Berita
(Video) Gelagat Oyen Minta Makanan Tapi Tak Dapat, Siap ‘Tampar’ Orang Dan Buat Muka Tak Puas Hati
Bila dah namanya oyen, pasti banyak perkara ‘pelik‘ yang berlaku sehingga membuatkan manusia pening. Dengan kenakalannya itu, membuatkan ia menjadi kucing paling terkenal dalam ‘membuat masalah’ tetapi juga menghiburkan. Sama seperti oyen yang seekor ini yang melakukan perbuatan tidak terjangka pada seorang lelaki di kedai makan. Oyen tersebut pada awalnya dilihat meminta makanan tetapi sayangnya […]

(Video) Boleh Membesar Seperti Hos Paip, Cacing ‘Gergasi’ Ditemui ‘Munculkan Diri’
Kumpulan cacing tanah gergasi dilaporkan muncul daripada air banjir dipercayai bagi melepaskan diri daripada hujan lebat yang menimpa Queensland, Australia. Lapor Daily Mail, seorang pemilik motel di Tamborine Mountain telah menemui seekor cacing besar di bawah pintu salah sebuah bilik tetamu di sana susulan hujan lebat dengan kadar 550mm turun dalam tempoh dua hari. Ujar […]
Guna Aplikasi Dalam Talian, PDRM Tawar 50 Peratus Diskaun Saman -Ketua Polis Negara
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) — Rakyat Malaysia yang mempunyai saman kompaun trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh menikmati tawaran diskaun sehingga 50 peratus bermula hari ini hingga 11 April menerusi portal dan aplikasi “MyBayarSaman”. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata tawaran itu diberikan kepada mereka menerusi pendaftaran portal dan aplikasi mudah […]
Wang Lebih RM48 Juta Milik Bapa Jho Low Kini Hak Kerajaan Malaysia
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) — Wang lebih RM48 juta yang dirampas daripada tujuh akaun bank milik Tan Sri Larry Low Hock Peng, bapa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, yang didakwa berkaitan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kini menjadi harta Kerajaan Malaysia. Ini berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini […]
Kumpulan Baharu Akan Ditambah Untuk Pemberian Vaksin COVID-19 Fasa Kedua
SHAH ALAM, 25 Mac (Bernama) — Beberapa kumpulan baharu penerima akan ditambah untuk pemberian vaksin COVID-19 pada fasa kedua nanti yang bakal diumum pada Isnin depan, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata beberapa kumpulan yang dikategorikan sebagai ‘barisan hadapan ekonom’ dan kumpulan lain […]
Polis Siasat Jika Penumpang Helikopter Terhempas Miliki Permit Rentas Negeri
KUANTAN, 25 Mac (Bernama) — Polis akan menyiasat jika individu menaiki helikopter Airbus AS350 B3 yang terhempas di Subang, Selangor semalam mempunyai permit merentas negeri untuk masuk atau keluar dari Pahang, kata Ketua Polis negeri Datuk Seri Abd Jalil Hassan. Beliau berkata setakat ini, pihaknya menerima maklumat bahawa helikopter dalam penerbangan persendirian itu membawa juruterbang, […]
Nak Puasa Tapi Ada Masalah Gastrik, Ini Tips Yang Pesakit Gastrik Perlu Buat
Kurang dari 18 hari lagi umat Islam akan menyambut ketibaan bulan mulia iaitu bulan Ramadan. Bagi yang mempunyai sebarang penyakit seperti gastrik yang teruk, pasti sukar untuk menjalani ibadah puasa dengan lancar. Anda tidak perlu risau kerana mungkin tips yang dikongsikan oleh Hello Doktor boleh membantu anda untuk berpuasa nanti. Jom ikuti perkongsian di bawah […]
TERKINI: 1,360 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini, Selangor Dan Sarawak Tertinggi
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 1,360 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan pada hari ini. Perkara itu dimaklumkan menerusi ciapan di laman Twitter miliknya. 1,360 kes positif baharu yang dicatatkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia bertambah menjadi 338,168 kes secara […]
(Video) Ayah Gigih Balut Hadiah Seorang Diri Jam 1 Pagi, Gadis Sebak Dapat Hadiah Tak Disangka
Walaupun mungkin sesetengah ibu bapa jarang mengucapkan kata sayang namun mereka tetap sentiasa memberikan yang terbaik buat anak-anak. Hargailah setiap detik bersama mereka kerana ia akan menjadi memori yang akan dikenang nanti. Menerusi video yang tular di TikTok, Arifah Rahim berkongsi momen ketika dia membuka hadiah hari lahir yang diberikan oleh ayahnya. Momen tersebut memperlihatkan […]
Siasatan Insiden SUKE Siap Dalam Tempoh Sebulan – JKKP
PUTRAJAYA, 25 Mac (Bernama) — Proses siasatan kes struktur ‘gantry launcher’ terjatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras pada Isnin lepas, dijangka dapat dilengkapkan sepenuhnya dalam tempoh sebulan. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) memaklumkan siasatan melibatkan pemerhatian dan penelitian di lokasi kejadian, mengambil keterangan saksi dan melakukan analisis kejuruteraan forensik […]
