Berita
Lelaki Dilaporkan Maut Ditembak Selepas ‘Prank’ Rompak Tak Menjadi
Polis di Tennessee, Amerika Syarikat sedang menjalankan siasatan susulan seorang lelaki ditembak dan terbunuh ketika cuba untuk melakukan prank rompakan demi video YouTube, lapor Global News. Polis Nashville terus bergegas ke tempat kejadian sejurus selepas menerima panggilan daripada seorang lelaki berumur 23 tahun yang mengakui bahawa dia telah menembak lelaki berumur 20 tahun itu, menurut […]

Raih Sehingga RM243,000, Peladang Tawar Khidmat ‘Video Call’ Dengan Kambing Ketika ‘Zoom Meeting’ Terima 10,000 Panggilan
Bermula daripada gurauan dengan rakannya, seorang peladang di England kini menyediakan perkhidmatan panggilan video dengan kambing miliknya sebagai hiburan ketika mesyuarat atas talian. Menurut Washington Post, Dot McCarthy, 32, menawarkan perkhidmatan tersebut untuk individu yang ingin membuat kejutan dengan penampilan seekor kambing dalam panggilan video berkumpulan. Secara tiba-tiba, seekor kambing akan muncul dengan namanya terpapar […]
Jangan Ambil Mudah, Ketahui Status Anda Dalam Rantaian COVID-19 Dan Prosedur Yang Perlu Dilakukan
Susulan daripada angka kes COVID-19 yang dicatatkan setiap hari di Malaysia, risiko dijangkiti virus tersebut amatlah tinggi di samping kita selalu diingatkan untuk sentiasa menjaga penjarakan fizikal dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Justeru daripada itu, adalah satu kewajipan bagi kita yang masih belum jelas lagi berkenaan dengan status diri dalam rantaian COVID-19 serta definisi […]
“Terdapat Dua Kemungkinan,” Foto Kucing Ketakutan Dipercayai Ditinggalkan Atas Sebatang Kayu Cetus Kemarahan
Satu foto yang memaparkan seekor kucing yang dilaporkan ditemui terkandas dipercayai ditinggalkan pada sebatang kayu kira-kira 500 meter daripada pantai telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan pencinta haiwan, lapor Daily Star. Menurut Daily Star, foto yang memaparkan kucing berwarna hitam dan putih itu telah mengejutkan ramai pengguna media sosial kerana haiwan itu kelihatan sedang ketakutan ketika […]
Gempa Bumi Sederhana Gegar Rantau Kepulauan Filipina
KUALA LUMPUR, 8 Feb — Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda rantau kepulauan Filipina, pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gempa bumi pada pukul 8 pagi itu berpusat di 189 kilometer (km) utara dari Pulau Talaud, Indonesia pada kedalaman 10 km. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Sumber: BERNAMA
(Video) Sebak, Gadis Jadi Yatim Piatu Setelah Ibu Bapanya Meninggal Selang 3 Hari, Nekad Akad Nikah Dekat Jenazah Bapa
Hari perkahwinan pastinya hari yang membahagiakan bagi hampir kesemua pasangan. Namun, bagi seorang wanita di Jawa Tengah, hari terbesar itu menjadi hari yang menyedihkan apabila ibu dan ayah kesayangannya meninggal dunia menjelang hari pernikahan. Menurut Tribun News, Arum yang merupakan anak tunggal telah kehilangan ibunya yang meninggal dunia kerana komplikasi sebelum diikuti ayahnya tiga hari […]

J&T Express Mohon Maaf Atas Kejadian Pengagihan Barang Secara Ganas
IPOH, 7 Feb (Bernama) — Syarikat perkhidmatan penghantaran barangan J&T Express, membuat permohonan maaf atas kejadian pengagihan bungkusan secara ganas, seperti dalam satu rakaman video yang tular baru-baru ini. Pengurusan J&T Express Perak dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook J&T Express Malaysia-Perak berkata, pihaknya akan menyediakan lebih banyak latihan kepada para pekerjanya bagi meningkatkan mutu […]
