Berita

Perolehan Projek Tentera Darat: SPRM Tahan 17 Pengarah Syarikat
Perolehan Projek Tentera Darat: SPRM Tahan 17 Pengarah Syarikat PUTRAJAYA, 6 Jan (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 17 pengarah syarikat disyaki terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat. SPRM dalam kenyataan di media sosial TikTok memaklumkan perintah reman selama lima hari sehingga 10 Jan (Sabtu), telah dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas […]

Michael Schumacher Meninggal Dunia
Michael Schumacher Meninggal Dunia Penulis biografi terkenal, Michael Schumacher, yang dikenali menerusi karya penulisan mengenai tokoh-tokoh besar dunia seni dan budaya seperti pengarah filem Francis Ford Coppola dan pemuzik legenda Eric Clapton, meninggal dunia pada usia 75 tahun. Perkara itu disahkan oleh anak perempuannya, Emily Joy Schumacher, pada Isnin. Menurut Emily, bapanya meninggal dunia pada […]

Bersatu Pecat Saifuddin Abdullah
Bersatu Pecat Saifuddin Abdullah KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) — Bersatu memecat ahli Majlis Pimpinan Tertingginya Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkuat kuasa hari ini. Perkara itu disahkan Ketua Penerangan Armada Bersatu Malaysia Harris Idaham Rashid ketika dihubungi Bernama sebentar tadi. “Ya betul (pemecatan itu). (Ini kerana) Beliau sebelum ini pernah dalam platform terbuka mengkritik Presiden […]

FIFA, AFC Berpotensi Campur Tangan Pulihkan Tadbir Urus FAM
FIFA, AFC Berpotensi Campur Tangan Pulihkan Tadbir Urus FAM Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) boleh campur tangan dalam pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi membetulkan kelemahan tadbir urus yang wujud, termasuk melakukan pindaan terhadap statut badan induk kebangsaan itu sekiranya perlu. Lapor Stadium Astro, tanpa mengira keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan […]

Tun Dr Mahathir Dalam Keadaan Baik Selepas Dimasukkan Ke IJN – Marina
Tun Dr Mahathir Dalam Keadaan Baik Selepas Dimasukkan Ke IJN – Marina KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berada dalam keadaan baik selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), menurut anak perempuannya Datin Paduka Marina Mahathir. Bercakap kepada Bernama, Marina berkata walaupun perkara itu dianggap sebagai serius, ia […]

PM Akan Terima Anugerah “Order of the Republic” Semasa Lawatan Rasmi Ke Turkiye – Duta
PM Akan Terima Anugerah “Order of the Republic” Semasa Lawatan Rasmi Ke Turkiye – Duta ANKARA, 6 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima anugerah Order of the Republic semasa lawatan rasmi beliau ke Turkiye, yang bermula hari ini hingga Khamis depan (8 Jan). Duta Besar Malaysia ke Turkiye Sazali Mustafa Kamal […]

Tun Mahathir Disahkan Retak Tulang Pinggul Kanan
Tun Mahathir Disahkan Retak Tulang Pinggul Kanan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, disahkan mengalami kecederaan retak tulang pinggul kanan dan perlu menjalani rawatan serta pemantauan perubatan selama beberapa minggu. Menurut laporan Astro Awani, perkembangan terkini itu dimaklumkan oleh Pegawai Media beliau, Sufi Yusoff. Terdahulu, Sufi mengesahkan Tun Dr Mahathir dilaporkan telah dimasukkan ke […]

Chelsea Sah ‘Pinang’ Liam Rosenior Sebagai Pengurus Baharu
Chelsea Sah ‘Pinang’ Liam Rosenior Sebagai Pengurus Baharu Chelsea FC dilaporkan bakal melantik pengendali Strasbourg, Liam Rosenior, sebagai pengurus baharu kelab itu berkuat kuasa minggu ini. Perkembangan tersebut dikongsikan wartawan sukan terkemuka dunia, Fabrizio Romano, menerusi Threads. Romano mengesahkan Rosenior telah bersetuju menyertai Chelsea dan bakal mula menjalankan tugas dalam masa terdekat. “Saya boleh sahkan […]

Pemandu Rempuh Penuntut UniSZA Disahkan Pesakit Mental – Polis
Pemandu Rempuh Penuntut UniSZA Disahkan Pesakit Mental – Polis KUALA TERENGGANU — Pemandu Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) disahkan mempunyai rekod rawatan psikiatri di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, suspek disahkan menghidap Major Depression Disoder […]

Tolak ‘Tebuk Atap’, BN Kekal Bersama Kerajaan Perpaduan – Zahid Hamidi
Tolak ‘Tebuk Atap’, BN Kekal Bersama Kerajaan Perpaduan – Zahid Hamidi PUTRAJAYA — Barisan Nasional (BN) kekal komited bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal dan menegaskan pendirian parti itu menolak sebarang amalan ‘tebuk atap’ yang boleh menyebabkan kejatuhan kerajaan sedia ada. Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari ini. […]

