Berita
Fungsi TV, DSLR dan Mikroskop Dalam Satu Smartphone, Kalau Korang Beli Boleh Dapat Hadiah Percuma Berjumlah RM1,935
OPPO pada baru-baru ini telah melancarkan siri model terbarunya iaitu OPPO Find X3 Pro 5G. Model terbaru ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi hebat yang sangat menarik dan berteknologi tinggi. Model OPPO Find X3 Pro 5G ini memiliki design lekuk yang diinspirasikan dari kapal angkasa sekali gus memberikannya kelihatan anggun dan mewah. Telefon pintar keluaran China […]

(Video) Siap Minta Maaf, Gelagat Pengantin Lelaki Malu-Malu Nak Sarung Cincin Pada Isteri
Majlis pernikahan merupakan saat yang paling ditunggu-tunggu bagi setiap pasangan. Pastinya terdapat momen indah yang tidak dapat dilupakan oleh setiap pengantin dan dikenang sepanjang hayat. Seperti perkongsian video gelagat pengantin baru ini yang dimuat naik menerusi medium Tiktok oleh pemilik akaun sheeseraa membuatkan ramai warganet pecah perut, tak kurang juga tersenyum malu. Manakan tidak, si […]
Pengasuh Warga Thailand Ditahan Dipercayai Dera Bayi
JOHOR BAHRU, 26 Mac – Seorang pengasuh warga Thailand ditahan hari ini dipercayai mendera seorang bayi perempuan berusia enam bulan di bandar raya ini, 14 Mac lepas. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata wanita berumur 29 tahun itu didapati sudah berkahwin dengan seorang lelaki warga tempatan. “Pada 14 Mac lepas, […]
Thailand Buka Phuket Untuk Pelancong Yang Sudah Divaksin Mulai Julai
BANGKOK, 26 Mac – Thailand bercadang untuk mengecualikan kuarantin wajib terhadap pelancong asing yang sudah divaksin apabila tiba di pulau peranginan Phuket, bermula 1 Julai bagi membantu menghidupkan kembali industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Sebagai persiapan untuk pembukaan semula itu, Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand Phiphat Ratchakitprakarn berkata sekurang-kurangnya 70 peratus daripada penduduk […]

Saintis Cipta Penutup Hidung, Direka Khas Untuk Makan, Bendung Penularan Covid-19
Para saintis di Mexico telah menghasilkan penutup khusus hidung yang direka untuk membantu orang ramai bagi melindungi diri dari Covid-19 semasa mereka makan dan minum. Seperti kebanyakan penutup muka di pasaran, penutup hidung yang digelar sebagai ‘eating mask’ ini mempunyai dua tali untuk diikat di belakang telinga dan hanya menutupi hidung pemakai. Sebuah video yang […]
Ini Cara Nak Buat Tuntutan Jika Kemalangan Berpunca Dari Jalan Berlubang Atau ‘Manhole’
Kemalangan memang tidak dapat dielakkan. Tapi tahukah anda jika anda terlibat dalam kemalangan yang berpunca daripada lubang-lubang atau manhole di atas jalan raya, anda boleh membuat tuntutan kepada pihak yang bertanggungjawab. Perkara ini dikongsikan oleh Brotherhood Kuantan iaitu salah satu sukarelawan yang sentiasa memastikan jalan raya di Malaysia terutama di Kuantan. Ini 6 langkah yang […]

(Video) Harimau Kumbang Jantan Seberat 52 Kg Berjaya Ditangkap Perhilitan N.Sembilan
REMBAU, 26 Mac (Bernama) — Seekor harimau kumbang jantan seberat 52 kilogram ditangkap sepasukan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan selepas memasuki perangkap yang dipasang di Kampung Solok Baing, Kendong, dekat sini, pada Rabu lepas. Pengarah Perhilitan negeri Wan Mat Wan Harun berkata perangkap tersebut dipasang sejak 15 Jan lepas, susulan […]

Pengurus Syarikat, Setiausaha Koperasi Ditahan Kerana Rasuah
JOHOR BAHRU, 26 Mac (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Segamat menahan seorang pengurus syarikat dan seorang setiausaha koperasi sejak semalam kerana dipercayai menerima rasuah dan salah guna kuasa. Menurut sumber, pengurus berumur 39 tahun yang bekerja di Bukit Besar, Kulai itu ditahan di Pejabat SPRM Johor, di sini, kira-kira pukul 3.00 petang tadi, manakala setiausaha […]

Indonesia Larang Rakyat Balik Kampung Sambut Aidilfitri Tahun Ini
JAKARTA, 26 Mac (Bernama) — Indonesia hari ini mengumumkan larangan bermudik atau balik kampung bagi menyambut Aidilfitri 1442 hijrah, dalam usaha menangani penularan pandemik COVID-19. “Larangan mudik akan bermula pada 6 hingga 17 Mei 2021. Masyarakat tidak boleh melakukan pergerakan atau kegiatan-kegiatan ke luar provinsi atau daerah,” kata Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Muhadjir […]

Polis Siasat Video Tular Guru Tadika Dera Anak Murid
SHAH ALAM, 26 Mac (Bernama) — Polis telah menerima laporan berhubung satu klip video yang tular dalam sosial media hari ini menunjukkan seorang guru tadika melakukan kekerasan ke atas anak muridnya. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata laporan polis telah dibuat oleh ibu mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta […]

