Berita

Ibu Tak Sangka Dapat Buat Kek ‘Gebu-Gebas’ Hanya Ikut Resipi Dari Buku Teks Anak Darjah 2
Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang dilaksanakan menyebabkan ramai para ibu terutamanya yang terpaksa menjadi ‘guru’ membantu mengajar anak-anak di rumah. Selain membantu anak menyiapkan kerja sekolah, ada di antara ibu yang kreatif sehingga mempraktikkan resipi yang ditulis di dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun Dua. Paling seronok, resipi tersebut menjadi dengan jayanya! […]

“Cuma Jaga Portion,” Kembar Ini Tampil Lebih Menawan, Sama-Sama Berjaya Turun 22kg Lepas Amalkan Diet Dan Senaman Ini
Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menurunkan berat badan. Namun, satu cara yang terbukti berkesan ialah dengan mengamalkan diet yang sihat dan bersenam secara konsisten. Tapi, bukan mudah untuk konsisten. Ada sahaja godaan yang selalu membuatkan usaha terhenti di tengah jalan. Lainlah kalau ada ‘geng’ yang sama-sama diet untuk mencapai matlamat yang sama. Lebih semangat […]
Gempa Bumi Sederhana 5.4 Skala Richter Dilapor Gegar Irian Jaya, Indonesia
Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 skala Richter dilaporkan telah berlaku di Irian Jaya, Indonesia pada jam 9.16 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi Twitter memaklumkan bahawa gempa tersebut berlaku di 346km Barat Daya Jayapura, Indonesia dengan kedalaman 10km. Pun begitu, gempa tersebut tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia. Gempa bumi sederhana berlaku di Irian […]
(Video) Detik-Detik Cemas Harimau Bintang Terkam Seorang Lelaki Hingga Cedera Di Bahu
Seekor harimau bintang dilaporkan telah menerkam seorang lelaki ketika para pegawai hidupan liar mengejar haiwan itu di sebuah tapak bangunan di India Tengah. Harimau bintang itu merayau ke kawasan perumahan setelah melarikan diri dari tempat perlindungan hidupan liar yang berdekatan kelmarin, lapor Daily Mail. Menerusi satu rakaman video, harimau bintang itu dilihat menerkam lelaki yang […]

Elak Bagi Pinjam ‘Phone’ Kepada Penumpang, Polis Dedah Taktik Penjenayah Tipu Pemandu E-Hailing
Polis memberi amaran kepada semua pemandu e-hailing di negara ini untuk berhati-hati daripada menjadi mangsa penjenayah yang menggunakan taktik terbaru bagi menipu pemandu. Menurut kenyataan, terdapat lima (5) modus operandi yang digunakan suspek termasuk meminta pemandu untuk berpatah balik dengan alasan tertinggal telefon bimbit di rumah. Mangsa yang terpedaya hanya menyedari ditipu apabila menerima pesanan […]
Denda Tidak Lebih RM100,000 Untuk Berita Palsu Mengenai COVID-19, Darurat
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) — Mana-mana individu mencipta, menerbit atau menyebarkan berita tidak benar berhubung COVID-19 atau proklamasi daurat boleh berdepan dengan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali, mulai esok. Bagi kesalahan yang berterusan pula, denda yang dikenakan tidak lebih RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan. Ini berikutan kerajaan telah mewartakan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No.2) 2021, […]
“Hari Ini 12 Mac, Genaplah Setahun Wabak COVID-19 Diisytihar Sebagai Pandemik..,” – KKM
