Berita

Berita
Jangkitan COVID-19 Di Indonesia Lepasi Angka Satu Juta
JAKARTA, 26 Jan (Bernama) — Jangkitan COVID-19 di Indonesia hari ini melepasi angka satu juta kes, ketika proses vaksinasi virus itu sedang dilaksanakan di seluruh republik berpenduduk hampir 290 juta orang itu. Menurut data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, covid19.go.id. hari ini, republik itu merekodkan 13,094 lagi kes baharu dalam tempoh […]
Anggota Polis Marin Berpangkat Koperal Berdepan 43 Pertuduhan Terima Rasuah
IPOH, 26 Jan (Bernama) — Seorang anggota polis marin berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah membabitkan jumlah suapan lebih RM146,000 sejak 2016 hingga 2019. Zubairi Abdul Mutalib, 60, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Priscilla Hemamalini. Dia didakwa sebagai […]
Berita
COVID-19: Hari Ini Hari Keempat Berturut-turut Jumlah Kes Aktif Berkurang – KKM
Jumlah kes aktif harian dilapor semakin berkurangan buat empat hari berturut-turut termasuk hari ini. Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan data tersebut menerusi satu ciapan di Twitter hari ini. Menurut data terkini, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini ialah sebanyak 40,574 kes. Ia mengalami penurunan dari hari ke hari dengan merekodkan 42,814 kes aktif pada 22 Jan […]
Berita
Cara Mudah Boleh Dapat ‘Duit Tepi’ RM50, Ini Rahsianya
Pantasnya waktu berlalu, pejam celik je, COVID-19 kini dah pun menjangkau setahun sejak mula tercetus pada hujung tahun 2019. Siapa sangka, pandemik ini telah mengubah kehidupan kita terutama dari segi kewangan. Ia tempoh-tempoh sukar yang perlu dilalui oleh semua orang. Dalam tempoh ini juga, ramai yang melakukan pelbagai kerja untuk menjana pendapatan termasuk melakukan […]
Berita
TERKINI COVID-19: 3,585 Kes Baharu & 4,076 Kes Sembuh Harian Direkod Hari Ini
PUTRAJAYA, 26 Jan – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat pertambahan 3,585 kes positif baharu jangkitan COVID-19 hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes terkini meningkat ke 190,434 kes bersamaan 40,574 kes aktif. Menurut data yang dikeluarkan, Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 1,295 kes, diikuti Kuala Lumpur sebanyak 610 kes dan Johor sebanyak 516 kes. […]
Berita
“2.8 Juta Rakyat Berisiko Hilang Pekerjaan,” Ismail Sabri Perjelas Risiko Menanti Jika “Total Lockdown” Dilaksanakan
PUTRAJAYA, 26 Jan – Negara bakal menanggung kerugian yang besar sekiranya ‘total lockdown’ seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak dijalankan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan tersebut juga tidak dipersetujui oleh sebilangan besar rakyat, terutamanya golongan peniaga dan golongan kurang berkemampuan. “Sebanyak 2.8 juta rakyat berisiko hilang pekerjaan, 2.5 juta […]
Berita
TERKINI: Pasangan Suami Isteri Jarak Jauh Dibenar Rentas Negeri Untuk Bertemu Mulai Esok, Tetapi Perlu Kebenaran Polis- Ismail Sabri
Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Sri Ismail Sabri memaklumkan bahawa suami isteri yang berjauhan dibenarkan untuk merentas negeri berkuatkuasa 27 Januari 2021 (esok). Menurutnya, mereka dibenarkan merentas negeri dengan syarat mendapatkan kebenaran dari pihak polis. “Atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, kerajaan bersetuju untuk membenarkan pasangan suami isteri yang berjauhan disebabkan bekerja […]
Berita
Ancaman Laman Web Digodam, Semua Agensi Kerajaan Diberi Notis Amaran – MKN
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) — Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) mengeluarkan satu notis amaran kepada semua agensi kerajaan untuk mengambil langkah-langkah perlu bagi mencegah dan meminimumkan impak ancaman serangan siber. MKN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tindakan serius itu diambil berikutan ancaman untuk menggodam laman web kerajaan menerusi penularan satu video […]
Berita
Sempat Beri ‘Hint’ Di Facebook, Aktres India Ditemui Mati Dipercayai Akibat Kemurungan
Pelakon dan bekas peserta rancangan realiti Big Boss Kannada musim ketiga, Jayashree Ramaiah ditemui mati pada petang Isnin. Memetik laporan India Today, Jayashree dilaporkan membunuh diri pada malam Ahad sebelum mayatnya ditemui di sebuah rumah tua dan pusat pemulihan di Bengaluru. Menurut beberapa laporan, Jayashree yang berusia 30 tahun mengalami kemurungan selama beberapa bulan dan […]
Berita
Sayu, Hasrat Bertemu Rakan Setugas Tercapai, Koperal Azmi Hembuskan Nafas Terakhir
KEPALA BATAS, 26 Jan (Bernama) — Tidak sampai 48 jam selepas hasrat untuk berjumpa dengan bekas rakan setugasnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) tercapai, Koperal Azmi Kamarudin meninggal dunia akibat barah rahang pada 12 tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata beliau telah […]
Berita
“Kulit Ada Tompok Putih Atau Merah Tembaga..,” Segera Ke Klinik Jika Anda Ada Gejala Ini, Mungkin Dijangkiti Kusta
