Berita

Berita
Polis Nafi Tidak Ambil Tindakan Suami Isteri Dirakam Bertengkar
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) — Polis menafikan pihaknya tidak mengambil tindakan berhubung kejadian sepasang suami isteri yang dirakam bertengkar di hadapan sebuah kedai di Sri Petaling, pada kira-kira 4 petang semalam. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata sebaliknya pasangan berkenaan enggan membuat laporan polis walaupun telah ke Balai Polis Sri Petaling dan dinasihati ketua balai […]
Berita
Seorang Doktor Antara Enam Ditahan Edar Dadah – Polis
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) — Polis menahan enam lelaki termasuk seorang doktor hospital kerajaan di Selangor yang disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah, selepas menyerbu sebuah rumah di Taman Sri Manja, Petaling Jaya, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya turut menemukan 11 paket plastik lutsinar berisi […]
Berita
Annuar Musa Sifatkan Khabar Angin Kahwin Penyanyi Sebagai Fitnah
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) — Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa menyifatkan khabar angin kononnya beliau telah berkahwin dengan seorang penyanyi tanah air, yang tular di media sosial sebagai fitnah yang cuba menjatuhkan karier politiknya. Annuar turut meluahkan rasa kesal dan terkilan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan khabar angin yang turut […]
Berita
MB Selangor Adakan Mesyuarat Esok, Teliti Semula Pelaksanaan PKPB
SHAH ALAM, 29 April (Bernama) — Susulan Selangor mencatatkan kes tertinggi COVID-19 tiga hari berturut-turut, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari akan mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negara bagi Negeri Selangor, esok. Dalam ciapan menerusi Twitternya, Amirudin berkata mesyuarat itu bagi meneliti semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor. “Hari […]
Berita
Pelajar Asrama Sekolah, Kolej Vokasional Di Kawasan PKPD Tidak Dibenar Pulang Cuti Raya
KUALA LUMPUR, 29 April — Pelajar asrama sekolah dan Kolej Vokasional (KV) di bawah Kementerian Pendidikan yang berada di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak dibenarkan pulang ke rumah sempena cuti perayaan Aidilfitri. Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), prosedur operasi standard (SOP) bagi sektor pendidikan untuk PKPD juga menetapkan tiada individu dari sekolah […]
Berita
Pelajar Asrama Di Sarawak Dibenar Balik, Tak Perlu Jalani Ujian COVID
KUCHING, 29 April — Semua pelajar asrama di Sarawak kini dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing tanpa perlu menjalani ujian rt-PCR COVID-19, setelah kerajaan Sarawak mengumumkan untuk melanjutkan tempoh penutupan institusi pendidikan di negeri itu hingga 10 Mei depan. Kebenaran itu merupakan antara keputusan terbaharu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini yang turut memutuskan untuk mengenakan Perintah […]
Berita
Bayar RM599 Je Tapi Dapat Semua ‘Features’ Gempak Yang Korang Idamkan, Ini Sebab Kenapa Korang Kena Beli Telefon Ni
Zaman sekarang ni, semua orang pakai telefon pintar. Tapi kita semua tahu kalau telefon pintar yang fungsi dia gempak-gempak ni selalunya harga dia mahal. Kadang-kadang, ada yang harga telefon tu sama dengan gaji sebulan. Nak beli pun fikir 2 3 kali. Tapi walau bagaimanapun, untuk korang yang tengah mencari telefon pintar yang murah tapi features […]
Berita
Wanita Mengaku Jual Sambal Nyet Palsu, Jumpa Khairul Aming Minta Maaf
Semalam kecoh di media sosial khususnya di twitter berikutan satu pendedahan yang dibuat oleh seorang selebriti media sosial, Khairul Aming yang popular dengan rancangan masakan apabila Sambal Nyet yang dijualnya menjadi mangsa cetak rompak. Melalui perkongsiannya semalam, beliau merasa kecewa apabila ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan menjadi reseller produknya, namun tidak menyangka ada yang […]
Berita
TERKINI COVID-19: Melebihi Angka 3k, Sebanyak 3,332 Kes Baharu Dilaporkan Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah kemas kini hariannya memaklumkan sebanyak 3,332 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini. Daripada jumlah berkenaan, Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 1,083 kes, diikuti Sarawak dengan 552 kes dan Kelantan dengan 401. Sehingga 29 April 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 3,332 kes Pecahan setiap negeri:Selangor […]
Berita
Tiga Peniaga Dikenakan Kompaun RM50,000, Ditawar Pengurangan – Polis
KOTA BHARU, 29 April (Bernama) — Pemilik gerai burger, kedai runcit dan gerai colek yang sebelum ini tular kerana menerima kompaun sebanyak RM50,000 masing-masing, boleh menarik nafas lega apabila nilai kompaun itu dipertimbangkan untuk dikurangkan. Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata keputusan itu dicapai hasil perbincangan di antara pihaknya bersama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), semalam. Beliau […]
Berita
