Berita

Berita
(Kemaskini) Kelima-lima Mangsa Runtuhan Jejambat Berjaya Dikeluarkan, 2 Mangsa Dilaporkan Maut
Dua wanita maut manakala tiga lagi cedera parah setelah van dinaiki mereka dihempap sebahagian struktur binaan jejambat yang runtuh dalam kejadian di Desa Tun Razak, di sini petang tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata dalam kejadian 5.58 petang tadi, van tersebut sedang melalui Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) […]
Berita
Pasangan Tunang Didakwa Edar, Miliki Dadah
KUALA TERENGGANU, 3 Mac (Bernama) — Seorang lelaki bersama tunangnya hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliki dan mengedar dadah. Mohamad Amirul Aliff Mat Jusoh, 22, seorang penganggur, didakwa atas lima pertuduhan membabitkan pengedaran dadah jenis metamfetamin seberat 2,848 gram dan heroin seberat 1,096 gram. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan kawasan Kampung Jambu Bongkok, Marang dan di […]
Berita
TERKINI: MRR2 Dari Sri Petaling Ke Sg. Besi Sesak Teruk Dipercayai Akibat Struktur Binaan Runtuh
Sebuah tapak pembinaan berhampiran Desa Tun Razak dipercayai telah runtuh dalam kejadian sebentar tadi, memetik laporan Astro Radio Traffic. Runtuhan itu dilaporkan telah menjadi punca penambahan kesesakan dari Sri Petaling ke Pekan Sg besi dengan penutupan dua (2) lorong kanan. Menurut info dari projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) seperti memetik laporan Astro, struktur […]
Berita
TERKINI: 1, 745 Kes Baharu Covid-19 Dengan 7 Lagi Kes Kematian Dilaporkan
Setakat hari ini, 3 Mac 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan lagi 1, 745 kes baharu positif Covid-19. Daripada jumlah kes baharu hari ini menjadikan jumlah kes aktif adalah 24, 025. Sejumlah 195 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuklah 95 memerlukan bantuan pernafasan. Sehubungan dengan itu, jumlah kes sembuh turut mencatat jumlah […]
Berita
P.Pinang Minta Benarkan Hospital Swasta Beli Dan Tawarkan Suntikan Vaksin Covid-19
BUKIT MERTAJAM, 3 Mac (Bernama) — Kerajaan negeri Pulau Pinang memohon kepada kerajaan pusat untuk membenarkan hospital swasta di negeri itu membeli vaksin COVID-19 dan menawarkan suntikan agar mereka yang berkemampuan boleh mendapatkan vaksin dengan lebih cepat. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar Pulau Pinang, Dr Norlela Ariffin berkata […]
Berita
Pesawat South Supreme Airlines Terhempas Di Sudan Selatan, Ragut Nyawa Semua Penumpang
Sebuah pesawat komersial, South Supreme Airlines HK 4274 terhempas di Sudan Selatan pada Selasa malam telah mengakibatkan kesemua 10 penumpang maut. Menurut Gabenor negeri Jonglei, Denay Jock Chagor berkata mangsa termasuk lapan penumpang dan dua juruterbang. Nahas berlaku ketika pesawat tersebut berlepas dari bandar Pieri di negeri Jonglei dalam penerbangan menuju ke Juba. Bagaimanapun, Pengarah […]
Berita
Sembilan Pemain Bola Sepak Maut Nahas Jalan Raya Di Sierra Leone, FIFA Ucap Takziah
ISTANBUL, 3 Mac (Bernama) — FIFA pada Rabu mengucapkan takziah atas kehilangan sembilan pemain bola sepak yang terbunuh dalam nahas jalan raya di Sierra Leone, lapor Agensi Anadolu. “FIFA terkejut dan sedih dengan kematian tragis membabitkan sembilan pemain bola sepak dan jurulatih komuniti Makarie FC dalam kemalangan jalan raya di Sierra Leone. ”Presiden dan FIFA mengucapkan takziah kepada […]
Berita
Gelombang Haba, 4 Daerah Di Semenanjung Termasuk Tangkak & Kota Setar Berada Di Tahap Berjaga-Jaga
Sebanyak empat (4) kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan gelombang haba pada tahap kuning atau berjaga-jaga setakat 4.40 petang hari ini, menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). Kawasan terbabit yang dalam gelombang haba ialah melibatkan dua daerah di Kedah iaitu Chuping dan Kota Setar, masing-masing satu daerah di Kelantan iaitu Jeli dan Johor di Tangkak. Manakala, […]
Berita
Kanak-Kanak Maut Dipercayai Lemas Dalam Besen
GEORGE TOWN, 3 Mac (Bernama) – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 17 bulan meninggal dunia awal pagi ini dipercayai akibat lemas dalam besen ketika mandi di bilik air rumah pengasuhnya di Permatang Damar Laut, Batu Maung dekat sini. Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A.Anbalagan berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu selepas dihubungi oleh doktor […]
Berita
Pesawat Bombardier Maritim Bantu Padam Kebakaran Hutan Simpan
KUALA LUMPUR, 3 Mac – Pesawat Bombardier CL 415 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini meneruskan operasi membantu memadamkan kebakaran di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan. Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata pesawat amfibia berkenaan diatur gerak atas keperluan yang kritikal dan sangat diperlukan bagi membantu memadam kebakaran di […]