Maduro Mengaku Tidak Bersalah Atas Semua Pertuduhan Di Mahkamah AS
Maduro Mengaku Tidak Bersalah Atas Semua Pertuduhan Di Mahkamah AS WASHINGTON, 6 Jan (Bernama) — Presiden Venezuela Nicolas Maduro dan isterinya, Cilia Flores, mengaku tidak bersalah di mahkamah pada Isnin terhadap beberapa siri pertuduhan berkaitan senjata api dan dadah yang dikemukakan oleh pentadbiran Trump, lapor Anadolu Ajansi. “Saya tidak bersalah. Saya tidak bersalah atas sebarang […]

Prabowo Terharu, Indonesia Antara Negara Paling Bahagia Di Dunia
Prabowo Terharu, Indonesia Antara Negara Paling Bahagia Di Dunia JAKARTA — Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto menzahirkan rasa terharu selepas mengetahui Indonesia merupakan antara masyarakat paling bahagia di dunia, berdasarkan hasil tinjauan Global Flourishing Study (GFS), lapor Detik.com. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan pada Sambutan Hari Natal Kebangsaan 2025 di Tennis Indoor, Gelora Bung […]

ISTAF Iktiraf Syahir Tekong Takraw Terbaik Dunia
ISTAF Iktiraf Syahir Tekong Takraw Terbaik Dunia Pemain sepak takraw negara, Muhammad Syahir Mohd Rosdi telah dianugerahkan Certificate of Distinguished International Excellence daripada Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF), sekali gus mengiktiraf beliau sebagai Tekong Terbaik Dunia. Menerusi hantaran Persekutuan Sepaktakraw Malaysia – PSM di Facebook, anugerah tersebut diberikan sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan Syahir selaku Tekong […]

Tun M Dimasukkan Ke IJN
Tun M Dimasukkan Ke IJN Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira jam 9.30 pagi tadi akibat terjatuh di kediamannya pada awal pagi. Menurut Astro Awani, perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbar bekas Perdana Menteri, Sufi Yusoff, “Ya beliau dimasukkan ke IJN akibat terjatuh dan kini masih dalam proses […]

Gara-gara Kritik Jalan Rosak, Lelaki ‘Diserang’ Keluarga Ketua Kampung
Gara-gara Kritik Jalan Rosak, Lelaki ‘Diserang’ Keluarga Ketua Kampung Sebuah rakaman video tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki di Garut, Jawa Barat, menerima ugutan daripada keluarga ketua kampung susulan kritikannya terhadap keadaan jalan raya yang rosak teruk. Detik melaporkan lelaki berusia 31 tahun itu mendakwa dia dimarahi dengan kata-kata kesat serta hampir dipukul selepas […]

Bali Akan Periksa Akaun Bank Pelancong Mulai 2026
Bali Akan Periksa Akaun Bank Pelancong Mulai 2026 Bermula tahun 2026 ini, kerajaan wilayah Pulau Bali merancang untuk menilai kemasukan pelancong antarabangsa berdasarkan kemampuan kewangan, tempoh penginapan dan jenis aktiviti yang ingin dilakukan, lapor Jakarta Globe. Pihak berkuasa menyatakan bahawa langkah ini bertujuan mengembalikan ketertiban dan memelihara kelestarian di salah satu destinasi pelancongan utama dunia. […]

Tiga Negeri, Satu Wilayah Persekutuan Diramal Hujan Awal Pagi Ini
Tiga Negeri, Satu Wilayah Persekutuan Diramal Hujan Awal Pagi Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 1 pagi ini. Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri seperti Perak, Sarawak, Sabah dan seluruh WP Labuan turut diramal hujan. “Di […]

Batuan Besar, Lumpur Penuhi Laluan Jalan Selepas Banjir Di Sulawesi Utara
Batuan Besar, Lumpur Penuhi Laluan Jalan Selepas Banjir Di Sulawesi Utara Baru-baru ini tular sebuah rakaman memaparkan batu-batu besar dan lumpur yang dibawa arus memenuhi laluan jalan raya selepas banjir yang melanda di Kabupaten Kepulauan Sitaro, Wilayah Sulawesi Utara, lapor portal Kumparan. Dalam klip video berkenaan, menunjukkan bencana yang membawa batu dan lumpur itu turut […]

SST Perkhidmatan Sewaan Turun Kepada 6 Peratus – MoF
SST Perkhidmatan Sewaan Turun Kepada 6 Peratus – MoF PUTRAJAYA — Kerajaan hari ini mengumumkan beberapa penambahbaikan dasar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkuat kuasa mulai 1 Januari, 2026 termasuk penurunan kadar cukai perkhidmatan ke atas sewaan atau pajakan daripada lapan peratus kepada enam peratus untuk menyokong pertumbuhan industri. Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, […]

Kim Pan-gon Sah Dilantik Sebagai Jurulatih Selangor FC
Kim Pan-gon Sah Dilantik Sebagai Jurulatih Selangor FC SHAH ALAM — Bekas jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon rasmi dilantik sebagai Ketua Jurulatih baharu Selangor FC. Pengumuman itu dibuat oleh kelab Gergasi Merah itu menerusi satu kenyataan rasmi di laman sosial media. “Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) ingin mengumumkan pelantikan Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih […]