Berita

OPPO Buat Tawaran Gila-gila, OPPO Reno5 Series 5G Kini Boleh Dimiliki Pada Harga Serendah RM 53
Dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak berapa best disebabkan pandemic Covid-19, korang mungkin agak ‘berkira’ untuk mengeluarkan duit untuk membeli sesuatu, contohnya sebuah smartphone baru. Tapi, bila sampai masanya, nak tak nak, smartphone kena tukar jugak. Apatah lagi kalau smartphone yang korang guna tu prestasinya semakin perlahan dan tak lagi berbaloi nak diguna pada 2021. […]
COVID-19: Bayi Lelaki Berusia 4 Bulan Antara 17 Kes Kematian Hari Ini
Putrajaya, 4 Feb – Seorang bayi lelaki berusia empat bulan merupakan antara 17 kes kematian melibatkan COVID-19 yang dilaporkan hari ini. Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, bayi yang mempunyai penyakit jantung itu merupakan kes kematian ke-812 daripada keseluruhan 826 kematian setakat ini. Beliau telah disahkan meninggal dunia di Hospital […]
Sambutan Tahun Baru Cina Hanya Dibenarkan Di Rumah Bersama Ahli Keluarga Dari Rumah Yang Sama Sahaja
Putrajaya, 4 Feb – Sambutan perayaan Tahun Baru Cina adalah dibenarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, namun hanya di rumah masing-masing sahaja. Menurut kenyataan Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sambutan hanya boleh diadakan melibatkan ahli keluarga daripada rumah yang sama sahaja termasuk semasa Majlis Makan Besar Bersama. Upacara sembahyang di tokong […]
TERKINI: Kes Baharu COVID-19 Hari Ini 4,571 Dan 17 Lagi Kematian, Seramai 308 Pesakit Dirawat Di ICU
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 4,571 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 4,571 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 231,483 kes secara keseluruhan. Terkini. Kes baharu hari ini 4,571 dan 17 lagi […]
TERKINI: Pasar Malam, Kedai Gunting Rambut Dan Pusat Cuci Kereta Dibenarkan Beroperasi Dengan SOP Ketat
Putrajaya, 4 Feb – Kerajaan membenarkan pasar malam, kedai gunting rambut dan kedai cuci kenderaan beroperasi bermula esok, 5 Februari 2021. Menurut kenyataan Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri, operasi kesemua perniagaan itu hendaklah mengikut prosedur operasi standard yang ketat. Jelasnya, pasar malam boleh beroperasi daripada pukul 4 petang manakala jarak antara gerai hendaklah […]
(Video) Ternanti-nanti Bawah Panas Terik, Rider Kecewa Pelanggan Lesap “Cancel Order” Beratus
Bukan mudah untuk mencari rezeki terutama ketika negara kini sedang bergelut dengan COVID-19. Dalam keadaan ini, penghantar makanan sememangnya bekerja keras dalam memberikan yang terbaik kepada pelanggan namun terkadang ada sesuatu yang tidak diduga berlaku. Ada sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab dengan memesan makanan yang banyak namun tidak membayarnya. Seperti yang dikongsikan oleh seorang rider ini, […]

Vaksin Adalah Sinar Harapan Utama Untuk Kita Menang Melawan Covid-19 – PM
”Vaksin Covid-19 adalah antara sinar harapan kita yang paling utama untuk kita menang dalam perang melawan Covid-19,” demikian menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menerusi Perutusan Khas sebentar tadi. Jelas beliau, penghantaran pertama vaksin keluaran syarikat Pfizer dan BioNTech itu dijadualkan tiba di negara pada bulan ini sekaligus kerajaan akan memulakan roll-out pelaksanaan Program […]
Sindiket Edar Dadah, Daun Ketum Di Padang Besar Tumpas
KANGAR, 4 Feb — Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah di negeri ini selepas berjaya menahan lapan individu dan merampas 250.25 kilogram (kg) dadah jenis ganja dan 770 kg daun ketum dianggarkan bernilai RM640,000 dalam tiga serbuan berasingan di Padang Besar Isnin lepas. Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman DCP Zainudin Ahmad […]
Kerajaan Akan Mulakan Roll-Out Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Pada Akhir Februari- PM
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan khas sebentar tadi memaklumkan bahawa kerajaan akan memulakan roll-out pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini. Menurutnya, sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu akan menerima vaksin ini yang akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia. Program Imunisasi ini akan melibatkan tiga […]

Golongan Dewasa 18 Tahun Ke Atas Akan Menerima Vaksin Covid-19 Fasa Ketiga Bermula Mei 2021
Golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas akan menerima vaksin Covid-19 bagi fasa ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula Mei ini sehingga Februari tahun hadapan. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, fasa ketiga merupakan fasa penting untuk membentuk perlindugan kelompok sekaligus mengekang penularan wabak ini. ”Bagi fasa ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, baki penerima […]

PM Akan Menasihati YDP Agong Untuk Bubarkan Parlimen Sebaik Penularan Covid-19 Reda
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin akan menasihati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah untuk bubar Parlimen sebaik penularan Covid-19 reda. Perkara ini dijelaskan menerusi persidangan perutusan khas yang disampaikan beliau pada hari ini. Katanya, sebagai Ketua Kerajaan, beliau akan sentiasa menghormati sistem dan proses […]