PKP: Sewa Vila Sambut Hari Lahir, 17 Dikompaun
Polis mengeluarkan kompaun kepada 17 individu kerana mengadakan sambutan hari lahir semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sebuah vila di Ulu Melaka, di sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata, anggotanya yang membuat rondaan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) PKP dipatuhi, telah mengesan kehadiran sejumlah kenderaan yang banyak serta bunyi bising dari vila tersebut, pada jam 1 pagi. […]
Tular Video Ladang Durian Gunung Inas Konon Terbesar Di Dunia, Projek Telah Diarah Henti Julai 2020 – Sanusi
ALOR SETAR, 7 Feb (Bernama) — Projek ladang durian di Gunung Inas, Baling sudah diarah dihentikan pada Julai tahun lepas, kata Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor. Beliau berkata, justeru pihaknya telah meminta laporan penuh keadaan semasa di kawasan itu, daripada semua agensi terlibat, bagi menyiasat dakwaan bahawa wujud ladang durian terbesar di kawasan berkenaan […]

TERKINI COVID-19: 3,731 Kes Baharu Hari Ini & Dukacita 15 Lagi Kematian Dilaporkan
PUTRAJAYA, 7 Feb – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat pertambahan 3,731 kes positif COVID-19 hari ini. Angka tersebut menjadikan kes keseluruhan meningkat ke 242,452 dengan kes aktif sebanyak 51,241 kes. Dalam pada itu, kes sembuh juga turut mencatatkan peningkatan dengan pertambahan 3,369 kes lagi hari ini. Bagaimanapun, sebanyak 15 lagi kematian terkini yang dilaporkan, menjadikan […]
(Video) TERKINI: Sekurang-kuranganya 150 Orang Dikhuatiri Maut Dilanda Banjir Kilat Di Pergunungan Himalaya
Sekurang-kurangnya 100 hingga 150 orang dikhuatiri maut selepas sebuah perkampungan kaki gunung kawasan pergunungan Himalaya dilanda banjir kilat, sebentar tadi. Pasukan polis Indo-Tibetan dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan kecemasan dan pasukan keselamatan India diletakkan dalam sitausi berjaga-jaga, lapor ANI. Menurut laporan Bloomberg lagi, pihak berkuasa tempatan juga mengarahkan penduduk yang tinggal berdekatan dengan […]
Dua Ekor Harimau Sumatera Spesis Terancam Lolos Dari Zoo, Seekor Berjaya Ditembak Mati
Dua ekor harimau sumatera dilaporkan terlepas dari Zoo Sinka Di Singkawang, Kalimantan Barat pada Sabtu, seekor telah ditemui dan ditembak mati oleh petugas zoo. Harimau-harimau itu dipercayai terlepas dari kandang dan menerkam seorang petugas zoo sehingga meninggal dunia, lapor CNN Indonesia. Ketua Badan Pemuliharaan Sumber Asli Kalimantan Barat (BKSDA), Sadtata Noor Adirahmanta mengatakan bahawa setelah […]
Penduduk Pekalongan Gempar Tiba-tiba Dilanda ‘Banjir’ Merah, Rupa-rupanya Ini Yang Berlaku
Penduduk bandar Pekalongan di Indonesia gempar dengan air banjir yang dipercayai bertukar menjadi warna merah. Banjir merah tersebut menenggelamkan kawasan perumahan di Desa Jenggot, Kabupaten Selekna Pekalongan pada Sabtu, lapor Detiknews. Pemandangan air banjir berwarna merah itu juga membuatkan netizen di sana kecoh. Namun, tiada apa-apa yang pelik kerana hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak […]
(Video) Lelaki Sewakan Diri Untuk Tak Buat Apa-apa, Terima Bayaran Lebih RM300 Untuk Setiap Pelanggan