Mampu Capai Sasaran Sejauh 600 Km, Korea Utara Lancar Peluru Berpandu
Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu mereka pada Khamis, pelancaran kedua dalam masa kurang dari seminggu, menurut stesen penyiaran berita CNN Indonesia. Setakat ini, masih belum dapat ditentukan jenis peluru berpandu yang digunakan oleh negara itu sama ada peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) atau bersaiz pendek, medium atau panjang. Namun, projektil yang dilancarkan dikatakan […]
Polis Tahan Tiga Lelaki Bersama Dadah Bernilai RM125,170
PORT DICKSON, 26 Mac – Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang warganegara Indonesia dan merampas dadah jenis syabu dan ganja bernilai RM125,170, dalam Op Tapis pada Rabu lepas. Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk SAC Che Zakaria Othman berkata, kesemua suspek berusia 37 hingga 60 tahun itu, ditahan di dua kawasan berasingan iaitu di Kilometer 17 […]

Suapan RM15,000: Bekas Pekerja Syarikat Telekomunikasi Mengaku Bersalah
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Seorang bekas pekerja di sebuah syarikat telekomunikasi mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas lima pertuduhan gagal melaporkan suapan berjumlah RM15,000 yang diberikan kepadanya, kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). K. Theva Kumar, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin. Bagi kelima-lima […]

Gagal Dihubungi Sejak Isnin, Enam Pemancing Ditemukan Selamat 50 Batu Nautika Dari Utara Pulau Tioman
KEMAMAN, 26 Mac – Bot dinaiki enam pemancing dari Terengganu yang dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi sejak Isnin lepas ditemukan dalam keadaan selamat 50 batu nautika dari utara Pulau Tioman, Pahang pada 8.30 pagi tadi. Komander Zon Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kemaman Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata mereka didapati tidak mengalami sebarang kecederaan […]

TERKINI: 1,275 Kes Baharu Covid-19 Dicatatkan Hari Ini Dengan Satu Kematian
Sebanyak 1,275 kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 339,443 kes setakat Jumaat (26 Mac 2021), jam 12 tengahari. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 14,269 kes. Daripada 1,275 kes baharu pada hari ini, […]
Malang, Wanita Dilapor Maut Akibat Dilanggar Trak Bekas Teman Lelaki, Sebelum Didakwa Dirogol Orang Lain
Seorang lelaki dilapor sanggup memperkosa seorang wanita yang sedang cedera akibat dilanggar sebuah trak di Malang Indonesia, lapor Tribun News. Menurut Tribun News, suspek AD telah memperkosa mangsa yang berusia 21 tahun di sebuah warung kosong dan meninggalkannya dalam keadaan tanpa pakaian di dalam semak pada Selasa, 23 Mac lalu. Kejadian bermula apabila wanita malang […]
Adakah Roh Orang Mati Boleh Pulang Dan Kita Dapat Rasai Kehadirannya? Ini Penjelasan Mufti WP
Mungkin ada yang percaya, roh orang yang sudah meninggal dunia akan kembali ke rumah melihat jenazah dimandi, dikafan dan disolatkan. Pun begitu, adakah kepercayaan ini benar dan mempunyai dalil yang jelas? Bercakap soal alam ghaib, tak lain tak bukan kita perlu bersandarkan kepada dalil agama dan merujuk kepada ahlinya. Berikut adalah penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan […]

TNB Rugi RM9 Juta Akibat Perlombongan Bitcoin, Polis Buru Dalang Utama
MELAKA, 26 Mac (Bernama) — Polis Melaka memburu seorang lelaki dipercayai dalang utama sindiket perlombongan mata wang bitcoin di negeri itu sehingga menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengalami kerugian kira-kira RM9 juta sejak Februari 2019. Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata individu tersebut, Tan Joe Pheng, 26, dikehendaki kerana aktif menggerakkan aktiviti perlombongan bitcoin […]
41 Kluster Kategori Pendidikan Dikesan Dalam Tempoh Tiga Bulan -KKM
Putrajaya, 26 Mac – Sebanyak 41 kluster COVID-19 melibatkan pusat pendidikan telah dikesan di Malaysia sejak 1 Januari sehingga 25 Mac lalu, lapor Kementerian Kesihatan. Menurut KKM, 15 daripadanya melibatkan pusat pengajian tinggi, 11 sekolah menengah, 10 kluster pra sekolah dan sekolah rendah manakala 5 kluster melibatkan pusat tahfiz dan madrasah. Susulan itu, para pentadbir, […]
Mendebarkan, Rakaman Dipercayai Situasi ‘Tornado’ Badai Alabama, Sekurang-kurangnya 5 Dilaporkan Maut
Sekurang-kurangnya lima individu dilaporkan terkorban manakala beberapa yang lain mengalami kecederaan susulan puting beliung ganas yang melanda Alabama pada petang Khamis. Menurut ABC News, amaran puting beliung ganas telah dikeluarkan sehingga petang semalam di mana kelajuan angin boleh mencapai kelajuan 166mph (bersamaan 267km/j) atau lebih laju, lapor National Weather Service’s Birmingham. Tambah badan berkenaan, puting […]