Berita

Nazrin Meninggal Dunia Sebelum Kebakaran – Perunding Forensik
SHAH ALAM, 22 Mac – Pakar perunding forensik memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan telah meninggal dunia sebelum kebakaran berlaku di bilik tidur rumahnya. Pakar Perunding Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur Dr Siew Sheue Feng berkata tiada kecederaan jelaga dan keadaan seperti itu menunjukkan mangsa tidak menyedut udara panas. “Nampaknya dia […]

Tiada Lagi Dasar ‘Satu Dos Suntik, Satu Dos Simpan’ Percepatkan Proses Vaksinasi
PUTRAJAYA, 22 Mac – Malaysia tidak lagi menggunakan dasar ‘satu dos suntik, satu dos simpan’ seperti sebelum ini, bagi mempercepatkan proses vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata, vaksin sedia ada akan digunakan sepenuhnya kerana kerajaan berpuas hati dengan jadual penghantaran vaksin Pfizer-BioNTech oleh syarikat pengeluar, […]

(Video) Gigih Balut Dan Usung Tong Gas Demi Hadiah Perkahwinan ‘Member’, Siap Kad Ucapan
Apabila mengadakan majlis perkahwinan, sudah menjadi kebiasaan pengantin akan menerima hadiah kahwin daripada tetamu yang hadir terutamanya rakan-rakan. Antara barangan yang selalu menjadi pilihan seperti perkakasan eletrik mahupun set barangan dapur berupa pinggan mangkuk dan periuk. Balut tong gas dalam kotak Namun, menerusi sebuah video yang tular di TikTok sejak semalam, sekumpulan lelaki telah memberikan […]

Kalau Nak Berjaya: Jangan Kedekut Untuk Kongsi Rezeki Dengan Yang Orang Lain – Massieww
Kuala Lumpur, 20 Mac 2021 – Majlis yang gilang-gemilang untuk meraikan usahawan – usahawan muda pada malam penuh bersejarah dan sambutan hari kelahiran Founder sempena Fillea Entrepreneur Gala Night 2021. Alhamdulillah syukur, majlis Fillea Entrepreneur Gala Night berlangsung dengan jayanya, lebih 100 usahawan datang pada malam tersebut. Penganugerahan dilakukan oleh Founder MS Beauty Empire (M) […]

TERKINI: 1,116 Kes Baharu Covid-19, Antara Angka Yang Terendah Tahun Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Twitter rasmi mereka memaklumkan bahawa sebanyak 1,116 kes positif Covid-19 dicatatkan hari ini. Kes positif hari ini antara angka yang terendah setakat tahun ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah 334,156 kes. Daripada jumlah tersebut, kes aktif menunjukkan penurunan kepada 14, 134 kes. Terdapat 150 kes sedang dirawat […]

(Video) Niat Nak Jadi Menantu Idaman Kemas Dapur Jam 2 Pagi, Sekali Tak Sengaja Runtuhkan Kabinet Mentua
Hari-hari awal tinggal di rumah mentua pastinya membuatkan seseorang menantu berdebar dan berhati-hati dalam setiap tindakan mereka. Bukan apa, jika tersilap langkah, risau akan menimbulkan rasa tidak enak sekaligus mengeruhkan hubungan kekeluargaan yang baru sahaja dibina. Sudah menjadi sebahagian tanggungjawab menantu untuk sama-sama menjaga hal-hal rumahtangga seperti mengemas dan membersihkan rumah mentua seperti rumah ibu […]
Patutlah Ramai Suka Tengok Video Picit Jerawat, Ini Sebabnya
Jujur sahaja, pasti ramai antara anda yang kadangkala terjebak menonton video-video rawak di Youtube termasuk proses memicit jerawat, membuang blackhead mahupun pembedahan mengeluarkan ribuan cacing daripada perut. Video-video sedemikian sering mendapat jutaan tontonan hasil sifat ingin tahu para penonton yang berasa ‘teruja’ melihat bahagian tersebut dkeluarkan. Menurut Pakar Dermatologi, Dr Sandra Lee atau lebih dikenali sebagai Dr […]

Bekas Pengurus Besar Kanan Syarikat Pembinaan Didakwa Rasuah
SHAH ALAM, 22 Mac (Bernama) — Seorang bekas pengurus besar kanan syarikat pembinaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM215,700, pada 2017 hingga 2019. Chua Shiou Meng, 49, membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan tersebut dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Mengikut dua pertuduhan […]