Dalam keadaan ekonomi dunia yang dalam tempoh pemulihan pada ketika ini, ramai yang bergelut untuk mencari rezeki. Dengan penutupan beberapa sektor penting seperti pelancongan, pastinya sukar untuk mencari pekerjaan. Namun, tahukah anda bahawa tidak membuat apa-apa pun boleh menjadi sumber pendapatan. Pekerjaan ‘sewa orang yang tidak melakukan apa-apa’ itu dilakukan oleh seorang lelaki dari Jepun […]
“Luluh Hati Bila Dapat Tahu”, Disahkan Hidap Kanser, Wanita Kongsi Pernah Rasa Macam Penamat Hidup
Setiap orang di dunia ini pasti tidak akan terlepas dari ujian, walau cuba untuk dielak namun ia tetap akan berlaku kerana suratan takdir telahpun tertulis. Pun begitu, ia tidak sepatutnya menjadikan diri lebih kuat menjalani kehidupan ini. Sama seperti kisah yang dikongsikan oleh Hazlina Hanif ini yang menghidap kanser payudara, namun dia tetap tabah meneruskan […]
(Video) Gerun, Viral Pak Arab Ini Selamba Tampar Singa Peliharaan Cuba ‘Bahamnya’
Bila dah namanya singa, ia pastinya haiwan yang sangat digeruni oleh manusia. Walaupun bukan yang paling tangkas dan kuat, ‘Raja rimba’ itu menjadi simbol kuasa dan keberanian. Namun, ia juga sebenarnya dijadikan sebagai haiwan peliharaan bagi sesetengah individu. Mungkin telah dijaga sejak kecil lagi, sesetengah haiwan itu tidak menonjolkan sifat pemangsa kepada ‘tuannya’. Sama seperti […]
Balai Dapat Aduan, Ketua Balai Polis Petaling Jaya Turun ‘Damaikan’ 2 Jiran Berselisih Faham & Siap Bagi Buah Tangan
Keperibadian Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal yang sangat prihatin dan ‘dekat’ di hati orang awam tidak perlu dinafikan lagi. Saban hari, pasti ada sahaja khidmat baktinya dalam menyantuni orang awam yang dalam kesusahan, biarpun beliau sendiri sibuk menggalas amanah yang berat di bahu sebagai ketua polis daerah. Imbas kembali, Nik Ezanee […]
‘Gunung Berapi’ Ais Setinggi 14 Meter Muntahkan Air Muncul Di Kazakhtan, Tarik Perhatian Ramai
Kawasan di wilayah Almaty Kazakhstan ini bukanlah tempat yang paling menarik, terutama pada musim sejuk. Pun begitu, satu fenomena luar biasa telah menarik banyak pelancong untuk pergi ke sana sejak akhir-akhir ini. Kawasan yang terletak di antara perkampungan Kegen dan Shyraganak iaitu di tengah-tengah dataran tinggi yang diliputi salji adalah menara ais setinggi 14 meter […]
“Simpan Untuk Kenangan Anak Cucu”, Netizen Pakat Kongsi Gambar ‘Lama’ 2019, Rindu Kenangan Sebelum COVID-19
Kini sudah masuk tahun yang kedua kita berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19 yang masih belum reda. Apatah lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan agak mengekang segala aktiviti normal yang biasa kita lakukan ketika sebelum tempoh pandemik dahulu. Pasti ramai antara kita yang begitu rindu dengan suasana ‘dulu-dulu’ seperti makan di restoran, lepak tengok bola […]
Dipercayai Diseludup, Tiga Kontena Daging Dirampas Daripada Gudang Sejuk Beku Di Puchong
PUTRAJAYA, 7 Feb — Pihak berkuasa menyita tiga kontena daging, dipercayai diseludup, dalam serbuan ke atas sebuah gudang sejuk beku di Puchong, Selangor tiga hari lalu. Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), serbuan pada 5 Feb itu dijalankan secara bersama polis dan pihak berkuasa lain. “Hasil pemeriksaan dan maklumat awal yang dijalankan, […]