Pandemik COVID-19 kini telah genap setahun setelah diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada tahun lepas. Menerusi perkongsian KKM di laman Facebook rasmi, mereka ada berkongsikan bahawa sekarang terdapat peluang untuk kita menang bagi melawan virus yang membawa maut ini. Lebih setahun ‘mendung’ berterusan, kini ‘mentari’ muncul lagi HARI ini 12 Mac, genaplah setahun wabak coronavirus […]
Dua Wanita Terkejut, Temui Serpihan Bangkai Pesawat Dilapor Terhempas 70 Tahun Lalu Ketika Bersiar-siar
Serpihan bangkai pesawat yang ‘menyeramkan’ dilaporkan telah ditemui di sebuah gunung oleh dua orang wanita yang bersiar-siar di situ. Pamela Aitken dan Kathryn Gaffney mengatakan bahawa mereka sedang berjalan berhampiran Largs, Ayrshire, Scotland, dan tiba-tiba tersadung pada satu serpihan. Tidak lama kemudian, mereka mendapati bahawa mereka sebenarnya menemui bangkai kapal terbang. Menurut Daily Star, ia […]
(Video) Serpihan Meteor Dilapor Lintasi Langit AS, Kelajuan Direkodkan 42,000 Batu Per Jam Sehingga Gegarkan Bangunan
Satu meteor dilaporkan telah melintasi langit di utara Vermont, Amerika Syarikat, dengan begitu pantas sehingga menggegarkan bangunan. Menurut Mirror.co, meteor itu yang dinamakan oleh NASA sebagai ‘bunga api kecil’ direkodkan dengan kelajuan 42,000 batu per jam. Serpihan meteor itu disaksikan oleh orang ramai kira-kira pada jam 5.38 petang waktu tempatan pada Ahad lalu ketika ia […]
Pasangan Warga Emas Maut Dalam Kemalangan Di Mersing
MERSING, 11 Mac (Bernama) — Pasangan suami isteri warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler membawa muatan pasir di Kilometer 54, Jalan Kluang-Mersing, di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa Rosnan Aris, 64, seorang peniaga kedai makanan dari Felda Nitar 2 di sini, meninggal dunia di tempat […]
(Video) Mulanya Bingung, Reaksi Kanak-kanak Menangis Pertama Kali Tengok Bayang-bayang Sendiri Jadi Viral
Dalam fasa membesar, kanak-kanak cenderung untuk melakukan sesuatu yang tidak terjangka. Mereka juga kebiasaannya akan teruja meneroka atau mengetahui sesuatu yang baru. Pun begitu, berbeza dengan reaksi kanak-kanak lelaki ini yang pertama kali melihat bayang-bayangnya sendiri. Menerusi video yang tular di Twitter, dia pada awalnya dilihat sangat kebingungan dan selepas itu menangis kerana takut melihat […]
Bilangan Negara Eropah Tangguh Guna Vaksin AstraZeneca Bertambah, Kini Itali & Iceland Turut Ambil Langkah Serupa
Beberapa negara Eropah dilapor mula menangguhkan pengambilan vaksin COVID-19 AstraZeneca, termasuk antara yang terkini iaitu Itali. Merujuk laporan semasa Anadolu, Agensi Perubatan Itali (IMA) melaksanakan larangan pengambilan vaksin tersebut selepas sebilangan besarnya didakwa berkait dengan kesan sampingan serius. “Larangan itu mensasarkan kumpulan penerima ABV2856 dan pihak kami mungkin akan pertimbangkan langkah-langkah tambahan jika diperlukan, dalam […]
(Video) Isteri Hamil Mengidam Nak Tengok Tv, Suami Minta Maaf Baru Mampu Belikan
Bila sudah mendirikan rumah tangga, setiap suami pasti akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk isteri yang tercinta. Apatah lagi jika saat kehamilan, pasti segala keinginan isteri akan dituruti. Sama seperti lelaki ini yang membelikan televisyen untuk isterinya yang mengidam ketika hamil lima bulan. Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, Sandi memohon maaf kepada isterinya kerana […]
TERKINI: Ikut Jejak Denmark, Giliran Norway Tangguh Guna Vaksin COVID-19 AstraZeneca