Operasi Keluarkan Mayat Pencari Emas Diteruskan
BAU, 26 Mac (Bernama) — Operasi untuk mengeluarkan mayat lelaki yang tertimbus dalam sebuah lubang ketika melombong emas secara haram di Gunung Tibai di sini yang disambung semula pagi tadi berdepan cabaran apabila lokasi mayat ditemukan semalam didapati tertimbus lagi oleh batu yang runtuh. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau Tawang Lingem berkata lubang atau […]
Awas, Amaran Ribut Petir Dijangka Membadai 13 Buah Negeri Sehingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di 13 buah negeri di seluruh Malaysia sebentar tadi. Menurut kemaskini MetMalaysia, hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku sehingga 6 petang ini di seluruh negeri Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim) dan Pulau Pinang di kawasan Barat Daya serta Timur […]

Karnival Kerjaya Khas Untuk Golongan OKU, Lebih 600 Peluang Pekerjaan Ditawarkan
KUALA LUMPUR – Sebanyak 659 jawatan kosong ditawarkan khusus buat golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Mini Karnival PenjanaKerjaya Kementerian Sumber Manusia Untuk OKU, anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Karnival pekerjaan yang berlangsung selama sehari di Wisma PERKESO Kuala Lumpur hari ini merupakan salah satu inisiatif PERKESO untuk membantu golongan OKU mendapatkan pekerjaan melalui sesi […]
(Video) Sebak, Kelibat Maskot Duduk Tepi Jalan Bersama Budak Rupanya Nenek Tua, Cari Rezeki Sara Keluarga Dan Suami Sakit
Sebuah video yang menyaksikan seseorang memakai maskot dan duduk bersama seorang kanak-kanak lelaki telah tular di Indonesia baru-baru ini, lapor Tribun News. Video yang dimuatnaik di TikTok oleh seorang wanita itu juga memperlihatkan mereka sedang duduk di jalan di hadapan sebuah pasar mini. Dua wanita yang berada dalam kereta dilihat turun untuk mengagihkan beras kepada […]
Konstabel Polis Cedera Tertembak Diri Sendiri
KOTA BHARU, 25 Mac (Bernama) — Seorang konstabel polis di Balai Polis Meranti, Pasir Mas, cedera pada bahagian paha kirinya selepas terkena tembakan sendiri ketika proses mengosongkan senjata api, malam tadi. Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata dalam kejadian pukul 11.42 malam, anggota berusia 29 tahun itu terkena tembakan selepas peluru di dalam pistol dikatakan meletup secara tiba-tiba. “Berdasarkan laporan diterima, […]
Apa KWSP Buat Dengan Duit Simpanan Ahli? Ini Jawapannya
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi institusi yang menyediakan faedah persaraan melalui pengurusan simpanan ahli secara cekap. Pun begitu, pasti ramai yang masih lagi keliru dengan pengurusan wang tersebut. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa KWSP buat dengan duit simpanan ahli? Jom ikuti penjelasan yang dikongsikan di Twitter rasmi KWSP. Menurut ciapan tersebut, caruman KWSP bermula […]
Gangguan Bekalan Air Berjadual Pada 30 Mac Dan 6 April, Ini Senarai Kawasan Terjejas Di Selangor Dan KL
Semalam Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan tentang kerja-kerja penyelenggaraan aset utama Air Selangor secara berjadual bagi tahun ini. Difahamkan, terdapat dua kerja penyelenggaran yang bakal dilakukan, iaitu pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam selama 48 jam dan penggantian injap di jajaran paip air […]
(Video) Alami Masalah Perut Kembung Melampau, Doktor Terkejut Temui Cacing Pita 18 Meter Keluar Dari Rektum Pesakit
Doktor terkejut selepas menemui cacing pita sepanjang 59 kaki di rektum seorang lelaki di Thailand, lapor Daily Mail. Pesakit yang berusia 67 tahun itu dilaporkan telah mengunjungi hospital, di wilayah Nong Khai, Thailand, kerana mengadu sakit perut dan perut kembung. Dia dikatakan tidak mengetahui adanya masalah tersebut dan satu sampel yang diambil terus dihantar ke […]
Kanak-kanak Dicederakan Wanita Kurang Siuman Guna Garpu
JOHOR BAHRU, 25 Mac (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan cedera di bahagian kepala dan tangan akibat dicederakan wanita disyaki kurang siuman menggunakan garpu di Jalan Austin Height 3, Taman Mount Austin, di sini, pagi semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata kejadian berkenaan berlaku di hadapan sebuah pusat tuisyen […]
Harapan Untuk Biaya Perubatan, Wanita Dilapor Temui Mutiara Melo Bernilai Tinggi Dalam Hidangan Dibeli RM9
Seorang wanita di Thailand dilaporkan telah menemui mutiara Melo oren di dalam makanan lautnya, ia dianggarkan bernilai puluhan ribu pound, lapor Daily Mail. Menurut Daily Mail, Kodchakorn Tantiwiwatkul telah membeli siput laut dengan harga 70 baht (RM9.34) dari pasar tempatan untuk makan malam di wilayah Satun, Thailand. Ketika dia memotong siput menjadi kepingan yang lebih […]