Berita

Berita
Kebakaran Di Bukit Durian Berjaya Dikawal Selepas 24 Jam – Bomba
MELAKA, 27 Feb (Bernama) — Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Melaka (JBPM) mengambil masa kira-kira 24 jam bagi mengawal kebakaran belukar dan ladang kelapa sawit membabitkan kawasan seluas 16 hektar di Kampung Bukit Durian di sini. Penolong Pengarah Operasi JBPM Melaka Penguasa Kanan Bomba II, Muhammad Izwan Arief Mat Nor berkata pemantauan akan dijalankan dalam tempoh […]
Berita
Terlalu Awal Untuk Anggap Vaksinasi Sebagai ‘Pasport Imuniti’ – Dr Noor Hisham
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) — Masih terlalu awal untuk menganggap bahawa vaksinasi COVID-19 akan dijadikan sebagai asas untuk memperoleh ‘pasport imuniti’ supaya seseorang dapat bergerak dengan bebas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata kerajaan masih perlu mengkaji dengan teliti hasil keberkesanan dan keselamatan vaksin berkenaan sebelum membuat sebarang […]
Berita
Nelayan Ditemukan Lemas Di Pantai Seberang Takir
KUALA NERUS, 27 Feb (Bernama) — Seorang nelayan ditemukan lemas selepas keluar memukat ikan di Pantai Seberang Takir, di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata pihaknya menerima laporan kes berkenaan pada 11.30 pagi dan mengarahkan sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian. Katanya, mangsa Mohd Mahmood, 71, telah keluar memukat ikan […]
Berita
TERKINI COVID-19: 2,364 Kes Baharu & 3,320 Kes Sembuh Dilaporkan Hari Ini
PUTRAJAYA, 27 Feb – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 2,364 kes positif baharu hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 289,315 kes bersamaan 27,028 kes aktif dengan kebolehjangkitan. Selangor terus mencatat angka harian tertinggi dengan 862 kes hari ini, diikuti Johor sebanyak 314 kes dan Perak dengan 305 kes. Dalam […]
Hiburan
‘Jurulatih’ Shaolin Soccer & Aktor Lagenda Hong Kong, Ng Man-tat Meninggal Dunia
Pelakon veteran Hong Kong, Ng Man-tat dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 70 tahun dipercayai akibat komplikasi kanser. Memetik sumber laporan, Tat yang pernah memegang watak sebagai jurulatih bola sepak dalam filem Shaolin Soccer (2001) itu sebelum ini dirawat di hospital kerana mengalami masalah kanser hati. Bagaimanapun kesihatannya didakwa merosot sejak dua bulan […]
Kesihatan
PRU Hanya Selepas Negara Pulih – Hamzah
SELAMA, 27 Feb (Bernama) — Kerajaan Pakatan Nasional (PN) pastinya akan mengambil kira situasi pandemik dan program imunisasi dalam kalangan rakyat sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 bagi mengelak tercetusnya gelombang baharu penularan COVID-19 dalam negara. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pilihan raya hanya akan diadakan apabila negara benar-benar pulih daripada pandemik […]
Berita
COVID: ACD Di Zon 7 Tiong Hua Sibu Minggu Depan
SIBU, 27 Feb (Bernama) — Operasi Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) pandemik COVID-19 dalam kalangan penduduk di Zon 7 Tiong Hua di sini, akan dilaksanakan seawal minggu depan. Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu Dr Annuar Rapaee berkata ini susulan peningkatan kes COVID-19 di kawasan itu sejak beberapa hari lepas. Beliau berkata satu perbincangan antara […]
Luar Negara
Lelaki Dilapor Pura-Pura Diculik Kerana Malas Pergi Kerja
Seorang lelaki dilaporkan telah memalsukan penculikannya sendiri kerana tidak mahu untuk pergi bekerja. Menurut Global News, lelaki itu mengikat dan ‘membuang’ dirinya sendiri di tepi jalan. Lelaki berusia 19 tahun itu mengaku bersalah melaporkan maklumat palsu kepada pihak berkuasa. Melalui keterangannya pada pihak polis tempatan, dia mengikat tangannya dengan tali pinggang sendiri, memasukkan bandana di […]
Tragedi
(Video) Bas Bawa Pesakit COVID-19 Dilapor Terbabas Rempuh Pondok Tol UPM
Berlaku satu kemalangan melibatkan sebuah bas dalam satu kejadian di Lorong K05, Plaza Tol Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini. Bas yang terlibat dalam kejadian berkenaan dilapor membawa pesakit COVID-19, menurut laporan Astro Awani. Laporan tersebut dimaklumkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi satu ciapan di Twitter sebentar tadi. Bas berkenaan dilaporkan terbabas sebelum melanggar […]
Berita
Persoal Berat Baja, Pembeli Minta Maaf Lepas ‘Disekolahkan’ Penjual Berkelulusan PHD
Seperti yang diketahui, kebanyakan platform membeli belah dalam talian pada masa kini mempunyai pelbagai barangan yang semestinya sentiasa mendapat perhatian orang ramai. Dengan keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, ia sememangnya membuka peluang kepada ramai penjual untuk memasarkan barangan mereka. Pun begitu, terkadang berlaku sesuatu yang tidak terjangka di antara penjual dan pembeli di […]
Berita
Berjaya Temui Vaksin COVID-19, Pasangan Saintis Muslim Dianugerah Darjah Kebesaran Tertinggi Jerman
Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier dilapor bakal menganugerahkan pasangan saintis Muslim, Dr Ugur Sahin dan Dr Ozlem Tureci dengan Darjah Kebesaran Tertinggi Jermas di atas kejayayaan pasangan suami isteri itu menghasilakan vaksin COVID-19. Dr. Ugur Sahin dan Dr. Ozlem Tureci merupakan keturunan kepada satu imigran Turki yang berhijrah ke Jerman suatu ketika dahulu. Darjah Kebesaran Tertinggi […]
Berita
Kompaun RM10,000 Untuk Pesalah Berulang, Cetus Penularan COVID-19
JELI, 27 Feb (Bernama) — Kompaun RM10,000 yang berkuat kuasa pada 11 Mac ini hanya dikenakan terhadap individu melakukan kesalahan berulang kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta mereka yang boleh mencetuskan penularan COVID-19, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Beliau menjelaskan bahawa keputusan kerajaan menaikkan nilai kompaun daripada RM1,000 kepada RM10,000 […]
Luar Negara
(Video) Terlepas Dari Mulut Buaya, Viral Aksi Kura-kura Lari ‘Sehabis Laju’ Selamatkan Diri Dari Dimakan
Kita mungkin biasa terlihat situasi haiwan karnivor yang ganas menyerang dan menangkap mangsa untuk dijadikan santapannya. Siaran dokumentari seperti National Geographic antara rancangan yang biasa ditayangkan di kaca televisyen tentang babak-babak ganas tersebut. Dalam kebanyakan haiwan pemangsa, satu-satunya yang sangat ‘berkuasa’ di kawasan perairan sungai tidak lain tidak bukan ialah buaya. Tular di Twitter satu […]
Berita
Empat Guru Kongsi Pengalaman Terima Suntikan Vaksin
PUTRAJAYA, 27 Feb (Bernama) — “Saya harap suntikan ini dapat memberi keyakinan kepada semua dan juga tanda sokongan kepada usaha membasmi penularan wabak COVID-19 dalam negara,” kata Cikgu Badaruddin Yahya, selepas menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech bagi Fasa 1 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), hari ini. Badaruddin, guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1), adalah seorang daripada empat guru yang menerima suntikan […]
Berita
Tabika Perpaduan Secara Bersemuka Bermula Isnin
PUTRAJAYA, 27 Feb (Bernama) — Pembukaan semula semua Tabika Perpaduan secara bersemuka di seluruh negara bermula Isnin depan adalah selari dengan pengumuman Kementerian Pendidikan pada 19 Feb lalu, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique. Beliau berkata Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan memastikan pengoperasian Tabika Perpaduan tertakluk kepada pematuhan ketat garis panduan pembukaan semula […]
Gaya hidup
“Yen, Redhakanlah Mommy Nak Kahwin”, Bakal Pengantin ‘Pasrah’, Oyen Rasmi Dulu Pelamin & Katil
Bagi yang memiliki kucing, anda pasti tahu bahawa haiwan comel itu terkadang boleh berkelakuan ‘aneh’. Dengan gelagatnya yang bersahaja, ia bagaikan menjadi ‘raja’ di dalam rumah. Apatah lagi kucing oren, ia sememangnya dikenali dengan tingkah langkah yang boleh ‘mencabar kesabaran’. Namun, mereka tetap menjadi kesayangan dan sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri. Menerusi perkongsian Cik […]
Berita
Vaksin Sinovac Selamat Dan Halal – Duta China
SEPANG, 27 Feb (Bernama) — China hari ini memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa vaksin keluaran negara itu selamat dan berkesan kerana kerajaannya sentiasa memastikan syarikat vaksin China menjalankan penyelidikan dan pembangunan vaksin dengan mematuhi undang-undang saintifik dan peraturan berkaitan. Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing berkata fasa tiga ujian klinikal vaksin Sinovac COVID-19 telah dijalankan di banyak negara dengan lebih 36 juta dos vaksin Sinovac telah diberikan […]
Berita
MAQIS P.Pinang Rampas Dua Kontena Kayu Bernilai Lebih RM250,000
BUTTERWORTH, 27 Feb (Bernama) — Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas 5,411 unit kayu spesies White Oak Kd Rough Sawn bernilai RM251,845 kerana gagal mematuhi syarat permit impot yang sah, di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), semalam. Pengarahnya Zarina Ramli berkata dalam pemeriksaan pada 2 petang itu, mendapati dua kontena membawa muatan spesies kayu yang diimport […]
Berita
(Video) Anjing Selamba Tidur Masa Latihan Rompakan
Seekor anjing baka Husky membuktikan kepada tuannya bahawa ia tidak boleh menjadi penjaga yang sesuai kerana tidur semasa sesi latihan rompakan bersenjata kedai emas dilakukan. Menurut laporan Daily Mail, kejadian di Chiang Ma, Thailand pada 16 Februari itu telah dirakam menerusi CCTV dan menunjukkan anjing itu membiarkan sahaja ‘perompak’ yang memegang senjata memasuki premis tersebut. […]
Berita
Pembukaan Sekolah Beri Sinar Baharu Pada Pengusaha Bas Van
JOHOR BAHRU, 27 Feb (Bernama) — Pengusaha bas dan van sekolah di Johor menyifatkan pembukaan sekolah pada 1 Mac ini memberikan sinar baharu kepada mereka selepas terjejas mata pencarian berikutan pandemik COVID-19. Saisnorfariza Isnin, 27, yang menguruskan perniagaan van sekolah sejak tahun lepas berkata walaupun pendapatan yang bakal diraih berkurangan sehingga 50 peratus berikutan jumlah penumpang yang […]