Kerajaan Norway mengikut jejak Denmark dalam menangguhkan sementara pengambilan vaksin COVID-19 AstraZeneca. Keputusan ini dipercayai mungkin berkaitan dengan kebimbangan berhubung laporan kejadian darah beku yang berlaku dalam kalangan penerima vaksin berkenaan. JUST IN: Norway has suspended use of the AstraZeneca coronavirus vaccine — The Spectator Index (@spectatorindex) March 11, 2021 #UPDATE #Norway‘s health authorities said […]
Sebak, Ibu Luah Kesedihan Anak Meninggal Dunia Enam Hari Sebelum Sambut Hari Lahir
Tiada kata yang dapat digambarkan jika kehilangan orang yang tersayang buat selamanya. Apatah lagi jika mereka merupakan seorang anak yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh. Menerusi perkongsian Sharmila Sha Ismail di Facebook, beliau berkongsi mengenai arwah anak perempuannya. Menurut Sharmila, anaknya yang berumur 7 tahun meninggal dunia disebabkan oleh kanser Chordoma iaitu sejenis […]

Polis Tahan Pesakit Mental Separuh Bogel, Cuba Ganggu Wanita
KOTA BHARU, 11 Mac (Bernama) — Polis telah menahan seorang pesakit mental dipercayai individu yang melakukan perbuatan tidak senonoh dan lucah dalam keadaan separuh bogel di sebuah kedai menjual telefon bimbit di Jalan Pintu Pong, di sini, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan ACP Wan Khairuddin Wan Idris berkata tangkapan terhadap lelaki berusia 26 tahun itu dilakukan di […]
“Guna Selagi Boleh”, Ini 5 Cara Tingkatkan Prestasi Laptop Anda Boleh Cuba
Ada antara kita yang masih menggunakan laptop lama kerana tiada bajet, tiada masa untuk ‘research’ laptop baru mahupun takut untuk membeli secara atas talian. Kadangkala, ada yang mewarisi laptop daripada adik beradik yang lebih tua untuk ke universiti. Selagi boleh dihidupkan, selagi itulah ia digunakan untuk buat kerja dan tugasan. Sesuai dengan umurnya, prestasi laptop […]
(Video) “Yaya Nak Beli…”, Jawapan Tak Disangka-sangka Adik Yaya Nak Beli Apa Kalau Banyak Duit Buat Ayahnya Terkejut
Walaupun terkadang telatah anak-anak kecil membuatkan ibu bapa ‘pening’ namun celoteh mereka sememangnya sangat menghiburkan dan boleh menghilangkan segala penat lelah. Apabila berbual dengan mereka, banyak perkara yang tidak terjangka akan keluar dari mulut mereka. Sama seperti video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter, Fyaireez, yang menyaksikan perbualannya bersama anak perempuannya. Berumur dua tahun, Aldariya Dareesa […]
COVID-19: Denmark Dilapor Henti Guna Vaksin AstraZeneca, Wujud Kebimbangan Selepas Terima Laporan Ada Penerima Didakwa Alami Darah Beku Serius Hingga Maut
Kerajaan Denmark dilaporkan telah menangguhkan vaksinasi COVID-19 keluaran Oxford AstraZeneca ekoran wujud kebimbangan berlaku implikasi serius terhadap penerimanya. Menteri kesihatan, Magnus Heunicke memaklumkan, antara laporan kes implikasi serius yang dikenal pasti adalah penerima didakwa mengalami keadaan darah membeku yang teruk, termasuk ada kes sehingga membawa maut. “Sebagai langkah pencegahan, pihak berkuasa kesihatan terpaksa menghentikan proses […]
(Video) Gunung Merapi Dilapor Hembur Awan Panas Dengan Jarak Luncuran Sejauh 1,200 Meter
Gunung Merapi yang berada di sempadan Jawa Tengah dan Daerah Istimewa Yogyakarta dilaporkan telah memuntahkan lonsoran awan panas dengan jarak luncuran sejauh 1,200 meter ke arah barat daya pada hari ini, lapor Antara News. Ketua Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG), Hanik Humaida, melalui kenyataan rasminya mengatakan bahawa longsoran awan panas itu terjadi […]