Pergaduhan Di Bulatan Pahang, Empat Lelaki Ditahan
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) — Polis menahan empat lelaki semalam bagi membantu siasatan kes pergaduhan sekumpulan penunggang motosikal dengan pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda di jalan berhampiran Bulatan Pahang di sini. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata kesemua lelaki berumur antara 16 hingga 42 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan […]
Awas, MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Di 7 Buah Negeri Sehingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 6 petang ini. Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 3:25 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 6 […]
“Sepanjang Masa Menggigil Ketakutan,” Wanita Kongsi ‘Detik Hitam’ Sebagai ‘Sugar Baby’, Kini Kesal Dan Insaf
Isu Sugar Baby-Sugar Daddy (SBSD) kini antara isu hangat yang menjadi bualan orang ramai selepas tertangkapnya pengasas laman web SugarBook baru-baru ini oleh pihak polis. Artikel empat siri ini antaranya turut menampilkan dua orang bekas Sugar Baby menceritakan pengalaman pahit mereka sepanjang bergelumang dengan aktiviti ini, serta turut membincangkan isu ini dari aspek psikologi, pendidikan, […]
Takut Jarum, Sikap Tunggu Dan Lihat Punca Rakyat Perak Belum Daftar Vaksin
IPOH, 22 Mac (Bernama) — Takut jarum, sikap tunggu dan lihat selain kurang kesedaran berkaitan kepentingan vaksin dilihat antara punca rakyat negeri ini masih belum mendaftar bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata sehingga kini, individu yang mendaftar melalui aplikasi MySejahtera berjumlah 406,380 orang tetapi dari segi peratusannya sangat rendah iaitu 21.1 peratus daripada jumlah penduduk negeri. “Andaian kita, masih ramai lagi yang […]
Rentas Negeri: Polis Siasat Pasangan Instafamous Beri Maklumat Palsu
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) — Polis membuka kertas siasatan terhadap sepasang suami isteri instafamous kerana dipercayai memberi maklumat palsu bagi mendapatkan kebenaran rentas negeri untuk berbulan madu. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya telah menjalankan siasatan menyeluruh setelah wujud keraguan berdasarkan keterangan yang diberikan oleh […]
Bantuan RM500,000 Jika Berlaku Hilang Upaya Kekal Atau Kematian Disebabkan Suntikan Vaksin COVID-19
Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan bahawa kerajaan telah meluluskan bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin COVID-19. Menurutnya, antara yang terkandung di dalam bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin COVID-19 itu adalah bantuan RM50,000 jika berlaku kesan sampingan serius kepada penerima vaksin COVID-19 yang memerlukan rawatan berpanjangan di hospital. Bantuan RM50,000 jika […]
Jalan Perlu Ditutup Jika Alih Struktur Berat – Fadillah
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) — Jalan atau laluan kenderaan perlu ditutup, jika sesuatu struktur berat perlu dialihkan dalam melaksanakan projek pembinaan jalan raya atau lebuh raya, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof. Beliau berkata, perkara itu adalah antara prosedur operasi standard (SOP) ketat yang perlu diikuti oleh kontraktor, bagi memastikan keselamatan […]
Dipersoal Seperti Tiada SOP & Tak Pakai ‘Facemask’ Ketika Bergambar, Ini Jawapan Dr Noor Hisham
Pada hujung minggu yang lalu, anak kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah selamat melangsungkan majlis perkahwinannya. Semasa majlis perkahwinan tersebut berlangsung, sesi gambar bersama keluarganya secara beramai-ramai telah diadakan. Gambar keluarganya itu lantas menjadi tular di media sosial. Ini kerana terdapat warganet yang mempersoalkan berkenaan seakan mereka tidak […]
‘Unboxing’ Samsung Galaxy A72 Ungu Violet Tak Pernah Mengecewakan
Siri Galaxy A boleh dikatakan antara peranti kelas pertengahan yang paling popular akhir-akhir ini daripada jenama terkenal, Samsung. Siri ini ternyata mempamerkan prestasi baik dalam aspek gaming, fotografi, videografi dan keseluruhan spesifikasi. Hari ini dan tahun ini, Samsung ‘come back’ dengan siri Galaxy A baru, Galaxy A72 dan Galaxy A52. Tapi harini. kita nak cerita pasal […]
Perlis Benarkan Jemaah Rapatkan Saf Mulai Esok
KANGAR, 22 Mac (Bernama) — Bermula esok, Perlis membenarkan jemaah merapatkan saf ketika solat di semua masjid di negeri ini. Bagaimanapun, kebenaran itu hanya diberikan kepada jemaah yang hadir bersama keluarga tinggal sebumbung untuk merapatkan saf sesama mereka, manakala jemaah lain masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin […]
(Video) TERKINI: Struktur Kren Launcher Jatuh Hempap Kereta, Dua Pekerja Dilapor Maut
Struktur sebuah kren launcher berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Alam Damai, Kuala Lumpur dilaporkan telah jatuh. Kejadian itu dilaporkan melalui laman Twitter Bernama TV sebentar tadi Sebuah kren dipercayai jatuh di tapak pembinaan Lebuh Raya SUKE di Persiaran Alam Damai kira-kira pukul 8.30 pagi tadi. Gambar awam pic.twitter.com/6tzT6jDYje — BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) March […]
Lelaki Dilapor Curi Kereta Sebelum Kereta Tersebut Cuba ‘Dilarikan’ Pencuri Lain Ketika Tolong Tukar Tayar
Setiap perbuatan buruk akan mendapat balasannya. Di Amerika Syarikat, seorang perompak kereta cuba dirompak oleh seorang individu lain ketika cuba membantu individu berkenaan menukar tayar kenderaan di tepi jalan, lapor India Times. Menurut India Times, suspek bersama rakannya sedang menaiki kereta jenis Toyota RAV4 yang dicuri sebelum terlihat seorang remaja sedang berusaha menukar tayar sebuah […]