Berita

COVID-19: Selangor Catat Kes Tertinggi Dengan 3,126 Kes Hari Ini, Diikuti KL & Johor
Selangor hari ini mencatatkan kes tertinggi bagi jangkitan baharu COVID-19 dengan sebanyak 3,126 kes dilaporkan. Kedudukan Selangor diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 687 kes serta Johor sebanyak 684 kes. Kes harian hari ini adalah yang paling tertinggi pernah direkodkan sejak wabak COVID-19 mula menular dalam negara pada awal tahun lepas. Jumlah keseluruhan kes kini […]
TERKINI COVID-19: Kes Baharu Hari Ini Lepasi Angka 5k, Sebanyak 5,725 Kes Dilaporkan & Paling Tinggi Setakat Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 5,725 kes baharu COVID-19 yang dicatatkan pada hari ini dengan 5,718 kes tempatan dan 7 kes import. Ini menjadikan jumlah kumulatif bagi kes COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 203,933 kes dengan 45,478 kes aktif. Sementara itu, sebanyak 3,423 kes sembuh telah direkodkan pada hari ini dan menjadikan […]
Lebih 113,000 Rakyat Singapura Terima Dos Pertama Vaksin Pfizer-Biontech, Tiga Orang Alami Anafilaksis
SINGAPURA, 28 Jan (Bernama) — Lebih 113,000 individu di Singapura menerima dos pertama vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech manakala lebih 50 individu menerima dos kedua mereka yang sekali gus menyempurnakan regimen penuh vaksinasi, setakat 27 Jan lepas. Antara lebih 113,000 individu yang menerima vaksin itu, 432 kesan sampingan telah dilaporkan termasuk tiga kes anafilaksis yang merupakan […]
Harga RON97 Dan RON95 Kekal, Diesel Turun 2 Sen Seliter
Harga runcit bagi petrol kekal pada paras yang sama iaitu RM2.20 seliter untuk RON97 dan RM1.90 seliter untuk RON95. Menurut kenyataan media daripada Kementerian Kewangan Malaysia, harga runcit produk petroleum itu ditetapkan bagi tempoh 30 Januari 2021 sehingga 5 Februari 2021. Sementara itu, harga runcit diesel turun sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM2.09 seliter […]
Lima Gajah Liar Berjaya Dipindahkan Ke Taman Negara
TANAH MERAH, 29 Jan (Bernama) — Lima gajah betina liar termasuk seekor anak gajah berusia satu tahun yang ditangkap di Kampung Kuala Tiga, dekat sini Selasa lepas, berjaya dipindahkan dari sini ke Taman Negara di Terengganu, hari ini. Ketua Operasi Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Mohamad Khairul Adha Mat Amin berkata operasi pemindahan […]
Kurangkan 5 Jenis Makanan Yang Dikongsikan Oleh Hello Doktor Ini Jika Ingin Kuatkan Memori Otak
Sejak kecil, kita sering diberitahu ada makanan yang baik dan ada makanan yang buruk untuk otak. Ramai yang sudah cukup terbiasa dengan kepercayaan minyak ikan, kismis dan kekacang baik untuk otak manakala sesetengah makanan segera boleh melemahkan ingatan. Namun tahukah anda, bukan hanya makanan segera, ikan pun boleh melemahkan fungsi otak anda jika tersalah membuat […]
“Usus Boleh Berukuran Sehingga 7.5 Meter,” Ini Antara 10 Fakta Menarik Mengenai Sistem Pencernaan Manusia
Manusia diciptakan dengan sistem pencernaan yang kompleks. Daripada saat makanan masuk ke dalam mulut sehinggalah ia melalui usus kecil untuk dibuang, proses pencernaan dan penyerapan zat masih berlaku. Namun, setelah berpuluh tahun hidup, mungkin masih banyak perkara belum kita ketahui tentang apa yang berlaku di dalam tubuh badan kita. Jadi apa kata, kita kenali 10 […]

