Berita

Berita
Kabinet Putuskan Penganut Kristian Dibenar Guna Kalimah Allah Pada Mei 1986 – Hakim
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) — Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa penganut Kristian boleh menggunakan empat perkataan Bahasa Arab termasuk kalimah Allah dalam penerbitan mereka dengan syarat di luar kulit muka depan buku-buku itu ditulis perkataan ‘Untuk agama Kristian.’ Dalam penghakiman setebal 96 muka surat, Hakim Datuk Nor Bee Ariffin berkata keputusannya yang menyaksikan penganut Kristian di seluruh negara boleh menggunakan […]
Berita
(Video) Wanita ’Terdesak’ Nak Guna Tandas Tapi Ada Ular Besar ‘Menumpang’, Terpaksa Beranikan Diri ‘Guna’ Bersama
Seorang wanita yang ingin buang air di sebuah tandas terkejut selepas menemui seekor ular di dalam tandas itu. Louisa Caruso dari barat Sydney, dikatakan sangat terdesak untuk menggunakan tandas tersebut namun hajatnya itu terpaksa dilupakan seketika selepas melihat ular berkenaan. Dia sempat merakamkan insiden itu dan zoom kameranya ke badan ular berkenaan untuk menunjukkan bagaimana ular […]
Berita
Malaysia Amat Kesal Keputusan Korea Utara Putuskan Hubungan Diplomatik
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) — Malaysia amat kesal dengan keputusan Korea Utara untuk memutuskan hubungan diplomatik, kata Kementerian Luar (Wisma Putra). “Malaysia mengecam keputusan itu yang disifatkan tidak wajar, tidak membina dan tidak menghormati hubungan baik sesama masyarakat antarabangsa,” kata kementerian dalam satu kenyataan pada Jumaat. Malaysia kini terpaksa akur dengan keputusan Korea Utara […]
Berita
Kepala Lelaki Dipercayai Pencuri Tersangkut Pada Pagar Selama Tiga Jam Sebelum Polis Datang Untuk ’Selamatkan’
Seorang pencuri di Mexico terpaksa melalui detik-detik yang memalukan apabila kepalanya tersangkut pada pagar ketika didakwa cuba untuk melarikan diri, lapor India Times. Lelaki itu difahamkan ‘mati akal’ apabila terperangkap pada pagar besi tersebut ketika cuba memanjatnya. Menurut saksi, perkhidmatan kecemasan tiba ke tempat kejadian selepas dua jam pencuri itu tersekat pada pagar tersebut, lapor […]
Berita
Pengunjung Cemas Jambatan Gantung Di Pusat Rekreasi Putus
KOTA BHARU, 19 Mac (Bernama) — Lebih 10 pengunjung Lata Keding, Bukit Kudung di Jeli, kira-kira 85 kilometer dari sini berdepan detik cemas apabila jambatan gantung yang dinaiki mereka terputus dalam kejadian tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Jeli, DSP Ahmad Arifin berkata ketika kejadian kawasan tersebut dipenuhi pengunjung yang datang ke pusat rekreasi tersebut. […]
Berita
Gadis 15 Tahun Didakwa Diberi Dadah Dan Dirogol 20 Orang Berlainan Selama 8 Hari Setelah ‘Diumpan’ Beg Sekolah Baharu
Seorang remaja perempuan di India didakwa telah diculik, dikhayalkan dengan dadah dan diperkosa oleh sekurang-kurangnya 20 orang lelaki yang berlainan dalam tempoh 8 hari selepas penculik tersebut dilaporkan mengumpannya dengan berjanji ingin membelikan beg sekolah baru buatnya, lapor The Sun. Menurut portal itu, sebanyak 18 tangkapan telah dibuat – termasuk empat orang yang dibawah umur […]
Kesihatan
TERKINI: Kes Baharu COVID-19 Hari Ini 1,576 Dengan 2 Lagi Kematian
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,576 kes Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 1,576 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 330,042 kes secara keseluruhan. Pecahan kes mengikut negeri, 19 Mac 2021. #COVID19 pic.twitter.com/OnhAodaORM — […]
Berita
Beban Kerja Di Mahkamah Dapat Dikurangkan Jika Ramai Hindari Dosa – Sultan Nazrin
IPOH, 19 Mac (Bernama) — Beban kerja di mahkamah dapat diringankan jika lebih ramai individu menghindarkan diri daripada melakukan dosa dan kejadian jenayah menurun, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini. Namun, titah baginda, ketika ini ramai individu tidak takut melakukan dosa dengan mereka yang melakukan pelbagai jenayah menjadikan mahkamah sebagai gelanggang untuk menegakkan […]
Berita
(Video) Laju & Tajam, Peniaga Di Thailand Guna Mesin Ini Belah Kelapa Muda, Tak Perlu Guna Parang
Kebiasaannya, ramai yang akan menggunakan parang atau pisau yang besar untuk membelah buah kelapa. Namun, jika buah tersebut dalam kuantiti yang banyak, mungkin ia akan memenatkan. Bagi yang masih tidak tahu, peniaga buah kelapa di Thailand menggunakan mesin pembelah yang dilihat sangat berguna dan efisien. Menerusi video di TikTok itu, peniaga tidak perlu menggunakan tenaga […]
Berita
Awas, Ribut Petir Dan Hujan Lebat Dijangka Berlaku Di Beberapa Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di 12 negeri sehingga jam 6 petang ini. Menurut kenyataan yang dikeluarkan di Twitter, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Kedah (Kulim dan Bandar Baharu). Pulau Pinang. Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, […]