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah Disahkan Positif COVID-19
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) — Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah disahkan positif COVID-19 menerusi keputusan ujian saringan pada malam tadi (28 April). Menurut kenyataan Pejabat Menteri Komunikasi dan Multimedia hari ini, Saifuddin akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapi oleh pihak Kementerian Kesihatan. “Buat masa ini beliau sedang menjalani kuarantin […]
Berita
Pelajar Di Kampus, Dibenar Rentas Negeri Pulang Beraya Aidilfitri, Kecuali Sarawak – KPT
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan media sebentar tadi memaklumkan bahawa pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada di kampus dibenar untuk pulang ke rumah masing-masing sempena cuti Hari Aidilfitri kecuali Sarawak. Walau bagaimanapun, para pelajar turut diberi pilihan sama ada pulang ke kampung halaman ataupun kekal di kampus masing-masing sepanjang cuti perayaan ini. […]
Gaya hidup
“Lain Macam Dia Punya Gelombang, Variant Covid Apakah Dasyat Sangat Atau Ramai Tak Ikut SOP?” – Doktor
Seperti semua tahu, kes Covid-19 di negara ini kembali meningkat selepas beberapa minggu di tahap 1,000 kes dan kini kembali mencecah angka lebih 3,000 kes positif harian. Semalam sahaja (28 April 2021) negara mencatatkan 3,142 kes positif baharu dengan 15 kes kematian akibat Covid-19. Manakala, 1,822 kes sembuh baharu juga turut direkodkan. Keadaan ini sedikit […]
Berita
(Video) Juan Joya Borja, Lelaki Terkenal Dalam “Meme” Ketawa Terbahak-bahak Meninggal Dunia
Pelawak dan personaliti tv popular Sepanyol, Juan Joya Borja yang terkenal meme ketawa terbahak-bahak di seantero dunia dilapor meninggal dunia. Menurut laporan portal VICE, mendiang yang berusia 65 tahun meninggal dunia akibat sakit yang tidak dinyatakan dan ditahan di wad di sebuah hospital sejak 2020. Mendiang yang lebih dikenali dengan gelaran El Risitas atau “The […]
Gaya hidup
“Mak Bagi Kismis Minda,” Netizen Cerita Kenangan UPSR Yang ‘Budak’ Sekarang Tak Sempat Merasa
Seperti semua sedia maklum, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah dimansuhkan bermula tahun ini. Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Mohd Radzi Jidin dalam satu sidang media khas yang diadakan semalam (28 April 2021). UPSR telah meninggalkan pelbagai kenangan pahit manis kepada kita semua yang sempat merasainya. UPSR mula diperkenalkan pada tahun 1988 dalam […]
Kesihatan
MB Perak Dikesan Kontak Rapat Kes COVID-19, Diarah Kuarantin 14 Hari
IPOH, 28 April (Bernama) — Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad sedang menjalani kuarantin selama 14 hari selepas dikesan sebagai kontak rapat kepada pesakit yang disahkan positif COVID-19. Setiausaha Politik Menteri Besar Datuk Sham Mat Sahat berkata beliau menerima maklumat bahawa Saarani diminta untuk menjalani kuarantin bermula hari ini sehingga 11 Mei, selepas menjadi kontak […]
Berita
Komposer Musik ‘Dragon Ball Z’, Shunsuke Kikuchi Dilapor Meninggal Dunia
Komposer lagu ‘Dragon Ball Z’ Shunsuke Kikuchi dilaporkan meninggal dunia pada 24 April. Laman web Anime News Network melaporkan bahawa lelaki yang berusia 89 tahun itu meninggal dunia akibat pneumonia. Menurut Gulf News, keluarga Kikuchi telah mengadakan majlis pengebumiannya secara tertutup. Karya pertama komposer tersebut adalah untuk filem dari tahun 1961 yang berjudul ‘Hachininme no […]
Gaya hidup
“Dah Lebih 700 Botol Orang Beli Dari Dia,” Khairul Aming Dedah Ada Individu ‘Duplicate’ Sambal Dan Jual Yang Palsu
Rata-rata kagum dengan pencapaian Sambal Nyet keluaran Khairul Aming yang mencapai jualan lebih RM1 juta dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Pun begitu menurut chef selebriti berkenaan, sudah ada pihak yang mula muncul mengambil kesempatan atas populariti produk sambal berkenaan dengan mengaku sebagai reseller, namun sebenarnya menjual produk palsu. Kongsinya, individu itu telah menjual lebih 700 botol […]
Kesihatan
“Awak Dalam Bahaya Ni“, Doktor Kongsi Kisah Wanita Alami Pendarahan Dipercayai Lepas Jalani Urutan ‘Naikkan’ Uri
Pelbagai tips kehamilan dapat kita peroleh sama ada dari Internet mahupun ‘cakap-cakap’ orang. Pun begitu, golongan ibu sebaiknya mendapatkan pandangan pakar perubatan sebelum mengikut sesuatu nasihat bagi mengelakkan berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini. Jika tersilap langkah, merana di kemudian hari. Seperti kisah seorang wanita yang mengalami pendarahan selepas menjalani urutan untuk menaikkan uri oleh […]
Berita
Kanak-Kanak Perempuan Tiga Tahun Maut Selepas Ditinggal Dalam Kereta
JOHOR BAHRU, 28 April (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan meninggal dunia setelah ditinggalkan beberapa jam di dalam kereta oleh neneknya di Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini, Ahad lepas. Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya menerima satu laporan daripada pihak Hospital Sultan Ismail (HSI) mengenai kes ‘Brought In Death’ melibatkan […]