(Video) Rakaman Dipercayai Individu Mengintai Asrama Perempuan Jam 1 Pagi Melalui Ruang Udara Buat Penghuni Takut
Penyangak ada di mana-mana sahaja. Mereka akan mencari masa yang sesuai untuk melakukan kegiatan tidak bermoral mereka seperti mengintai bilik wanita di tengah malam untuk memuaskan imaginasi jelik mereka. Baru-baru ini di Indonesia, seorang individu telah dirakam sedang mengintip ke dalam asrama wanita melalui lubang udara, lapor Merdeka. “Ini gambaran dia, sumpah kami gementar” Tambah […]
Jangan Buang Minyak Masak Terpakai, Jual Atau Derma Kepada Wanita Ini Untuk Dijadikan Sabun
Minyak masak yang telah digunakan selalunya akan terus dibuang atau disimpan di dalam satu bekas untuk dijual semula. Sebenarnya, bagi mereka yang belum tahu, minyak yang telah digunakan itu boleh dijadikan sebagai sabun untuk mencuci yang berkualiti dan mempunyai banyak buih. Seperti perkongsian oleh Puan Hawa Zainal di Facebook yang menggunakan minyak masak terpakai untuk […]
Wanita Rugi Duit i-Sinar Akibat Diperdaya Sindiket Nombor Ramalan
IPOH, 29 Jan – Seorang wanita mendakwa kerugian RM3,000 termasuk RM1,000 daripada pengeluaran i-Sinar KWSP akibat ditipu dalam pembelian tiket nombor ekor menerusi laman sosial Facebook sebanyak dua kali sejak Disember lepas. Ibu kepada lima anak berumur 42 tahun dari Menglembu di sini, mendakwa telah berurusan dengan seorang lelaki selepas melihat satu iklan di Facebook dikenali […]
Malaysia Tidak Akan Laksana Sekatan Pergerakan Sepenuhnya Walaupun Dalam Senario Terburuk – Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR, 29 Jan — Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberi jaminan Malaysia tidak akan melaksanakan sekatan pergerakan sepenuhnya ke atas ekonomi walaupun sekiranya berlaku senario terburuk. Sebaliknya, beliau berkata kerajaan akan terus menumpu menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat sekiranya jumlah kes COVID-19 di negara ini terus meningkat. ”Berdasarkan kepada model semasa, kami […]
PTPTN Perkenal Live Chat Untuk Semakan, Pertanyaan, Aduan
KUALA LUMPUR, 29 Jan — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperkenalkan perkhidmatan ‘Live Chat PTPTN’ sebagai saluran alternatif untuk pelanggan berurusan ketika negara berdepan pandemik COVID-19. PTPTN dalam kenyataan hari ini memaklumkan menerusi saluran berkenaan pelanggan dapat membuat semakan, pertanyaan dan aduan bagi urusan pinjaman pendidikan, bayaran balik pinjaman dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). “Pelanggan […]
Pelajar Tarik Nafas Lega, PEMIKIR Sedia Peranti, Capaian Internet Percuma
BALIK PULAU, 29 Jan — Pelajar sekolah terutamanya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) di Balik Pulau mampu menarik nafas lega setelah Pertubuhan Badan Pemikir Melayu (PEMIKIR) menyediakan capaian Internet dan peranti percuma untuk kegunaan umum. Tengku Nur Alia Tengku Anwar, 17 berkata sejak pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), dia mengalami kesukaran […]
Terima Emel Berkenaan Bayaran Lebihan Cukai i-Sinar ? KWSP Sahkan Ianya Palsu
Putrajaya, 29 Jan – Orang ramai yang mendapat emel mengenai bayaran lebihan cukai i-Sinar diminta mengabaikan emel tersebut kerana ianya palsu. Menurut kemaskini KWSP Malaysia, semua pengeluaran simpanan KWSP tidak dikenakan cukai. Malah, emel berkenaan hanyalah cubaan mencuri data peribadi ahli, tegas badan itu. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemaskini semasa i-Sinar […]
Lelaki Mati Disimbah Asid: Tujuh Termasuk Isteri Direman
SEREMBAN, 29 Jan — Isteri kepada seorang lelaki yang meninggal dunia dipercayai akibat disimbah asid dalam kejadian pada 3.31 pagi Sabtu lepas di Taman Pulai Impian, Sikamat direman bagi membantu siasatan kes. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim dalam kenyataan di sini, hari ini berkata selain wanita berkenaan, turut direman ialah enam lelaki. “Kesemua tujuh suspek berumur 15 hingga 41 tahun itu yang […]

(Video) “Nak Sujud Pun Rasa Melayang,” Adik Beradik Heliza Helmi Cerita Keperitan Jadi Pesakit Covid-19
Baru-baru ini, penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani Helmi juga telah disahkan positif Covid-19. Susulan daripada itu, menerusi satu video yang dikongsikan di laman Instagram penyanyi tersebut telah berkongsi pengalaman suka dan duka sebagai pesakit Covid-19. QadarAllah. Alhamdulillah ala kulli hal Ketentuan Allah itu yang terbaik. Sebenarnya taktau nak mula dari mana. Dalam kepala ni […]
“Walau Berlainan Agama Kita Sebuah Keluarga,” Ebit Lew Ziarah Gereja, Sampaikan 100 Set Makanan, Kerusi Roda
Bila disebut nama Ebit Lew, pasti ramai mengenali insan hebat ini yang tidak pernah kenal erti penat dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Tak kira di mana ceruk sekalipun, beliau akan turun padang membantu. Bantuan yang dikirimkan pula tidak mengira perbezaan agama, warna kulit mahu pun taraf kehidupan. Selagi terdaya, selagi itu ‘hero’ ini […]

Gagal Patuh SOP Penginapan Pekerja, 23 Majikan Didakwa Setakat Ini
BUKIT MERTAJAM, 29 Jan (Bernama) — Sebanyak 23 majikan telah didakwa di mahkamah kerana gagal mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) yang dipinda pada 2019, sejak dikuatkuasakan pada 1 Sept tahun lepas, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim. Beliau berkata dalam tempoh itu juga, sebanyak 100 operasi penguatkuasaan […]

PGA9 Rampas Beras Siam, Lori Bernilai RM300,000 Di Tanah Merah
KOTA BHARU, 29 Jan (Bernama) — Batalion Ke-9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) merampas sebanyak 45 tan beras Siam seludup termasuk beras pulut dan sebuah lori bernilai hampir RM300,000 dalam serbuan di sebuah stor dekat Kampung Bendang Buyong, Jedok, Tanah Merah, semalam. Pegawai Pemerintah PGA9 Supt Nor Azizan Yusof berkata dalam serbuan itu juga pihaknya menahan dua lelaki berumur 41 […]
115 Cedera Dalam Pertempuran Dengan Pasukan Keselamatan Di Lubnan
BEIRUT, 29 Jan (Bernama) — Sekurang-kurangnya 115 orang cedera dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan pada Khamis di daerah Tripoli di utara ibu kota Lubnan, Beirut, lapor Agensi Anadolu. Penunjuk perasaan berkumpul di pusat bandar Tripoli pada sebelah petang dan berarak ke pejabat gabenor di dataran Sahet Al Nour. Pasukan keselamatan yang dikerahkan […]