Batuk Tingkatkan Penyebaran Virus Covid-19 10 Kali Ganda Berbanding Bercakap – Kajian
Batuk semasa dijangkiti Covid-19 dapat menyebarkan virus ini sehingga sepuluh kali ganda lebih banyak daripada ketika bercakap atau bernafas, menurut satu kajian baharu yang dijalankan. Para penyelidik berkata, barisan hadapan pekerja kesihatan berisiko ‘tinggi’ di mana perlu berdepan dengan pesakit koronavirus yang mengalami batuk. Malah, mereka dilaporkan mempunyai empat kali ganda risiko untuk dijangkiti Covid-19 […]
2020 Tahun Paling Buruk Dalam Sejarah Untuk Penerbangan, Pengembaraan Udara Susut 75.6 Peratus: IATA
KUALA LUMPUR, 4 Feb — Permintaan trafik penumpang syarikat penerbangan antarabangsa mencatatkan penurunan 75.6 peratus pada tahun 2020 berbanding tahun sebelumnya, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA). Ia berkata keputusan trafik penumpang global untuk 2020 menunjukkan penurunan paling ketara dalam sejarah bagi hasil penumpang setiap kilometer (RPK) yang menyusut 65.9 peratus berbanding tahun penuh 2019. […]
Bapa Tiri Kanak-Kanak Mangsa Dera Pernah Didakwa Pukul Isteri
MELAKA, 4 Feb – Bapa tiri kanak-kanak lelaki tujuh tahun yang ditemukan lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya di sini, Jumaat lepas, pernah didakwa di Mahkamah Majistret atas kesalahan memukul isteri pada September tahun lepas. Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali yang mengesahkan perkara itu berkata polis juga dalam proses melengkapkan kertas […]

Pelajar Sarjana Muda Perakaunan UUM Raih Markah Ketiga Tertinggi Dunia
ALOR SETAR, 4 Feb – Pelajar Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat), Universiti Utara Malaysia (UUM) Looi Pui Mun, 23, berjaya mengharumkan nama universiti itu apabila disenarai pada kedudukan ketiga dunia selepas memperoleh markah tertinggi di Malaysia bagi kertas Advanced Performance Management (APM) bagi Disember tahun lepas. Pelajar di Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz […]
TERKINI: Nantikan Perutusan Khas PM, Dijadual 3.30 Petang Ini
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual akan menyampaikan perutusan khas pada petang ini. Menerusi ciapan di Twitter rasmi miliknya, perutusan itu dijangka akan berlangsung pada jam 3.30 petang. Perutusan itu juga akan disiarkan secara langsung di beberapa saluran televisyen termasuk Bernama TV dan RTM. pic.twitter.com/zm0TSVrh1w — Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) February 4, 2021 Saksikan Perutusan […]
‘Dermawan Muda’ Keluar Duit Poket Bantu Orang Susah Melalui Food Bank Sendiri Sejak Tingkatan Tiga
PORT DICKSON, 4 Feb (Bernama) — Prihatin dengan nasib keluarga susah, seorang pemuda mengambil inisiatif mewujudkan ‘Food Bank’ sendiri menggunakan duit poketnya bagi membolehkan mereka yang memerlukan tidak kelaparan. Anak kelahiran Port Dickson, R. Praviin, 20, berkata projek berkenaan telah dimulakannya sejak empat tahun lepas ketika masih menuntut di tingkatan tiga di sebuah sekolah di sini. ‘Dermawan muda’ itu berkata semuanya […]
Perak FC Kekal Pendirian Guna Logo Baharu
IPOH, 4 Feb (Bernama) — Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) kekal dengan keputusan menggunakan logo baharu Perak FC untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini meskipun menerima kritikan daripada penyokong The Bos Gaurus. Naib Presidennya Datuk Muhammad Yadzan Mohammad berkata keputusan itu dibuat berdasarkan persetujuan yang dicapai sebelum ini oleh kepimpinan tertinggi Perak FC. “Kita […]

Warga Malaysia Antara Lebih 6,000 Individu Terima Regimen Penuh Vaksin Covid-19 Di Singapura
SINGAPURA, 4 Feb (Bernama) — Sejumlah rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura merupakan antara lebih 6,000 individu yang telah mendapat suntikan kedua vaksin COVID-19 Pfizer-BioN Tech di sini, sekali gus melengkapkan regimen penuh vaksinasi itu. “Alhamdulillah dan rasa sangat lega,” luah Imra Astata Ibrahim kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini selepas menerima suntikan vaksin kali keduanya di sebuah […]

Bunuh Teman Wanita, Pemandu Bas Dihukum Gantung
JOHOR BAHRU, 4 Feb (Bernama) — Seorang pemandu bas dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh teman wanitanya di Taman Scientex dekat Pasir Gudang lima tahun lepas. Pesuruhjaya Kehakiman Dr Shahnaz Sulaiman menjatuhkan hukuman itu ke atas M. Siva Sangker, 37, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan. […]