Satu lagi penyakit yang dikenalpasti dalam kalangan masyarakat di Malaysia iaitu penyakit Kusta atau dikenali sebagai penyakit Hansen. Ia merupakan penyakit berjangkit yang kronik disebabkan oleh sejenis kuman Mycobacterium leprae. Boleh rujuk di sini. Menerusi laman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru kepada kontak pesakit Kusta untuk menerima rawatan segera di klinik kesihatan berdekatan. Penyakit ini […]
Berita
Lebih 550,000 Unit Gajet Untuk Belajar Dan Bekerja Dari Rumah Terjual Di Shopee Sejak PKP 2.0
KUALA LUMPUR, 26 Jan — Shopee telah mencatat permintaan yang memberangsangkan untuk gajet teknologi pembelajaran dan bekerja dari rumah dalam tempoh 11-15 Jan, bertepatan dengan penguatkuasaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dengan lebih 550,000 unit terjual. Pengarah Urusan Serantau Ian Ho berkata platform e-dagang itu menyedari penjualan item seperti komputer riba, telefon pintar, tablet, komponen rangkaian, papan kekunci, pencetak dan […]
Berita
Terengganu Catat Kadar Kebolehjangkitan Tertinggi – Dr Noor Hisham
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) — Terengganu mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) harian tertinggi di negara ini iaitu pada 1.36 setakat semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Melaka merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.28, diikuti Sarawak (1.25), Putrajaya (1.19), Perak (1.17), Kedah (1.15), Perlis (1.15), Kuala Lumpur (1.12), Labuan […]
Berita
Lelaki Warga Bangladesh Langgar SOP PKP Cuba Rasuah Polis Dipenjara, Didenda
ALOR SETAR, 26 Jan (Bernama) — Seorang lelaki warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merasuah seorang anggota polis pada 20 Jan lepas. Hakim Murtazadi Amran menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Mosarof, 30, yang didakwa menawarkan suapan RM500 kepada Koperal Muhammad Syazwan Ahmad Safiudin sebagai […]
Berita
Ebit Lew ‘Terbang’ Ke Sabah, Bawa 1000 Set Makanan, 100 Kerusi Roda Dan 200 Biji Tab Untuk Yang Memerlukan
Bila disebut nama Ebit Lew, pasti ramai mengenali insan hebat ini yang tidak pernah kenal erti penat dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Tak kira di mana ceruk sekalipun, beliau akan turun padang membantu. Malah, bantuan yang dikirimkan tidak mengira perbezaan agama, warna kulit mahu pun taraf kehidupan. Selagi terdaya, selagi itu ‘hero’ ini […]
Berita
Pembinaan Terowong Xishuangbanna Landasan Kereta Api China – Laos Siap
YUNNAN, 26 Jan – Pembinaan terowong Xishuangbanna bagi landasan kereta api China-Laos yang mengambil masa 1,600 hari, siap sepenuhnya hari ini (Selasa). Setakat ini, dilaporkan sebanyak 90 daripada 93 terowong bahagian domestik sudah siap. Terletak di bandar Jinghong, wilayah Yunnan China, pembinaan terowong Xishuangbanna sepanjang 10.7 kilometer itu cukup mencabar berikutan bentuk muka bumi yang […]
Berita
Peniaga Rugi Lebih RM 84,000 Ditipu Sindiket Pinjaman Wang Tidak Wujud
ALOR SETAR, 26 Jan – Seorang wanita yang menjalankan perniagaan dalam talian kerugian lebih RM84,000 selepas diperdaya seorang individu disyaki ahli sindiket pinjaman wang tidak wujud, baru-baru ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah Supt Elias Omar berkata mangsa yang berasal dari Kulim telah dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp oleh supek yang memperkenalkan […]
Berita
Kerajaan Tawar Bantuan Pakej Pelan Data Dan Diskaun Peranti Kepada Pelajar IPT Golongan B40
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melancarkan satu inisiatif kepada semua pelajar golongan B40 institusi pengajian tinggi iaitu Pelan Data dan Peranti secara bersasar sejak 30 Oktober 2020 lalu. Menerusi kenyataan media daripada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini hari ini berkata inisiatif KPT juga termasuklah mendapatkan tawaran terbaik daripada syarikat pembekal pelan data dan […]
Berita
(Video) Hafiz Mahamad Belanja 100 Orang Rider ‘Food Delivery’ Buat Swab Test, Pastikan Mereka Bebas Covid-19
Usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad, sememangnya dikenali dengan sifat pemurah dalam menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Dia yang baru sahaja bebas daripada dijangkiti Covid-19, kini membantu seramai 100 orang penghantar makanan dan mereka yang memerlukan bagi menjalani ujian swab di klink swasta. Menerusi video yang dikongsikan di Instagram miliknya, Hafiz ilihat bersama-sama […]
Berita
Pergerakan Pedati Dibenarkan Dengan Syarat Ketat – Kementerian Perpaduan Negara
PUTRAJAYA, 26 Jan (Bernama) — Kebenaran khas untuk pergerakan pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur ke Kuil Sri Subramaniam di Batu Caves esok bersempena sambutan Thaipusam, diberi selepas pihak berkuasa mengambil kira perayaan itu merupakan upacara penting sambutan berkenaan. Menurut kenyataan Kementerian Perpaduan Negara hari ini, program itu perlu mematuhi syarat ketat termasuk pergerakan bermula […]