharu kepada penerokaan telaga minyak dan gas secara lebih agresif di negeri itu. Laporan lanjut menyusul. Satu penemuan minyak dan gas […]
Berita
Rakyat Malaysia Bantu Siasatan Polis, Antara 21 Kes Baharu Covid-19 Di Singapura
SINGAPURA, 30 Mac (Bernama) — Seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 34 tahun adalah antara 21 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di Singapura pada Isnin, demikian menurut Kementerian Kesihatan republik itu. Kementerian itu dalam data penuh yang dikeluarkan lewat malam tadi, memaklumkan lelaki berkenaan tiba dari Malaysia untuk membantu siasatan Polis dan kes dilabelkan sebagai kes […]