Berita
(Video) Bukan Rezeki, Peniaga Sedih Meja Patah & Air Balang Semua Tumpah Tak Sempat Jual
Dalam meniaga, terkadang ada sesuatu yang tidak terjangka berlaku walaupun persediaan yang sebaiknya telah dilakukan. Namun, kegigihan peniaga-peniaga sama ada di pasar malam atau pasar tani sememangnya perlu dipuji kerana mereka tidak berputus asa walaupun ada ujian yang datang menerpa. Menerusi satu video yang tular di TikTok, seorang peniaga di pasar tani meluahkan kesedihan apabila […]
Kesihatan
Chile: Bayi 6 Bulan Tidak Sengaja Disuntik Vaksin COVID-19 Sinovac
MOSCOW, 19 Mac (Bernama) — Seorang bayi berusia enam bulan di Chile secara tidak sengaja disuntik dengan vaksin COVID-19 Sinovac China, lapor Sputnik memetik penyiar 24 Horas pada Khamis. Menurut agensi berita itu, bayi berkenaan diberi vaksin selepas ibunya membawanya ke pusat kesihatan keluarga di komuniti Tirua di wilayah Bio Bio untuk menerima suntikan imunisasi […]
Perbicaraan Ahmad Zahid: Pendakwaan Tutup Kes Selepas Panggil 99 Saksi
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) — Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung 47 pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi, hari ini menutup kes mereka selepas memanggil 99 orang saksi dalam tempoh 53 hari perbicaraan. Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja […]
Berita
Gajah Betina Mati Dirempuh Beberapa Kenderaan Dekat Kota Tinggi
JOHOR BAHRU, 19 Mac (Bernama) — Seekor gajah betina ditemukan mati di tepi jalan selepas dirempuh beberapa buah kenderaan di Batu 7, Jalan Kota Tinggi-Mersing, dekat Kota Tinggi, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor Salman Saaban berkata penemuan bangkai gajah dianggarkan berumur antara 20 dan 30 tahun itu dilaporkan […]
Berita
Dua Sekolah Rendah Ditutup Selepas Dua Zon Bertukar Merah Di Sibu
SIBU, 19 Mac (Bernama) — Pihak berkuasa menutup dua buah sekolah rendah di dua zon di sini bermula hari ini, selepas kedua-dua zon itu bertukar status kepada merah akibat peningkatan kes COVID-19. Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu, penutupan itu membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Ali dan SK St Mary, masing-masing di Zon 9 […]
Luar Negara
Wanita Hamil Dilapor Maut, Ditemui Dalam Keadaan Rahim Dibelah & Bayi Dilarikan
Seorang wanita muda yang hamil lapan bulan dilaporkan telah meninggal dunia setelah rahimnya dipotong dan bayinya dilarikan. Menurut Daily Star, wanita berusia 21 tahun itu ditemui mati di rumahnya di kawasan kejiranan Nova Holanda di perbandaran Macae Brazil pada 17 Mac lalu. Pihak berkuasa yang tiba di rumahnya melihat ‘adegan’ ngeri setelah mereka memecahkan pintu […]
Berita
Sembilan Pelajar Malaysia Antara 125 Pelajar Cemerlang Dunia Terima Biasiswa Jepun
KUALA LUMPUR, 19 Mac — Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang buat sembilan pelajar Malaysia apabila terpilih penerima Biasiswa Kerajaan Jepun Monbukagakusho:MEXT untuk tahun akademik 2021. Mereka adalah antara 125 pelajar terbaik dari seluruh dunia yang menerima biasiswa tersebut untuk program sarjana. Ti Jia Qian, 19, masih tidak percaya beliau terpilih kerana perlu bersaing dengan 150 […]
Berita
Noor Nabila Dan Engku Emran Selamat Diijabkabulkan, Kini Bergelar Suami Isteri
Kakak kepada Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor dilaporkan selamat bernikah dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin sebentar tadi. Menurut laporan Astro Awani, majlis pernikahan tersebut dilangsungkan secara tertutup di sebuah masjid di Kuala Lumpur. Berita gembira berkenaan turut dikongsikan oleh Neelofa menerusi beberapa video yang dimuatnaik di IG Story miliknya. Engku Emran dilihat menyerahkan […]
Luar Negara
Panjat Pokok Selamatkan Diri Daripada Dikejar Anjing, Kucing Menderita Dikerumuni Kerengga
Seekor anak kucing terpaksa menderita dan menahan sakit berbisa apabila tubuhnya dikerumuni puluhan ekor semut kerengga. Kejadian yang dipercayai berlaku di Thailand itu dikongsikan oleh seorang individu, Jeab Carlo Depaoli Chitreechao dalam satu perkongsian di Facebook baru-baru ini. Berdasarkan perkongsian tersebut, difahamkan pada awalnya anak kucing itu berdepan situasi bahaya apabila didakwa ia dikejar anjing […]
Luar Negara
(Video) Seakan Tahu Tentang Kebersihan, Aksi Cimpanzi Pegang Penyapu Cuci Kandang Jadi Viral
Seperti manusia, seekor cimpanzi mengagumkan warganet kerana dilihat sangat rajin membersihkan kandangnya. Aksinya itu telah dirakam dan tular di Twitter sejak beberapa hari yang lalu. Menerusi ciapan Animals World, cimpanzi itu tinggal di dalam kandang di Zoo Tallinn, Estonia. A Keeper At Tallinn Zoo Forgot a Broom In The Chimpanzee Enclosure – This Followed… pic.twitter.com/MmlbGAXYQc […]