Berita
TERKINI: Harga Runcit Petrol RON97 & RON 95 Serta Diesel Kekal, Dari 4 Mac Hingga 10 Mac 2021
Kementerian Kewangan Malaysia pada hari ini telah mengemas kini harga runcit bagi produk petroleum untuk tempoh 4 Mac hingga 10 Mac 2021. Perkara ini telah dimaklumkan menerusi siaran media yang dikeluarkan melalui akaun rasmi Twitternya. Harga runcit petrol RON97 kekal RM2.35, RON95 kekal RM2.05, diesel kekal RM2.15 seliter. Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa kesan perubahan […]
Berita
PBT Diberi Kuasa Keluarkan Kompaun Mulai 11 Mac Ini
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan badan-badan berkanun akan diberikan kuasa untuk mengeluarkan kompaun kepada orang ramai mulai 11 Mac 2021 ini. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, ia telah termasuk dalam pindaan ke atas Akta 342 mengikut Seksyen […]
Luar Negara
Thailand Rancang Bina ‘Jambatan Darat’ Ganti Idea Bina Terusan Segenting Kra, Dipercayai Laluan Perdagangan Baru Ganti Selat Melaka
Thailand melakar sejarah baharu dalam sistem pengangkutan negara apabila negara itu bersetuju memulakan projek ‘Louis Land Bridge’ bagi menggantikan cadangan projek terdahulu, Terusan Segenting Kra. Memetik sumber, projek jambatan darat itu bakal mengintegrasikan model pengangkutan dengan menghubungkan dua pelabuhan, iaitu Pelabuhan Ranong di laut Andaman (barat) dengan Pelabuhan Chumphon di Teluk Thailand (timur). Ia dijalankan […]
Kesihatan
Jumlah Kes COVID-19 Global Kembali Meningkat – WHO
MOSCOW, 3 Mac (Bernama) — Jumlah kes baharu jangkitan COVID-19 global kembali meningkat sejak seminggu lalu, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). “Lebih 2.6 juta kes baharu dilaporkan minggu lalu, meningkat tujuh peratus berbanding minggu sebelumnya, selepas menunjukkan penurunan enam minggu berturut-turut. Ia didorong peningkatan kes di Timur Tengah (14 peratus), Selatan- Asia Timur (sembilan […]
Berita
(Gambar) Pemuda Labur RM10k “Make Up” Bezza, Kini Tampil Imej Lebih Garang
Bila sebut mengenai kereta sendiri, pasti ramai yang membayangkan untuk ‘mencantikkan’ kenderaan itu dengan pelbagai spec yang menarik. Sebenarnya, tak kisah kereta apa pun, ia pasti akan kelihatan lawa jika tidak diubah dengan keterlaluan. Tetapi, apa yang penting adalah anda juga perlu bersedia dari segi wang ringgit kerana sesetengah kereta menelan kos yang sangat tinggi […]
Berita
(Video) Kenapa Penyanyi Pakai ‘Earphone’ Semasa Persembahan, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu
Pasti ramai diantara kita yang pernah perasan pemuzik dan penyanyi-penyanyi profesional memakai earphone ketika membuat persembahan. Ianya pasti menimbulkan persoalan kepada kita tentang apakah yang mereka sedang dengar di dalam earphone tersebut. Menurut satu YouTube Channel bernama VokalPlus ini, earphone yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah ‘In-Ear Monitor’ (IEM). Portal Cymatics menjelaskan bahawa IEM ini adalah […]
Berita
TNB Sasar Pasang 1.5 Juta Meter Pintar Di Lembah Klang, Melaka
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) — Sebanyak 1.5 juta pemegang Akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Melaka dan Lembah Klang bakal dilengkapi dengan meter pintar menjelang hujung tahun ini. Pengarah Projek Infrastruktur Pemeteran Maju (AMI) TNB Ir Mohamed Ghous Ahmad berkata setakat ini pihaknya telah memasang kira-kira 1.06 juta meter pintar tersebut di kedua-dua kawasan […]
Gaya hidup
Sama-sama Pelihara Dan Pulihara Hutan – Shamsul
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) — Masyarakat perlu sama-sama berganding bahu memelihara dan memulihara hutan yang semakin terancam ekosistemnya, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah. Dalam perutusan sempena Hari Hidupan Liar Sedunia hari ini, beliau berkata hutan bukan sahaja menjadi habitat utama flora dan fauna tetapi juga menyumbang kepada […]
Berita
(Video) Penghadang Balkoni ‘Runtuh’, Tujuh Pelajar Dilaporkan Maut
Tujuh orang pelajar kolej dilaporkan maut setelah terjatuh daripada balkoni tingkat empat salah sebuah bangunan kuliah di salah sebuah universiti terletak di Bolivia, lapor Daily Mail. Menurut portal itu, kejadian berlaku pada Selasa ketika para pelajar bersesak-sesak ingin masuk ke dalam dewan kuliah di mana ada antara mereka yang bersandar pada rel penghadang di balkoni. […]
Berita
Penduduk Bimbang Tebing Longkang Runtuh
JOHOR BAHRU, 3 Mac (Bernama) — Penduduk di Jalan Ketapang 9, Taman Rinting, di sini, bimbang terhadap keselamatan mereka selepas tebing longkang di laluan masuk jalan itu runtuh sejak kira-kira empat bulan lepas. Seorang penduduk, Mohamad Ashraf Mat Jusoh, 27, berkata keadaan tebing yang runtuh sedalam tiga meter itu menyebabkan penduduk perlu berwaspada ketika menaiki […]